Assalamualaikum wbt..
Selalu yang kita dengar khasiat yogurt dengan penjagaan wajah tapi awak tau tak yang khasiat yogurt boleh digunakan untuk merawat rambut yang kusam dan rosak. Yogurt ini sebenarnya mengandungi pelembap yang sangat bagus digunakan sebagai perapi semula jadi untuk melembutkan rambut dan sekaligus menjadikan rambut lebih mudah disikat.. Manfaat yang lain yang boleh didapati dengan penggunaan yogurt pada rambut adalah menjadikan rambut lebih halus, rambut kelihatan lebih bercahaya, melembapkan, mencegah rambut menjadi kusut dan memperbaiki pertumbuhan rambut kerana kandungan zink dan asam laktatnya...
Hari nie, saya nak kongsikan dengan awak camne nak buat masker yogurt untuk rambut... Jom kita DIY..
MASKER YOGURT, MADU DAN MINYAK KELAPA |
Bahan-Bahan Utama
2 sudu makan yogurt kosong
1 sudu makan madu
½ sudu teh minyak kelapa
Cara Penyediaan
Campurkan kesemua bahan di dalam satu mangkuk dan kacau rata. Sapukan masker ini pada rambut dan urut perlahan pada kulit kepala hingga ke hujung rambut. Awak biarkan selama 15 minit dan kemudian awak bilas dengan syampu biasa. Lakukan rutin ini paling kurang seminggu sekali untuk mendapatkan rambut yang lembut, tebal dan bercahaya.
MASKER YOGURT DAN TELUR |
Bahan-Bahan Utama
1 biji telur
2 sudu makan yogurt kosong
Cara Penyediaan
Pecahkan telur dan kacau sebati. Campurkan yogurt ke dalam adunan telur tadi. Awak perlu kacau sehingga kedua bahan ini menjadi rata dan sebati. Oleskan pada rambut sehingga ke kulit kepala. Lakukan urutan pada rambut secara perlahan-lahan. Biarkan selama 30 minit sehingga masker ini meresap ke dalam kulit kepala. Kemudian, awak bilas dengan syampu dan lakukan rutin ini pada minimum masa dua kali seminggu.
MASKER YOGURT, PISANG, MADU DAN LEMON |
Bahan-Bahan Utama
½ biji pisang masak
1 sudu makan yogurt kosong
3 sudu teh madu
1 sudu teh perahan lemon
Cara Penyediaan
Hancurkan pisang di dalam mangkuk kemudian campurkan bahan-bahan lainnya dan kacau sehingga rata. Oleskan masker ini daripada akar raut sehingga ke hujung rambut dan biarkan selama 30 minit. Kemudian awak bilas dengan syampu.
Jadi, ada sesiapa yang nak rambutnya cantik menawan..? Boleh cuba guna masker yogurt nie..
mudah saja rupanya utk dapatkan rambut cantik kan
ReplyDeleteWow mudahnya je nak rambut cantik..heheh boleh try ni
ReplyDeleteWah, menarik nie. Boleh zumal cuba...
ReplyDeletemudahnya boleh cuba nanti ni
ReplyDeleteNice sharing shikin.. nak kena rajin nie.. kikikj..
ReplyDeletehee good sharing sis :) ika mcm nak cuba la hee mana tau berhasil
ReplyDeleteGood sharing.. ;)
ReplyDeleteKena rajin baru nampak hasilnya.. ;)