Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Asyiqin

Tuesday, March 19, 2019


Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah, kali nie siapa yang bertuah untuk direview pada minggu nie..? Jom kita kenal-kenal..


Blog Asyiqin... Nama sebenar pemilik blog ini adalah Asyiqin Mazlan, berumur dalam lingkungan 30 tahun, sudah berumahtangga, berasal daripada Banting dan bekerja sebagai kakitangan kerajaan, di samping itu dia menjadi blogger separuh masa..

Persahabatan kami boleh dikatakan agak baru jugak, jumpa seperti sama yang lain iaitu melalui segmen dan giveaway.. Walaupun dia agak jarang nak update blog dia tapi dia akan pastikan blognya terus hidup..Kebanyakan ceritanya berkisahkan kehidupan seharian, dan dia pun sama macam saya jugak, sama-sama TTCian.. Jadi dalam blognya tue pun ada diceritakan jugak perjalanan TTC dia.. Tapi selain daripada itu, dia ada buat entri review pelbagai barangan, tempat percutian, berkongsi lirik dan selalu supportive dengan rakan-rakan blogger yang lain dengan menyertai pelbagai segmen dan giveaway...

Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah :-

Althea X Get It Beauty Real Fresh Skin Detoxer
Dekat Mana Nak Beli Hadiah Yang Best Untuk Yang Tersayang?
Seronoknya Belajar Videofon Bersama Founder The Photolicious
Cara Semakan Nama Daftar Pemilih Bagi Pilihan Raya

Dan banyak lagi entri yang menarik untuk dibaca..


Kepada Asyiqin, terima kasih kerana masih lagi menjadi rakan maya akak dan terima kasih jugak kerana awak selalu tinggalkan komen dalam jurnal akak... Akak doakan agar kita sama-sama dapat apa yang kita doakan, jangan berputus asa dan jangan ambik peduli apa yang orang katakan pada kita.. Akak doakan agar awak sekeluarga dirahmati, diberkati dan dilindungi oleh Allah, Insha Allah.. Semoga awak terus sukses dalam kehidupan dan dalam dunia blog dan teruskan memberi inspirasi kepada semua pembaca awak.. Maafkan diri ini kerana jarang tinggalkan komen dalam blog ini, akak hanya mampu jadi silent reader saja.. 






Jom kita kenal-kenal dan singgah ke blog Asyiqin dan salam perkenalan pada semua.. 

#shikinrazalidotcom #bloggerterengganu #bloggersepang #sahabatbloggerpilihanStarlavenderluna



14 comments

  1. Wajib jalan² ni tengok review dr POV dia.. ^^

    ReplyDelete
  2. kemanisan ukhuwah di alam maya.. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. salam kenalan

    nak tanya ini berminat ke tukar link suka sama suka? bloglist....kalau awak berminta sila comment di blog saya di

    https://www.oohsenyum.com/2015/03/tukar-suka-sama-suka-blogist.html

    nanti saya balas secepat mungkin ye.

    ReplyDelete
  4. Apa maksud TTCian tu wak? Sorry la lambat pikap sikit..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. TTCian bermaksud Trying To Conceive ataupun dalam bahasa melayu adalah cuba untuk hamil..

      Delete
  5. Menarik dengan segmen macam ni.. ;)

    ReplyDelete
  6. best segmen cemni. boleh kenal kawan2 baru.
    rupanya dah follow tapi jarang singgah =P

    ReplyDelete
  7. Geng dengan Cik Ash gak la Tccian.. Nanti boleh pergi singgah blog asyiqin ni

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧