Assalamualaikum wbt..
Hanya tinggal beberapa jam saja lagi tahun 2018 akan meninggalkan kita dengan pelbagai suka dan duka, matlamat dan pencapaian yang telah berjaya dicapai atau masih lagi di dalam proses untuk mencapai matlamat ataupun masih tergantung di awang-awangan lagi.. Yang pasti detik masa 2018 takkan berhenti berdetik hinggakan terasa betapa lajunya masa berlalu tanpa kita sedari..
Biarpun ada masa kita akan menyesali sesuatu yang telah terjadi pada kita, ianya takkan berhenti masa untuk membolehkan kita berundur daripada masa lalu, tapi jadikan ianya satu perjuangan dan satu semangat untuk kita harungi pada tahun 2019...
Sejak dari kecil, kita sering memperkatakan 'Azam tahun baru aku adalah dot...dot...dot..' tapi adakah setiap tahun kita akan memperkotakan azam tahun baru kita tue..? Mungkin ada yang betul-betul memperkotakan azam yang telah dilafazkan tapi jika tak dikotakan..? Adakah kita akan memperkatakan azam yang sama setiap tahun...? Apakah tujuan dan matlamat azam kita tue..? Adakah ianya betul-betul memberikan kita semangat untuk teruskan serta memperbaiki lagi kehidupan kita atau sekadar ucapan kosong sebagaimana sebuah ucapan selamat..?
Samalah jugak seperti ucapan yang kita forward kan di dalam whatsapp ataupun laman sosial yang lain seperti ucapan maaf contohnya.. Adakah kita betul-betul ikhlas meminta maaf dengan seseorang ataupun sekadar ucapan forward tanpa kita benar-benar memahami isi kandungan ucapan tersebut.. Kenapa perlu kita mengucapkan maaf setiap kali sesuatu perayaan sedangkan ucapan itu sebenarnya tak perlu menunggu hari perayaan pun untuk kita saling bermaafan.. Sedangkan dalam hadith sahih pun ada menyatakan,
" Tidak halal bagi seorang Muslim tidak bertegur sapa kepada saudaranya lebih dari tiga hari. Maka jika telah berlalu tiga hari itu, hendaklah dia bertemu dengannya dan memberi salam kepadanya. Jika saudara Muslim dia menjawab salamnya, maka kedua-duanya akan memperolehi pahala sama-sama. Jika saudara Muslim tidak menjawab salamnya, nescaya saudara itu akan menanggung dosanya sedangkan yang memberi salam itu sudah terlepas dari dosa yang tidak bertegur sapa itu "
(Riwayat Abu Daud dan Riwayat Al-Bukhari)
Jadi untuk tahun 2019 ini, marilah kita sama-sama menjadi insan yang diredhai oleh Allah dan semoga apa yang kita lafazkan akan dirahmati dan diberkati oleh Allah..
#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, task mingguan terakhir untuk tahun 2018 dapat diselesaikan.. Maaflah sepatutnya entri nie keluar pada hari semalam tapi ada hal yang tak dapat dielakkan so terpaksa publish pada hari ini.. Okey, kali nie siapa yang bertuah untuk direview untuk minggu terakhir tahun 2018..? Jom kita kenal-kenal dengan beliau..
Blog Babyshambl... Nama blogger ini adalah Nor Ain Binti Rusli, berumur dalam linkungan 20-an dan merupakan salah sorang member satu daerah dengan saya, iaitu Kuala Terengganu, tapi kini dia tinggal di Senawang.. Bekerja sebagai seorang technician tapi dalam masa yang sama dia menjadi blogger separuh masa dan merupakan seorang agen menjual produk kesihatan..
Kami mula menjadi sahabat sejak tahun 2016 lagi, terjumpa semasa menyertai segmen dan giveaway yang dianjurkan oleh rakan blogger yang lain.. Masa saya kenal dengan Babyshambl nie dia gunakan nama kejupenyet, kalu ikutkan pada mulanya lost contact jugak sebab tak jumpa dia punya blog tapi kami bertemu semula semasa kami sama-sama masuk group Team BPT.. Blog Babyshambl nie sebenarnya lebih banyak menceritakan tentang kehidupannya tapi ada jugak dia kongsikan beberapa tips, review dan resipi..
Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah seperti SAJAT By Mr. Bie, 4 Tips Mencantikkan Kuku Anda Secara Semulajadi, Seorang Ibu Mengikhlaskan Matanya Buat Si Anak... Tapi Balasannya..?, Penawar Buat Yang Sedang Bersedih Kerana Cinta dan banyak lagi entri yang menarik..
Untuk Nor Ain, akak nak ucapkan terima kasih pada awak kerana masih lagi sudi menjadi rakan blogger akak.. Akak harap satu hari nanti kita akan berjumpa, hihi walhal dekat aje jarak antara kita tue, antara Senawang dengan Salak Tinggi, tapi dek kekangan masa dan tanggungjawab masing-masing, membuatkan kita tak dapat bersua lagi, Insha Allah satu hari nanti kita akan berjumpa.. Akak doakan agar kehidupan awak sekeluarga dirahmati dan diberkati oleh Allah dan harap awak tak berputus asa untuk teruskan penulisan dalam dunia blogging nie walaupun pelbagai rintangan dan dugaan yang perlu ditempuhi.. Akak harap agar satu hari nanti blog awak akan terus menjadi tatapan ramai orang kerana melalui penulisan lah kita dapat memberi ilmu pada orang yang membacanya.. Maafkan akak kerana jarang mencoretkan komen dalam blog awak tapi apapun akak menjadi salah sorang silent reader yang tegar untuk blog awak.. Keep it up my sister..!!
Jom kita singgah dan jengah blog Babyshambl serta salam kenal pada semua..
#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepangKami mula menjadi sahabat sejak tahun 2016 lagi, terjumpa semasa menyertai segmen dan giveaway yang dianjurkan oleh rakan blogger yang lain.. Masa saya kenal dengan Babyshambl nie dia gunakan nama kejupenyet, kalu ikutkan pada mulanya lost contact jugak sebab tak jumpa dia punya blog tapi kami bertemu semula semasa kami sama-sama masuk group Team BPT.. Blog Babyshambl nie sebenarnya lebih banyak menceritakan tentang kehidupannya tapi ada jugak dia kongsikan beberapa tips, review dan resipi..
Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah seperti SAJAT By Mr. Bie, 4 Tips Mencantikkan Kuku Anda Secara Semulajadi, Seorang Ibu Mengikhlaskan Matanya Buat Si Anak... Tapi Balasannya..?, Penawar Buat Yang Sedang Bersedih Kerana Cinta dan banyak lagi entri yang menarik..
Untuk Nor Ain, akak nak ucapkan terima kasih pada awak kerana masih lagi sudi menjadi rakan blogger akak.. Akak harap satu hari nanti kita akan berjumpa, hihi walhal dekat aje jarak antara kita tue, antara Senawang dengan Salak Tinggi, tapi dek kekangan masa dan tanggungjawab masing-masing, membuatkan kita tak dapat bersua lagi, Insha Allah satu hari nanti kita akan berjumpa.. Akak doakan agar kehidupan awak sekeluarga dirahmati dan diberkati oleh Allah dan harap awak tak berputus asa untuk teruskan penulisan dalam dunia blogging nie walaupun pelbagai rintangan dan dugaan yang perlu ditempuhi.. Akak harap agar satu hari nanti blog awak akan terus menjadi tatapan ramai orang kerana melalui penulisan lah kita dapat memberi ilmu pada orang yang membacanya.. Maafkan akak kerana jarang mencoretkan komen dalam blog awak tapi apapun akak menjadi salah sorang silent reader yang tegar untuk blog awak.. Keep it up my sister..!!
Jom kita singgah dan jengah blog Babyshambl serta salam kenal pada semua..
Assalamualaikum wbt...
Pada sesiapa yang ingin memberikan derma kepada waris Wira Merah PB arwah Muhammad Adib yang meninggal dunia baru-baru ini bolehlah disalurkan melalui akaun yang tertera..
#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, kini dah masuk minggu ketiga saya dapat siapkan task mingguan.. So kali ini siapa pulak yang bertuah untuk direview kali ini..? Jom kita kenal-kenal..
Blog Mawar Assufi... Nama blogger di sebalik Mawar Assufi ini adalah Noor Asyikin Binti Mohamad Nor yang berasal daripada Kuala Lumpur, berumur dalam lingkungan 20-an, masih bujang dan kini dia menjadi seorang tutor di samping menjadi seorang blogger / tailor separuh masa .. Mawar Assufi merupakan seorang graduan dalam jurusan akaun daripada lulusan UITM..
Kami menjadi sahabat blogger dalam maya ketika menyertai segmen dan giveaway yang dianjurkan oleh rakan blogger yang lain.. Kebanyakan entri yang diceritakan dalam blog beliau adalah berkisahkan tutor yang diajarkan oleh Mawar tapi ada jugak dia selitkan pelbagai tips, review, doodle arts, dan travelling kerana Mawar nie merupakan seorang backpacker girl.. Saya paling suka baca part doodle arts kerana seninya yang kreatif dan saya sendiri pun tak berapa kreatif tang tue, walaupun masa SPM dulu, subjek Pendidikan Seni saya mendapat markah B+.. hihihi
Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah 4 Bahan Mudah Buat Nota Belajar Efektif, Perlu Ke Hantar Anak Ke Tuisyen? Baca 5 Sebab Ini!, KreziKrip Pilihan Jajan Pelbagai Perisa Emping Dan Popia, Bila Hilang Makna Hormat Dalam Diri dan banyak lagi entri yang menarik, memang tak rugi untuk dibaca, terutama pada sesiapa yang ambik subjek akaun dan matematik..
Kepada Mawar Assufi, akak nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana masih lagi sudi menjadi rakan blogger akak di alam maya ini.. Insha Allah satu hari nanti kita akan dipertemukan dan akak doakan segala apa yang awak lakukan akan mendapat kejayaan cemerlang dan akak kagum dengan kebolehan awak di dalam subjek matematik dan akaun dan memberi ilmu kepada masyarakat.. Teruskan usaha murni awak dan Insha Allah apa yang awak lakukan itu akan diberkati oleh Allah.. Akak doakan awak sekeluarga diberkati dan dilindungi Allah selalu.. Keep it up on writing and don't ever give up no matter how hopeless..
Jom kita kenal dan singgah ke blog Mawar Assufi serta salam perkenalan pada semua...

#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang #sahabatbloggerpilihanStarlavenderluna
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, siap untuk task minggu kedua.. Jom kita kenal dengan sahabat pilihan saya pada minggu ini..
Blog Siqahiqa.. Nama blogger ini adalah Nurulsiqah Binti Hussin, sudah berumahtangga, berumur awal 30-an, menetap di Shah Alam dan kini berkhidmat dalam bidang perbankan. Siqah memulakan penulisan blog pada tahun 2014 dan mempunyai folllowers sebanyak 500++, walaupun begitu trafik blog dia memang agak tinggi iaitu dalam sekitar 900 ribu lebih, dan kini nak menghampiri 1 juta trafik.. Wow...
Kami mula menjadi sahabat maya semasa menyertai segmen dan giveaway yang dianjurkan oleh rakan blogger yang lain, dan Siqah jugak pernah menjadi Top Commentator dalam jurnal saya sebelum ini.. Apa yang menarik mengenai Siqah adalah dia pandai ambik gambar 'flat lay photos' dan ianya memang menarik sekali, nampak seperti professional sangat.. hihi.. Blog Siqah nie adalah blog personal tapi dia ada jugak bercerita tentang review makanan, buku, fesyen dan pelbagai informasi menarik.. Kebanyakan entri blog Siqah ditulis dalam bahasa Inggeris tapi ada ketikanya dia akan tulis entri blog dalam bahasa Melayu..
Antara entri yang menarik adalah Where To Eat In Cyberjaya : Campur Campur Kitchen, Easy Tutorial : How I Edit My Flat Lay Photos - White Theme Background, 5 Idea Bijak Jadikan Bilik Mandi Nyaman Dan Berfungsi, Beauty Talks : Products I'm Currently Trying dan banyak lagi entri yang menarik untuk dibaca..
Kepada Siqah, terima kasih akak ucapkan kepada awak kerana sudi menjadi rakan maya akak walaupun akak menjadi silent reader dalam blog awak.. Terima kasih akak ucapkan kerana selalu menyokong akak daripada belakang tabir dan terima kasih kerana selalu singgah di blog akak.. Akak harap satu hari nanti kita akan berjumpa dan akak harap ikatan ukhuwah silaturrahim antara kita akan berkekalan hingga ke akhirnya... Akak doakan agar awak sekeluarga akan sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh Allah dan Insha Allah satu hari nanti doa awak akan dimakbulkan oleh Allah..
Jom kita singgah dan jengah ke blog Siqah Hussin dan salam perkenalan pada semua..

Alhamdulillah, kita dah masuk bulan Disember dan saya masih lagi dapat bertahan untuk melakukan task mingguan saya.. Insha Allah, kalu masih ada yang sudi lagi untuk kenal-kenal dengan sahabat saya, saya akan teruskan lagi pada tahun depan...
Okey, jom kita kenal dengan sahabat pilihan saya pada minggu ini..
Blog Aerill Hassan.. Nama sebenar beliau adalah Mohamad Khairil Bin Hassan, berumur 23 tahun, masih bujang dan berasal daripada Sungai Karangan, Kedah. Aerill Hassan mula berblogging sejak tahun 2010 lagi dan masa tue dia masih berada di alam persekolahanKini Aerill merupakan seorang penulis, pemuzik dan blogger separuh masa.
Kami berdua menjadi sahabat sewaktu kami menyertai segmen dan giveaway yang dianjurkan oleh rakan blogger yang lain.. Selain tue, kami sama-sama jugak penah membuat segmen dan giveaway dan sama-sama sokong antara satu sama lain dengan menyertainya.. Bukan hadiah yang dikejarkan tapi hanyalah tali persahabatan alam maya yang kami utamakan.. Blog Aerill memang banyak informasi yang berguna pada semua peringkat umur dan kebiasaan theme yang dipilih oleh blogger lelaki hanyalah simple dan Aerill salah sorang daripadanya.. Ada banyak entri yang menarik untuk dibaca termasuklah pelbagai review, petua serta info dan banyak lagi..
Antara entri yang menarik yang ditulis oleh Aerill adalah Review Novel FIXI : Ilusaniti by Adib Zaini, Perkembangan Industri Kapal Terbang, 5 Bahagian Utama Semasa Memperkenalkan Diri Ketika Temuduga Kerja, Makan Nasi Arab Al Haura Arabic Kopitiam dan pelbagai lagi kisah yang menarik..
Kepada Aerill Hassan, terima kasih akak ucapkan kepada awak kerana selalu menyokong jurnal akak setiap masa. Terima kasih jugak akak ucapkan kerana awak masih lagi sudi menjadi rakan blogger awak walaupun akak menjadi silent reader dalam blog awak.. Maafkan akak kerana jarang memberi komen dalam blog awak tapi akak sentiasa baca blog awak yang penuh dengan informasi. Akak berharap agar awak dan keluarga sentiasa diberi kesejahteraan dan kerahmatan daripada Allah dan semoga awak sentiasa sukses dalam kehidupan yang penuh dengan cabaran dan dugaan, serta tak lupa jugak dalam dunia blogging.. Semoga awak dapat memberi ilmu kepada orang yang mengunjungi blog awak dan teruskan penulisan awak dalam dunia blogging..
Jom kita singgah dan kenal dengan Aerill Hassan serta salam perkenalan pada semua..
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, saya akan teruskan tradisi saya seperti biasa, untuk menghargai sahabat saya yang tak henti-henti untuk bagi support pada jurnal saya nie.. Terima kasih pada awak suma kerana tak putus-putus untuk tinggalkan nota pada jurnal saya, walaupun ada di antaranya saya hanya jadi silent reader saja.. Harapnya hubungan silaturahim nie akan berterusan tanpa sebarang prejudis antara kita.. Okey, diumumkan nama-nama yang bertuah..
Tahniah pada 10 orang sahabat saya yang tersenarai..
Tahniah pada Mrs Pip, Cik Ash dan Mamapp kerana memasuki semula carta saya dan macam biasa, saya akan berikan saguhati pada yang bertuah dan beliau adalah : -
Kepada sahabat yang bertuah nie (AIENIE NKA) , sila whatsapp pada saya (019-9884032) butiran awak untuk tuntutan hadiah seperti nama penuh, alamat penuh dan no. telefon.. Insha Allah, nanti saya akan poskan hadiah awak nanti.. Dan sorang lagi yang bertuah untuk mendapat hadiah saguhati iaitu planner tahun 2019 adalah (MAMAPP).. Ini kerana saya mempunyai satu lagi lebihan buku planner tahun 2019..
Pada sahabat yang tak tersenarai tue, jangan kecewa yea sebab mungkin lepas nie nama awak pulak yang bertuah untuk duduk dalam carta saya.. Pada sahabat yang ada dalam list tue, saya buatkan bloglist khas untuk awak sehingga 31 Disember 2018...
Tahniah pada semua...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons