Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Cik Ash

Tuesday, May 21, 2019


Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, again my weekly entry has back in schedule.. Kali nie kita berkenalan dengan sahabat blogger pilihan saya pada minggu... Jom..


Blog Cik Ash... Nama di sebalik nama pena Cik Ash nie adalah Sharifah Ashikin Binti Syed Ali, hihi boleh dikatakan kembar saya sebab nama kami hampir sama, iaitu Ashikin... Cik Ash berasal daripada Kuantan dan kini dia menetap di Sungai Petani.. Berumur dalam lingkungan 30-an dan telah berumahtangga.. Cik Ash nie merupakan seorang surirumah sepenuh masa di samping menjadi seorang blogger sepenuh masa dan dia mula berblog sejak tahun 2010 lagi, lebih kurang dengan usia jurnal saya jugak.. 

Macam biasa, kami kenal melalui segmen dan GA yang dianjurkan oleh rakan blogger lain dan Cik Ash adalah salah sorang rakan blogger yang rapat dengan saya dan kami mempunyai minat yang sama iaitu kucing... Cik Ash agak konsisten dalam memberi komen di jurnal saya, cuma saya jea yang tenggelam timbul tapi saya pasti bukan saja Cik Ash tapi rakan-rakan yang lain mungkin memahami situasi saya.. hihihi..Kalau awak nak tau, blog Cik Ash memang agak terkenal di kalangan blogger Malaysia kerana dia selalu berkongsi idea resipi yang menarik bukan saja di dalam blog dia, malah di media sosial yang lain seperti facebook dan Instagram..Bukan resipi saja dia kongsikan dalam blog, malah ada pelbagai info yang menarik yang boleh dijadikan rujukan dan panduan hidup.. Satu lagi yang menarik tentang Cik Ash nie adalah dia pandai membuat design watermark, header blog, header facebook dan kad kawin.. So pada awak yang dah bosan dengan header dan watermark sedia ada, bolehlah hubungi Cik Ash untuk membuat rekaan yang baru.. 

Antara entri yang menarik dikongsikan oleh Cik Ash adalah :-

Design Kad Kahwin ;
Buat Bawang Putih Goreng Churcy Crispy ;
Cara Membuat Origami Bunga Lily ;
Renungan Bersama | 7 Sunnah Hebat ;

Dan banyak lagi entri yang menarik...


Kepada Cik Ash, terima kasih saya nak ucapkan pada awak kerana masih sudi menjadi rakan blogger saya, walau kita tak pernah jumpa tapi ikatan persahabatan antara kita menjadi kuat.. Mungkin jugak nama kita sama kot tue yang ada keserasian, hihihi.. Apapun saya doakan agar kita sama-sama dikurniakan zuriat yang comel satu hari nanti, dan Insha Allah apa kita doakan Insha Allah akan dimakbulkan oleh Allah.. Jangan putus asa dan selalu bersangka baik dengan Allah.. Saya doakan agar Cik Ash sentiasa sukses dalam dunia blogging dan semoga Cik Ash sekeluarga dirahmati, diberkati dan dilindungi oleh Allah SWT... Terima kasih kerana selalu bagi sokongan pada saya dengan selalu drop down komen kat jurnal saya, mintak maaf kerana saya jarang drop down dalam blog awak.. Tapi saya selalu menjadi silent reader dalam blog awak terutama bila awak bercerita tentang Mekcik.. Apapun, teruskan perjuangan awak dalam memberikan ilmu yang bermanfaat kepada pembaca awak.. Best of luck, my friend..


Jom kita kenal dan singgah ke blog Cik Ash dan salam perkenalan pada semua.. 

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal #sahabatbloggerpilihanStarlavenderluna



14 comments

  1. waahhh~ boleh la jalan² ni.. lama dah tak berjalan. hee

    ReplyDelete
  2. Tahniah cik ash..
    Konsisten betul shikin buat entry review ini.. Syabas..

    ReplyDelete
  3. Wahh terharu sangat jadi sahabat pilihan kali ni.. Terima kasih shikin.. InsyaAllah sesama la kita berdoa dan berusaha ada zuriat nanti hihihi.. Cerita pasal mekcik ada jah ni tersimpan dalam draf hahaha.. Semoga hubugan sahabat blogger kita menjadi kuat sampai bila2 ya.. Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik ash lahir dipahang, asal kelantan.. loni menetap di kulim kedah awak bukan sungai petani hihihi

      Delete
  4. ehhh cam kenal jerk cik ash ni.. bagus budak ni.. hahaha..

    ReplyDelete
  5. wah nanti nak jalan jalan la pegi sana.. semoga ukhuwah yang terbina berkekalan buat selama lamanya.. aaaminnn

    ReplyDelete
  6. Lebih kurang usia blog saya juga...bermula tahun 2010. Tapi...saya x aktif sangat...

    ReplyDelete
  7. hi cikash.. mearik la entry origami ni

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧