Tangani kesedihan

Tuesday, October 09, 2018


Assalamualaikum wbt...
Memang tak dapat nak dinafikan masa kita menjalani kehidupan seharian, pelbagai suka dan duka datang menjelma.. Bila kegembiraan berlaku, kita rasakan yang kitalah orang yang paling bertuah sekali dalam dunia nie, tapi bila kedukaan datang bertandang, ada kalanya kita terduduk sambil terfikir, kenapa ianya terjadi pada kita.. 

Berhadapan dengan masalah - Kehidupan seharian pasti tak penah lekang daripada masalah kerana ianya menjadi sebahagian daripada diri manusia. Samada mahu ataupun tak, masalah pasti akan muncul samada kecil atau besar. Bukan masalah yang perlu diberikan perhatian, sebaliknya apa yang lebih  penting bagaimana kita menghadapi masalah itu. Masalah takkan berhenti tapi kita perlu bersedia menghadapinya berbekalkan ilmu yang ada pada diri kita.

Jangan anggap masalah perkara besar - Masalah adalah asam garam dalam kehidupan dan ianya datang untuk menguji. Hidup sememangnya untuk menyelesaikan masalah. Jangan sesekali anggap masalah sebagai perkara besar tapi anggapnya kecik kerana ianya datang daripada Allah. Jika kita dekatkan diri kita dengan Allah, tentu masalah akan menjadi kelihatan kecil. Kita akan berasa lebih kuat kiranya kita mengadu kepada Allah. Oleh itu, banyakkan ibadat untuk berasa dekat dengan Allah termasuk solat dan membaca Al-Quran.

Besarkan jiwa kita - Umpama kita mengambil secubit garam dan masukkan ke dalam gelas yang berisi air, mesti air itu akan menjadi masin. Begitu jugak kita perlu besarkan jiwa, lapangkan dada supaya masalah menjadi kecil. Ianya berkait rapat dengan cara kita berfikir supaya kita tidak menjadi murung dan rasa terbeban.

Masalah satu hikmah - Sentiasa positifkan minda dan anggap sebagai hikmah dalam hidup kita. Jika masalah yang dihadapi masih belum selesai selepas sekian lama, anggap ianya sebagai antara cara Allah membantu kita untuk menghapuskan dosa-dosa kecil kita. Setiap kali ada masalah, anggap ianya cara Allah mahu mengangkat darjat kita kerana diuji dan jugak cara Allah nak beri pahala kepada kita apabila kita sentiasa ingat padaNya.

Tukar perkataan 'masalah' kepada 'ujian' - Jangan katakan ianya sebagai masalah tapi katakan ianya adalah ujian yang diberikan kepada kita kerana kita akan sentiasa ingat kepada pemberi ujian iaitu Allah. Apabila kita ingat Allah, Allah akan sayang kepada kita. Kita perlu sedar golongan manusia yang diuji dengan begitu banyak adalah terdiri daripada golongan Nabi dan Rasul. Ini bermakna Allah nak kita sentiasa ingat dan jangan lupa untuk terus bergantung kepadaNya. 

Sedar semua orang ada masalah tersendiri - Kita perlu sedar semua orang mempunyai masalah tersendiri tak kira pangkat ataupun darjat, tua mahupun muda. Mungkin ada orang menganggap 'mengapa aku berhadapan masalah ini' , tapi kita perlu ingat semua orang ada masalah, cuma jenisnya berbeza dan cara berhadapan ujian jugak tak sama. Jika orang miskin mempunyai maslah kewangan, orang kaya jugak mempunyai masalah biarpun memiliki wang yang banyak.

Masalah penghapus dosa kecil - Anggaplah pelbagai masalah yang kita terima di dunia ini sebagai 'pendahuluan' dan mampu mengurangkan penyeksaan di akhirat. Berdoa kepada Allah supaya kesusahan kita apabila di akhirat nanti dapat diringankan setiap kali kita berhadapan dengan masalah di dunia. Ini secara tak langsung akan dapat menenangkan kita dan tak terlalu rasa tertekan..



#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang



7 comments

  1. Kalau tak pandai tangani memang boleh jadi kemurungan..

    ReplyDelete
  2. Asalam terima kasih nasihat ini ya

    ReplyDelete
  3. aida ni kekadang akan jadi over sedih, tau.
    most of the time la. then, bagi time skit pada diri sendiri utk bertenang.
    yes. utk jadi positif, kita akan try anggap ia sebagai ujian.

    ReplyDelete
  4. Allahu..kak PC takut sangat bila gembira lupa diri dan bila sedih baru ingat Allah...moga terhindar begitu kita semua.

    ReplyDelete
  5. kesdihan antara pintu yang 'terbuka' di dalam hati untuk izinkan syaitan 'masuk' :D

    Elak kesedihan berlarutan. tq kak shikin for the tips :)

    ReplyDelete
  6. kene ada sesuatu yg boleh mengalih stress dari fikiran.. :)

    ReplyDelete
  7. mmg stress kalau tak tahu nak tangani kesedihan.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧