Assalamualaikum wbt..
Selalunya stretch mark nie dikaitkan dengan wanita terutamanya semasa hamil yang biasa berlaku di bahagian perut. Tapi bukan setakat perut jea tau, tempat lain pun boleh terjadinya stretch mark nie, dan bukan wanita jea, malah orang lelaki pun ada stretch mark nie..Stretch mark nie berlaku kerana tekanan pada kulit di bahagian lapisan tengah kulit yang dipanggil dermis. Dalam keadaan ini, pembuluh darah yang ada pada dermis akan pecah dan kita akan berasa panas dan gatal sehinggalah membentuk stretch mark ini. Kali nie ada cara semula jadi yang boleh menghilangkan stretch mark yang agak stress nie.. Jom..
Aloe Vera - Sapukan gel aloe vera secara rutin pada bahagian stretch mark kerana ia membantu mengekalkan kulit kita dan secara tak langsung dapat menghilangkan kesan stretch mark tersebut. |
Senaman - Ia membantu mengencangkan kulit secara semula jadi dan secara tak langsung menghilangkan stretch mark. |
Lemon - Ia mampu menangkal radikal bebas yang ada dalam kulit. Caranya mudah jea, dengan hanya oleskan lemon pada bahagian stretch mark itu. |
Minum air mineral - Dengan minum sebanyak lapan gelas air mineral sehari dapat membantu menurunkan elastik kulit dan mempercepatkan proses regenerasi pada kulit. |
Selamat mencuba!
wah boleh cuba ni nanti tq shikin for sharing
ReplyDelete