Petua Nenek Cara Alami

Sunday, April 28, 2019


Assalamualaikum wbt..
Okey, kali nie saya nak berkongsi dengan awak petua nenek cara alami, sebab ada banyak bahan semula jadi yang boleh menyelesaikan beberapa masalah kesihatan mahupun kehidupan kita.. Jom kita tengok petua-petuanya..

Memutihkan gigi - Gunakan abu daun kelapa yang telah dibakar untuk menggosok gigi. Selain itu awak juga boleh guna kulit manggis yang dibakar dan ditumbuk sehingga halus. Gunakan serbuk kulit manggis ini seperti ubat gigi, Insha Allah pasti gigi awak akan kelihatan putih berseri tanpa banyak belanja.

Hilangkan bau kaki - Mesti kita akan rasa malu jika kaki kita berbau kan.. Untuk atasi masalah ini, awak sediakan air di dalam besen dan campurkan segenggam asam jawa berserta dengan dua sudu garam. Rendamkan kaki awak sambil digosok-gosok celah-celah jari kaki dengan asam jawa. Selain dapat menghilangkan bau kaki, ia juga boleh menghilangkan masalah ulat air atau gatal-gatal di kaki.

Untuk pulihkan kulit terbakar - Kesan kulit terbakar akibat sinaran matahari memang agak kurang menyenangkan. Cara nak pulihkan adalah awak parutkan jagung muda dan tomato, ambik patinya. Kemudian awak gaulkan dengan satu sudu madu. Selepas itu, sapukan ramuan ini pada seluruh kulit yang terbakar. Awak perlu biarkan beberapa minit kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan setiap hari dan awak akan lihat hasilnya.. 

Masalah kelemumur - Ambil 10 helai daun pandan dan ditumbuk hingga lumat, kemudian awak campurkan dengan dua gelas air. Selepas itu, ramuan ini ditapis dan usaplah air tapis tadi ke kepala awak yang berkelemumur lalu dibilas dengan air. Lakukan pada setiap 2 hari sekali dan lihatlah hasilnya.

Hilangkan tanda hitam pada siku dan lutut - Awak perlu sediakan beberapa helai daun sirih, letakkan sedikit kapur dan minyak zaitun pada daun sirih tersebut. Kemudian awak gosokkan daun sirih tadi pada lutut dan siku beberapa minit dan awak amalkan setiap hari, Insha Allah akan berkesan.

Untuk ketegangan kulit muka - Ambik tepung ubi dan campurkan dengan timun yang telah diparut. Gaulkan kedua ramuan ini hingga sebati dan tambahkan sedikit air. Kacau rata tapi jangan terlalu cair. Kemudian awak sapukan ke muka dan biarkan sehingga kering. Kemudian awak bilas muka dengan air bersih. Cara ini bukan saja dapat menegangkan kulit malah boleh menjadikan kulit muka menjadi segar dan putih. 

Selamat mencuba..!

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



5 comments

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧