Assalamualaikum wbt,
Sakit kepala akibat sinus memang menyakitkan dan sekaligus ianya menganggu kehidupan kita sehari-hari.. Bila dah sakit kepala nie satu apa pun tak boleh buat, betul tak..? Saya nak berkongsi dengan awak semua beberapa kaedah semula jadi yang boleh melegakan sakit kepala akibat sinus..
Jom kita selidik..
Vitamin C - ianya kaya dengan bahan antioksidan di mana ia mampu meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Ia adalah bahan semula jadi yang boleh digunakan untuk melegakan sinus sekali gus menghilangkan sakit kepala dengan cara mengambil segelas jus lemon suam dan minum.
Kulit kayu manis - Bahan ini adalah bahan yang biasa digunakan untuk merawat masalah sinus. Hanya campurkan serbuk kulit kayu manis bersama dengan sedikit air kemudian disapu di kawasan kening. Biarkan ianya kering sekurang-kurangnya lima minit. Bagi mendapat kesan yang lebih berkesan, tambahkan sikit serbuk cendana ke dalamnya.
Halia - bahan semula jadi yang sememangnya kita tahu akan kebaikan khasiatnya. Selain khasiatnya yang boleh membuang angin dalam badan, halia juga boleh digunakan untuk mengubati sinus dan melawan jangkitan kuman. Kandungan zat anti radang dan antiseptik di dalamnya adalah penawar yang lebih diperlukan dengan mengunyah akar halia bagi mengurangkan rasa sakit kepala.
Air panas - Selain ianya baik untuk kesihatan, air panas jugak sesuai bagi mengubati masalah sakit kepala. Dipercayai bahawa air hangat mampu mengurangkan masalah ketegangan selain membantu memenuhi cecair di dalam tubuh. Justeru, apabila awak mula berasa sakit kepala, minum panas bagi mendapatkan kelegaan.
Menghidu wap - Melakukan aktiviti menghidu wap adalah satu kaedah mudah bagi meelgakan sinus da sakit kepala. Proses pengewapan secara tak langsung membantu untuk menstabilkan membran lendir yang berupaya membersihkan hidung dari lendir yang tersumbat. Lebih elok sekiranya dicampurkan dengan sedikit minyak pepermin atau eucalyptusketika.
Semoga ianya bermanfaat..
#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggersepang #bloggerterengganu
betul, bangun pagi minum air suam memang lega sakit kepala atau pening
ReplyDeleteNak kena amalkan tips ini..
Deleterabia pun ada sinus pagi2.bersin pagi2.skrg kurang dh bersin.
ReplyDeleteGood info :)
ReplyDeleteIni masalah aida.
ReplyDeleteMcm2 nak cuba, lom berhasil.
Bula dtg pening nyer, adoi!