Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, saya masih lagi dapat menyelesaikan task mingguan saya, walaupun mempunyai kekangan masa yang begitu jealous dengan saya, tapi saya akan cuba selesaikannya.. Jadi kali nie siapa pula yang bertuah untuk direview pada minggu ini..? Jom kita kenal-kenal dengan sahabat blogger saya kali ini..
Blogger Nieyla Nadia.. Berasal daripada Sepang (betulkan jika ada kesilapan), berumur dalam lingkungan 30 tahun dan kini bertugas di Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai pembantu peribadi. Nieyla merupakan anak ke 8 daripada 9 orang adimk beradik, sudah berumahtangga belum ada rezeki untuk mempunyai cahayamata ( takpe Nieyla, akak pun sama nasib dengan awak)..
Persahabatan Nieyla dengan saya mula terjalin dalam salah sebuah segmen yang pernah kami sertai yang dianjurkan oleh rakan blogger dan walaupun kami belum pernah bersua wajah (padahal jarak kami dekat aje, hihihi) tapi Nieyla salah sorang sahabat saya yang aktif dalam memberi nota dalam jurnal saya.. Kami selalu jugak sembang di dalam laman facebook, jadi ini memberi maksud yang Nieyla nie seorang yang peramah...Saya memang suka blogwalking dan menjadi silent reader dalam blog Nieyla kerana kandungan dalam blog dia memang menarik untuk dibaca, walaupun blog dia berkisahkan tentang kehidupan seharian, tapi ada jugak dia selitkan entri mengenai review barangan, pelbagai tips, pelbagai resipi dan sebagainya...
Antara entri yang menarik dalam blog Nieyla adalah Peraturan Dan Undang-Undang Pelik Di Seluruh Dunia, Cara Cili Kisar Tahan Lama, Resipi By Nieyl, Rahsia Rumahtangga dan pelbagai lagi kandungan kisah menarik yang ada dalam blog Nieyla..
Kepada Nieyl, akak nak ucapkan terima kasih kerana sudi menjadi sahabat akak walaupun kita tak penah bersua muka, hihi walhal kita duduk saling berdekatan saja.. Insha Allah satu hari nanti kita akan bersua muka.. Akak doakan agar suatu hari nanti awak dan suami akan dikurniakan cahayamata untuk menerangi rumahtangga kalian dan Insha Allah, jangan lupa selalu berdoa pada Allah.. Akak jugak doakan agar awak sekeluarga dirahmati dan diberkati oleh Allah, teruskan perjuangan awak dalam bidang penulisan blog dan jangan berputus asa.. Anggap saja perkara negatif yang singgah dalam diri kita itulah sebenarnya kekuatan untuk kita teruskan kehidupan dengan lebih baik daripada situasi sekarang..
Jom kita singgah dan jengah ke blog Nieyla Nadia dan salam perkenalan kepada semua..
#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang #sahabatbloggerpilihanStarlavenderluna
Tahniah Nieyla Nadia.. ^^
ReplyDeleteRakan blogger yang rajin update blog..
ReplyDeletesesekali berjalan juga ke blog adik manis ni....
ReplyDeletesemoga murah rezeki selalu..
bab anak tu, usaha dan ikhtiar selainnya serah kd yg maha kuasa.
Rabia singgah blog dia sekarang jugak..hehehe.
ReplyDeletelama tak lawat kak nieyl
ReplyDelete