Snek sihat mengikut trimester kehamilan

Monday, July 09, 2018

Related image

Assalamualaikum wbt..
Pemakanan sihat amat penting terutama pada ibu yang hamil tapi mesti kita terasa nak kunyah snek, jadi kita perlu pilih snek yang sihat dan  mempunyai nutrisi baik untuk kita dan kandungan kita. Saya nak berkongsi dengan awak apakah makanan snek yang sihat yang boleh kita makan mengikut trimester kehamilan..

Snek trimester pertama
 Jika awak makan dengan kadar yang sikit tapi kerap, buat perancangan dulu apa yang nak dimakan. 
 Untuk trimester pertama, awak tak perlukan lebih kalori tapi banyakkan makan lebih folat dengan mengambil supplemen asid folik sebanyak 400 mikrogram setiap hari.
 Snek yang kaya dengan folat seperti daun bayam kecil dan ubi bit ataupun asparagus yang dikukus boleh dimakan dengan pencecah. 
 Makan banyak buah oren dan tembikai.
 Vitamin A sangat penting bagi perkembangan organ, sistem peredaran, pernafasan dan sistem saraf bayi. Oleh itu, awak perlu banyak makan vitamin A sepanjang kehamilan trimester pertama nie utuk ketahanan badan melawan penyakit.
 Halia dikatakan dapat membantu melegakan mabuk hamil. Chai iaitu teh herba yang direbus dengan halia dan masakan atau pencuci mulut yang mengandungi halia dapat membantu mengurangkan mabuk hamil.
 Setelah bekerja sepanjang hari, kita mungkin akan terasa nak beli saja makanan daripada luar. Ianya dibolehkan asalkan awak dapat menggabungkan sayur-sayuran ataupun sup dengan makanan yang dibeli supaya ianya lebih berkhasiat.

Snek trimester kedua
 Masa trimester kedua, kita tak perlu nak banyakkan pengambilan kalori sebaliknya terus fokus untuk mendapatkan keperluan kalsium yang cukup. Ini kerana ketika inilah gigi dan tulang batu mula terbentuk.
 Kalsium dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi. 
 Pilih produk tenusu yang rendah lemak untuk membekalkan banyak kalsium mudah diserap oleh badan. 
 Buah tin kering dan badam mengandungi kalsium dan ianya mudah dibawak.Sardin dengan roti bakar jugak membekalkan kalsium selain daripada mengandungi zat besi dan asid lemak omega 3 dan ianya penting untuk perkembangan otak dan mata bayi.
 Snek yang kaya dengan magnesium adalah seperti segelas susu rendah lemak, sebiji kentang bakar atau segenggam bijirin. Makanan nie dapat tukarkan kepada tenaga dan melaraskan suhu badan.

Snek trimester ketiga
 Ketika ini ibu hamil memerlukan banyak tenaga, vitamin C dan thiamin (vitamin B1). Manakala tenaga tambahan diperlukan hanyalah 200 kalori. 
 Makanan yang boleh dimakan adalah sekeping roti bakar, bijirin penuh dengan ekstrak yis, sebiji tomato, semangkuk sup cendawan diikuti dengan satsuma, buah oren mandarin. Makanan ini adalah sangat baik untuk ibu hamil. 
 Ambil supplemen vitamin C untuk melindungi sel-sel badan daripada rosak serta memastikan sistem imun badan dalam keadaan yang baik. Ia juga memastikan plasenta berkembang dan berfungsi  dengan baik selain membantu lapisan di dinding perut dengan menyerap zat besi daripada makanan. 
 Jadikan buah strawberi dan kiwi sebagai bekalan dengan menjadikan smoothies atau salad buah-buahan. 
 Sayur-sayuran boleh dimasak tapi jangan masak terlalu lama kerana kandungan vitamin C akan hilang dan menjadikan sayur-sayuran yang dimasak tue dah takde zat. Sayur-sayuran yang boleh dimakan untuk trimester ketiga adalah brokoli, bunga kubis dan lada benggala.

Resipi snek yang mudah disediakan adalah ;
 Tingkatkan pengambilan folat dan serat dengan mencampurkan sebiji buah oren potong dengan potongan buah kurma dan masukkan ke dalam bekas kedap udara. 
 Buat sup yang kaya dengan vitamin A dengan menumiskan bawang dengan sesudu minyak zaitun hingga lembut, tambah enam batang lobak merah yang bersaiz sederhana yang dipotong dengan setengah biji labu air. Tambahkan 750ml stok sayuran rendah lemak dan renehkan bahan tadi selama 20 minit. Kisar bahan tadi dan taburkan serbuk buah pala di atasnya. Simpan dalam peti sejuk beku dan bila awak nak makan, ambik dan panaskan. Jadi ianya boleh dibawak ke opis jika tak sempat nak masak di waktu pagi.
 Daripada minum cola, pilihan yang terbaik untuk minuman kita adalah smoothie yang kaya dengan vitamin A. Caranya, kisar 350gm campuran buah-buahan seperti mangga, betik dan nanas dengan 150ml sehingga 200mlm jus epal tanpa gula. Masukkan di dalam bekas dan sejukkan. 
 Tukar biskut coklat dengan satu pek kecil buah tin dan aprikot yang kaya dengan kalsium dan zat besi.
 Bawa satu pek kecil bijirin sarapan berasaskan bran yang kaya dengan serat dan tambahkan susu semasa berada di opis.

Semoga ianya bermanfaat untuk semua bakal ibu-ibu..

3 comments

  1. terbaek.. nanti ejulz share kat wife :)

    ReplyDelete
  2. sudah berakhir sessi ni.
    alhamdulillah :)
    saat pregnant is the sweetest moment.

    ReplyDelete
  3. Bagusnya.. Boleh dijadikan panduan..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧