Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, siap jugak task mingguan saya, ada yang tunggu ke slot ini..? hihihi.. Okey, siapa agaknya sahabat yang bertuah dipilih pada minggu ini.. Jom kita kenal-kenal..
Blogger Kin Naz.. Nama di sebalik Kin Naz nie adalah Nurul Sakinah, berumur dalam awal 30-an, sudah berumahtangga dan mempunyai seorang puteri yang sangat comel... Kin Naz berasal daripada Ipoh dan masih lagi tinggal di Ipoh, seorang surirumah dan blogger sepenuh masa. Kin Naz mulakan perjalanan seorang blogger sejak tahun 2012 dan kini followers beliau dah mencecah lebih daripada 900 orang...
Kami berdua menjadi sahabat blogger sejak tahun 2015 dan Kin Naz penah menjadi salah sorang Top Commentator dalam jurnal saya sebelum ini.. Seorang yang peramah dan juga sangat supportive dalam memberikan komen pada blog yang sempat dia singgah.. Kin Naz jugak seorang yang aktif dengan menyertai pelbagai segmen dan giveaway yang dianjurkan oleh rakan blogger yang lain.. Selain tue jugak, Kin Naz suka berkongsi pelbagai tips, resipi dan membuat review termasuklah barangan dan tempat percutian..
Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah 7 Makanan Cuci Usus Secara Semulajadi, Jangan Angkat Nombor Telefon 0139302973, Pengalaman Meneroka Ke Farm In The City Di Seri Kembangan, Sambal Tumis Telur Rebus In The House dan pelbagai lagi entri yang menarik..
Kepada Kin Naz, akak nak ucapkan terima kasih kerana awak masih lagi sudi menjadi kawan maya akak, walaupun kita tak penah lagi berjumpa.. Akak nak berterima kasih pada awak jugak kerana masih lagi sudi memberi nota yang bermakna dalam jurnal akak walaupun akak hanya menjadi silent reader saja dalam blog awak.. Tapi Insha Allah mana yang sempat akak balas, akak akan balas.. Mohon maaf jika awak rasa tersinggung dek ketiadaan balasan komen dalam blog awak.. Tapi akak sentiasa baca blog awak cumanya tak berkesempatan nak tinggalkan komen.. hihi jangan marah tau Kin Naz.. Akak harap persahabatan kita nie akan berkekalan hingga ke akhirnya dan Insha Allah satu hari nanti kita akan berjumpa.. Akak doakan kesejahteraan dan keselamatan awak sekeluarga dan semoga Allah merahmati kehidupan awak sekeluarga, keep it up on your writing.. Fighto..Fighto..
Jom kita singgah dan jengah ke blog Kin Naz dan salam perkenalan pada semua..
#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang #sahabatbloggerpilihanstarlavenderluna
wahhhh dah lama kak shikin kenal sakinah ye
ReplyDeleteTerharunya kinah kak. Terima kasih untuk segmen khas ni. Kinah pun doakan kesejahteraan, keselamatan akak sekeluarga. Ehh ada pembetulan di tempat tinggal tu. Kinah sekarang stay di Selangor kak😁 kinah pun sama kekadang jadi silent reader je. Kalau sempat drop komen,kinah komen. Tak sempat komen sekadar bagi trafik kat akak. Keep blogging and writing ye akak. Insya Allah kalau ada rezeki kita jumpa nanti😉
ReplyDeleteKenal lama dah kak kin ni. hehehe.semoga terus sukses dalam dunia blogging ya.
ReplyDeletewooo~ moga persahabatan kekal sampai jannah~ ^^
ReplyDeleteAlhamdulillah kak PC sering ziarah blog Kin Naz
ReplyDeleteSesekali mrs pip terjah juga blog Kin Naz ni..
ReplyDeletetahniah kin naz :)
ReplyDeleteNak pergi terjah blog dia jap
ReplyDelete