Assalamualaikum wbt..
Wah, minggu terakhir kita sebelum melangkah ke bulan baru.. Kejap aje masa berlalu, dan lusa kita bakal melangkah ke bulan November.. Jadi untuk minggu terakhir bulan Oktober nie, siapakah yang bakal direview oleh saya...? Jom kita kenal-kenal...
Blog Janji Kita.. Nama diberi Mar Mansor yang berasal daripada Segamat dan kini tinggal di Johor Bharu, berumur 34 tahun, mempunyai 2 orang cahayamata dan sekarang sedang berbadan dua.. Mar Mansor mula masuk dalam dunia blogging pada tahun 2012 dan merupakan salah sorang ahli Team JDT Blogger.. Bekerja di sebuah syarikat swasta dan dalam masa yang sama menjadi blogger separuh masa..
Perkenalan antara saya dengan Mar Mansor ini dengan penglibatan kami berdua dalam pelbagai segmen dan GA yang dianjurkan oleh blogger lain.. Seperti yang lain jugak, Mar Mansor memang sorang supportive dalam penyertaannya untuk segmen dan GA dari rakan blogger yang lain.. Dalam blog beliau, memang banyak kisah menarik yang dikongsikan termasuklah membuat pelbagai review, berkongsi pelbagai tips, resipi dan kisah peribadi..
Antara entri yang menarik untuk tatapan pembaca adalah Cara Membuat Bayaran Penuh Pinjaman Pembiayaan Kenderaan, Lemang Periuk Kera, Kenapa Bukit Gambang Resort City Pilihan Tepat Percutian Bersama Keluarga?, Makanan Yang Boleh Buat Rasa Gembira dan pelbagai lagi kisah menarik..
Kepada Mar Mansor, terima kasih saya ucapkan pada awak kerana masih lagi mengikuti perkembangan jurnal saya dan sahabat saya di alam maya samada di dalam blog mahupun facebook.. Terima kasih kerana selalu bagi sokongan dan dorongan untuk saya terus sukses dalam dunia blogging... Saya mendoakan agar awak sekeluarga dirahmati dan diberkati oleh Allah dan semoga ikatan ukhuwah antara kita akan berkekalan Insha Allah.. Semoga awak terus sukses dalam dunia blogging dan sentiasa jaga kesihatan awak memandangkan kini awak dah berbadan dua.. Jangan buat kerja yang lasak-lasak sangat tau, dan doakan saya serta rakan-rakan yang lain yang masih dalam mood TTC, Insha Allah..
Jom kita jengah dan singgah ke blog Mar Mansor serta salam perkenalan pada semua..
#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang
Assalamualaikum wbt..
Pada zaman yang serba canggih ini, akaun Facebook sememangnya ada pada setiap rakyat Malaysia amnya, tak kira peringkat umur.. Kematian adalah pasti berlaku pada setiap manusia, dengan teknologi yang canggih ini membolehkan kita menyampaikan berita sedih kepada sanak saudara dan sahabat yang menjadi rakan facebook kepada si mati. Tapi dalam masa yang sama, kita sebagai waris dah tentu tak mahu akaun si mati disalahguna oleh pihak yang tak bertanggungjawab, jadi saya nak kongsi dengan awak camne kita nak delete akaun pemilik FB yang dah meninggal dunia.
Cara yang pertama jika kita tahu tentang kata laluannya : -
☑ Log masuk menggunakan e-mel dan kata laluannya.
☑ Pergi ke 'Delete My Account'.
☑ Klik butang 'Delete My Account'.
Cara kedua jika kita tak tahu emel dan kata laluannya : -
Klik pada permintaan di Facebook dan berikan :-
☑ Tarikh meninggal dunia
☑ Gambar atau imbasan sijil kematian
☑ Dokumen lain yang membuktikan awak ada hubungan dengan si mati.
Awak juga ada pilihan untuk klik pada 'Please remove this account' sekiranya awak nak akaun terbabit dipadam terus.
Semoga ianya dapat dimanfaatkan..
#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang
Assalamualaikum wbt..
Kita sekarang dah nak hampir ke penghujung tahun 2018 dan tahun 2019 akan menyusul tak lama lagi.. Jadi dah yang beli planner untuk tahun 2019 ke..? Saya dah.. Inilah planner saya untuk tahun 2019..
Saya beli planner nie kat Shoppee dan secara kebetulan jurujual planner nie duduk di Sepang, so tadi dia COD planner nie ke rumah saya.. Harga satu planner nie adalah RM25 dan apa yang menarik mengenai planner nie adalah ianya berunsurkan Islamik planner... Inilah antara muka surat yang sempat saya snap..
Satu lagi yang menarik iaitu ada free gift..
Cantik kan planner nie.. So, saya ada berita gembira untuk awak.. Saya sebenarnya ada beli 5 lagi planner.. 3 daripada planner nie dah bertuan iaitu pemenang Top Commentator Bulan Ogos (Kak Shahida Mohamed), September (Fatin Syaza) dan Oktober (Cik Ash)... Manakala 2 planner adalah untuk bakal pemenang Top Commentator Bulan November dan Bulan Disember..
Jadi pada sesiapa yang nak planner tahun 2019 ini, bolehlah drop down nota awak dalam jurnal saya dan masih ada masa lagi untuk awak menjadi Top Commentator pada bulan November dan bulan Disember.. Jangan lepaskan peluang tau.. So inilah hadiah untuk Top Commentator yang bertuah dan jikalau ada lebih daripada sorang pemenang pada bulan tersebut, hadiahnya pun dapat planner jugak.. Menarik tak..? Jom..
P/s : Design planner nie saya bagi secara random tau..
#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang
Assalamualaikum wbt...
Sebenarnya set percubaan nie saya dah dapat pada 19hb Oktober baru-baru nie, baru sekarang dapat buat review.. hihihihi.. Inilah kali pertama saya mendapat tester daripada Home Tester Club dan rasa seronok sangat.. Set percubaan nie dihantar melalui rider mengikut alamat yang kita tetapkan dan inilah setnya...
GINVERA WORLD SPA SHOWER SCRUB |
Saya memang suka pada scrub dan bila first time pakai shower nie, rasa macam berada dalam spa mewah pulak.. Sebabnya, bauan yang menenangkan dengan haruman lavender yang sesuai dengan saya yang memang minat pada bunga lavender, lebih-lebih lagi bila dipakai pada waktu malam.. Hubby saya pun memang puji bauan lavender nie dan dia pun pakai jugak, rasa macam tenang aje bila pakai dan tidur pun rasa macam lena aje..
Selepas guna scrub nie, kulit kami berasa lembap, lembut dan licin. Scrub nie dikatakan dapat membantu mencegah bau badan walaupun selepas berpeluh, memberi rasa sensasi yang unik untuk ketenangan dan kesejahteraan, melalui formula lembut yang berkesan untuk mengupas sel kulit mati untuk mendedahkan sel-sel kulit baru, menjadikan kulit berasa lembut, berseri dan licin.
Shower scrub ini mengandungi Asid Galian Bio (BMA) iaitu mengandungi mineral yang banyak, mengesan unsur mineral untuk menyuburkan kulit dan mencegah kekeringan kulit semasa perjalanan peredaran darah dan oksigen di dalam kulit. Jadi memang tak rugi bila pakai shower scrub nie...
Nak dapat set percubaan seperti saya..? Jom klik SINI, mana tau kot-kot ada rezeki untuk awak..
#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang #htcmyxGINVERA, #myGINVERA, #hometesterclubmy
Assalamualaikum wbt..
Dekat Jepun, seorang wanita yang bernama Uka Ohashi telah menarik perhatian jutaan peminat cerita fantasi dan anime dengan mencipta sebuah buku yang mengeluarkan cahaya pada setiap huruf.
Ohashi nie merupakan seorang pelajar dalam jurusan rekaan dan dia mencipta buku nie untuk tugasan kelasnya, berdasarkan novel sebenar yang ditulisnya. Asalnya, dia nak buku nie dipenuhi dengan cahaya dan semakin terang bila pembaca buka helaian demi helaian hinggalah helaian terakhir, tapi dek kesuntukan masa, Ohashi hanya memasang lampu pada bahagian terakhir buku tue sebagai bukti konsep yang cuba ditengahkan.
Ohashi telah menggunting abjad Jepun ke dalam muka surat buku dengan menggunakan pemotong laser dan lepas tue dia lekatkan kesemua abjad tue dalam buku bersama-sama dengan wayar lampu diod pemancar cahaya (LED) yang telah digam pada tengah-tengah buku. Jadi, bila ianya dipasang, lampu LED tue mengeluarkan cahaya pada abjad yang telah digunting.. Menarik betul kan..
Ohashi nie merupakan seorang pelajar dalam jurusan rekaan dan dia mencipta buku nie untuk tugasan kelasnya, berdasarkan novel sebenar yang ditulisnya. Asalnya, dia nak buku nie dipenuhi dengan cahaya dan semakin terang bila pembaca buka helaian demi helaian hinggalah helaian terakhir, tapi dek kesuntukan masa, Ohashi hanya memasang lampu pada bahagian terakhir buku tue sebagai bukti konsep yang cuba ditengahkan.
Ohashi telah menggunting abjad Jepun ke dalam muka surat buku dengan menggunakan pemotong laser dan lepas tue dia lekatkan kesemua abjad tue dalam buku bersama-sama dengan wayar lampu diod pemancar cahaya (LED) yang telah digam pada tengah-tengah buku. Jadi, bila ianya dipasang, lampu LED tue mengeluarkan cahaya pada abjad yang telah digunting.. Menarik betul kan..
#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, selesai task minggu keempat.. Jom kita kenal dengan sahabat pilihan saya kali ini..
Blog Ibu Ainul, Alif, Aisy & Afiq... Nama sebenar adalah Nor Nazliana yang berasal daripada Jitra, Kedah dan kini dia bekerja di IPG Kampus Darul Aman, Kedah.. Berumur 35 tahun dan mempunyai 4 orang cahayamata, mula berblog sejak tahun 2009 lagi yang menceritakan kisah hidupnya..
Mula kenal dengan Nazliana dalam pelbagai segmen dan GA dan Nazliana merupakan salah sorang blogger yang begitu supportive masa saya buat GA dulu.. Walaupun dia jarang untuk tinggalkan komen dek kekangan kerja dan rumahtangga, tapi dia selalu menjadi silent reader pada setiap blog yang dia singgah dan jengah termasuklah jurnal saya.. Walaupun dia bercerita tentang kisah hidupnya dalam blog tapi dia turut memberi supportive dengan penyertaan pelbagai segmen dan GA anjuran rakan-rakan blogger yang lain, selain itu dia turut membuat pelbagai review termasuklah barangan dan tempat peranginan yang pernah dilawatinya sebelum ini, resipi dan pelbagai tips..
Antara entri yang menarik untuk dikongsi adalah Berdoa Di Pagi Yang Hening Dan Suram, Peringatan Untuk Penjawat Awam Berhati-hati Dalam Perbelanjaan, Resipi Kuih Bunga Pudak, Awet Muda Dengan Makan Miangkam dan pelbagai lagi kisah yang menarik dalam blog Nazliana..
Kepada Nazliana, terima kasih kerana awak masih lagi sudi menjadi rakan blog saya walaupun masing-masing menjadi silent reader, hihihi.. Terima kasih jugak saya ucapkan kerana awak selalu bagi supportive semasa saya buat GA dulu.. Semoga ikatan ukhuwah antara kita akan berkekalan hingga ke akhirnya Insha Allah dan saya harap awak tak jemu untuk selalu singgah ke jurnal saya ini.. Saya doakan agar awak sekeluarga akan dirahmati dan diberkati oleh Allah dan semoga awak terus sukses dalam dunia blogging ini..
Jom kita terjah dan singgah ke blog Ibu Ainul, Alif, Aisy & Afiq serta salam perkenalan pada semua..
#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang
Assalamualaikum wbt..
Saya tak pasti dengan orang lain, tapi jika saya nak makan, pasti ulam-ulaman ataupun sayur-sayuran akan diambil.. Bila takde sayur, rasa macam tak power makanan masa tue.. hihihi..
Tapi awak tau tak, menurut kata Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Mansor Omar, hanya 55kg sayur dan buah setahun yang dimakan oleh rakyat Malaysia berbanding rakyat di luar negara. Menurutnya lagi, jumlah ini lebih kecil berbanding rakyat Jepun yang makan sayur serta buah sebanyak 150kg setahun. Wow..!
Napa ini terjadi..? Katanya lagi antara punca mengapa sayur-sayuran dan ulam kurang diminati adalah kurangnya kepelbagaian resipi berasaskan sayuran dan ulaman, cara pemotongan yang betul da nilai tambah sayur-sayuran tempatan.
Sebenarnya nak makan sayur nie bermula daripada 'mindset' kita sendiri, kalau otak kita kata sayur nie pahit, maka pahitlah sayur tue dan secara tak langsung kita menolak untuk makan sayur.. Macam saya sendiri, masa kecik-kecik dulu memang susah nak makan sayur dek berfikir negatif tapi bila jumpa nasi ayam, sayur-sayur tue saya makan dan sejak itulah saya jadi peminat sayur.. Jika saya makan kat opis pun, saya pasti akan mengambil sayuran malah lebih banyak daripada kuantiti nasi tue sendiri hingga penuh sebekas.. Dan yang paling saya suka adalah buah tomato, hingga hampir setiap dua minggu saya akan pastikan saya makan buah tomato, tapi sayuran lain pun saya makan jugak.. Kalau ulam kampung pulak saya paling suka makan ulam raja, dimakan dengan ikan goreng dan nasi putih yang panas mengewap.. Fuuhhh bak kata orang, heaven...! hihihi...
Awak bagaimana..? Suka makan sayur..?
#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang
Assalamualaikum wbt..
Penah fikir tak kenapa badan kita terasa penat sangat walaupun kita baru bangun tidur..? Bila badan dah penat, rasa malas nak buat suma kerja.. Kenapa ianya terjadi..? Inilah sebabnya..
☑ Postur tubuh yang tak betul - kedudukan postur tubuh kita yang menyebabkan kita berasa penat, contohnya masa duduk di atas kerusi..
☑ Tak cukup tenaga - ini kerana kita kurang mengambil protein dan lemak tapi terlebih ambil karbohidrat.
☑ Tubuh tak mendapat cukup zat besi - Sama macam point kat atas nie..
☑ Berfikiran atau mempunyai rakan yang berfikiran negatif - ini pun sebenarnya mempengaruhi tubuh kita, bila kita dikelilingi aura negatif, secara tak langsung badan kita pun jadi negatif.
☑ Teknik pernafasan yang tak betul - cuba tarik nafas dalam-dalam, tahan selama 10 hingga 15 saat, dan hembus melalui mulut.. Pasti badan kita akan terasa segar semula..
Jadi, dah tau kan..
#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang
Assalamualaikum wbt..
Rasanya dah lama kot saya tak buat review filem, kan.. Satu sebabnya walaupun saya tahu mengenai filem baru tapi disebabkan tak penah jejak kaki ke panggung wayang menjadikan lambat nak buat review..
Filem nie sebenarnya dah ditayangkan pada tahun 1976 tapi dia buat 'remake' semula dan ditayangkan pada tahun 2013.. Filem nie saya baru tengok semalam pada channel Fox Movie, dan dapati filem nie agak menarik untuk ditonton..
Tajuk filem nie adalah 'Carrie' yang dilakonkan oleh pelakon handalan seperti Julianne Moore, ChloA Grace Moretz, Gabriella Wilde, Portia Doubleday dan ramai lagi..
Filem nie mengisahkan seorang remaja perempuan yang bernama Carrie White menjadi mangsa buli oleh rakan-rakan sekolahnya. Ibunya Margaret White adalah seorang wanita yang kemurungan akibat daripada kehamilan luar nikah dan menjadikannya seorang yang kuat beragama, apa saja yang dilakukan semuanya adalah dosa besar.. Satu hari selepas menjalani kelas jasmani, buat pertama kali, Carrie telah didatangi 'period' yang pertama dan dia menjadi takut kerana menurut ibunya jika wanita didatangi 'period' itu bermakna dia sorang pendosa.. Carrie menjerit meminta tolong tapi dia diketawakan oleh rakan-rakannya, malah dia dimalukan bertubi-tubi dengan dicampak tampon dan tuala wanita. Perlakuan Carrie dirakam serta disebarkan di internet.
Apabila pihak sekolah menyiasat perkara ini, mereka dapati perkara ini amat memalukan dan pihak sekolah menggantung sorang pelajar yang bernama Chris Hargensen kerana merakam dan menyebarkan video Carrie di internet, selain itu Chris tidak dibenarkan untuk menyertai majlis 'prom' sekolah. Ini menyebabkan Chris menjadi pendendam pada Carrie dan dia buat keputusan untuk memalukan Carrie sekali lagi di majlis 'prom' tersebut. Ada sorang lagi pelajar yang turut penah membuli Carrie iaitu Sue Snell merasakan yang Carrie tak patut dibuli sebegitu dan dia menyuruh teman lelakinya untuk menjadi teman Carrie semasa majlis 'prom'.
Carrie ingin menjadi seorang remaja biasa tapi ibunya tak mahu terangkan apa yang berlaku pada Carrie baru-baru nie, temasuklah tentang 'period'.. Ibunya berkata ianya berdosa besar untuk bercerita dan Carrie sepatutnya memohon keampunan kerana keceluparannya itu dan mengurung Carrie di dalam bilik yang dikatakan bilik berdoa.. Carrie yang berasa amat malu dengan tersebarnya rakaman video itu mendapati dirinya mempunyai kuasa telekinesis iaitu kuasa yang menggerakkan sebarang objek dengan kuasa minda. Carrie mula mencari maklumat tentang kuasa itu dan mula dipraktiskan..
Ibunya yang mengetahui tentang kebolehan Carrie telah mencuba untuk membunuh Carrie dengan alasan dia nak membunuh syaitan yang berada di dalam badan Carrie tapi Carrie menghalangnya dengan kuasa telekinesisnya dan mengurung ibunya di dalam bilik berdoa.
Carrie telah menerima pelawaan teman lelaki Sue Snell untuk majlis 'prom' tanpa mengetahui Chris mempunyai niat untuk memalukannya. Sue yang mengetahui niat Chris telah cuba menghalang Chris tapi semuanya terlambat.
Sekali lagi Carrie dimalukan dengan disimbah dengan darah khinzir manakala teman lelaki Sue mati akibat terhantuk dengan baldi besi yang jatuh daripada atas. Sebelum itu baldi besi itu berisi darah khinzir. Ini menyebabkan Carrie tak dapat mengawal kemarahannya. dan Carrie menggunakan kuasanya untuk membunuh semua pelajar dan guru yang berada di dalam majlis 'prom' dan ini termasuklah Chris serta teman lelakinya.
Carrie balik ke rumah dan mendapati ibunya yang dikurung sebelum ini telah terlepas dan mula mencari ibunya. Setelah Carrie mula menyedari yang dia telah membunuh orang, dia cuba meminta ampun daripada ibunya sebaliknya ibunya mula menikam Carrie daripada belakang dan menyebabkan Carrie menggunakan kuasanya untuk mempertahankan diri. Akibat daripada itu, ibunya telah terbunuh dan Carrie mula menyesal dengan perbuatannya. Sue yang tahu mengenai kuasa Carrie mula menghalang Carrie daripada membunuh diri tapi Carrie kata yang dia tak dapat diselamatkan lagi. Sebelum Carrie mencampakkan Sue keluar daripada rumah, Carrie berkata pada Sue yang Sue akan menimang anak perempuan, kerana Sue telah mengandung. Selepas Carrie berkata demikian, Sue pun dicampak keluar dan Carrie menggunakan kuasanya untuk meruntuhkan rumah sekaligus membuatkannya terbunuh.
Cerita nie bukanlah berkisahkan tentang kuasa telekinesis tapi sebenarnya ada mesej di sebaliknya, iaitu kisah buli di sekolah dan penyakit kemurungan.. Kisah buli di sekolah memang tak asing lagi dalam negara kita malah di negara luar pun mengalami masalah yang sama. Jadi tak mustahil orang yang kena buli akan menjadi pendendam sekiranya dia tak selesaikan dengan cara baik, sebagai contoh di negara USA, ramai yang kena buli menjadi pendendam dengan cara menembak secara rambang di sekolah.. Jika tak ditangani dengan baik, ianya akan menjadi lebih teruk.. Penyakit kemurungan pun sebenarnya boleh menjadi teruk sekiranya tak ditangani dengan baik.. Jadi, sama-samalah kita tangani kes buli dengan penyakit kemurungan nie dengan sebaiknya, bantulah mereka di kala mereka sedang mengalami kemurungan dan mangsa buli.. Didiklah anak-anak kita supaya menghormati antara satu sama lain..
#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang
Assalamualaikum wbt..
Dah lama rasanya tak godek-godek jurnal nie, dalam fikiran dah terbayang nak tukar baju tapi kesihatan tak begitu mengizinkan lagi untuk mencari idea.. Tapi idea nak letakkan label pada jurnal nie memang meluap-luap..
Saya lupa nak screenshot gambar sebelum sebab semuanya tak dirancang.. hihihi so gambar selepas aje la yang dapat diberi..
Pada awak yang perasan pada widget menu tue, sebelum nie saya buatkan label dan akan menjadi sub-menu.. Tapi hanya menu (bloglist saja) yang menjadi sub-menu.. Untuk label yang lain, saya buatkan page baru yang diberi nama 'My Bookmarks' dan awak boleh baca tentang apa saja entri seperti review sahabat blogger pilihan dan sebagainya..
So, okey tak..? hihi
#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang
Assalamualaikum wbt..
Seorang eksekutif The Reading Agency, Sue Wikinson berkata masih ramai lagi orang yang menyedari tentang faedah dan manfaat membaca. Wikinson berkata, membaca terbukti 68 peratus lebih baik dalam mengurangkan tahap stres daripada mendengar muzik. Bukan itu saja, membaca 100 peratus lebih efektif daripada minum secawan teh, 300 peratus lebih baik daripada pergi berjalan-jalan dan 700 peratus lebih baik daripada bermain video game. Membaca tidak hanya mempengaruhi kesihatan mental tapi ianya juua dapat mempengaruhi fizikal..
Jadi membacalah apa-apa saja kerana melalui pembacaan kita dapat ilmu yang bermanfaat bukan saja untuk diri kita saja malah orang di sekeliling kita..
#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons