إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Al-Fatihah...
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ
آمِّيْن...
Ya ALLAH.. ampunkanlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dengan air, salji dan air sejuk. Bersihkannya daripada kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.Semoga roh arwah ditempatkan bersama dengan para nabi, siddiqiin, shuhada dan solihin.
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...
Assalamualaikum wbt..
Semalam, negara kita telah digemparkan dengan satu tragedi yang begitu menyedihkan iaitu 6 orang anggota bomba maut dalam misi menyelamatkan seorang remaja yang lemas di Puchong Perdana.. Allahu Akbar, sesungguhnya kematian mereka semua adalah mati syahid kecil tapi belum tahu tentang nasib diri sendiri.. Adakah kita akan mati dalam khusnul khotimah atau sebaliknya, tapi biarlah kematian kita dalam khusnul khotimah.. Walaupun saya tak pakai celoreng oren, tapi kematian mereka amat menginsafkan diri ini dan amat sedih dengan pemergian mereka, apatah lagi mereka menghembuskan nafas terakhir di saat-saat membantu orang lain yang dalam kesusahan.. Tapi Alhamdulillah, di sebalik pengorbanan kesemua Allahyarham anggota bomba yang maut, rakan-rakan penyelamat yang lain telah menemui mayat remaja yang lemas dan salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga remaja terbabit..
Oleh kerana tragedi yang begitu menggemparkan negara, YAB Perdana Menteri telah meluluskan permohonan daripada YB Puan Hajah Zuraida Kamaruddin untuk kibaran bendera separuh tiang bagi bendera Bomba / bendera Malaysia / bendera Negeri di semua premis JBPM selama 3 hari.. Terima kasih YAB Perdana Menteri dan YB Puan Hajah Zuraida..
Tragedi yang malang tue memang tragis dan ianya merupakan yang pertama kali dalam sejarah bomba dengan kematian bilangan anggota yang ramai secara serentak.. Apa yang menyedihkan adalah sikap segelintir rakyat Malaysia yang masih lagi tak sensitif dengan perasaaan ahli keluarga yang terkorban.. Mereka mempertikaikan pelbagai kecaman, antaranya SOP jabatan yang dikatakan tidak dipraktikkan oleh anggota yang terlibat.. Sebenarnya untuk pengetahuan, sebelum mereka layak digelar sebagai anggota bomba dan menyarung celoreng oren, mereka terlebih dulu dilatih selama 6 bulan sehingga setahun di akademi bomba dan penyelamat.. Pelbagai latihan diberikan oleh jurulatih-jurulatih yang bertauliah, itupun jurulatih itu merupakan penguasa bomba sendiri yang berpengalaman luas dalam bidang kebombaan.. Jadi tak sepatutnya mereka yang takde ilmu kebombaan mempertikaikan mengenai SOP jabatan sebab anggota sendiri sedia maklum jika mereka tak ikut SOP mereka akan dikenakan tindakan tatatertib malah mungkin akan kehilangan kerja jika mereka didapati cuai dalam menjalankan tugas... Jadi saya mohon sangat-sangat agar jaga sensitiviti perasaan ahli keluarga mangsa yang terkorban.. Bila tengok gambar yang meruntun jiwa, airmata nie mengalir deras, hinggakan ummie saya cakap dia nak pegi ke Puchong dan Balai Bomba Shah Alam untuk melihat jenazah anggota bomba yang terkorban..
*Sumber gambar ini adalah ehsan daripada JBPM Negeri Selangor dan Buletin TV3
Al-Fatihah untuk kesemua mangsa.. Andalah wira penyelamat kami..
#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggersepang #bloggerterengganu #andawirapenyelamatkami #JabatanBombaDanPenyelamatMalaysia #unsunghero #AlFatihah
Takziah buat yang terkorban. Semalam tengok berita ya Allah... Tetiba Fiza pulak rasa sebak. Semoga mereka ditempatkan di dlm golongan org² yang beriman. Aamiin...
ReplyDeletemama turut berduka.. alfatihah buat semua arwah
ReplyDeleteSalam takziah buat keluarga mangsa.. semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 beriman..
ReplyDeleteYa Allah sedihnya :( apa pun syahid milik mereka
ReplyDeleteTakziah buat keluarga arwah..
ReplyDeletesemoga keluarga arwah tabah melalui ujian ini..
innalillah...
ReplyDeletesayu hati dgn khabar berita ni ari tu, shikin.
aida tgh kelas pagi khamis. heboh baca di fb.
Allahu Akbar. sungguh besar dugaan ahli keluarga.