Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, settle task mingguan saya untuk minggu ini.. Kali nie siapa pulak yang bertuah untuk direview? Jom kita kenali sahabat pillihan saya minggu ini..
Blog Cik Puan Rrai... Nama sebalik Cik Puan Rrai nie adalah Nur Raihanah Abdul Jalil yang berasal daripada Muar, Johor dan kini tinggal di Putrajaya.. Sudah berkawin dan sekarang nie rasanya dia dan suaminya tengah menunggu hari untuk menerima cahayamata.. Walaupun dalam blog Rrai masih lagi baru ditubuhkan iaitu pada tahun 2015 tapi saya rasa Rrai memang dah lama bertapak di dalam dunia blogging dan followers dia pun boleh tahan ramai iaitu lebih kurang 1k followers.. Rrai nie merupakan salah sorang blogger yang pandai membuat make-over blog, jadi pada sesiapa yang rasa nak tukar baju, bolehlah hubungi Rrai untuk keterangan lanjut..
Saya kenal dengan Rrai nie melalui segmen dan giveaway, dan Rrai merupakan salah sorang rakan blog yang aktif memberi nota semangat dalam jurnal saya.. Walaupun dia dah mula kurang untuk menulis dalam blognya, mungkin disebabkan kesibukan bekerja dan sejak berbadan dua tapi dia akan terus pastikan blognya terus aktif dan kebanyakan entrinya berkisarkan tempahan blog yang dia penah beri khidmat dulu.. Selain itu, ada jugak dia buat review barangan dan jugak percutian..
Antara entri yang ditulis oleh Rrai adalah Kekal Wangi Dengan Enchanteur Paris, Freebies Template Denim Purple, Rawatan Matikan Akar Gigi / Root Canal Treatment di Klinik Presint 18 dan Pasang Surut Berblog serta banyak lagi entri yang menarik untuk dibaca..
Kepada Rrai, akak nak ucapkan terima kasih kerana awak masih sudi lagi menjengah dan memberi nota semangat pada akak dan akak mintak maaf hanya mampu menjadi silent reader awak, tapi akak selalu singgah ke blog awak.. Akak doakan agar awak selamat dunia akhirat dan semoga Allah merahmati kehidupan awak sekeluarga.. Semoga segala doa awak akan dimakbulkan dan Insha Allah kita akan berjumpa sebab kita berdekatan antara satu sama lain.. Akak harap doa awak untuk masuk ke kuarters akan dimakbulkan dan bersabarlah demi baby awak.. Jaga diri tau..
Jom kita jengah dan singgah ke blog Cik Puan Rrai serta salam perkenalan semua..
#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggersepang #bloggerterengganu
Assalamualaikum wbt..
Dalam kehidupan berumah tangga, ada banyak perkara kecil yang sebenrnya perlu diberi perhatian.. Saban hari ada saja berita tentang perceraian berlaku di sana sini hanya disebabkan perkara yang kadangkala dianggap tak logik langsung dan remeh seperti tak beri penghargaan pada pasangan..
Nampak remeh kan perkara perhargaan tue, tapi sebenarnya ianya memberi impak yang besar pada pasangan kita.. Bukanlah wang ringgit dipandang tapi hanya sedikit penghargaan saja yang pasangan kita dambakan.. Saya nak kongsi pada awak dengan panduan untuk sama-sama kita menghargai pasangan kita supaya rumah tangga kita kekal bahagia, tak kira lelaki mahupun wanita.. Panduan nie jugak sesuai pada bakal-bakal pengantin kita..
Ucapkan terima kasih - Cara nie yang paling mudah tapi susah nak ucapkan, betul..? Bila pasangan kita dah bantu kita walaupun sekecil mana bantuannya, ucapkanlah terima kasih padanya sebab bila kita ucap terima kasih, pasangan kita akan terasa dirinya dihargai dan membuatkan pasangan kita lebih semangat untuk membantu.. Untuk menambahkan lagi rasa dihargai, sulami ucapan terima kasih dengan ciuman kasih sayang, dahlah kita dah hargai dirinya, malah disayangi pulak, bukan ke manisnya perkawinan ini, betul..? Contohnya seperti saya sendiri, setiap kali hubby saya membantu memasak jika saya sibuk dengan kerja-kerja rumah ataupun jika saya tak sihat, saya pasti akan ucap terima kasih padanya, dan ucapan terima kasih sekali saya akan ucapkan bila menjamah masakannya.. Riak muka seperti bersahaja tapi hatinya mungkin berbunga bahagia kerana dipuji dan diberi penghargaan, sapa tau kan..
Panggilan manja - Memanggil pasangan dengan panggilan manja sebenarnya merupakan salah satu cara untuk menghargai pasangan, contohnya untuk si isteri boleh dipanggil 'sayang' dan untuk si suami boleh dipanggil 'abang'.. Panggilan ini membuatkan kita rasa dihormati dan disayangi.. Janganlah kita panggil atau menggelar pasangan kita dengan panggilan negatif apatah lagi kita panggil dengan panggilan negatif tue di khalayak ramai..
Hargai apabila hamil - Isteri yang sedang hamil selalunya mengharapkan pasangan memahami kehendak dirinya contohnya apabila si isteri mengidam sesuatu, hargailah isteri kita dengan berusaha untuk memenuhi kehendak isteri tapi berpada-pada.. Maksud berpada-pada nie adalah tengok pada apa yang isteri idamkan, kalau yang bercanggah dengan agama, nasihatilah isteri dengan sebaik mungkin agar tak terguris hatinya..
Pemberian - Satu lagi cara untuk menghargai pasangan adalah dengan memberikan hadiah pada pasangan, tak kisahlah camne bentuk hadiahnya ataupun harga hadiah tue.. Sebab bila kita bagi hadiah walaupun murah tapi ianya akan memberi impak yang besar pada pasangan kita dan menghargai semua pemberian kita..
#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggersepang #bloggerterengganu
Assalamualaikum wbt..
Sapa yang kat sini suka makan terung..? Masakan terung yang camne yang awak suka..? Bakar ke..? Masak sambal ke..? Ataupun awak buat ulam..? Terung nie adalah satu sayuran yang amat kaya dengan pelbagai vitamin dan bahan mineral.. Tapi awak tau tak, sebenarnya khasiat terung nie bukan saja ada pada buahnya, tapi jugak daripada tangkai hinggalah ke akarnya ada khasiatnya tersendiri..
Selain memberikan bekalan vitamin C, vitamin B dan bahan mineral pada kesihatan kita, buah terung nie dikatakan boleh jadi penawar jika kita termakan cendawan beracun dengan makan terung nie.. Daun terung pula awak boleh gunakan untuk merawat dan membantu memulihkan penyakit seperti diabetes, asma, kolera, bronkitis, sakit ketika membuang air kecil dan menurunkan tahap kolesterol dalam darah dengan cara merebus dan dijadikan teh..
Untuk akar dan tangkai buah terung pun ada khasiatnya tersendiri, dikatakan dapat membantu menghentikan pendarahan, masalah bengkak telinga dan sakit gigi... Caranya akar ataupun tangkai buah terung tue awak boleh rebus dan minum airnya untuk merawat kencing berdarah dan pendarahan usus.. Untuk pendarahan hidung pulak, awak boleh buat cara nie, tumbuk lumat akar buah terung dan kemudian sumbatkan ke dalam hidung untuk menghentikan pendarahan, tapi janganlah sumbat terlalu dalam pulak yea.. Untuk masalah bengkak telinga dan sakit gigi pulak, cara alami yang boleh awak buat adalah, tumbuk akar dan diperah airnya sebelum dititikkan ke dalam telinga ataupun disapu pada gigi..
So, camne.? Banyak kan khasiat buah terung nie kan, bukan saja sedap malah dapat merawat pelbagai penyakit...
#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggersepang #bloggerterengganu
Tahniah kepada kontinjen negara JBPM pada Kejohanan Sukan Bomba Dunia 2018 di Chungju, Korea
Tuesday, September 18, 2018
Assalamualaikum wbt,
Sekarang nie sukan SUKMA sedang berlangsung tapi awak tau ada ada satu lagi sukan dunia yang Malaysia sertai, iaitu Kejohanan Sukan Bomba Dunia 2018 yang diadakan di Chungju, Korea.. Sukan ini telah berlangsung pada 10 hingga 17 September yang lalu dan kontinjen negara telah meraih 11 pingat emas, 3 perak dan 3 gangsa sekaligus mengatasi sasaran awal iaitu 5 emas..
Apa yang membanggakan rakyat Malaysia adalah kesemua peserta kontinjen adalah terdiri daripada anggota dan pegawai JBPM sendiri dan tahun nie adalah tahun yang paling cemerlang sejak negara kita menyertai kejohanan dwitahunan ini pada tahun 2004 yang lalu... Malaysia menyertai lima acara yang dipertandingkan iaitu acara badminton, tenpin boling, bina badan, golf dan dart dengan diwakili 31 orang pegawai dan anggota dan kalau awak nak tahu negara kita menduduki tempat ketiga di belakang Hong Kong dan Korea Selatan..
Acara yang memenangi pingat emas adalah :
Badminton ( 4 pingat emas)
Bina Badan (2 pingat emas)
Tenpin Boling (2 pingat emas)
Dart (3 pingat emas)
Gambar yang diambil ini adalah sumber daripada Bahagian Pengurusan Korporat, JBPM..
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua atlet dan sapa kata bomba tak pandai bersukan..? hihihi .. Walaupun tugas anggota bomba kini agak mencabar tapi penglibatan dalam arena sukan takkan dilupakan..
Go... Fighting.. Bomba..!!!
#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggersepang #bloggerterengganu #JabatanBombaDanPenyelamatMalaysia
Assalamualaikum wbt..
Bulan nie adalah bulan percutian bagi semua rakyat Malaysia, kan.. Bermula daripada minggu lepas, cuti umum DYMM Yang Di-Pertuan Agong Malaysia, kemudian disambung dengan cuti Awal Muharram.. Minggu nie pulak cuti umum hari Malaysia dan diganti pada hari Isnin.. Jadi tempat-tempat percutian menjadi pilihan ramai untuk pergi bercuti bersama dengan keluarga..
Saya sekeluarga pun tak ketinggalan untuk pergi bercuti.. Sebenarnya kami dah rancang daripada bulan Julai lagi, kami rancang nak bercuti ke Cameron Highlands.. Secara kebetulan pada 6hb September yang lepas, adik kedua saya mempunyai lawatan kerja di Hanoi, Vietnam dan kami sekeluarga merancang untuk ke Cameron Highlands pada 10hb September sempena cuti umum yang panjang.. Saya ditugaskan untuk mencari homestay oleh ummie kerana kata ummie saya lebih pandai guna perkhidmatan Trivago berbanding dengan adik beradik lain.. Idea ini telah disuarakan oleh ummie, memandangkan hanya dia dengan adik lelaki yang ketiga masih belum jejakkan kaki ke sana.. Jadi ummie teringin nak naik ke Cameron Highlands... Kami akan bercuti di sana selama 2 hari 1 malam, dan kami akan berpecah di pertengahan jalan untuk pulang ke destinasi masing-masing.. Ummie dengan adik beradik lelaki saya akan pulang ke Terengganu melalui jalan Gua Musang manakala saya dengana adik beradik perempuan akan masuk Simpang Pulai semula untuk balik ke Sepang / KL.. So, mulalah pencarian saya di dalam Trivago untuk mencari homestay yang boleh menempatkan 9 orang dewasa dan 3 kanak-kanak dan mungkin sudah rezeki kami, saya mendapat tempat homestay di tengah pekan Brinchang iaitu di Crown Imperial Court Apartment.. Harganya pun agak murah ketika itu, iaitu dalam harga RM250 semalam dengan berkeluasan 3 bilik 2 bilik air.. Kami mengamalkan konsep sama-sama bayar, jadi kami semua bersetuju dengan tempahan apartment tue..
Memandangkan rumah saya berdekatan dengan KLIA, dapatlah adik saya berehat di rumah berbanding berehat di airport.. |
Setelah adik kedua saya balik daripada Hanoi pada 9hb, kami merancang untuk memulakan perjalanan pada 10hb, jam 6.30 pagi untuk elak daripada trafik sesak di atas Cameron tue nanti.. Tapi tanpa diduga, adik ipar iaitu ayah Salsabila dan hubby saya sendiri tak dapat pergi bersama dengan kami kerana tuntutan kerja.. Awak tau, masa hubby cakap yang dia tak dapat ikut serta untuk bercuti, airmata nie mengalir dan bagaikan anak kecil saya menangis, tapi hubby memujuk yang hanya kami berdua akan bercuti ke Cameron pada akhir bulan Oktober nie sebagai ganti rugi.. huhuhu.. Apa boleh buat..? Kita hanya merancang tapi Allah yang tentukan..
10hb September, jam 6.30 pagi..
Setelah kami selesai solat Subuh, kami pun bersiap-siap untuk memulakan perjalanan dengan konvoi 2 buah kereta.. Setelah bersalam-salaman dengan hubby, kami pun memulakan perjalanan ke Cameron dan kami singgah di R&R Sungai Buloh untuk bersarapan.. Pada mulanya adik kedua menjadi driver tapi bila sampai di R&R Ladang Bikam, dia meminta saya untuk memandu kerana masih terasa letih dek perjalanannya daripada Hanoi.. Jadi, berpandukan Waze, saya pun memulakan perjalanan hingga sampai ke apartment sewaan kami.. Saya melalui jalan Simpang Pulai kerana saya lebih berkeyakinan untuk memandu di situ jika dibandingkan untuk melalui jalan Tapah.. Bila kami melalui jalan Simpang Pulai, dua orang anak sedara saya yang duduk di belakang tue, berbunyi riuh rendah kerana mereka seronok kereta berpusing-pusing, last sekali kedengaran mereka berdengkur ketiduran... hihihi penat sangat berseronok tue yang tertidur..
Kami sampai di pekan Brinchang pada pukul 1.30 tengahari, dan macam biasa, di tempat percutian seperti ini, kesesakan trafik akan bertambah.. Pada mulanya kami nak check in di apartment berkenaan tapi kami terpaksa check in pada pukul 3 petang kerana staf apartment masih lagi mengemas dan mengatur apartment berkenaan.. Jadi, oleh kerana apartment kami berdekatan dengan Masjid Kayangan Brinchang, kami pun hanya berjalan kaki saja ke situ untuk menunaikan solat jamak.. Nak tahu dekat mana..? Awak boleh lihat peta nie, dan kawasan ini memang banyak hotel bajet dan homestay, kawasan yang sangat strategik dengan kedai makan dan stesen minyak.. Kawasan yang bertanda hijau itulah apartment kami yang terletak di atas bukit.. Hihihi ummie saya cakap, napalah pilih apartment yang berbukit, naik seriau kaki dia.. hihihi.. Saya pun cakap dengan ummie, dah nama pun Cameron Highlands, memanglah berbukit bukau..
Dan inilah tempat apartment kami..
Nampak aje rendah tapi tinggi jugak tue... Walaupun letih tapi kami semua seronok.. |
Tengoklah budak Salsabila, langsung taknak berdukung oleh bapa sedaranya, dia rasa seronok berjalan menaiki bukit nie, laju aje langkahnya sampaikan bapa sedaranya suruh jalan slow-slow.. hihihi |
Apa yang bestnya apartment nie adalah kawasannya yang strategik dan kita tak perlu bersusah payah untuk keluar menaiki kereta untuk cari makan kerana dekat situ memang ada banyak kedai makan... Cuma ada satu aje kekurangan mengenai apartment nie, lot parking percuma hanya diberikan untuk sebuah kereta saja, manakala kereta yang lain perlu parking di tepi jalan yang seperti dalam gambar tue.. Kalau nak parking kereta, awak perlu letakkan batu di celah tayar untuk mengelakkan kereta menggelungsur ke bawah, sebab lot parking di situ agak curam..
Sementara menanti yang lain bersolat, kami bergambar dulu di Masjid Kayangan Brinchang.. Dekat aje dengan apartment kami, hanya berjalan kaki saja.. |
Jangan risau untuk ke sini kerana kedai makan terlalu banyak untuk dijadikan pilihan dan kami pilih medan selera yang menyediakan masakan panas.. |
Setelah kenyang, kami pun berjalan kaki menuju ke apartment kami dan mula check in.. Kami mendapat apartment aras 9 bernombor 802 bila sampai aje dekat apartment, semuanya seronok sebab akhirnya kami dapat merehatkan diri.. Apartment nie menyediakan fasiliti yang cukup, termasuk dengan saluran Astro Njoi, jadi kami tak kebosanan.. Kecuali apartment nie tak berikan seterika untuk iron baju, awak perlu turun ke kaunter pendaftaran kerana situlah tempatnya awak perlu iron baju.. Jadi kalau nak iron, bawak sendiri seterika.. Nasib baik kami suma tak bawak baju jenis berkedut kalu tak jenuh la nak turun daripada aras 9 semata-mata nak iron baju..
Kami hanya berempat saja bergambar kerana yang lain-lain keletihan dan masing-masing telah berehat di dalam bilik.. |
Inilah apartment yang kami duduki..
Bilik kedua ini jugak menempatkan 2 buah katil saiz queen tapi tiada bilik air kerana bilik air terletak bersebelahan dengan bilik ini dan berkongsi dengan bilik ketiga.. |
Ruang tamu yang besar, jadi kalu datang beramai-ramai pun takde masalah, cuma bawak toto aje dan boleh tidur di kawasan ini.. |
Meja makan yang selesa.. Kalau awak perasan, adik ipar saya sedang membuka suis lampu dan disitulah terletaknya bilik air kedua, jadi takdelah berebut-rebut nak mandi.. |
Ruangan dapur yang selesa, nak masak pun boleh.. |
Bilik ketiga yang menempatkan sebuah katil saiz queen.. |
Bilik air di dalam master bedroom, tapi bilik air kedua saya terlupa nak ambik, kerana ramai yang guna bilik air tue, fasiliti yang sama.. Hot water pun ada jugak tau.. |
Sedang kami berehat-rehat sambil berbual dengan keindahan alam, ummie mendapat panggilan telefon yang adik ummie iaitu bapa sedara saya juga datang ke Cameron dan mereka tak dapat mencari hotel disebabkan full booking.. Jadi ummie ajak mereka tinggal bersama kami semua memandangkan ada sebuah bilik lagi yang kosong, yang sepatutnya saya dengan hubby tidur.. Kami tak sempat untuk ke mana-mana disebabkan masing-masing kepenatan... Pada jam 8 malam, kami pun berjalan kaki menuruni bukit menuju ke tempat makan dan secara kebetulan hujan turun merintik hingga membuatkan kami semua kesejukan... Nama pun cuti umum dan ramai manusia yang memenuhi ruangan tempat makan, jadi kami mengambil keputusan untuk berpecah menjadi dua kumpulan.. Saya bersama dengan ummie, mama Salsabila, bapa dan mak sedara, makan di KFC kerana ummie taknak makan nasi manakala adik beradik saya yang lain, makan di medan selera kerana mereka mahukan masakan panas.. Selesai makan kami pun berjalan naik menuju ke apartment dan masa tue hujan telah pun berhenti.. Yang paling seronok sekali adalah 3 orang anak sedara saya yang berjalan menaiki bukit hingga taknak didukung oleh kami mungkin rasa seronok sangat ditambah dengan kesejukan malam.. Bila dah masuk apartment, masing-masing taknak masuk tidur walaupun dihambat oleh ummie, hihihi.. Sebenarnya ummie saya nie mempunyai satu perangai pelik, diibaratkan kita masih bersekolah, pasti dia akan suruh kami masuk tidur awal, katanya nanti penat bekerja atau nak memulakan perjalanan baru.. Kami bersembang untuk melawat pelbagai tempat menarik pada hari esok dan pada jam 1 pagi masing-masing telah melelapkan mata untuk menanti hari esok..
Sebahagian adik beradik yang mengambil gambar kenangan.. |
11hb September, jam 8.30 pagi...
Hari terakhir kami di Cameron Highlands, kami telah merancang untuk pergi ke tempat yang menarik sebelum kami pulang ke destinasi masing-masing tapi malang tak berbau.. Kebanyakan tempat lawatan seperti ladang strawberi, taman lavender dan ladang teh ditutup kerana cuti umum awal Muharram.. Jadi kami takde rezeki untuk bergambar di tempat yang menarik.. Cuma ada beberapa buah kedai saja yang buka untuk pembeli membeli barangan daripada Cameron.. Bapa sedara berpisah daripada kami kerana dia ingin terus balik ke Terengganu jadi hanya kami sekeluarga saja yang pergi ke kedai persinggahan.. Kami tak sarapan pagi di kedai kerana bekalan makanan yang kami bawak terlalu banyak dan kami hanya bersarapan di dalam apartment saja.. Lagipun kami tau yang kedai makan di kala ini mesti penuh sesak dengan orang ramai yang mula hendak memulakan perjalanan balik ke destinasi masing-masing..
Kenangan gambar family (Keluarga Al-Kaff) sebelum kami berangkat balik ke destinasi masing-masing.. |
Kami singgah di Farmers Arcade Cameron Highlands untuk membeli sedikit cenderamata dan hanya beberapa gambar saja yang sempat kami ambik sebab masing-masing sibuk mencari barang.. Jangan pelik tau.. hihi
Sebelum kami berpisah di pertengahan jalan, adik menjadi driver sementara.. |
Inilah tempat Farmers Arcade Cameron Highlands.. *Sumber gambar daripada Google.. |
Masa nie memang suhu di situ 13⁰ Celsius, sejuk tapi ummie tak pakai baju sejuk, katanya baju tue dia dah kemas dalam beg dan terlupa nak ambik.. |
Orang kata kalu pegi ke Cameron Highlands, wajiblah kita pergi ke Kea Farm kerana di situlah pelbagai barangan dan bahan masakan yang dijual murah berada di situ.. Jalan punya jalan saya terlupa nak beli sayur yang penting sekali iaitu jagung mutiara.. Dan inilah sempat diambik..
Selesai membeli belah, kami pun teruskan perjalanan kami hingga ke persimpangan antara Gua Musang dan Simpang Pulai.. Kami berhenti di stesen minyak untuk menukar barangan di dalam bonet dan di situlah kami berpisah.. Saya dengan adik beradik perempuan selamat sampai di destinasi masing-masing pada jam 7 malam dengan menghantar terlebih dulu mama Salsabila di Batu Caves melalui exit Selayang manakala ummie pun sampai di Terengganu pada pada 7.30 malam.. Secara keseluruhan, saya memang berpuas hati dengan tempat percutian kali ini.. Terima kasih kepada SA Apartment @ Crown Imperial Court Apartment kerana memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk kami sekeluarga walaupun ada kekurangan sikit.. Biasalah, takkan la semuanya perfect 100 peratus kan.. Tempat apartment nie memang bersih, mungkin kerana apartment nie berkongsi dengan rumah penduduk tempatan, jadi mestilah kawasan itu perlu sentiasa bersih, layanan staf dia pun okey dan membantu kami semua..
Inilah percutian pendek kami semua dan Insha Allah next projek kata ma'am besar, Hot Spring Sungai Klah sebab dia tak puas hati dengan kunjungan pertama dulu.. hihihi..
#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggersepang #bloggerterengganu #familyshorttriptoCameronHighlands #crownimperialcourtapartment
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons