Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Babyshambl

Tuesday, December 25, 2018

www.shikinrazali.com

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, task mingguan terakhir untuk tahun 2018 dapat diselesaikan.. Maaflah sepatutnya entri nie keluar pada hari semalam tapi ada hal yang tak dapat dielakkan so terpaksa publish pada hari ini.. Okey, kali nie siapa yang bertuah untuk direview untuk minggu terakhir tahun 2018..? Jom kita kenal-kenal dengan beliau..

www.shikinrazali.com


Blog Babyshambl... Nama blogger ini adalah Nor Ain Binti Rusli, berumur dalam linkungan 20-an dan merupakan salah sorang member satu daerah dengan saya, iaitu Kuala Terengganu, tapi kini dia tinggal di Senawang.. Bekerja sebagai seorang technician tapi dalam masa yang sama dia menjadi blogger separuh masa dan merupakan seorang agen menjual produk kesihatan..

Kami mula menjadi sahabat sejak tahun 2016 lagi, terjumpa semasa menyertai segmen dan giveaway yang dianjurkan oleh rakan blogger yang lain.. Masa saya kenal dengan Babyshambl nie dia gunakan nama kejupenyet, kalu ikutkan pada mulanya lost contact jugak sebab tak jumpa dia punya blog tapi kami bertemu semula semasa kami sama-sama masuk group Team BPT.. Blog Babyshambl nie sebenarnya lebih banyak menceritakan tentang kehidupannya tapi ada jugak dia kongsikan beberapa tips, review dan resipi.. 

Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah seperti SAJAT By Mr. Bie, 4 Tips Mencantikkan Kuku Anda Secara Semulajadi, Seorang Ibu Mengikhlaskan Matanya Buat Si Anak... Tapi Balasannya..?, Penawar Buat Yang Sedang Bersedih Kerana Cinta dan banyak lagi entri yang menarik..

www.shikinrazali.comUntuk Nor Ain, akak nak ucapkan terima kasih pada awak kerana masih lagi sudi menjadi rakan blogger akak.. Akak harap satu hari nanti kita akan berjumpa, hihi walhal dekat aje jarak antara kita tue, antara Senawang dengan Salak Tinggi, tapi dek kekangan masa dan tanggungjawab masing-masing, membuatkan kita tak dapat bersua lagi, Insha Allah satu hari nanti kita akan berjumpa.. Akak doakan agar kehidupan awak sekeluarga dirahmati dan diberkati oleh Allah dan harap awak tak berputus asa untuk teruskan penulisan dalam dunia blogging nie walaupun pelbagai rintangan dan dugaan yang perlu ditempuhi.. Akak harap agar satu hari nanti blog awak akan terus menjadi tatapan ramai orang kerana melalui penulisan lah kita dapat memberi ilmu pada orang yang membacanya.. Maafkan akak kerana jarang mencoretkan komen dalam blog awak tapi apapun akak menjadi salah sorang silent reader yang tegar untuk blog awak.. Keep it up my sister..!!
www.shikinrazali.com

Jom kita singgah dan jengah blog Babyshambl serta salam kenal pada semua..


#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang



10 comments

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧