Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah, kali nie siapa yang bertuah untuk direview pada minggu nie..? Jom kita kenal-kenal..
Blog Bonde Zaidalifah... Nama sebenar pemilik blog ini adalah Zaidalifah Hussin, berumur dalam lingkungan awal 40-an, sudah berumahtangga, berasal daripada Sepang dan kini tinggal di Sepang. Bonde Zaidalifah nie merupakan seorang surirumah tangga sepenuh masa tapi dalam masa yang dia merupakan seorang blogger yang disegani di kalangan rakan-rakan blogger yang lain..
Sebenarnya saya sendiri dah lupa sejak bila kami mula menjadi sahabat tapi rasa-rasanya ikatan silaturahhim yang terjalin ini pada pertemuan di dalam segmen dan giveaway.. Tapi kami pernah saling berinteraksi di dalam laman facebook memandangkan kami tinggal di tempat yang sama, iaitu Sepang, dan tak silap sayalah dia pun tinggal di Salak Tinggi.. Betulkan saya jika ada kesilapan.. Apa yang saya suka baca dalam blog Bonde Zaidalifah nie, adalah tentang pelbagai review yang dicoretkan dalam blog dia, memang terlalu banyak produk yang menarik untuk dikongsi bersama dengan pembaca.. Tapi ada jugak dia kongsikan pelbagai kisah lain seperti resipi, review drama dan filem dan pelbagai informasi berilmu yang dapat dikongsikan kepada semua pembaca.. Tapi macam selalulah, saya tak dapat nak blogwalking selalu, cuma sempat membaca secara silent reader jea.. Tapi jika ada masa yang dapat dicuri sedikit saya akan dropby komen kat semua blog yang saya singgah..
Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah :-
40 Pelajaran Oleh Nabi Muhammad SAW
Cara-Cara Merawat Ketumbit Pada Mata
5 Reasons You Must See OLA BOLA
Buku Resipi Bonde
Dan banyak lagi entri-entri yang menarik untuk tatapan bacaan kita...
Kepada Bonde Zaidalifah, terima kasih kerana masih sudi dan follow jurnal saya dan menjadi sahabat blogger saya.. Saya doakan agar Bonde dikurniakan kesihatan yang baik, semoga apa yang dicoretkan Insha Allah akan mendapat manfaat kepada semua pembaca blog Bonde.. Hihihi kita nie nama jea jiran kan, entah kan bila kita akan dipertemukan, Insha Allah satu hari nanti kita pasti akan bertemu jua.. Saya doakan agar kehidupan Bonde sekeluarga dirahmati, diberkati dan dilindungi oleh Allah SWT.. Semoga apa yang Bonde doakan Insha Allah akan dimakbulkan oleh Allah.. Maafkan diri ini kerana jarang sangat komen kat blog Bonde, hanya mampu jadi silent reader jea, apapun saya suka sangat dengan header blog Bonde..
Jom kita kenal-kenal dan singgah ke blog Bonde Zaidalifah dan salam perkenalan pada semua..
Assalamualaikum wbt..
Wah, pesta buku akan kembali lagi la.. Apa lagi, pada yang peminat buku, inilah masanya awak nak grab banyak-banyak bahan bacaan kegemaran awak, ada banyak diskaun yang ditawarkan tau.. Buku sekolah, novel, bahan ilmiah dan bahan bacaan ringan pun ada tau.. Jomlah ramai-ramai pergi ke pesta buku antarabangsa nie..
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 meluhurkan Dekad Membaca Kebangsaan!
29 Mac - 7 April 2019
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
10 pagi - 9 Malam
Boleh juga ikuti kami di Telegram http://t.me/ShareInfoKLBookFair untuk informasi semasa.
Oh, ya.. Sebelum terlupa.. Demi menyokong pelestarian alam sekitar, pihak peganjur tidak menggalakkan penggunaan beg plastik oleh pempamer. Kita amat digalakkan untuk membawa beg kitar semula, beg troli, dan sebagainya untuk memudahkan kita membawa buku yang dibeli. Bersama kita menjaga alam sekitar dan mengurangkan penggunaan beg plastik.
Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah, kali nie siapa yang bertuah untuk direview pada minggu nie..? Jom kita kenal-kenal..
Blog Asyiqin... Nama sebenar pemilik blog ini adalah Asyiqin Mazlan, berumur dalam lingkungan 30 tahun, sudah berumahtangga, berasal daripada Banting dan bekerja sebagai kakitangan kerajaan, di samping itu dia menjadi blogger separuh masa..
Persahabatan kami boleh dikatakan agak baru jugak, jumpa seperti sama yang lain iaitu melalui segmen dan giveaway.. Walaupun dia agak jarang nak update blog dia tapi dia akan pastikan blognya terus hidup..Kebanyakan ceritanya berkisahkan kehidupan seharian, dan dia pun sama macam saya jugak, sama-sama TTCian.. Jadi dalam blognya tue pun ada diceritakan jugak perjalanan TTC dia.. Tapi selain daripada itu, dia ada buat entri review pelbagai barangan, tempat percutian, berkongsi lirik dan selalu supportive dengan rakan-rakan blogger yang lain dengan menyertai pelbagai segmen dan giveaway...
Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah :-
Althea X Get It Beauty Real Fresh Skin Detoxer
Dekat Mana Nak Beli Hadiah Yang Best Untuk Yang Tersayang?
Seronoknya Belajar Videofon Bersama Founder The Photolicious
Cara Semakan Nama Daftar Pemilih Bagi Pilihan Raya
Dan banyak lagi entri yang menarik untuk dibaca..
Kepada Asyiqin, terima kasih kerana masih lagi menjadi rakan maya akak dan terima kasih jugak kerana awak selalu tinggalkan komen dalam jurnal akak... Akak doakan agar kita sama-sama dapat apa yang kita doakan, jangan berputus asa dan jangan ambik peduli apa yang orang katakan pada kita.. Akak doakan agar awak sekeluarga dirahmati, diberkati dan dilindungi oleh Allah, Insha Allah.. Semoga awak terus sukses dalam kehidupan dan dalam dunia blog dan teruskan memberi inspirasi kepada semua pembaca awak.. Maafkan diri ini kerana jarang tinggalkan komen dalam blog ini, akak hanya mampu jadi silent reader saja..
Jom kita kenal-kenal dan singgah ke blog Asyiqin dan salam perkenalan pada semua..
Tahniah kepada YS PKPjB Sayani Binti Haji Saidon di atas pelantikan menjadi Pengarah Bomba Negeri wanita yang pertama
Thursday, March 14, 2019
Assalamulaikum wbt,
Untuk pertama kali dalam sejarah bomba, kini Pengarah Bomba Negeri telah dibarisi oleh wanita besi, iaitu YS PKPjB Puan Sayani Binti Haji Saidon, yang sebelum nie menyandang jawatan Timbalan Pengarah Bomba Negeri di Perak. Beliau akan memulakan tugas sebagai Pengarah Bomba Negeri di Ibu Pejabat, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah tak lama lagi..
Untuk pertama kali dalam sejarah bomba, kini Pengarah Bomba Negeri telah dibarisi oleh wanita besi, iaitu YS PKPjB Puan Sayani Binti Haji Saidon, yang sebelum nie menyandang jawatan Timbalan Pengarah Bomba Negeri di Perak. Beliau akan memulakan tugas sebagai Pengarah Bomba Negeri di Ibu Pejabat, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah tak lama lagi..
Alhamdulillah, wanita pada zaman ini bergerak seiring dengan tugas lelaki, selain menjadi suri rumah yang menguruskan rumah tangga, bangga sangat-sangat.. Puan Sayani nie memang selalu singgah kat library saya, orangnya memang peramah sangat dan sangat lembut tutur katanya.. Tapi dalam kelembutan ada ketegasannya.. Selalunya bila dia singgah ke Putrajaya, pasti dia akan masuk ke library, cuma bersembang kosong jea, kadang kala dia akan bertanya kekosongan slot urut, hihihihi.. Yealah, mengalas seorang Timbalan Pengarah tambahan pulak menjadi isteri dan ibu bukan tugas yang mudah, ada masanya kita akan terasa letih dan memerlukan 'me time'..
Secara kebetulan dia tahu akan kebolehan saya untuk membuang angin dalam badan, dan memang itulah selalunya client saya cari.. Tapi tugas hakiki takkan dilupakan, walaupun mempunyai tanggungjawab untuk menolong orang lain, orang kata, Allah pilih saya untuk menolong orang lain dengan memberi ilmu dalam pembuangan angin melalui urutan, dan itulah yang saya lakukan, berkhidmat kerana Allah..
Walaupun saya tak menyarung uniform bomba, tapi sebagai seorang wanita, saya berasa bangga dengan pencapaian ini, yang telah membuktikan wanita boleh bergerak seiring dengan lelaki, kerana tugasan bomba yang multi-skill.. TAHNIAH DIUCAPKAN..
Secara kebetulan dia tahu akan kebolehan saya untuk membuang angin dalam badan, dan memang itulah selalunya client saya cari.. Tapi tugas hakiki takkan dilupakan, walaupun mempunyai tanggungjawab untuk menolong orang lain, orang kata, Allah pilih saya untuk menolong orang lain dengan memberi ilmu dalam pembuangan angin melalui urutan, dan itulah yang saya lakukan, berkhidmat kerana Allah..
Walaupun saya tak menyarung uniform bomba, tapi sebagai seorang wanita, saya berasa bangga dengan pencapaian ini, yang telah membuktikan wanita boleh bergerak seiring dengan lelaki, kerana tugasan bomba yang multi-skill.. TAHNIAH DIUCAPKAN..
Assalamualaikum wbt..
Okey, minggu nie siapa pula yang bertuah untuk direview..? Jom kita kenal-kenal..
Blog Rabia Adawiyah... Nama di sebalik blog ini adalah Rabiahtul Adawiyah Binti Abdul Ghani, berusia dalam 23 tahun, sekarang nie bergelar seorang pelajar dalam jurusan Early Chilhdhood Education, dalam erti kata lain, Rabia nie bakal menjadi seorang guru.. Rabia nie berasal daripada orang kampung saya jugak, di Kuala Terengganu dan Rabia nie mula berblog sejak tahun 2016 lagi..
Rabia nie adalah merupakan salah sorang ahli BPT, seorang yang aktif dalam penyertaan pelbagai segmen, giveaway samada di dalam blog, instagram dan facebook dan tak hairanlah dia digelar 'Ratu Contest' di kalangan rakan-rakannya.. Saya sendiri dah lupa sejak bila Rabia nie jadi rakan blogger saya tapi apa yang pasti, persahabatan saya dengan Rabia memang bermula daripada segmen dan giveaway anjuran rakan-rakan blogger.. Kalau nak tau, Rabia nie adalah rakan blogger yang paling konsisten dalam memberikan komen membina dalam jurnal saya, setiap bulan memang akan sentiasa ada namanya berada di dalam carta 'Top Commentator' jurnal saya, dan dah beberapa kali dia selalu mendapat saguhati daripada saya.. Cerita dalam blog Rabia nie adalah berkisarkan kehidupannya sebagai seorang pelajar, walau sesibuk manapun dia, Rabia akan pastikan dia akan mengaktifkan diri dalam dunia blog dengan menulis tentang kehidupannya, apa yang dilakukan pada hari itu dan memberikan komen kepada rakan blogger yang lain..
Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah :
Bercuti Di Kota Bharu
Bergaya Dengan Baju Gene Martino
Sutra Beach Resort Kampung Rhu Tapai, Setiu 21010 Kampung Merang, Terengganu
Aku Sakit Dan Ada Penyakit?
Dan banyak lagi entri yang menarik untuk dibaca..
Kepada Rabia, terima kasih kerana menjadi rakan blogger akak yang PALING AKTIF.. Terima kasih akak ucapkan kerana awak selalu sokong akak walaupun akak jarang nak berikan komen dalam blog awak, selalu on off dalam tinggalkan komen, hihi.. Maafkan kakak awak nie yea Rabia.. Akak doakan agar awak sentiasa sukses dalam apa jua yang awak lakukan dalam kehidupan ini dan apa jua cabaran hidup yang perlu awak tempuhi, akak harap awak akan hadapinya dengan penuh tabah kerana sememangnya lumrah manusia, ada yang suka dengan kita dan ada yang tak suka apa yang kita lakukan.. Semoga awak terus sukses dalam study awak dan bila dah kerja nanti, Insha Allah apa yang awak lakukan hanya Allah saja yang dapat membalasnya kerana awak mencurahkan ilmu kepada anak bangsa.. Apa yang jua awak buat, buatlah kerana Allah.. Akak doakan jugak awak akan terus sukses dalam dunia blogging dan semoga awak sekeluarga sentiasa dirahmati, dilindungi dan dirahmati oleh Allah..
Jom kita kenal-kenal dan singgah ke blog Rabia Adawiyah dan salam perkenalan pada semua..
Assalamualaikum wbt..
Bak kata orang, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya, pesanan orang tua-tua untuk kita lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata terutama sekali bila tengah marah.. Antara petanda kita sedang marah adalah kadar degupan jantung meningkat, wajah terasa panas dan rahang menjadi tegang.. Bila dah marah, macam-macam cara yang kita sendiri tak sedar akan lakukan seperti memukul meja, menendang pintu dan dengan teknologi terkini adalah menghantar icon angry dalam media sosial dengan cara menyindir bahkan boleh menyebabkan ketegangan sesama rakan. Kali nie saya nak berkongsi dengan awak camne nak kawal emosi marah tue supaya ketegangan antara manusia dapat dileraikan..
- Antara cara mengelola kemarahan kita adalah dengan mengamalkan teknik pernafasan yang betul iaitu ketika kita berasa marah, jangan dituruti kata hati atau bersifat defensif terhadap pemicu kemarahan ;
- Islam juga menekankan supaya kita mengambil wuduk dan bersolat untuk meredakan kemarahan ;
- Cubalah untuk berdiam diri dan menarik nafas secara perlahan-lahan kerana dengan cara ini akan menenangkan diri kita dan fikiran kita selain masalah tersebut dapat kita fikirkan penyelesaiannya ;
- Dengan bertanya kepada diri sendiri mengenai apa yang berlaku juga merupakan cara terbaik untuk menangani marah iaitu kita mungkin menyedari di mana silapnya dengan apa yang telah berlaku, selain menyedarkan diri kita ;
- Selain itu, cuba untuk membayangkan tempat-tempat yang cukup indah dan tenang kerana dengan cara ini akan memberikan suatu terapi yang cukup menenangkan ;
- Bayangkan jika kita yang berada di posisi yang telah membuatkan kita marah, yang mana dengan cara ini, kita mungkin tak terlalu marah dan melupakan saja apa yang telah berlaku ;
Semoga ianya memberi manfaat kepada kita..
Assalamualaikum
wbt,
Wah,
Matta Fair 2019 kembali lagi lah, mesti awak yang suka travel nie tak sabar nak
pegi bercuti dan merehatkan minda..
Tapi
awak tau tak mengenai Traveloka Sale-Abration Hakuna Matta-Ta Deals..? Tak
tau..? Hakuna Matta-Ta..? Hihihi nie bukan citer anime Naruto la..
Haa.. Nak citer nie, Traveloka Sale-Abration Hakuna
Matta-Ta Deals akan memberikan diskaun harga yang cukup istimewa andai kata
awak tak sempat nak pergi ke Matta Fair yang akan berlangsung tak lama lagi..
Kenapa
awak perlu pilih promosi Traveloka ini..? Ini kerana Traveloka memudahkan kita
untuk menempah tiket penerbangan dan hotel secara serentak sebelum kita nak
bercuti sama ada di dalam negara ataupun luar negara, jadi tak perlu lah kita
nak mencari satu persatu maklumat yang kita nak.. Sebab dalam laman web
Traveloka tue sendiri maklumat tiket kapal terbang dan hotel disatukan, so awak
boleh layari web ini kat komputer atau nak lebih mudah lagi, awak download la
aplikasi Traveloka tue kat phone, so lagi mudah kan.. Lagi satu kenapa awak perlu pilih Traveloka,
sebabnya Traveloka menawarkan promosi harga yang sangat murah dan mampu milik
kepada semua orang..
Awak tau kan Matta
Fair 2019 akan berlangsung pada bulan ini, jadi masa inilah masa yang terbaik
untuk awak menempah tiket kapal terbang dan hotel sempena dengan Matta
Fair Promo nie kerana awak akan mendapat pelbagai diskaun tambahan di atas promosi penerbangan dengan syarikat
yang terlibat.. Di Traveloka nie awak tak payah nak risau dengan booking fee
kerana ianya takde booking free pun.. Jadi, tempahlah tiket penerbangan dan
hotel pilihan awak pada bila-bila masa
kerana kat Traveloka nie ada banyak pakej percutian yang menarik pada awak yang
suka travel samaada lone-ranger ataupun bersama keluarga ataupun dengan
rakan-rakan.
Nak
tempah tiket dan hotel nie mesti dilakukan semasa promosi sedang dijalankan,
hanya tinggal sehari jea lagi promosi ini akan berlangsung.. So pada masa tue,
awak bolehlah tempah dan pilih memilih hotel di tempat yang awak nak pergi
bercuti nanti..
Secara
umumnya kita semua tau yang Matta Fair Event akan dilangsungkan pada setiap
tahun untuk memudahkan rakyat Malaysia merancang percutian dengan menawarkan
harga dan promosi yang menarik. Jadi selain daripada Matta Fair, sekarang nie
awak boleh check it out sendiri Traveloka Sale-Abration untuk mendapatkan
tawaran diskaun yang menarik jugak.. Apa yang menarik di Traveloka nie kan,
semua harga yang dipamerkan adalah merupakan harga yang sebenar dan ianya tak
termasuk cukai, bayaran tambahan dan yuran tanpa kos tersembunyi, selain itu
Traveloka akan membuat tawaran yang cukup menarik pada setiap hari melalui
aplikasi Traveloka (yang nie untuk aplikasi phone).. Bila kita dah booking dan
nak bayar, kini pelbagai kemudahan untuk membuat bayaran melalui kad kredit,
kad debit, perbankan internet dan nak lagi mudah kita boleh bayar secara MOLpay
di 7E-Leven tanpa ada caj transaksi.. Kalau kita rasa macam tak yakin dengan
pilihan kita, awak jangan risau tentang tue kerana di dalam laman Traveloka ada
menyediakan pelbagai review yang sebenar daripada 2 juta pelanggan Traveloka yang
pernah menggunakan khidmat Traveloka dan apa yang paling menarik sekali adalah
Traveloka memberi jaminan penginapan sekiranya kita mengalami masalah semasa
buat tempahan di Traveloka.
Untuk
pada sesiapa yang tak pernah lagi guna khidmat Traveloka dan untuk memudahkan
tempahan, awak boleh download aplikasi
Traveloka dekat Playstore untuk pengguna phone android dan Appstore untuk pengguna phone I-phone. Dah download tue, awak bolehlah daftar untuk menjadi ahli
Traveloka dan nikmatilah kelebihannya dan senang untuk kita booking pada
bila-bila masa dan di mana jua kita berada..
Okey, dah download tue, kan, mesti awak nak tau apa langkah seterusnya
kan.. Saya akan bagitau awak langkah seterusnya..
Langkah
pertama : Mulakan dengan carian penerbangan (Flight) dan carilah flight yang
kita inginkan.
Langkah
kedua : Dekat Traveloka App ini, kita boleh memilih penerbangan mengikut
kesesuaian bajet samada dari segi kadar harga, masa perjalanan (length of trip)
ataupun connections.
Langkah
ketiga : Nak buat pembayaran melalui Traveloka App adalah melalui easy payment
alternative di mana bila kita dah bukak
akaun Traveloka App ini, hanya dengan satu klik kita boleh membuat pembayaran
secara online saja.
Langkah
keempat : Bila dah selesai buat penempahan dan bayar, kita dah boleh uruskan
semua butiran penerbangan dan tempahan terus melalui smartphone, kiranya
smartphone nie boleh digunakan untuk pengesahan tanpa perlu cetak tiket dan
boarding pass lagi. Nampak tak…? Semuanya di hujung jari kita jea dan memang
menyenangkan kita..
So,
macamana…? Menarik kan Traveloka Sale-Abration nie.. Dah ada planning untuk
pergi bercuti tak.. Tinggal sehari jea lagi tau, nanti awak boleh dapatkan
diskaun yang menarik di Traveloka Sale-Abration Hakuna Matta-Ta Deals nie..
Rebutlah peluang ini keemasan ini tau, kerana Traveloka memang memudahkan kerja
dan menjimatkan masa kita tambahan pulak ada diskaun menarik pulak tue.. Pada
yang kaki-kaki travel tue, jangan lepaskan peluang ini tau, kerana masa inilah
awak nak buat penjimatan dan segi harga flight dan hotel, so duit yang lebih
tue bolehlah shopping banyak-banyak.. Jom.. Cuti-cuti..
Assalamualaikum wbt..
Ada sesiapa yang minat main golf..? Saya terjumpa satu artikel paper yang menarik iaitu peraturan baru untuk main golf yang harus awak tahu... Jom selidik..
Ada sesiapa yang minat main golf..? Saya terjumpa satu artikel paper yang menarik iaitu peraturan baru untuk main golf yang harus awak tahu... Jom selidik..
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, back to schedule again.. Minggu nie siapa pulak yang bertuah untuk direview yea..? Jom kita kenal-kenal...
Alhamdulillah, back to schedule again.. Minggu nie siapa pulak yang bertuah untuk direview yea..? Jom kita kenal-kenal...
Blog Sii Nurul... Nama di sebalik blog ini adalah Nurulatika Binti Yunus, berusia 23 tahun, berasal daripada Kota Kinabalu, merupakan seorang graduan dan pelajar dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Psikologi Kanak-Kanak Dan Keluarga dan juga blogger separuh masa.
Persahabatan kami bermula sama seperti yang lain, iaitu melalui GA dan segmen dan seingat saya, persahabatan ini terjalin pada tahun 2016 lagi.. Nurul nie sebenarnya kalu ikutkan dia dah lama berkecimpung dalam dunia blog iaitu dalam tahun 2015 di mana dia mempunyai dua buah blog tapi disebabkan masa tue dia tak faham di sebalik apa tujuan blog ini diwujudkan, so blog yang terbaru nie, adalah merupakan satu langkah baru buat dirinya dan blog ini diwujudkan pada tahun 2017. Dalam blog Nurul nie banyak diceritakan kisah-kisah kehidupannya, sama seperti orang lain, blog diwujudkan hanya untuk suka-suka.. Tapi sekarang blog Sii Nurul banyak mempunyai entri yang berguna untuk semua pembaca, ini termasuklah pelbagai review, resipi masakan, informasi yang berguna dalam kehidupan dan mengenai psikologi kanak-kanak dan keluarga.. Sii Nurul juga sangat supportive dengan rakan blogger yang lain, dengan cara menyertai pelbagai segmen dan GA anjuran rakan blogger dan seingat saya jugak dia pernah menjadi Top Commentator dalam jurnal saya..
Pelbagai entri yang menarik untuk di baca, antaranya :-
Resipi Cupcakes Chipsmore (2 Bahan Saja)
5 Tips Temuduga Yang Kerap Diabaikan
Subjek Yang Dipelajari Dalam Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga, UMS
Cara Nak Tambah Nilai (Topup) Melalui Aplikasi Boost Dengan Mudah & Cepat
Dan pelbagai lagi kisah yang menarik..
Kepada Sii Nurul, terima kasih akak nak ucapkan pada pada awak kerana sudi menjadi rakan blogger akak dan selalu bagi akak sokongan dengan memberi komen dalam jurnal akak.. Akak mintak maaf kerana selalu tak sempat nak balas kunjungan awak dengan meninggalkan tapak komen dalam blog awak tapi sebenarnya akak selalu menjadi silent reader dalam blog awak.. Akak doakan agar awak akan terus mendapat kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat, Insha Allah kita akan bertemu jika diizinkan oleh Allah.. Akak doakan jugak agar awak sekeluarga dilindungi, dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT.. Semoga apa yang awak doakan Insha Allah akan dimakbulkan dan semoga ilmu yang awak sampaikan itu akan memberi manfaat kepada semua pembaca blog awak..
Jom kita singgah dan jengah ke blog Sii Nurul dan salam perkenalan pada semua...
#shikinrazalidotcom #bloggerterengganu #bloggersepang #sahabatbloggerpilihanStarlavenderlunaPersahabatan kami bermula sama seperti yang lain, iaitu melalui GA dan segmen dan seingat saya, persahabatan ini terjalin pada tahun 2016 lagi.. Nurul nie sebenarnya kalu ikutkan dia dah lama berkecimpung dalam dunia blog iaitu dalam tahun 2015 di mana dia mempunyai dua buah blog tapi disebabkan masa tue dia tak faham di sebalik apa tujuan blog ini diwujudkan, so blog yang terbaru nie, adalah merupakan satu langkah baru buat dirinya dan blog ini diwujudkan pada tahun 2017. Dalam blog Nurul nie banyak diceritakan kisah-kisah kehidupannya, sama seperti orang lain, blog diwujudkan hanya untuk suka-suka.. Tapi sekarang blog Sii Nurul banyak mempunyai entri yang berguna untuk semua pembaca, ini termasuklah pelbagai review, resipi masakan, informasi yang berguna dalam kehidupan dan mengenai psikologi kanak-kanak dan keluarga.. Sii Nurul juga sangat supportive dengan rakan blogger yang lain, dengan cara menyertai pelbagai segmen dan GA anjuran rakan blogger dan seingat saya jugak dia pernah menjadi Top Commentator dalam jurnal saya..
Pelbagai entri yang menarik untuk di baca, antaranya :-
Resipi Cupcakes Chipsmore (2 Bahan Saja)
5 Tips Temuduga Yang Kerap Diabaikan
Subjek Yang Dipelajari Dalam Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga, UMS
Cara Nak Tambah Nilai (Topup) Melalui Aplikasi Boost Dengan Mudah & Cepat
Dan pelbagai lagi kisah yang menarik..
Kepada Sii Nurul, terima kasih akak nak ucapkan pada pada awak kerana sudi menjadi rakan blogger akak dan selalu bagi akak sokongan dengan memberi komen dalam jurnal akak.. Akak mintak maaf kerana selalu tak sempat nak balas kunjungan awak dengan meninggalkan tapak komen dalam blog awak tapi sebenarnya akak selalu menjadi silent reader dalam blog awak.. Akak doakan agar awak akan terus mendapat kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat, Insha Allah kita akan bertemu jika diizinkan oleh Allah.. Akak doakan jugak agar awak sekeluarga dilindungi, dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT.. Semoga apa yang awak doakan Insha Allah akan dimakbulkan dan semoga ilmu yang awak sampaikan itu akan memberi manfaat kepada semua pembaca blog awak..
Jom kita singgah dan jengah ke blog Sii Nurul dan salam perkenalan pada semua...
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, kini kita dah masuk bulan ketiga untuk tahun 2019.. Walaupun saya terpaksa mengurangkan aktiviti saya dalam jurnal ini tapi Insha Allah saya akan cuba mencari masa untuk menulis jurnal dan berkongsi ilmu pada awak semua.. Sebagaimana seperti setiap tahun, saya akan mengumumkan senarai Top Commentator dalam jurnal saya ini dan diharapkan agar pertalian silaturrahim antara kita akan diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT..
Saya nak ucapkan sekalung TAHNIAH kepada 10 orang yang memasuki carta Top Commentator dalam jurnal saya pada bulan ini.. Mereka adalah...
Tahniah pada Cik Tie, Cik Ash, Aienie NKA dan Farhana Jafri kerana memasuki semula carta pada bulan ini dan seperti biasa saya akan memberi sedikit penghargaan pada yang bertuah dan mereka adalah...
Kepada 3 orang yang bertuah ini, sila whatsapp kepada saya (019-9884032) butiran awak seperti nama penuh, alamat lengkap dan nombor telefon untuk tuntutan hadiah. Insha Allah nanti saya akan poskan hadiah awak nanti..
Untuk 10 orang Top Commentator pada bulan ini, saya buatkan bloglist khas untuk awak sehingga 31 Mac 2019.. Kepada yang takde dalam senarai, jangan sedih dan harap-harap awak akan teruskan memberi komen yang membina dalam jurnal saya..
TAHNIAH DAN TERIMA KASIH DI ATAS SEGALA-GALANYA...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons