Assalamualaikum wbt..
Awak sibuk tak..? Nak tau diri kita nie sibuk ke tak..? Jom kita selidik tanda-tandanya...
➊ Kalendar penuh dengan warna-warni
Kita menggunakan warna yang berbeza untuk menandakan kalendar dan tanpa kita sedar kalendar yang miliki ini penuh dengan warna-warni penanda hal yang perlu kita laksanakan. Memang penggunaan warna menyenangkan kita yang memiliki banyak kegiatan tapi jika terlalu sibuk akan membuat kita menjadi mudah stres dan sukar untuk memberi tumpuan.
➊ Mudah mengantuk
Akibat terlalu banyak kegiatan, akan membuatkan diri kita menjadi letih dan lesu. Ini akan menyebabkan kita mudah mengantuk dan sukar untuk memberi tumpuan. Kita hanya akan tidur apabila tidak melakukan sebarang aktiviti. Jadi, cubalah untuk mengatur kesibukan dan waktu rehat awak..
➊ Lupa untuk melakukan aktiviti yang disukai
Disebabkan terlalu sibuk, kita akan lupa untuk buat aktiviti yang disukai. Sibuk dengan kerja membuatkan kita menjadi lupa diri jadi kita perlu ada masa luang untuk diri sendiri. Akhirnya kita akan menjadi letih dan lesu, cubalah berhenti seketika dan tarik nafas.
Haa... Adakah awak suma sibuk..? Apa yang boleh dilakukan untuk hilangkan stres, rasa letih yang amat dan lesu ini.. Jom kita ikut panduan ini..
Nikmati udara dan pemandangan pantai
Kalau ada masa, pergilah ke pantai yang berdekatan dengan tempat tinggal kita. Jika terlalu jauh, boleh ambik cuti yang pendek untuk berehat. Aktiviti bermain-main air di pantai sebenarnya boleh membantu merehatkan fikiran kita. Mendengar desiran ombak yang kuat mampu untuk mengusir tekanan dalam diri. Melihat besarnya lautan jugak akan mengecilkan perasaan letih yang ada dalam diri. Udara pantai yang segar dan pemandangan yang begitu indah sudah tentu akan menenangkan hati dan fikiran kita.
Santai pagi dengan berjalan kaki
Berjalan kaki itu menyihatkan tubuh. Selain itu berjalan kaki di pagi hari boleh membuatkan kita dapat merasakan kehangatan cahaya matahari pagi. Udara pagi yang sejuk amat bagus untuk menambah oksigen dalam tubuh dan membuatkan diri kita menjadi lebih bersemangat pada waktu pagi.
Berbasikal
Berbasikal secara santai jugak boleh jadi pengganti jika awak taknak berjalan kaki. Dengan berbasikal, ianya akan membantu aliran darah dengan lancar, oksigen juga boleh disalurkan dengan lebih baik di dalam tubuh. Apabila mood menjadi baik, dah tentu tekanan akan hilang seketika.
Mendaki
Letih dan tertekan dengan rutin seharian..? Apa kata awak buat pilihan untuk mendaki ataupun hiking. Mendaki memerlukan tumpuan yang tinggi. Setiap kali kaki melangkah dan mendaki bukit, pasti akan hilang perasaan tertekan dalam diri awak. Sebaliknya otak hanya akan berfikir di mana langkah seterusnya. Sambil-sambil mendaki, awak boleh hirup udara yang segar dan bila dah sampai di puncak, mesti hati kita akan rasa gembira kerana dapat menikmati pemandangan yang indah..
Jadi, kurangkanlah waktu sibuk kita dan lakukan aktiviti yang kita sukai agar kehidupan kita takkan ada perasaan tertekan...
Assalamualaikum wbt..
Selalu yang kita dengar khasiat yogurt dengan penjagaan wajah tapi awak tau tak yang khasiat yogurt boleh digunakan untuk merawat rambut yang kusam dan rosak. Yogurt ini sebenarnya mengandungi pelembap yang sangat bagus digunakan sebagai perapi semula jadi untuk melembutkan rambut dan sekaligus menjadikan rambut lebih mudah disikat.. Manfaat yang lain yang boleh didapati dengan penggunaan yogurt pada rambut adalah menjadikan rambut lebih halus, rambut kelihatan lebih bercahaya, melembapkan, mencegah rambut menjadi kusut dan memperbaiki pertumbuhan rambut kerana kandungan zink dan asam laktatnya...
Hari nie, saya nak kongsikan dengan awak camne nak buat masker yogurt untuk rambut... Jom kita DIY..
MASKER YOGURT, MADU DAN MINYAK KELAPA |
Bahan-Bahan Utama
2 sudu makan yogurt kosong
1 sudu makan madu
½ sudu teh minyak kelapa
Cara Penyediaan
Campurkan kesemua bahan di dalam satu mangkuk dan kacau rata. Sapukan masker ini pada rambut dan urut perlahan pada kulit kepala hingga ke hujung rambut. Awak biarkan selama 15 minit dan kemudian awak bilas dengan syampu biasa. Lakukan rutin ini paling kurang seminggu sekali untuk mendapatkan rambut yang lembut, tebal dan bercahaya.
MASKER YOGURT DAN TELUR |
Bahan-Bahan Utama
1 biji telur
2 sudu makan yogurt kosong
Cara Penyediaan
Pecahkan telur dan kacau sebati. Campurkan yogurt ke dalam adunan telur tadi. Awak perlu kacau sehingga kedua bahan ini menjadi rata dan sebati. Oleskan pada rambut sehingga ke kulit kepala. Lakukan urutan pada rambut secara perlahan-lahan. Biarkan selama 30 minit sehingga masker ini meresap ke dalam kulit kepala. Kemudian, awak bilas dengan syampu dan lakukan rutin ini pada minimum masa dua kali seminggu.
MASKER YOGURT, PISANG, MADU DAN LEMON |
Bahan-Bahan Utama
½ biji pisang masak
1 sudu makan yogurt kosong
3 sudu teh madu
1 sudu teh perahan lemon
Cara Penyediaan
Hancurkan pisang di dalam mangkuk kemudian campurkan bahan-bahan lainnya dan kacau sehingga rata. Oleskan masker ini daripada akar raut sehingga ke hujung rambut dan biarkan selama 30 minit. Kemudian awak bilas dengan syampu.
Jadi, ada sesiapa yang nak rambutnya cantik menawan..? Boleh cuba guna masker yogurt nie..
Assalamualaikum wbt..
Ada sesiapa penah dengar mengenai PATHLAB..? PATHLAB ini adalah singkatan nama Pathology & Clinical Laboratory (M) Sdn Bhd adalah merupakan sebuah syarikat telah menyediakan perkhidmatan kepada persatuan perubatan dan orang awam. PATHLAB menawarkan penyelesaian penjagaan kesihatan dalam membantu komuniti dalam memantau, mengekalkan dan melindungi kesihatan seseorang. PATHLAB ditubuhkan di Singapura pada tahun 1952 dan kemudian bertapak di Malaysia pada tahun 1974.
PATHLAB telah berkembang sejajar dengan industri penjagaan kesihatan yang progresif di rantau ini. Hari ini, PATHLAB adalah salah satu kumpulan ujian perubatan terbesar di Asia Tenggara, dengan lebih daripada 70 operasi di Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Hong Kong dan Kemboja. PATHLAB menyediakan perkhidmatan seperti pemeriksaan kesihatan dan ujian darah.
Sebenarnya saya memang selalu dengar mengenai PATHLAB melalui ummie saya yang sering menyuruh saya untuk melakukan ujian darah.. Dan pada 29 September yang lalu, saya menyahut cabaran ummie dengan buat ujian darah, ummie risau takut-takut saya nie ada berpenyakit, maklumlah orang bertubuh besar macam saya nie, selalunya ada dikaitkan dengan penyakit seperti kolesterol tinggi, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya..
Awak nak tau tak, yang bagusnya mengenai ujian darah di PATHLAB ini, kita boleh kesan sebanyak 53 jenis penyakit hanya melalui ujian darah, ini termasuklah pelbagai jenis kanser seperti kanser payudara, kanser serviks, kanser prostat dan sebagainya.
Hasil daripada ujian darah ini, Alhamdulillah saya takde mengalami apa-apa penyakit yang berbahaya termasuklah takde kolesterol jahat dalam tubuh saya, kecuali hati saya mengandungi toksin akibat daripada kesan asap seperti asap rokok, asap kenderaan, dan terdedah dengan udara yang yang bertoksin seperti menghidu banyak klorin.. Jadi saya perlu mengelak daripada terkena daripada pelbagai kesan yang boleh mendatangkan toksin di dalam hati saya..
Harga untuk ujian darah pada PATHLAB sememangnya amat berpatutan, iaitu dalam kadar RM130 sehingga RM177 tapi kalau awak bukak laman facebook ☞ PATHLAB, mereka ada buat promosi sehingga RM94 untuk setiap ujian, bergantung pada tarikh yang diberikan.. Terlalu murah tau awak, RM94 untuk 53 ujian..
Dekat mana lokasi PATHLAB nie..? Terdapat 46 buah makmal PATHLAB di seluruh Malaysia..
MELAKA
MELAKA
165, Taman Melaka Raya
75000 Melaka
Tel: 06-284 2375
Mon-Fri: 8:30am - 5pm,
Sat: 8:30am - 1pm
|
NEGERI
SEMBILAN
SEREMBAN
26, Jalan Tun Dr Ismail
70200 Seremban
Tel: 06-762 4759
Mon-Fri: 8:30am - 5pm,
Sat: 8:30am - 1pm
Sun: 8:30am - 12:30pm |
KEDAH
SUNGAI PETANI
312-E, Jalan Kampung Baru
08000 Sungai Petani
Tel: 04-421 4793
Mon-Sat: 8am - 5pm
Sun: 8am - 1pm
ALOR SETAR
1570, Jln Kota, 05000
Tel: 04-731 1288
Sun-Thu: 8am - 5pm
Fri: 8am - 1pm
Sat: Closed
|
PAHANG
KUANTAN
A-2636,
Jalan Alor Akar
25250
Kuantan
Tel: 09-567
9989
Mon-Fri:
8:30am - 5pm,
Sat: 8:30am
- 1pm
MENTAKAB
39, Jalan
Bunga Tanjong
28400
Mentakab
Tel: 09-278
1216
Mon-Fri :
8:30am – 5pm,
Sat: 8:30am – 1pm |
PULAU
PINANG
PENANG
223-E, Jalan Burma
10050
Tel: 04-226 9370
Mon-Fri: 8am - 5pm
Sat-Sun: 8am - 1pm
BUTTERWORTH
4114, Jalan Bagan Luar
12000 Butterworth
Tel: 04-332 1520
Mon-Fri: 8am - 5pm,
Sat: 8am - 1pm
Sun: 8:30am - 1pm
BUKIT MERTAJAM
18, Jalan Tembikai, Taman Mutiara
14000 Bukit Mertajam
Tel: 04-538 8013
Mon-Fri: 8am – 5pm,
Sat: 8am – 1pm
|
PERAK
TAIPING
27, G Flr,
Jalan Raja Sulung,
Medan
Taiping 34000 Taiping
Tel: 05-807
8305
Mon-Fri:
8:30am – 5pm,
Sat: 8:30am
– 1pm
Sun: 8:30am – 12:30pm
SETIAWAN
14 (Tingkat
Bawah),
Taman
Sitiawan Satu, Jln Lumut,32000 Setiawan
Tel: 05-691
3885
Mon-Fri:
7:30am – 5pm,
Sat: 7:30am
– 1pm
Sun: 7:30am – 12pm
IPOH
49, Jalan
Dato Onn Jaafar
30300 Ipoh
Tel: 05-2414198
Mon-Fri:
8:30am - 5pm
Sat-Sun: 8:30am - 1pm
TELUK
INTAN
23, Jalan
Mahkota
36000 Teluk
Intan
Tel: 05-622
4522
Mon-Fri:
8:30am - 5pm
Sat-Sun: 8:30am - 1pm |
WP
KUALA LUMPUR
PUDU
412, Jalan Pudu
55100 KL
Tel: 03-2141 5680
Mon - Fri: 8:00 am – 4:30 pm,
Sat: 8:00 am- 1:00 pm
BANGSAR
5, Jalan Telawi 5, Bangsar Baru
59100 KL
Tel: 03-2282 8826
Mon-Fri: 8:00am - 4:30pm,
Sat: 8:00am - 1:00pm
PANDAN INDAH
2, Jalan Perubatan 2
55100 KL
Tel: 03-4295 6588
Mon-Fri: 8:00am - 4:30pm,
Sat: 8:00am - 1:00pm
KEPONG
28, Jalan Prima 1, Metro Prima
52000 KL
Tel: 03-6250 8890
Mon-Fri: 8:00am - 4:30pm,
Sat: 8:00am - 1:00pm
O.U.G
108, Jalan Mega Mendung
58200 Old Klang Road
Tel: 03-7982 9468
Mon-Fri: 8:00am - 4:30pm,
Sat: 8:00am - 1:00pm
|
SELANGOR
IBU PEJABAT
Wisma Kam, 87-91, Jalan SS25/2,
Taman Bukit Emas, 47301 Petaling Jaya
Tel: 03-7809 8001
Mon-Fri: 8:00am – 5:00pm,
Sat: 8:00am – 1:00pm
Sun: 8:30am – 12:30pm
DAMANSARA UTAMA
73, Jalan SS 21/37
47400 Damansara
Tel: 03-7728 3838
Mon-Fri: 8:00am - 4:30pm,
Sat: 8:00am - 1:00pm
USJ
8, Jalan USJ 10/1B
47620 Subang Jaya
Tel: 03-5621 3881
Mon-Fri: 8:00am - 4:30pm,
Sat: 8:00am - 1:00pm
PUCHONG
7, Jalan Puteri 2/1, Bandar Puteri Puchong, 47100 Puchong
Tel: 03-8061 8851
Mon-Fri: 8:00am - 4:30pm,
Sat: 8:00am - 1:00pm
KLANG
46, Lorong Tapah
41400 Klang
Tel: 03-3342 0978
Mon-Fri: 8:30am - 5pm,
Sat: 8:30am - 1pm
KAJANG
11, Jalan Sulaiman
43000 Kajang
Tel: 03-8736 6100
Mon-Fri: 8:30am - 5pm,
Sat: 8:30am - 1pm
Sun: 8:30am - 1pm |
KELANTAN
KOTA BHARU
Lot 1181, Jalan Kebun Sultan
15350 Kota Bharu
Tel: 09-744 7855
Mon-Thu: 8:30am - 5pm
Sat-Sun: 8:30am - 5pm |
TERENGGANU
KUALA TERENGGANU
1107M, Jalan Pejabat
20200 Kuala Terengganu
Tel: 09-622 6388
Mon-Thu: 8:30am - 5pm,
Fri: 8:30am - 1pm
Sat-Sun: 8:30am - 5pm |
SABAH
SANDAKAN
Lot 2, Block 14, Bandar Indah
90000 Sandakan
Tel: 089-273 632
Mon-Fri: 8am – 4:30pm,
Sat: 8am – 12:30pm
Sun: 8am – 12pm
LINTAS
Lot 20-0 to Lot 20-2, Lorong Lintas Plaza 2, Off Jalan Lintas
88300 Kota Kinabalu
Tel: 088-313 822 or 088-314 822
Mon-Fri: 7.30am - 4.30pm
Sat: 7.30am - 12.30pm |
SARAWAK
KUCHING
Lot 174G, Song Thian Cheok Road
93100 Kuching
Tel: 082-429 526
Mon-Fri: 8am – 4:30pm,
Sat: 8am – 1pm
Sun: 8am – 12pm
TABUAN HEIGHTS
22, Tabuan Heights Commercial Centre, Jalan Song,
93350 Kuching
Tel: 082-459 526
Mon-Fri: 8am – 4:30pm,
Sat: 8am – 12:30pm,
Sun: Closed
MIRI
Lot 276, Nahkoda Gampar Road
98000 Miri
Tel: 085-420 675
Mon-Fri : 8am – 5pm,
Sat-Sun: 8am – 12pm
SIBU
7, Blacksmith Road
96000 Sibu
Tel: 084-312 210
Mon-Fri: 7:30am – 5pm,
Sat: 7:30am – 1pm
Sun : 7:30am – 12pm
SIBU PAHLAWAN
43, Lorong Pahlawan 7
96000 Sibu
Tel: 084-212 282
Mon-Fri: 8am – 5pm,
Sat: 8am – 12:30pm
Sun: 8am – 12pm
BINTULU
206, GF, Parkcity Commerce Square, Phase 3, Jalan
Tun Ahmad Zaidi 97000 Bintulu
Tel: 086-311 215
Mon-Fri: 8am – 5pm,
Sat: 8am – 12:30pm
Sun: 8am – 12pm |
JOHOR
MUAR
130, Jalan Meriam
84000 Muar
Tel: 06-951 1377
Mon-Fri: 8:30am - 5pm,
Sat: 8:30am - 1pm
BATU PAHAT
8, Jalan Kundang 3, Taman Bukit Pasir
83000 Batu Pahat
Tel: 07-431 5873
Mon-Fri: 8:30am - 5pm,
Sat: 8:30am - 1pm
SEGAMAT
51, Jalan Tengku Ahmad
85000 Segamat
Tel: 07-931 4116
Mon-Fri: 8:30am - 5pm,
Sat: 8:30am - 1pm
NUSA BESTARI
65, Jalan NB2 2/2, Taman Nusa Bestari 2
81300 Nusa Bestari
Tel: 07-556 8553
Mon-Fri: 8:30am - 5pm,
Sat: 8:30am - 1pm
|
KLUANG
81, Jalan Rambutan
86000 Kluang
Tel: 07-771 6766 , 07-772 7488
Mon-Fri : 8am – 5pm,
Sat: 8am – 1pm
Sun: 9am – 11am (by appointment only)
JOHOR BAHRU
8C, Jalan Harimau, Century Garden
80250 Johor Bahru
Tel: 07-333 6063
Mon-Fri : 8:30am – 5pm,
Sat-Sun: 8:30am – 1pm
JOHOR JAYA
54, Jalan Dedap 4, Taman Johor Jaya
81100 Johor Jaya
Tel: 07-354 2995
Mon-Fri: 8:30am - 5pm,
Sat: 8:30am - 1pm
|
Jadi, pada sesiapa yang nak tau tahap kesihatannya, bolehlah pergi ke PATHLAB kerana ianya sangat berbaloi dari segi harga caj dan sekurang-kurangnya kita tau tahap kesihatan kita agar kita dapat merawat dan sekaligus dapat mencegahnya daripada terus merebak dalam tubuh badan kita...
#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons