5 cara mudah nak minum air kosong

Tuesday, October 09, 2018


Assalamualaikum wbt..
Tak dinafikan yang air kosong ada banyak manfaat kepada tubuh badan kita tapi rasanya ada kot di antara kita agak susah nak menelan air kosong berbanding air manis.. Kan..? Selalunya nak capai 8 gelas sehari mungkin agak susah bagi yang kurang membiasakan diri untuk minum air kosong tapi ada cara camne nak minum air kosong dengan lebih mudah.. Jom kita selidik..

Tambahkan perasa - Minum air kosong seperti biasa memang agak membosankan, apa kata awak guna perasa semulajadi seperti masukkan isi buah tembikai ke daun pudina ke ataupun hirisan oren ke dalam air kosong tue.. Untuk membuatkan air kosong tue lebih terasa, biarkan beberapa jam di dalam peti ais.. Jadi takde masalah kan nak minum air kosong..?

Pesan sesuatu yang pedas - Tambahan potongan cili dalam hidangan mendorong kita untuk mendapatkan lebih banyak air semasa makan. Selain itu, kajian ada menunjukkan yang cili pedas sebenarnya boleh meningkatkan metabolisme kita.

Jadikan sebahagian minuman malam - Kena selalu amalkan sekurang-kurangnya lebih satu gelas air kosong sebelum tidur. Ini kerana ia secara tak langsung membantu tubuh kita rehidrasi. 

Anggap air kosong sebagai pembuka selera - Berdasarkan kajian dalam jurnal Obesiti pada tahun 2010, meminum 16oz iaitu jumlah biasa bagi sebotol air sebelum makan boleh membantu kita untuk mengurangkan berat badan. Ia juga akan membantu kita kurangkan makan dan ia sepatutnya menjadi pendorong untuk mendapatkan segelas sebelum makan.

Pastikan ia dekat - Sekiranya kita terperangkap dalam traffic jammed yang melibatkan perjalanan beberapa jam, menjadi keutamaan bagi kita untuk mendapatkan air. Jadi, pastikan air kosong sentiasa dekat dengan kita supaya kita boleh mendapatkannya pada bila-bila masa. 

Macam saya sendiri, dulu masa muda-muda memang agak susah saya nak minum air kosong, apatah lagi nak minum 8 gelas sehari.. Tapi saya buat alternatif sendiri, iaitu kuatkan perasaan malas untuk membeli minuman manis seperti kordial ataupun biarkan bekalan gula di rumah habis begitu saja tanpa rasa nak membeli.. Jadi secara tak langsung air kosong menjadi pilihan saya.. Kini, takde masalah bagi saya untuk minum air kosong lagi dan jika tak dapat minum air kosong dalam masa sehari, memang jadi gelisah dan tak tentu arah jadinya.. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua...


#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang



7 comments

  1. terima kasih sharing cara minum air kosong

    ReplyDelete
  2. tq for sharing.rabia minum je air kosong.

    ReplyDelete
  3. aida tetapkan sebelum kul 12 tghari wajib abis 1 liter.
    separuh hari lagi 1 liter, sebelum jam 6 ptg.
    mlm, 2-3 gelas jer.
    cukup la 2.5 liter gitu. kalau ikutkan berat aida yg berat ni, memang perlu 2.5 liter sehari.

    ReplyDelete
  4. pastikan ia dekat!

    tu paling penting haha ^^

    ReplyDelete
  5. thanks for the tips. barulah semangat nak minum air kosong.

    ReplyDelete
  6. Mcm mrs pip memang akan tetapkan pada sekian sekian jam, mesti habis sekian sekian liter ... Dah biasa buat, so mcm automatik akan minum air tu pada waktu yg ditetapkan ... And tq share tips lain tu, bermanfaat sangat.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧