Assalamualaikum wbt...
Sembelit semasa dalam pantang memang menyeksakan para ibu, betul tak..? Saya nak berkongsi dengan awak camne nak atasi sembeli semasa dalam pantang...
- Ambil diet seimbang - Banyakkan pengambilan buah--buahan dan sayur-sayuran ketika berpantang. Pengambilan makanan menggunakan konsep pinggan suku-suku-separuh adalah yang terbaik.
- Minum air secukupnya - Pengambilan air suam sangat bagus untuk membantu pencernaan. Kenyataan bahawa ibu berpantang tidak dibenarkan untuk minum air yang banyak ketika berpantang itu, hanya mitos orang tua-tua. Berkemungkinan ia bagi mengelakkan awak daripada bersusah payah membuka bengkung untuk ke tandas.
- Segera ke tandas - Jangan bertangguh sekiranya kita terasa gesaan untuk membuang air besar. Amalan tertangguh boleh menyebabkan masalah sembelit yang dialami menjadi lebih teruk.
- Jangan teran - Sebaliknya, bernafaslah dengan betul untuk menolak najis keluar. Ia adalah sama seperti teknik pernafasan yang kita gunakan semasa bersalin. Teknik yang sama sangat berguna untuk membantu kita membuang air besar. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus nafas itu secara perlahan-lahan.
- Elak duduk atau baring dalam satu posisi terlalu lama - Amalan berjalan secara perlahan-lahan membantu proses membuang air besar. Sekiranya tiada pergerakan, masalah sembelit akan menjadi lebih teruk.
- Gunakan tandas duduk - Tandas duduk lebih selamat digunakan oleh ibu baru bersalin. Gunakan jugak bangku ataupun alas kaki supaya kaki dapat diangkat dengan lebih tinggi dan letakkan situ di atas lutut semasa membuang air besar.
- Ambil suplemen yang mengandungi kalsium dan magnesium - Suplemen yang mengandungi mineral ini boleh membantu melembutkan najis. Pengambilan suplemen dengan cara yang betul boleh membantu kita membuang air besar dengan lawas tanpa perlu meneran.
Semoga ianya bermanfaat kepada ibu yang sedang berpantang dan selamat berpantang diucapkan pada rakan-rakan saya yang telah bersalin.
#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang
adududu seram dgr sembelit time pantang ni
ReplyDeleteKalau akak pula akak amalkan makan sawi bunga dan buat oren sunqist setiap hari.. Memang melawaskan..
ReplyDeletebanyak tips boleh catit ni buat preparation akan datang :D
ReplyDeleteKalau ana wajib makan oren setiap kali makan. Pun membantu juga.
ReplyDeletetips yang bagus Shikin, sembelit antara yang paling di geruni ketika berpantang ni, nak-nak lagi jahitan belum baik :(
ReplyDeletehuhu..hari ni 29days akk pantang...lambat baca entry nu..sempatlah.kena sembelit hari tu
ReplyDeletetq share tips berguna ni utk akan dtg hihi
ReplyDeletetips yg bagus ni. MIL Aien ajar makan asam sunsweet tu utk lawaskan sembelit. alhamdulillah lepas tu senang nak membuang. heee
ReplyDeleteyang nie paling takut masa berpantang. Minum air secukupnya, in syaa allah kurang sembelit dan makan buah-buahan.
ReplyDeletememang tak dapat nak lupakan kisah sembelit waktu berpantang anak pertama. Memang sakit woo. hehe... Nasib sekarang dah tahu trick tak nak kasi sembelit ni...
ReplyDeleteuihh risaunya bila fikir.cmnela klo sembelit.skrng pun ada mslh tu.bila da kwen,bersalin tgh bpantang, dpt sembelit pulak..huhu.adududu sadis ni..
ReplyDeleteOhh patutlah ramai suka ostematrix shaklee masa pantang 😘 sebab ada kalsium & magnesium macam dalam tips akak bagi ni 😊
ReplyDeleteSerammm kalau kena.
ReplyDeleteAlahai.
ReplyDeleteSerik!
Seram!
Allah je Maha Tahu betapa seriau nyer kena sembelit time pantang...
mmg seram kalau kena sembelit ..
ReplyDeletekalau mrs pip, mmg hari2 makan betik utk 30 hari berpantang tu,
lepas tu seminggu dua pertama lepas bersalin, mmg makan bubur ja,
nasi mmg tak makan, mmg risau gila2 kalau dapat sembelit.