8 lokasi pilihan penulis buku popular

Thursday, May 02, 2019

Assalamualaikum wbt..
Satu fakta yang bagus untuk kita tahu, buku bukan saja boleh membawa kita meneroka tempat-tempat yang menarik serta mengujakan tapi ianya juga boleh membawa kita ke alam baru seolah-olah kita boleh berimaginasi dengan karakter dalam buku tersebut. Bersempena dengan Hari Buku Sedunia yang telah kita sambut pada 23 April yang lalu, jom kita jelajah bersama-sama, menjejaki asal usul beberapa penulis buku yang terkenal dan popular kerana disitulah mereka mengilhamkan beberapa karya agung mereka...

Penulis : Gabriel Garcia Marquez
Karya penting : One Hundred Years Of Solitude terbitan HarperCollins, Love In The Times Of Cholera terbitan Penguin Classics
Tempat menarik : Casa Museo, Casa del Telegrafista
Fakta menarik : Perbandaran Aracataca dibina sepanjang sungai dengan nama yang sama dan ia juga merupakan tempat kelahiran pemenang Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan, Gabriel Garcia Marquez. Kampung Macondo di dalam karya agung Garcia Marquez, One Hundred Years Of Soliture ditulis berdasarkan Aracataca. Jelajahi rumah kelahiran Garcia Marquez yang kini telah dijadikan muzium dan Casa del Telegrafista. 

Penulis : Ricky Lee
Karya penting : Para Kay B terbitan Philippine Writer's Studio Foundation
Tempat menarik : Kepulauan Calaguas, Pulau Apuao Grande, Pantai Bagasbas
Fakta menarik : Hasil kerja Ricky Lee bukan saja dalam penulisan novel Para Kay B, malah beliau juga terlibat dalam penulisan skrip filem dan teater. Beliau pernah menghasilkan karya untuk pengarah Filipina yang terkenal seperti Lino Brocka dan Ishmael Bernal serta menerbitkan sebuah buku panduan skrip filem yang berjudul Trip To Quiapo yang kini telah menjadi sebuah rujukan utama bagi kolej-kolej bidang komunikasi di Filipina. Kunjungi tempat kelahiran Ricky iaitu Camarines Norte di wilayah Bicol dan nikmatilah pantai-pantai yang indah di Pulau Apuao Grande dan gugusan Pulau Calaguas.

Penulis : Mohammad Al-Murr
Karya penting : Dubai Tales dan The Wink Of The Mona Lisa terbitan Motivate Publishing
Tempat menarik : Burj Khalifa, Palm Jumeirah
Fakta menarik : Anak kelahiran Dubai, Mohammad Al-Murr pernah memenangi anugerah penulis cerita pendek dan menerbitkan lebih 10 buah himpunan cerpen. Kompilasi Dubai Tales menampilkan kisah hidup di Dubai mengikuti arus fikiran moden dan perasaan bangga terhadap tradisi negara tersebut. 

Penulis : J.K. Rowling
Karya penting : Siri Harry Porter terbitan Bloomsbury
Tempat menarik : Edinburgh Castle, The Royal Botanic Gardens, Dynamic Earth, Underground Edinburgh, The Scotch Whisky Experience
Fakta menarik : Walaupun Rowling dilahirkan di Yates, England tapi beliau banyak meluangkan masa di Edinburgh dan kebanyakan buku-buku Harry Porter ditulis di sana. Kunjungilah kafe-kafe yang dikatakan pernah dikunjungi oleh Rowling untuk tujuan menulis dan daftar masuk ke Radisson Collection Hotel, Royal Mile Edinburgh.

Penulis : Dante Alighieri
Karya penting : The Divine Comedy dan Vita Nuova terbitan Penguin Classics
Tempat menarik : Gereja Santa Margherita del Cerchi, Ponte Vecchio, Piazza della Signoria dan Loggia dei Lanzi
Fakta menarik : Tempat ini dikatakan era kebangkitan Renaissance. Florence adalah merupakan ibu kota kebudayaan Itali dan juga tempat penyajak Dante bertemu dengan kekasihnya Beatrice yang menjadi sumber inspirasi kepada karya agungnya termasuk Vita Nuova dan The Divine Comedy.

Penulis : Orhan Pamuk
Karya penting : Snow dan The Museum Of Innocence terbitan Faber & Faber
Tempat menarik : Museum Of Innocence, The Blue Mosque, Hagia Sophia Museum
Fakta menarik : Pamuk telah dianugerahkan Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan pada tahun 2006 dan turut diraikan sebagai pemenang Hadiah Nobel yang pertama dari Turki. Hasil karya beliau banyak menampilkan kebudayaan dan politik Turki. Beliau juga telah mengasaskan Museum Of Innocence berdasarkan novelnya dengan nama yang sama.

Penulis : Haruki Murakami
Karya penting : Kafka On The Shore dan 1Q84 terbitan Shinchosha
Tempat menarik : Ikuta Shrine, Arima Onsen, Jambatan Akashi-Kaikyo
Fakta menarik : Murakami dibesarkan di Kobe, sebuah kota yang menjadi latar belakang kepada beberapa buah karya beliau seperti novel sulung yang berjudul Hear The Wind Sing. Karya Murakami menampilkan unsur surealisme yang seringkali mengangkat tema melankolia dengan bayangan kedamaian tempat-tempat pemujaan dan keindahan alam semula jadi di kota pinggir pantai.

Penulis : Jenny Han
Karya penting : To All The Boys I've Loved Before terbitan Simon & Schuster
Tempat menarik : Bangunan Empire State, Statue Of Liberty, Jambatan Brooklyn, Broadway
Fakta menarik : Walaupun Han berasal daripada Virginia, New York adalah tempat kerjayanya sebagai penulis novel cereka berkembang.

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



14 comments

  1. Good sharing kak shikin. Baru tahu hehe.

    Ika datang singgah sini https://ikashoid.blogspot.com/2019/05/reading-challenge-goodreads-2019-jan.html

    ReplyDelete
  2. setiap tempat menajadi sumber inspirasi kpd penulis2.

    ReplyDelete
  3. cantik betul tempat ni, memang boleh bagi sumber inspirasi :)

    ReplyDelete
  4. good info boleh tahu juga serba sedikit tentang penulis yg mam x tay

    ReplyDelete
  5. Baru tengok gambar dah rasa inspired.

    ReplyDelete
  6. wah menariknya..
    agak agaknya..
    bila la boleh menulis kat tempat tempat macam ni kan... seronok tu...

    ReplyDelete
  7. sayang pulak takda malaysia kan. hehehehe. kalau lah malaysia masuk dalam list ni, confirm lagi popular. hehehe

    ReplyDelete
  8. shikin menyepi bulan ouasa ni.. mesti bz ye

    ReplyDelete
  9. Bagus la pengkongsian ni.. Baru tahu la

    ReplyDelete
  10. cantik2 tempat ni.. memang memberi inspirasi :)

    ReplyDelete
  11. Cantik lah Camarine otes tu, memang patut pun ramai penulis dapat ilham dekat situ

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧