Assalamualaikum wbt..
Memang lumrah, bila bayi tumbuh gigi mesti gusinya terasa gatal.. Ini membuatkan dia cenderung untuk memasukkan sesuatu objek ke mulut untuk menggigitnya. Tapi si ibu mesti akan terasa sakit yang amat jika secara tiba-tiba bila sedang menyusu bayi awak menggigit puting susu.. Akibatnya puting si ibu akan melecet dan terasa pedih dan ramai di antara ibu yang tak tahan kesakitan akan mengambil keputusan untuk berhenti menyusukan bayinya.. Alangkah ruginya, saya nak kongsi tips camne nak bantu si ibu daripada terus menjadi 'mangsa' bayinya sendiri.. Jom..
Tunjukkan reaksi - Bila bayi awak mula menggigit, terus saja awak mengaduh sambil memegang dagunya agar bayi awak melepaskan gigitannya. Setelah dia melepaskan gigitannya, lihat pada mata si anak dan katakan dengan suara lembut tapi tegas supaya tak menggigit lagi. Anak yang sensitif biasanya akan menangis melihat reaksi ibunya seperti itu. Jika anak menangis, pujuklah dengan lembut dan susukan kembali. Jika si anak masih terus menangis, tunjukkan reaksi awal tadi. Dengan membiasakannya, si anak akan tahu jika dia menggigit lagi, ibu akan memberi reaksi yang tak menyenangkan sehinggalah si anak akan berhenti menggigit.
Berhenti seketika - Bila si anak menggigit, hentikan segera proses menyusu untuk seketika. Dengan cara itu, si anak akan belajar bahawa jika dia menggigit, dia takkan mendapat susu yang diinginkannya.
Dakap erat - Jika ibu terasa gigi anak mengigit, dakap anak erat-erat ke payudara. Biasanya anak akan segera membuka mulutnya lebar-lebar dan melepaskan gigitannya kerana mahu segera menarik nafas. Tapi janganlah erat sangat sehingga membuatkan anak ketakutan kerana perkara ini.
Sediakan jari - Jika anak biasa menggigit (mungkin sebelum atau sesudah menyusu) sisipkan jari kelingking ibu di hujung mulutnya. Ini akan membantu si anak untuk membuka mulutnya.
Cari Pengganti - Ketika giginya mulai tumbuh, bayi akan terdorong untuk menggigit atau mengunyah. Apa saja yang masuk ke mulutnya (termasuk puting payudara) akan digigitnya. Jadi, jika si anak berkeinginan untuk menggigit sesuatu, carilah pengganti agar anak tak menggigit puting payudara ibu, contohnya belikan teether untuk si anak..
Semoga ianya bermanfaat.
Assalamualaikum wbt..
Pada 24hb yang lalu, ada sorang rakan daripada fanpage facebook Gabungan Anak Terengganu, telah berkongsi satu gambar yang menarik dan memang dah lama saya cari gambar haiwan ini.. Awak tau tak nama haiwan ini..?
Pada 24hb yang lalu, ada sorang rakan daripada fanpage facebook Gabungan Anak Terengganu, telah berkongsi satu gambar yang menarik dan memang dah lama saya cari gambar haiwan ini.. Awak tau tak nama haiwan ini..?
Sekali imbas macam tebuan bukan, tapi ianya bukan tebuan.. Kalau orang Kuala Terengganu, kami panggil haiwan ini sebagai 'tunyit'.. Sesetengah rakan saya panggil haiwan ini sebagai riang-riang atau reriang..
Kalau awak nak tau, haiwan nie langsung takde sengat dan memang dia agak jinak sangat, sama jugak macam awak tangkap belalang.. Masa kecik-kecik dulu, tunyit nie memang banyak hinggap di dahan-dahan dan batang pokok.. Kami tangkap tunyit dan ikat tali benang pada kaki tunyit nie, lepas tue kami lepaskan untuk dia terbang tapi tak jauh la dia terbang, sebab kakinya terikat pada tali benang, macam kita main layang-layang tue.. Tapi kami taklah terlalu kejam, dah puas bermain, ikatan tali benang pada kaki tunyit kami akan leraikan dan kemudian tunyit pun bebas terbang ke angkasa.. Awak nak tau lagi, masa nak main tunyit nie, kami cari tunyit jantan berbanding tunyit betina sebab tunyit jantan suka terbang berbanding tunyit betina yang hanya suka duduk-duduk tanpa terbang.. hihihi
Sekarang rasanya saya dah tak nampak lagi tunyit nie hinggap di mana-mana dahan pokok, mungkin dah pupus.. Tapi bila rakan facebook tunjuk gambar nie, ini bermakna tunyit masih wujud lagi, cuma rasanya taklah banyak berbanding dulu..
Mana yang tau haiwan nie, kat tempat awak panggil apa..?
Kalau awak nak tau, haiwan nie langsung takde sengat dan memang dia agak jinak sangat, sama jugak macam awak tangkap belalang.. Masa kecik-kecik dulu, tunyit nie memang banyak hinggap di dahan-dahan dan batang pokok.. Kami tangkap tunyit dan ikat tali benang pada kaki tunyit nie, lepas tue kami lepaskan untuk dia terbang tapi tak jauh la dia terbang, sebab kakinya terikat pada tali benang, macam kita main layang-layang tue.. Tapi kami taklah terlalu kejam, dah puas bermain, ikatan tali benang pada kaki tunyit kami akan leraikan dan kemudian tunyit pun bebas terbang ke angkasa.. Awak nak tau lagi, masa nak main tunyit nie, kami cari tunyit jantan berbanding tunyit betina sebab tunyit jantan suka terbang berbanding tunyit betina yang hanya suka duduk-duduk tanpa terbang.. hihihi
Sekarang rasanya saya dah tak nampak lagi tunyit nie hinggap di mana-mana dahan pokok, mungkin dah pupus.. Tapi bila rakan facebook tunjuk gambar nie, ini bermakna tunyit masih wujud lagi, cuma rasanya taklah banyak berbanding dulu..
Mana yang tau haiwan nie, kat tempat awak panggil apa..?
Assalamualaikum wbt..
Penyakit Hati Berlemak Tanpa Kehadiran Alkohol atau Non-Alcoholic Fatty Liver Disease (NAFLD) boleh membawa maut sekiranya ianya lambat dikesan. Di Malaysia, dianggarkan sebanyak 17 peratus orang dewasa mengalami penyakit ini dan angka ini dijangka akan meningkat berikutan gaya hidup serta amalan pemakanan tidak sihat. Menurut kata Presiden Yayasan Heper Malaysia, Tan Sri Dr. Mohd Ismail Merican berkata penyakit NAFLD ini membabitkan sebanyak 60 peratus populasi rakyat di negara ini yang mengalami obesiti termasuk mereka yang mengalami kekurangan glukosa. Kesedaran mengenai penyakit NAFLD dan bahayanya penyakit ini masih rendah di kalangan rakyat Malaysia.
Penyakit NAFLD adalah sejenis gangguan hati kronik utama dan kebanyakannya berlaku di negara perindustrian seperti Amerika Utara, Eropah dan Autralasia. Penyakit NAFLD juga didapati semakin meningkat pada kadar yang membimbangkan di kawasan Asia Pasifik. Antara faktor yang menjadi penyakit ini adalah akibat pengumpulan lebihan lemak yang bukan disebabkan oleh pengambilan alkohol, tapi disebabkan faktor lain seperti obesiti, gangguan insulin dan diabetes. Ubat-ubatan sitotoksik dan sitostatik seperti ubat kemoterapi, toksin juga menyumbang pada keadaan ini.
Gejala yang menyebabkan penyakit NAFLD ini adalah pesakit akan merasa letih iaitu rasa kurang selesa pada bahagian abdomen di rusuk kanan, pesakit akan mengalami pembesaran hati (hepatomegaly) di mana ujian fungsi hati yang tak normal. Kebanyakan pesakit dikesan melalui cara ini dan biasanya pesakit yang mempunyai risiko untuk menghidap hati berlemak seperti obesiti dan diabetes akan dikesan mempunyai keganjilan pada ujian darah fungsi hati.
Untuk mencegah penyakit NAFLD adalah makan makanan yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan lemak sihat, kurangkan jumlah kalori harian jika berat badan berlebihan, banyakkan aktiviti senaman dan olahraga, namun jika awak mempunyai berat badan normal, kekalkan diet seimbang.
Normal untuk hati mengandungi sedikit lemak, namun kita semua boleh masuk ke dalam golongan sebagai pesakit hati berlemak jika jumlah lemak pada hati kita melebihi lima peratus daripada berat keseluruhan organ berkenaan. Berikut adalah peratusan berat badan berlebihan mengikut negara di Asia iaitu :-
Malaysia - 45.3 peratus
Korea Selatan - 33.2 peratus
Pakistan - 30.7 peratus
China - 28.3 peratus
Jadi, jagalah kesihatan kita semua..
Berpeluang mengajar di sekolah kawasan pendalaman merupakan impian Sarah sejak mula melangkah kaki ke institusi pendidikan perguruan. Selepas tamat pengajian, Sarah ditempatkan di sebuah sekolah rendah yang terletak di kawasan kampung. Selepas selesai semua urusan di Kuala Lumpur, Sarah bertolak ke kampung tempat dia bakal mengajar. Tanpa ditemani ibu dan bapa, Sarah cuba berdikari demi tak menyusahkan orang tuanya. Dia memandu kereta ke kampung itu yang terletak di utara tanah air.
Perkara utama yang ingin Sarah lakukan ialah mencari rumah sewa dan berdoa supaya dia berjaya mendapat rumah sewa pada hari itu juga. Ini kerana dia bakal mengajar pada keesokan harinya. Selepas melaporkan diri di sekolah, Sarah mendapatkan bantuan seorang guru untuk pergi mencari rumah sewa. Guru yang bernama Cikgu Maimunah memberikan tunjuk arah ke sebuah rumah sewa yang letaknya kira-kira 20 minit memandu kereta dari sekolah. Cikgu Maimunah yang berkulit putih dan kala bersalam dengannya, Sarah merasakan tangan cikgu itu sungguh sejuk. Sarah gembira kerana rumah itu masih lagi kosong tanpa penyewa. Selepas membayar duit deposit kepada tuan rumah yang dikenali sebagai Nenek Kamisah, Sarah terus membersihkan rumah itu.
Malam itu, Sarah cuba lelapkan mata namun dia mulai berasa sesuatu yang kurang enak. Bulu roma tengkuknya asyik meremah dan telinganya dapat menangkap bunyi-bunyi yang menakutkan. Kemuncak ketakutan Sarah ialah apabila dia mendengar suara wanita merintih di bahagian ruang dapur rumahnya. Tak mampu bertahan lagi, Sarah terus mengambil kunci kereta lalu memecut kereta tanpa tahu hendak ke mana. Disebabkan hanya tahu lokasi sekolah, Sarah terus ke kawasan sekolah. Dia bertemu dengan Pak Ramli yang bertugas sebagai pengawal keselamatan. Melihat keadaan Sarah yang dalam ketakutan, Pak Ramli cuba membantu menenangkannya. Daripada cerita Pak Ramli, Sarah dapat tahu bahawa rumah kecil yang disewanya itu memnag keras sebenarnya. Seorang lelaki yang bergelar ustaz pun tak tahan diganggu oleh suara wanita merintih saban malam.
Nenek Kamisah yang Sarah temui sebelum ini sebenarnya dah lama meninggal dunia. Manakala suara wanita yang merintih itu sebenarnya suara cucu Nenek Kamisah. Cerita itu memang telah lama tersebar di seluruh kampung. Sebagai orang lama di kampung itu, Pak Ramli mengakui kisah itu memang berlaku. Keluarga Nenek Kamisah dikatakan mengamalkan ilmu hitam dan disebabkan itulah roh mereka mengganggu sesiapa saja yang berada di kawasan kampung itu. Selepas selesai bercerita, Pak Ramli bertanya bagaimana Sarah boleh menyewa di rumah itu. Sarah menceritakan tentang Cikgu Maimumah yang mendakwa dia ada rumah sewa di kawasan itu. Pak Ramli tercengang kerana setahunya tiada cikgu yang bernama Cikgu Maimunah di sekolah tersebut.
Sehingga ke hari ini, selepas setahun mengajar di sekolah tersebut, Sarah tak mendapat jawapan siapakah gerangan Cikgu Maimunah yang berkulit putih dan tangannya yang sejuk itu.
*Sumber cerita daripada Mingguan Wanita
Assalamualaikum wbt..
Berita ini adalah untuk kakitangan kerajaan persekutuan saja.. Jika dulu ada 4 waktu bekerja tapi sekarang nie tak lagi.. Staf kerajaan yang terlibat boleh mengetik kehadiran pada bila-bila masa daripada jam 7.30 pagi sehinggalah pukul 8.30 pagi dan setelah cukup 9 jam bekerja, dia boleh mengetik waktu balik.. Projek ini akan bermula pada 1 Mac ini..
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, back to schedule again.. hihi.. Minggu nie siapa pulak yang bertuah untuk direview..? Jom kita kenal-kenal dengan beliau..
Alhamdulillah, back to schedule again.. hihi.. Minggu nie siapa pulak yang bertuah untuk direview..? Jom kita kenal-kenal dengan beliau..
Blog Cikgu Faiz Cute... Nama di sebalik blog ini adalah Nurul Faiz, seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah rendah, berumur dalam lingkungan 30-an, mempunyai 2 orang cahayamata, berasal daripada Bentong dan kini dia tinggal di Puchong. Selain daripada menjadi seorang guru, Cikgu Faiz juga merupakan seorang blogger separuh masa...
Perjalanan Cikgu Faiz dalam dunia blog bermula sejak tahun 2009 lagi dan seingat saya, kami mula menjadi sahabat blog sejak tahun 2016, dan macam biasa kami saling follow antara satu sama lain melalui GA dan segmen yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger yang lain. Walaupun Cikgu Faiz sibuk dengan mengalas tanggungjawabnya sebagai seorang guru, tapi dia tak membiarkan blognya begitu saja, dia akan pastikan yang blognya sentiasa aktif walaupun hanya 2 entri dalam sebulan.. Yealah tugas sebagai seorang guru bukannya mudah.. Dalam blog Cikgu Faiz nie, kebanyakan entrinya berkisarkan aktiviti yang dilakukan di sekolah, selain daripada itu, ada jugak dia berkongsi resipi, membuat review filem dan drama, dan ada jugak dia berkongsi nota dan bahan pembelajaran.. So, pada sesiapa yang nak bertanya tentang pendidikan awak kanak-kanak, bolehlah berhubung dengan Cikgu Faiz kerana dia memang mengambil subjek Pendidikan Awal Kanak-Kanak..
Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah
Apakah Itu Disleksia?
Resipi Agar-Agar Milo Oreo
Entri Bergambar : Projek-Projek Dari Bahan Terbuang
Percutian Yang Menjimatkan Dengan Aplikasi Moden
Dan banyak lagi kisah yang menarik di dalam blog dia...
Kepada Cikgu Faiz, terima kasih kerana masih lagi follow jurnal saya dan menjadi rakan blogger saya.. Saya doakan agar cikgu terus maju dalam kerjaya guru yang selalu memberikan ilmu yang bermanfaat kepada anak murid cikgu.. Tugas guru sememangnya amat mulia kerana melalui ilmu lah anak-anak murid membesar dan menjadi insan yang berjaya.. Saya juga doakan agar cikgu terus aktif dalam dunia blog kerana melalui ilmu yang cikgu kongsikan akan memberi manfaat kepada semua pembaca blog cikgu.. Saya doakan kehidupan cikgu sekeluarga dirahmati, diberkati dan dilindungi Allah selalu..
Jom kita singgah dan kenal-kenal dengan blog Cikgu Faiz Cute dan salam perkenalan pada semua...
Perjalanan Cikgu Faiz dalam dunia blog bermula sejak tahun 2009 lagi dan seingat saya, kami mula menjadi sahabat blog sejak tahun 2016, dan macam biasa kami saling follow antara satu sama lain melalui GA dan segmen yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger yang lain. Walaupun Cikgu Faiz sibuk dengan mengalas tanggungjawabnya sebagai seorang guru, tapi dia tak membiarkan blognya begitu saja, dia akan pastikan yang blognya sentiasa aktif walaupun hanya 2 entri dalam sebulan.. Yealah tugas sebagai seorang guru bukannya mudah.. Dalam blog Cikgu Faiz nie, kebanyakan entrinya berkisarkan aktiviti yang dilakukan di sekolah, selain daripada itu, ada jugak dia berkongsi resipi, membuat review filem dan drama, dan ada jugak dia berkongsi nota dan bahan pembelajaran.. So, pada sesiapa yang nak bertanya tentang pendidikan awak kanak-kanak, bolehlah berhubung dengan Cikgu Faiz kerana dia memang mengambil subjek Pendidikan Awal Kanak-Kanak..
Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah
Apakah Itu Disleksia?
Resipi Agar-Agar Milo Oreo
Entri Bergambar : Projek-Projek Dari Bahan Terbuang
Percutian Yang Menjimatkan Dengan Aplikasi Moden
Dan banyak lagi kisah yang menarik di dalam blog dia...
Kepada Cikgu Faiz, terima kasih kerana masih lagi follow jurnal saya dan menjadi rakan blogger saya.. Saya doakan agar cikgu terus maju dalam kerjaya guru yang selalu memberikan ilmu yang bermanfaat kepada anak murid cikgu.. Tugas guru sememangnya amat mulia kerana melalui ilmu lah anak-anak murid membesar dan menjadi insan yang berjaya.. Saya juga doakan agar cikgu terus aktif dalam dunia blog kerana melalui ilmu yang cikgu kongsikan akan memberi manfaat kepada semua pembaca blog cikgu.. Saya doakan kehidupan cikgu sekeluarga dirahmati, diberkati dan dilindungi Allah selalu..
Jom kita singgah dan kenal-kenal dengan blog Cikgu Faiz Cute dan salam perkenalan pada semua...
#shikinrazalidotcom #bloggerterengganu #bloggersepang #sahabatbloggerpilihanStarlavenderluna
Assalamualaikum wbt..
Manusia sememangnya mempunyai seribu satu macam personaliti dan karakter, tapi camne nak tahu tentang personaliti lelaki melalui bulan kelahiran..? Walaupun ianya sekadar ramalan tapi tak salah rasanya kalu kita jadikan kita rujukan, mana tau kot-kot betul ke..? kan.. Jom kita selidik..
Lelaki yang lahir pada bulan ini memiliki aura yang menarik simpati wanita. Sifat menonjolnya ialah pemalu, cemburu dan sangat bergantung kepada pasangan. |
Lelaki yang lahir pada bulan ini adalah merupakan seorang yang jujur, sensitif dan mudah memaafkan orang lain. Mereka juga merupakan seorang pendengar yang baik. |
Hihi, inilah sifat lelaki.. Untuk bacaan ringan tapi jangan percaya sepenuhnya..
Assalamualaikum wbt..
Rasanya kebanyak daripada kita dah tau tentang program dropship kan.. Ianya salah satu cara kita nak buat bisnes tanpa menggunakan modal terutama orang yang tak ada asas urus niaga secara online. Dengan cara menyertai program dropship nie secara tak langsung kita akan dapat belajar dan berlatih dalam urus niaga secara online. Semoga dengan panduan asas tentang apa itu dropship ini akan dapat membantu awak untuk memulakan bisnes tanpa modal...
- Program menjana pendapatan secara online iaitu mempromosi produk melalui laman web, facebook, blogshop dan shopping cart.
- Pembekal produk biasanya menawarkan dropship iaitu mencari agen pemasaran untuk mempromosi, menjual dan mendapat komisen hasil daripada jualan.
- Agen jualan atau agen dropship boleh memilih sama ada menyertai program drospship berbayar atau percuma.
- Bagi pihak agen dropship dikenali juga sebagai rakan niaga, hanya akan mempromosi produk yang dibekalkan pembekal. Apabila ada jualan, agen hanya membuat bayaran teurs kepada pembekal dan memberi maklumat pelanggan.
- Pembekal akan menerima bayaran dan membuat penghantaran produk dan memaklumkan semula kepada agen dropship tentang status penghantaran.
- Agen dropship adalah pengantara antara pelanggan dan pembekal.
- Manakala pembekal hanya fokus kepada agen dropship, urusan stok produk, menyediakan bahan periklanan dan juga status produk yang dihantar atau juga perkara berbangkit.
- Sebagai agen dropship, usahawan yang masih baru boleh memilih senarai pembekal berdasarkan satu jenis produk. Dan boleh fokus kepada pembekal yang aktif dan memberikan bahagian komisen yang besar.
- Contohnya usahawan sudah membina satu laman jualan berkaitan tudung labuh. Jadi boleh menggunakan kata carian menjejak pembekal tudung labuh yang menyediakan program dropship. Usahawan memperoleh 20 senarai, buat senarai pendek lima pembekal dan mula sertai program tersebut. Sehinggalah mendapat kesesuaian dan keserasian pembekal mana yang paling aktif dan mula berurusan.
- Cara ini sangat praktikal tanpa perlu mengeluarkan produk tapi fokus kepada aktiviti pemasaran atas talian. Tak perlu mengeluarkan kos yang besar dan juga tak perlu menguruskan stok.
- Agen dropship hanya perlu fokus kepada mencari senarai produk yang mempunyai nilai komisen yang besar dan juga fokus membina pelanggan berdasarkan fokus produk contoh tudung labuh.
- Sebagai agen dropship, suri boleh membuat matlamat jualan contohnya 5 jualan sehari. Katakanlah 1 tudung mendapat keuntungan bersih RM20, maka matlamat jualan harian adalah 5 helai jadi akan mendapat RM100 pendapatan bersih.
- Fokus sasaran jualan ini sangat penting untuk mendapat ukuran yang jelas dengan aktiviti kerja harian iaitu mempromosi, memasarkan dan berjaya mencapai matlamat jualan.
- Matlamat seterusnya sehinggalah mampu mengambil stok bagi tudung labuh yang mempunyai rekod 'jualan laris' dan mampu mengambil stok.
- Apabila dah pandai mengumpul modal dan mempunyai stok sendiri, fasa seterusnya boleh pula membina pasukan jualan atau menawarkan program dropship pula.
Semoga ianya bermanfaat pada kita semua..
*Sumber daripada : Penulis buku 'Jana RM Dari Rumah'
Yasmin tidak pernah tinggal di asrama. Sejak kecil dia duduk dengan kedua-dua ibu bapanya di kampung sehinggalah tamat persekolahan. Tapi setelah diterima melanjutkan pengajian di sebuah kolej jururawat rutin hidupnya mula berubah. Sebagai seorang pelajar di kolej itu, Yasmin perlu tinggal di asrama. Asrama itu adalah sebuah bangunan rumah kedai yang telah diubah suai menjadi tempat penginapan semua pelajar di kolej tersebut. Setiap unit telah diberikan nombor bagi memudahkan urusan pihak kolej.
"Bilik 310," ujar pelajar senior kepada Yasmin ketika dia mendapatkan kunci bilik asramanya.
"Terima kasih," balas Yasmin.
"310 maksudnya tingkat tiga, bilik nombor 10. Ini bilik hujung sekali sebelah bilik mandi," ujar senior itu.
Dalam hati Yasmin berkata-kata. Bilik sebelah bilik mandi? Adui, mendengarnya saja sudah seram bulu roma.
Yasmin melangkah berhati-hati menaiki tangga ke tingkat tiga. Agak payah dia mengheret beg yang sarat dengan pakaian dan barangan keperluan lain. Asrama yang ditinggalkan bersempena cuti semester yang agar panjang membuatkan keadaan agak berhabuk.
Kini sudah dua minggu Yasmin bergelar pelajar di kolej di sini. Cuti sempena Awal Muharram membuatkan tiga rakan sebilik Yasmin bercuti. Yasmin yang tinggal agak jauh membuat keputusan untuk tidak pulang kerana tempoh cuti yang agak singkat. Senja itu Yasmin baru pulang daripada berjoging. Dia mengambil tuala dan peralatan mandian lalu bergegas ke bilik mandi di sebelah biliknya kerana azan Maghrib akan dilaungkan tak lama lagi. Dia perlu cepat untuk menunaikan solat Maghrib. Kala langkahnya hampir sampai ke muka pintu bilik mandi, satu suara mengejutkannya dari belakang.
"Nak, boleh makcik tau di mana bilik nombor 411?" tanya seorang wanita tua yang berpakaian baju kurung Kedah dan berkain batik sambil membawa sebunjut kain batik yang biasanya berisi pakaian.
Yasmin agak terkejut dengan teguran wanita tua itu. Apatah lagi dengan keadaan wanita tua itu yang berkeadaan agak pelik. Namun, Yasmin cuba menyembunyikan perasaan gugupnya itu.
"Sini tingkat tiga makcik. Bilik 411 berada di tingkat empat," ujar Yasmin.
"Boleh hantar makcik ke sana? Makcik nak berjumpa dengan anak makcik," kata wanita tua itu.
"Oh, boleh. Marilah," kata Yasmin sambil meletak barang mandiannya di atas meja di tepi bilik mandi itu.
Yasmin berjalan mendahului wanita tua itu. Dia yang kelihatan sedikit uzur itu berjalan perlahan-lahan di belakang Yasmin. Menoleh ke belakang dan melihat wanita tua itu berjalan lambat, Yasmin memperlahankan sedikit langkahnya. Di anak tangga, Yasmin membantu wanita tua itu untuk menaiki satu persatu anak tangga. Yasmin berasa terkejut kerana tangan wanita tua itu sejuk bila takala dipegang. Namun dia cuba berlagak biasa. Hari semakin gelap. Yasmin melangkah mencari bilik nombor 411 seperti yang dikatakan oleh wanita tua itu. Kala dia sampai di hadapan bilik 411, ternyata bilik itu adalah bilik mandi yang turut menempatkan tandas.
"Makcik, betul ke bilik anak makcik 411? Ini bukan bilik asrama tapi bilik mandi dan tandas," ujar Yasmin.
"Ya, memang betul bilik 411. Anak makcik yang beritahu makcik nombor biliknya," kata wanita tua itu.
"Siapa nama anak makcik tue? Mana tahu saya kenal. Mungkin dia tersalah beri nombor bilik. Tapi sekarang nie ramai pelajar cuti," balas Yasmin.
"Nama anak makcik adalah Ayu Sakinah. Dia memang duduk di sini. Ha, tue suara dia ada tue. Dia panggil makcik," kata wanita tua itu sambil berlalu berjalan perlahan masuk ke dalam bilik mandi dan tandas itu.
Yasmin terkedu. Sekaligus giginya terasa sejuk dan bulu roma tengkuknya meremang. Terdengar azan Maghrib dan kelibat wanita tua itu hilang daripada pandangannya. Yasmin berlari menuju ke biliknya di tingkat tiga.
Dah seminggu Yasmin demam. Dia sungguh berasa terkesan dengan kejadian yang menimpanya minggu lalu. Barulah Yasmin tahu yang Ayu Sakinah merupakan bekas pelajar kolej itu yang meninggal dunia di bilik mandi kerana tergelincir. Kejadian itu berlaku pad musim cuti namun Ayu Sakinah tak balik kampung kerana cuti yang singkat dan kampungnya pula jauh di Sabah. Ibunya di kampung terlalu sedih dengan kejadian itu lau meninggal dunia tak lama kemudian. Sejak kejadian itu, memang selalu kelihatan kelibat wanita tua yang mencari anaknya di bilik mandi tempat kejaidan tersebut berlaku, terutama pada waktu cuti. Bilik mandi di tingkat empat itu memang jarang digunakan oleh pelajar kolej tersebut.
Mulai hari itu, Yasmin selalu pulang ke kampung jika ada cuti walaupun singkat. Dia dah tak berani duduk sendirian di bilik asrama apatah lagi jika waktu cuti. Kejadian ini turut menjadikan Yasmin lebih berhati-hati di bilik mandi agar tidak tergelincir kerana malang tak berbau.
*sumber cerita daripada Mingguan Wanita
Assalamualaikum wbt..
Katarak adalah lensa mata yang keruh atau berkabut berbanding lensa mata sihat yang jernih. Lensa mata yang keruh akan mengganggu laluan kemasukan cahaya untuk sampai ke retina seterusnya mengakibatkan pesakit menghadapi masalah penglihatan kabur, imej berganda, gangguan penglihatan warna dan masalah melihat cahaya terang atau silau. Katarak nie selalunya berlaku dalam kalangan orang dewasa. Katarak nie berlaku adalah disebabkan penuaan, penggunaan ubat-ubatan kortikosteroid secara berpanjangan, diabetes, trauma akibat kemalangan, miopia iaitu rabun jauh yang tinggi, dan disebabkan penyakit mata lain. Jika seseorang mengalami tanda seperti berikut, berkemungkinan mereka mengalami katarak ;
- Objek di hadapan kelihatan kabur, warna terang nampak seperti pudar, penglihatan ada waktu malam turut terjejas ;
- Silau atau gambaran lingkaran cahaya (halo) di sekeliling cahaya terang ;
- Mata sensitif terhadap cahaya terlalu terang ;
- Cermin mata yang dipakai tak lagi memberi kesan yang diinginkan ;
- Penglihatan berganda pada sebelah malam ;
- Kesukaran melakukan rutin harian berikutan dengan penglihatan kabur walaupun memakai cermin mata ;
Pesakit mata akan didiaognis dengan menilai sejarah perubatan, tanda-tanda sakit , melakukan pemeriksaan mata dan seterusnya akan menjalan beberapa ujian seperti ujian ketajaman penglihatan (visual acuity) yang menggunakan carta mata atau alat melihat, pemeriksaan lampu celah (slit lamp) membenarkan doktor mata melihat struktur bahagian hadapan mata iaitu kornea, iris, lesa dan ruang antara iris dan kornea di bawah alat pembesaran bagi mengesan sebarang keabnormalan, Pemeriksaan retina di mana doktor mata meletakkan titisan air ke dalam mata bagi membuka keluasan atau mengembangkan pupil (bukaan kecil buat berwarna hitam di tengah-tengah iris mata yang berfungsi mengawal banyaknya cahaya yang masuk ke retina) bagi memeriksa bahagian belakang mata (retina). Dengan menggunakan lampu celah atau alat khas iaitu opthalmoscope, doktor mata boleh memeriksa kanta mata bagi melihat tanda-tanda katarak.
Rawatan paling berkesan untuk menyembuhkan katarak adalah melalui pembedahan katarak. Prosedur ini adalah selamat untuk dilakukan dan jarang berlaku kesan sampingan. Salah satu inovasi terkini dalam pembedahan katarak adalah prosedur tanpa pisau (non blade) yang dikenali sebagai Pembedahan Femtosecond Laser Catarac (FLACS). Ini adalah prosedur yang semakin berkembang dan langkah seterusnya dalam pembedahan katarak , menawarkan keselamatan lebih baik buat pesakit. Ia turut memberikan keputusan yang dipercayai. Jika pesakit katarak tak menjalani pembedahan, risiko akan dihadapi adalah seperti katarak menjadi terlalu matang, berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi selepas pembedahan, dekompensasi atau gagal fungi kornea, berkemungkinan akan membawa penyakit galucoma atau penyakit mata lain dan kebutaan.
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, akhirnya terungkai misteri bungkusan daripada Shopee yang saya terima pada hari Isnin lepas.. Rupa-rupanya ianya hadiah Giveaway yang saya menang melalui GA daripada blogger Mya Rosli.. Semalam saya terima emel daripada Mya dan dia bertanyakan dengan saya samada hadiah giveaway dah sampai ke belum.. Mula-mula tue saya gamble jea tanya siap hantar gambar tue, dan diapun jawab itulah bungkusannya.. Phewww... Lega.. Sebab saya memang ingat saya takde buat apa-apa pembelian notebook buku melalui Shopee.. Anyway, thanks alots to Mya Rosli kerana bagi hadiah yang sangat comel.. Sebenarnya kalu ikutkan akak sendiri dah lupa pasal hadiah tue.. hihihi kalau awak tak emel pada akak pasal hadiah tue, sampai ke sudah akak memikirkan siapa yang memberinya, sebab inilah kali pertama akak dapat hadiah GA direct daripada Shopee.. Akak duk fikir kot-kot lah scammer sebab scammer sekarang dah bijak-bijak belaka.. Thanks alots tau..
Kalau ada sesiapa yang nak follow Mya Rosli, bolehlah singgah ke blog beliau iaitu www.myarosli.com
Assalamualaikum wbt..
Lama rasanya saya tak berkongsi buat skrub wajah kan.. Okey, kita sedia maklum yang kunyit sememangnya banyak khasiat dan vitaminnya yang tersendiri. Amalan buat skrub daripada kunyit nie memang diamalkan oleh wanita di India untuk menjadikan kulit menjadi mulus dan bebas jeragat.. So hari nie saya nak berkongsi resipi buat skrub wajah dengan menggunakan kunyit..
Selamat mencuba..
Assalamualaikum wbt..
Kita memang ketahui haiwan mempunyai 1001 ragam, sama seperti ragam manusia.. Tapi awak nak tahu tak, dekat Oklahoma ada seekor anjing yang bernama Princess telah 'ditangkap' oleh tuannya semasa dia berpura-pura menjadi anjing jalanan untuk mendapatkan sebiji burger daripada restoran makanan segera..
Tuan anjing nie bagitahu pada media, anjing dia selalu saja menyelinap keluar daripada rumah pada waktu malam, dan Princess nie memang akan pergi ke restoran makanan segera untuk makan burger... Perlakuan Princess yang berpura-pura menjadi anjing jalanan dan sesat tue telah menimbulkan rasa kasihan daripada pengunjung restoran dan kemudian memberi anjing tue makanan seperti burger. Bila dah selalu sangat anjing nie menyelinap keluar rumah, tuan anjing nie yang bernama Betsy Reyes telah memutuskan untuk menangkap anjing tersebut.. Masa dia nak tangkap anjingnya, dia mendapati anjingnya sedang duduk sambil menunggu untuk diberi makanan di sebuah restoran makanan segera.. Selepas 'menangkap' Princess menipu seorang pelanggan, Reyes menarik anjing itu masuk ke dalam kereta dan bila melihat tuannya datang, anjing itu gembira dengan menggoyangkan ekornya.. Hihihi macam-macam ragam haiwan nie kan..
Semata-mata nak makan burger, sanggup menipu dengan anjing jalanan ataupun berpura-pura sesat.. Nampaknya tuan Princess nie kena masukkan menu makanan harian dia supaya tak menyelinap keluar lagi..
Macam kucing saya si Chibiusa, siang-siang tidur aje, tapi bila malam menjelang, dia punyak aktif tue lain macam, dan selalu ganggu saya tidur dengan geselkan kepala dia kat muka saya, kalu tak layan dia akan mula mengigit hujung jari tangan dan kaki saya.. huhuhu..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons