Assalamualaikum...
Di kesempatan ini, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua rakan-rakan saya.. Semoga di hari yang mulia ini, kita saling bermaaf-maafan sesama kita, buang yang keruh ambil yang jernih.. Walaupun kita dah nak sambut hari lebaran, segmen ini masih diteruskan lagi.. Jom kita kenal-kenal dengan sahabat pilihan saya minggu ini...
Blog Mek Yunie... Dikenali sebagai Ayunie ataupun panggilan Mek, berumur dalam lingkungan 20-an, berasal daripada Tanah Merah, Kelantan, sudah berumahtangga dan mempunyai dua orang cahayamata.. Mek adalah merupakan seorang kakitangan tetap sebuah bank dan juga merupakan seorang blogger dan vlogger separuh masa.. Mek mula menulis blog sejak tahun 2012 lagi.. So boleh dikatakan Mek nie adalah sorang blogger senior la jugak..hihi
Saya kenal dengan Mek melalui group Blogger Pantai Timur dan ada ketikanya kami saling berbalas komen semasa menyertai segmen dan giveaway anjuran rakan-rakan blogger yang lain.. Mek jugak penah menjadi Top Commentator dalam jurnal saya dan dia sememangnya seorang yang supportive dengan kawan-kawan dia.. Saya sebenarnya selau jugak ikuti apa yang dia update samada dalam blog mahupun vlog youtube dia kerana Mek selalu dapat travel dan dia akan menceritakan tempat yang dia lawati tue.. Sebelum Mek menaik taraf domain blog ini, nama blog dia sebelum ini adalah ajussixdotblogspotdotcom
Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah :-
Cara Kenal Pasti Panggilan Itu Adalah Daripada Scammer ;
MyTown Mall - Mall Yang Wajib Singgah Bila Ke Kuala Lumpur ;
Idea Untuk Membalas Bekas / Tupperware Yang Jiran / Kawan Bagi ;
Claim Insurans Kereta , Berapa Lamakah Jangkaan Masa? ;
dan banyak lagi entri yang menarik.
Kepada Mek, akak nak ucapkan terima kasih kepada awak kerana masih sudi menjadi rakan blogger akak.. Walaupun kita tak pernah bertemu tapi kita menjadi rapat walaupun hanya berbalas whatsapp dan komen di facebook.. Akak doakan agar awak sentiasa sukses dalam dunia blogging dan vlog awak.. Akak memang salute dengan awak kerana boleh buat vlog kerana bukan mudah untuk bercakap depan kamera.. hihi moga-moga apa yang awak sampaikan Insha Allah akan memberi manfaat kepada semua pembaca awak.. Semoga awak sekeluarga dilimpahi rezeki yang berlipat kali ganda dan semoga Allah merahmati, memberkati dan melindungi awak sekeluarga...
Jom kita singgah dan jengah ke blog Mek Ayunie dan salam perkenalan pada semua..
okay..nanti mama yan terjah blog mek...
ReplyDeleteDah follow mek lama dah..suka baca blog dia..santai je...
ReplyDeletedgn mek pun lama sudah folo & bersahabat.
ReplyDeletesaling tukar komen as blogger :)
Suka baca blog kak yunie
ReplyDelete