Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, saya masih lagi konsisten dengan segmen nie, harap-harap awak suma tak bosan.. hihi... Jom kita kenal dengan sahabat pilihan saya kali nie..
Blog Ejulz... Nama di sebalik Ejulz nie adalah Asrul Harfan, berasal daripada Sarawak, berusia dalam lingkungan 30-an, sudah berumahtangga dan mempunyai seorang cahayamata.. Ejulz telah mula menulis blog sejak tahun 2010 lagi, lebih kurang sama dengan saya...
Persahabatan antara kami nie sama macam sebelum nie, iaitu melalui penyertaan segmen dan GA anjuran rakan-rakan.. Ejulz juga pernah menjadi Top Commentator dalam jurnal saya, dan masih tak jemu-jemu untuk singgah dan tinggalkan nota dalam jurnal saya.. Blog Ejulz nie lebih pada lifestyle blog, tapi ada jugak dia membuat pelbagai review.. Ejulz juga merupakan salah sorang rakan blogger yang sangat supportive dengan rakan blogger dia, salah satu caranya adalah menyertai pelbagai segmen dan GA anjuran rakan blogger.. Kalau awak nak tau, Ejulz nie merupakan seorang usahawan kecil-kecilan dengan meniaga Aiskrim Malaysia di kawasan Kuching.. So pada awak yang berada di kawasan Kuching, bolehlah hubungi Ejulz untuk merasai kenikmatan aiskrim kegemaran semua..
Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah :-
Aiskrim Kuching (Malaysia) ;
Sebaik-baik Infaq Adalah Menafkahi Keluarga ;
Apa Yang Membuatkan Pekerja Bawahan Kemurungan? ;
Mee Udang Asajaya ;
dan banyak lagi entri yang menarik..
Kepada Ejulz, terima kasih saya ucapkan pada awak kerana menjadi rakan blogger saya yang paling supportive.. Terima kasih jugak kerana selalu singgah dan drop down nota dalam jurnal saya, maafkan saya kerana hanya menjadi silent reader saja, hanya sesekali saya drop down komen dalam blog awak.. Saya doakan agar awak sentiasa sukses dalam dunia blogging dan semoga awak berbahagia dengan keluarga yang tersayang.. Semoga Allah merahmati, memberkati dan melindungi awak sekeluarga..
Jom kita singgah dan jengah ke blog Ejulz dan salam perkenalan pada semua...
Assalamualaikum wbt..
Walaupun filem nie dikategorikan sebagai filem lama tapi ianya diadaptasi daripada kisah sebenar.. Filem Alive adalah mengisahkan sebuah kapal terbang yang terhempas di pergunungan Andes pada 13 Oktober 1972. Penumpang yang terlibat dengan kemalangan itu adalah sekumpulan Pasukan Ragbi Kristian Stella Maris College bersama dengan ahli keluarga masing-masing dengan menaiki Penerbangan Tentera Udara Uruguay 571.
Penerbangan ini sedang menuju ke Chile tetapi mereka terpaksa singgah di Argentina kerana cuaca yang terlalu buruk hingga penerbangan terpaksa ditangguhkan. Apabila mereka dibenarkan untuk terbang semula, mereka terpaksa melalui pergunungan Andes.. Semasa melalui pergunungan itu, juruterbang itu, bagaimanapun, telah menyalahtafsir lokasi pesawat itu, yang masih berada di Andes dan telah mengakibatkan kapal terbang mereka terhempas dan kokpit telah menjadi pecah kepada dua bahagian..
Kemalangan itu pada awalnya membunuh 12 orang, menyebabkan 33 orang yang terselamat, beberapa daripadanya cedera. Pada ketinggian kira-kira 11,500 kaki (3,500 meter), kumpulan itu menghadapi salji dan suhu beku. Walaupun pesawat pesawat itu sebahagian besarnya utuh, ia memberikan perlindungan yang terhad dari elemen yang keras. Di samping itu, bekalan makanan yang sedikit - terutamanya bar gula-gula dan wain-telah hilang dalam masa seminggu. Selepas perbincangan yang panjang, mangsa yang mati kelaparan mengambil makan mayat. Zerbino, Rafael, dan Juan Martino berangkat untuk mencari ekor pesawat dengan harapan dapat mencari bateri untuk radio pesawat untuk menghantar lokasi mereka.
Dalam tempoh beberapa minggu selepas itu, enam orang lain meninggal dunia, dan kesulitan selanjutnya berlaku pada 29 Oktober, apabila runtuhan salji berlaku dan sebahagiannya dipenuhi dengan salji, menyebabkan lapan lagi maut. Penumpang yang masih terselamat terpaksa melapah daging penumpang yang telah mati itu untuk dimakan dan oleh kerana mayat mereka beku akibat daripada salji, jadi mereka dapat meneruskan kehidupan mereka di samping memberikan harapan agar ada yang akan mencari mereka.
Kemudian, seorang daripada penumpang yang bernama Rafael mula mengetuai perjalanan mereka untuk meminta bantuan.. Rafael ditemani oleh dua rakan yang lain dan mereka bertiga menempuh timbunan salji untuk mencari bantuan.. Pada mulanya mereka hampir berputus asa kerana disebabkan keadaan persekitaran mereka hanyalah salji tapi Rafael menenteramkan dua rakannya untuk meneruskan perjalanan.. Sorang daripadanya telah mengalami kecederaan dan mereka bertiga mengambil keputusan untuk hanya sorang saja yang perlu meneruskan kehidupan..
Setelah 92 hari mereka terhempas, akhirnya mereka semua dapat diselamatkan dengan bantuan 2 buah helikopter dan mereka membuat tugu peringatan pada tempat mereka terhempas manakala mayat-mayat pula ditimbunkan dengan batu dan ditandakan salib pada tempat itu..
Nama-nama orang yang mati dalam kemalangan itu telah ditukar untuk filem itu. Terdapat tiga pengecualian utama, ibu dan kakak Nando Parrado, Eugenia dan Susana Parrado masing-masing, dan isteri Javier Methol, Liliana Methol.
Penumpang yang terselamat
Ethan Hawke sebagai Nando Parrado
Josh Hamilton sebagai Roberto Canessa
John Haymes Newton sebagai Antonio "Tintin" Vizintin
Bruce Ramsay sebagai Carlitos Páez
John Malkovich sebagai lebih tua Carlitos Páez
David Kriegel sebagai Gustavo Zerbino
Jack Noseworthy sebagai Roberto "Bobby" Francois
Kevin Breznahan sebagai Roy Harley
David Cubitt sebagai Adolfo "Fito" Strauch
Gian DiDonna sebagai Eduardo Strauch
John Cassini sebagai Daniel Fernandez
Richard Ian Cox sebagai Ramon "Moncho" Sabella
Nuno Antunes sebagai Alvaro Mangino
Gordon Currie sebagai Jose Luis "Coche" Inciarte
Sam Behrens sebagai Javier Methol
Michael Tayles sebagai Alfredo Delgado
Steven Shayler sebagai Jose Pedro Algorta
Penumpang dan anak kapal yang mati
Michael Sicoly sebagai Col. Julio Ferrádas, Pilot
Jerry Wasserman sebagai Lt. Colonel Dante Lagurara, Co-Pilot
Tony Morelli sebagai Lt. Ramón Martínez, Navigator
José Zúñiga sebagai Sgt. Carlos "Fraga" Roque, Mechanic
Frank Pellegrino sebagai Sgt. Ovidio Joaquín Ramírez, Steward
Illeana Douglas sebagai Liliana Methol
Ele Keats sebagai Susana Parrado
Jan D'Arcy sebagai Eugenia Parrado
Danny Nucci sebagai Hugo Diaz (berdasarkan Diego Storm)
Vincent Spano sebagai Antonio Balbi (berdasarkan Marcelo Pérez)
Michael DeLorenzo sebagai Rafael Cano (berdasarkan kepada Numa Turcatti)
Josh Lucas sebagai Felipe Restano (berdasarkan kepada Francisco Abal)
Chad Willett sebagai Pablo Montero (berdasarkan Enrique Platero)
Michael Woolson sebagai Juan Martino (berdasarkan Daniel Maspons)
Diana Barrington sebagai Puan Alfonsin (berdasarkan Graciela Mariani)
Christian Meoli sebagai Federico Aranda (berdasarkan Rafael Echavarren)
Jake Carpenter sebagai Alberto Antuna (berdasarkan Arturo Nogueira)
Silvio Pollio sebagai Álex Morales (berdasarkan Fernándo Vázquez)
Jason Gaffney sebagai Victor Bolarich (berdasarkan Gustavo Nicolich)
Seth James Arnett sebagai Tomas Alonso (berdasarkan Carlos Valeta)
Aurelio Dinunzio sebagai Dr. Solana (berdasarkan kepada Dr. Francisco Nicola)
Fiona Roeske sebagai Puan Solana (berdasarkan Esther Nicola)
Assalamualaikum wbt..
Kebiasaannya kalau pendatang asing nak menyeludup masuk ke sesebuah negara adalah melalui laut ataupun jalan tikus tapi kisah nie agak menarik..
Dekat Sepanyol, pihak polis agak terkejut apabila mereka menemui seorang pemuda yang bersembunyi di dalam papan pemuka kereta dalam usaha untuk menyeludup masuk ke negara Eropah melalui pintu sempadan di negara itu. Menurut sebuah akhbar Mail Online melaporkan, pihak polis sempadan memeriksa tiga buah kenderaan dalam tempoh tiga jam di Beni Enzar di Maghribi, pintu sempadan untuk masuk ke Melilla, Sepanyol. Pemeriksaan pada kereta pertama, pihak polis terkejut bila terjumpa seorang pemuda yang berumur 20 tahun sedang bersembunyi dalam papan pemuka kereta yang terletak berhampiran dengan enjin kereta. Dalam kereta kedua pulak, mereka jumpa sorang lagi pemuda yang sama usia dengan pemuda pertama, bersembuny di dalam tempat duduk belakang kereta dan penemuan sorang lagi pemuda dalam kereta ketiga berada dalam kedudukan yang bahaya dalam sebuah trak.
haihh.. macam-macam cara nak masuk ke dalam negara secara haram.. Kadang pelik jugak sebab mereka sanggup bersusah payah untuk masuk secara haram, lebih suka untuk menyakitkan tubuh badan dan ada kalanya menemui ajal ketika dalam perjalanan.. Macam kisah kat Sepanyol nie, kalau tengok pada gambarnya memang agak bahaya jugak kedudukan orang nie, berdekatan dengan enjin kereta..
kan...
Kebiasaannya kalau pendatang asing nak menyeludup masuk ke sesebuah negara adalah melalui laut ataupun jalan tikus tapi kisah nie agak menarik..
Dekat Sepanyol, pihak polis agak terkejut apabila mereka menemui seorang pemuda yang bersembunyi di dalam papan pemuka kereta dalam usaha untuk menyeludup masuk ke negara Eropah melalui pintu sempadan di negara itu. Menurut sebuah akhbar Mail Online melaporkan, pihak polis sempadan memeriksa tiga buah kenderaan dalam tempoh tiga jam di Beni Enzar di Maghribi, pintu sempadan untuk masuk ke Melilla, Sepanyol. Pemeriksaan pada kereta pertama, pihak polis terkejut bila terjumpa seorang pemuda yang berumur 20 tahun sedang bersembunyi dalam papan pemuka kereta yang terletak berhampiran dengan enjin kereta. Dalam kereta kedua pulak, mereka jumpa sorang lagi pemuda yang sama usia dengan pemuda pertama, bersembuny di dalam tempat duduk belakang kereta dan penemuan sorang lagi pemuda dalam kereta ketiga berada dalam kedudukan yang bahaya dalam sebuah trak.
haihh.. macam-macam cara nak masuk ke dalam negara secara haram.. Kadang pelik jugak sebab mereka sanggup bersusah payah untuk masuk secara haram, lebih suka untuk menyakitkan tubuh badan dan ada kalanya menemui ajal ketika dalam perjalanan.. Macam kisah kat Sepanyol nie, kalau tengok pada gambarnya memang agak bahaya jugak kedudukan orang nie, berdekatan dengan enjin kereta..
kan...
Assalamualaikum wbt..
Seminggu sebelum raya, saya menerima satu lagi kad ucapan raya, iaitu daripada rakan baik saya kak Sha Mohamed.. Terima kasih kak kerana ingat pada saya untuk hantar sekeping kad raya handmade... hihi tapi maaflah kerana tak dapat nak balas kad raya akak, Insha Allah tahun depan kita bertukar-tukar kad raya pulak yea..
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, terima kasih saya nak ucapkan kepada Abam Kie dan Greennpanda kerana memilih saya sebagai pemenang untuk GA anjuran kalian.. Semoga kalian berdua dikurniakan dan diberikan rezeki yang berlipat kali ganda..
Hadiah GA daripada Greennpanda, sebuah novel Psikik, sekeping kad raya, sekeping handmade bookmark dan kad personal.. |
Hadiah GA daripada Abam Kie, sekeping kad raya dan sekeping kad personal.. |
Terima kasih dengan pemberian hadiah nie..
Assalamualaikum wbt...
Haa...? Biar betul.. Buah durian dilelong dengan harga RM199,536, itupun harga sebiji durian tue.. Katanya berlaku dekat Thailand, sebiji durian Kanyao telah dibeli oleh seorang ahli perniagaan denga harga 1.5 juta baht atau dengan duit kita sebanyak RM199,536 dalam satu sesi lelongan..
Durian Kanyao nie dikatakan baka durian yang paling termahal di dunia, dengan rasa yang luar biasa dan isi lebih tebal. Masa mula-mula dilelong tue, harga permulaan lelongan adalah dengan harga RM2,650.. huyoo...
Tapi rasanya kalu dah minat makan durian, sanggup berhabis banyak duit kan untuk beli durian..So adakah awak nie sorang yang suka makan durian..? Saya pun suka jugak, makan memang tak ingat dunia..
Petua lepas makan durian, letak air mineral pada pangkal kulit pangsa durian dan minumlah air pada pangsa durian tue, Insha Allah badan takkan menjadi panas.. dan jangan lupa untuk buang sampah lepas makan, jangan bersepah-sepah yea.. hihi..
Assalamualaikum wbt..
Bermula pada tahun 2020, Pentadbiran Angkasa Dan Aeronautik Negara (NASA) membuka peluang kepada orang ramai untuk melawat ke ISS dengan bayaran penginapan AS$35,000 (RM145,180) untuk satu malam.. Pengumuman ini dibuat adalah agensi itu berhasrat untuk mengurangkan tanggungan kewangan pada makmal yang mengorbit planet bumi.
Sebelum ini pada tahun 2001, seorang ahli perniagaan Amerika diberi penghormatan untuk membuat lawatan ke ISS dengan bayaran $AS20 juta (RM83 juta), lepas tue pengasas Guy Laliberte, Cirque du Soleil diberi peluang untuk melawat ISS lapan tahun kemudian. Tapi menurut kata Timbalan Pengarah ISS, lawatan 'angkasawan persendirian adalah dihadkan kepada dua lawatan singkat pada setiap tahun. Kita dibenarkan untuk tinggal di ISS selama 30 hari dan hanya 12 orang angkasawan persendirian boleh melawat ISS pada setiap tahun. Angkasawan yang bertuah ini akan dibawa secara eksklusif oleh dua buah syarikat yang sedang membangunkan kenderaan untuk Nasa termasuk SpaceX dan Boeing. Syarikat terbabit akan memilih pelanggan dan mengenakan bayaran untuk perjalanan ke ISS dan menjadi pengembaraan paling mahal iaitu kira-kira $AS58 juta (RM240,58 juta) bagi tiket perjalanan dua hala. Manakala bayaran penginapan yang berharga RM145,180 untuk satu malam tue adalah merangkumi kos penggunaan stesen NASA, makanan dan peralatan sokongan pernafasan. Bagaimanapun, bayaran tambahan akan dikenakan jika nak pakai internet iaitu pada kadar $AS50 (RM207) untuk setiap gigabyte yang digunakan..
Jadi, ada sesiapa yang nak pergi ke angkasa dan tinggal di ISS untuk sebulan..? Boleh la menabung dari sekarang.. mana tau kot2 awak menjadi salah sorang angkasawan pulak kan.. Takde yang mustahil di negeri Magika.. hihihi
Assalamualaikum wbt..
Okey, untuk minggu ketiga ini, jom kita kenal dengan sahabat pilihan pada minggu ini..
Blog Aisya Ismail... Dikenali sebagai AI dalam dunia blog, merupakan seorang visual merchandiser di samping menjadi blogger separuh masa, berumur dalam lingkungan 20-an, berasal daripada Kuala Lumpur dan kini tinggal di Shah Alam dan sudah berumahtangga.. Aisya telah memulakan perjalanan blog dia sejak tahun 2008 lagi tapi pada blog dia hanya bermula pada tahun 2015.. kenapa nama dia AI..? hihi menurut kata AI adalah ringkasan namanya sendiri A is stand for Aisya, I is stand for Ismail.. Jadi terhasillah nama AI..
Seingat saya, AI nie adalah rakan blogger saya yang terawal menjadi follower saya dan macam biasa jugak, kami jumpa melalui segmen dan GA anjuran rakan-rakan.. Walaupun AI sibuk dengan kerjaya tetapnya tapi dia tak membiarkan blog dia berkubur begitu saja walaupun hanya menulis entri sebanyak 2 ke 3 buah entri setiap bulan.. Dalam blog ini, dia menceritakan kisah dirinya dan ada jugak entri yang berunsurkan maklumat jugak review pada tempat yang dia singgah.. Sebelum AI membeli domain, nama blog dia sebelum ini adalah ceritaaisyaismaildotblogspotdotcom..
Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah :-
Tips Berkaca Mata Untuk Wanita Bertudung ;
Jenis Bunga Dan Maksudnya Yang Tersembunyi ;
Cara Download Video Daripada Youtube ;
Sambal Belacan Memori Daun Pisang ;
dan banyak lagi entri yang menarik.
Kepada AI, akak nak ucapkan terima kasih kerana masih lagi sudi menjadi rakan blogger akak..Walaupun kita tinggal berdekatan jea tapi Insha Allah satu hari nanti kita akan bersua jua.. Akak doakan agar awak sentiasa sukses dalam dunia blogging dan kerjaya awak..Semoga Allah merahmati, memberkati dan melindungi awak sekeluarga dan semoga awak dilimpahi rezeki yang berlipat kali ganda.. Terima kasih kerana menjadi rakan baik akak.. Keep it up girl..!
Jom kita singgah dan jengah ke blog Aisya Ismail dan salam perkenalan pada semua..
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, dapat jugak keluar entri bulanan saya, maaf kerana lewat bagitau kerana saya mengalami kecelaruan sekejap.. Insha Allah, entri yang lain bakal muncul lagi.. Saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada awak semua kerana sudi tinggalkan beberapa nota yang bermakna dalam jurnal saya walaupun saya jarang untuk tinggalkan komen dalam blog awak.. Tapi jika ada kesempatan, saya akan cuba drop down komen kat blog awak..
Jadi, inilah 10 orang yang bertuah menduduki carta Top Commentator bulan Jun 2019... TAHNIAH..!
Saya nak ucapkan 'Selamat Kembali' kepada Warisan Petani, Raydah Alhabsyi, Sayidah Napisah dan Tiara Sapphire kerana kembali menduduki carta bulanan saya... Pada bulan ini, ada sorang sahabat yang bertuah yang mendapat sedikit saguhati dari saya dan orang yang bertuah itu adalah ...
TAHNIAH diucapkan kepada yang tersenarai.. Pada kak Azian Khalil, sila whatsapp kepada saya (019-9884032) tentang butiran akak seperti nama penuh, alamat penghantaran dan nombor telefon untuk penghantaran saguhati...
P/s : Kepada Kak Ana Suhana (Top Commentator bulan April) dan Cik Nor (Top Commentator bulan Mei) hadiah kalian berdua akan diposkan bersama pemenang bertuah pada bulan ini.. MAAF DI ATAS KELEWATAN PENGHANTARAN...
TAHNIAH diucapkan kepada yang terpilih dan kesemua 10 rakan yang bertuah ini saya buatkan satu bloglist khas sehingga 30 Jun 2019... Kepada yang tak tersenarai, jangan berhati walang yea, Insha Allah mungkin minggu depan nama awak pulak yang berada di dalam carta bulanan saya, sapa tau kan..
TAHNIAH DIUCAPKAN SEKALI LAGI DAN TERIMA KASIH KERANA SINGGAH..
Assalamualaikum wbt..
Masih dalam mood raya...? Takpe, segmen ini masih berjalan.. hihihi.. Jom kita kenal dengan sahabat pilihan saya...
Blog Suria Amanda... Rasanya ramai yang dah kenal dengan blogger ini.. Pemilik nama kak Parizan Mohd Zain ataupun Kak SA nie adalah blogger yang agak terkenal di kalangan blogger-blogger samada blogger senior mahupun junior.. Berumur awal 40-an, mempunyai seorang anak gadis yang comel dan manis, berasal daripada Negeri Sembilan tapi kini dia menetap di Kuala Lumpur.. Kak Suria memulakan perjalanan blog ini sejak tahun 2010 lagi dan boleh dikatakan sebagai otai blogger.. hihihi
Sebenarnya saya sendiri dah lupa sejak bila kami berdua menjadi rakan blogger tapi rasanya macam sama dengan yang lain, kami menyertai segmen dan GA daripada rakan blogger yang lain.. Kak Suria penah menjadi Top Commentator dalam jurnal saya tapi macam biasalah saya hanya mampu jadi silent reader saja, hanya sesekali saja saya muncul dalam blog kak Suria.. hihi.. Apa yang menarik mengenai Kak Suria nie adalah dia selalu berkongsi resipi masakan dan pelbagai review... Setiap hari ada saja resipi masakan yang dimasak oleh kak Suria dan sumanya nampak menyelerakan..Kak Suria juga selalu menghargai pembaca yang selalu singgah dan komen dalam blog dia, dengan memberi saguhati pada setiap bulan.. Kebanyakan entri kak Suria adalah berkisahkan kisah hidupnya tapi tue lah, rasanya entri masakan lebih menonjol dalam blog kak Suria..
Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah :-
Cendawan Tiram Pertama Dari Bongkah Cendawan SA Beli Di Shopee ;
Sayur Petola Masak Tumis Air ;
Senaman Brisk Walk Sesuai Untuk Pesakit Hypertension ;
Kenapa SA pilih Grab Car? ;
dan banyak lagi entri yang menarik untuk dibaca..
Kepada Kak Suria, terima kasih kerana akak sudi menjadi rakan blogger saya walaupun saya jarang sangat komen kat blog akak, hanya mampu jadi silent reader jea.. Saya jeles sebenarnya sebab akak mempunyai banyak masa untuk update blog akak pada setiap hari, sesuatu yang bukan mudah untuk dilakukan.. Saya doakan agar akak sentiasa sukses dalam dunia blogging dan memberi ilmu yang bermanfaat kepada semua pembaca akak..Seronok sebenarnya baca entri akak, lebih-lebih lagi masakan akak, hingga membuatkan rasa terliur saja.. Saya doakan jugak agar Allah merahmati, memberkati dan melindungi akak sekeluarga dan dilimpahi rezeki yang berlipat kali ganda.. Semoga satu hari nanti kita akan berjumpa.. Insha Allah...
Jom kita singgah dan jengah ke blog Kak Suria Amanda dan salam perkenalan pada semua..
Assalamualaikum...
Di kesempatan ini, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua rakan-rakan saya.. Semoga di hari yang mulia ini, kita saling bermaaf-maafan sesama kita, buang yang keruh ambil yang jernih.. Walaupun kita dah nak sambut hari lebaran, segmen ini masih diteruskan lagi.. Jom kita kenal-kenal dengan sahabat pilihan saya minggu ini...
Blog Mek Yunie... Dikenali sebagai Ayunie ataupun panggilan Mek, berumur dalam lingkungan 20-an, berasal daripada Tanah Merah, Kelantan, sudah berumahtangga dan mempunyai dua orang cahayamata.. Mek adalah merupakan seorang kakitangan tetap sebuah bank dan juga merupakan seorang blogger dan vlogger separuh masa.. Mek mula menulis blog sejak tahun 2012 lagi.. So boleh dikatakan Mek nie adalah sorang blogger senior la jugak..hihi
Saya kenal dengan Mek melalui group Blogger Pantai Timur dan ada ketikanya kami saling berbalas komen semasa menyertai segmen dan giveaway anjuran rakan-rakan blogger yang lain.. Mek jugak penah menjadi Top Commentator dalam jurnal saya dan dia sememangnya seorang yang supportive dengan kawan-kawan dia.. Saya sebenarnya selau jugak ikuti apa yang dia update samada dalam blog mahupun vlog youtube dia kerana Mek selalu dapat travel dan dia akan menceritakan tempat yang dia lawati tue.. Sebelum Mek menaik taraf domain blog ini, nama blog dia sebelum ini adalah ajussixdotblogspotdotcom
Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah :-
Cara Kenal Pasti Panggilan Itu Adalah Daripada Scammer ;
MyTown Mall - Mall Yang Wajib Singgah Bila Ke Kuala Lumpur ;
Idea Untuk Membalas Bekas / Tupperware Yang Jiran / Kawan Bagi ;
Claim Insurans Kereta , Berapa Lamakah Jangkaan Masa? ;
dan banyak lagi entri yang menarik.
Kepada Mek, akak nak ucapkan terima kasih kepada awak kerana masih sudi menjadi rakan blogger akak.. Walaupun kita tak pernah bertemu tapi kita menjadi rapat walaupun hanya berbalas whatsapp dan komen di facebook.. Akak doakan agar awak sentiasa sukses dalam dunia blogging dan vlog awak.. Akak memang salute dengan awak kerana boleh buat vlog kerana bukan mudah untuk bercakap depan kamera.. hihi moga-moga apa yang awak sampaikan Insha Allah akan memberi manfaat kepada semua pembaca awak.. Semoga awak sekeluarga dilimpahi rezeki yang berlipat kali ganda dan semoga Allah merahmati, memberkati dan melindungi awak sekeluarga...
Jom kita singgah dan jengah ke blog Mek Ayunie dan salam perkenalan pada semua..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons