Assalamualaikum wbt..
Hihi cerita nie patut keluar semalam tapi terlajak lagi.. Apapun saya masih tak lupakan segmen yang saya buat nie.. Insha Allah saya akan teruskan hingga hati nie benar-benar berpuas hati...
Blog Keunggulan Wanita... Nama di sebalik blog ini adalah Kak Halimah Muhiden, seorang surirumah sepenuh masa tapi dalam masa yang sama dia merupakan seorang penulis buku kanak-kanak yang berpangkalan di Dewan Bahasa Dan Pustaka, selain daripada itu dia jugak merupakan blogger separuh masa..
Saya kenal dengan kak Halimah nie masa kami join team BPT lagi, dan macam saya cakap sebelum nie, kami adalah antara ahli yang terawal sekali join team BPT.. Walaupun saya dah tak join team nie lagi, tapi hubungan persahabatan antara kami masih lagi ada terjalin.. Kak Halimah nie memang seorang supportive dan begitu aktif sekali dalam dunia blogging, buktinya dia selalu saja pegi mana-mana event dan ada masanya dia akan travel ke tempat-tempat percutian yang menarik.. Apa yang menarik tentang kak Halimah nie adalah dia memang seorang penulis buku kanak-kanak dan antara buku yang telah diterbitkan adalah
Antara entri yang menarik untuk dibaca :-
Cara Penjagaan Rahim Yang Perlu Kita Amalkan ;
Resipi : Buat Sendiri Minuman Jamu Untuk Kesihatan Tubuh ;
Cara Urut Baby ;
Peminta Sedekah Pun Manusia Juga ;
Dan banyak lagi entri yang menarik dalam blog beliau...
Kepada Kak Halimah, terima kasih bebanyak kerana masih lagi menjadi rakan blogger saya.. Terima kasih kerana terus memberi sokongan untuk saya teruskan dalam dunia blog ini.. Insha Allah saya berharap satu hari nanti kita akan bertemu empat mata dan semoga ikatan ukhuwah ini akan berkekalan hingga ke akhirnya.. Saya selalu baca blog akak tapi memang tak sempat nak drop down komen dalam blog akak, hihi.. maaf sangat-sangat.. Buku akak pun memang ada dalam senarai saya tapi selalu lupa nak beli... Sebab saya pun memang peminat buku kanak-kanak jugak, saja jea nak membaca.. Saya doakan agar akak teruskan berkarya dalam memberi ilmu kepada kanak-kanak kerana saya pasti ada pengajaran moral dalam penceritaan akak tue.. Saya doakan jugak akak terus sukses dalam dunia blogging dan semoga akak sekeluarga diberkati, dirahmati dan dilindungi oleh Allah..
Jom kita kenal-kenal dan singgah ke blog Halimah Muhiden a.k.a. Keunggulan Wanita dan salam perkenalan pada semua..

Maaf kerana sepatutnya cerita nie keluar pada minggu lepas, tapi kerana saya mempunyai masalah yang tak dapat nak elak, terpaksa keluarkan pada minggu nie.. Okey, jom kita kenal dengan sahabat saya nie..
Blog Azhafizah Sihatimerahjambu... Nama di sebalik blog ini adalah Azhafizah Md Nor, berasal daripada Segamat dan kini dia tinggal di Seremban.. Merupakan seorang surirumah sepenuh masa tapi dalam masa yang sama dia jugak menjadi blogger sepenuh masa dan seorang pereka grafik separuh masa..
Saya kenal dengan Kak Fizah nie dalam satu segmen / giveaway yang dianjurkan oleh rakan blogger dan kak Fizah jugak penah menjadi pemenang dalam giveaway yang pernah saya anjurkan dulu.. Kalau awak nak tau, kak Fizah nie pandai dalam rekaan design blog, design watermark, design header blog dan semua berkaitan dengan blog.. Jadi kalau awak terasa nak tukar design blog tue, bolehlah hubungi kak Fizah.. Dalam blog kak Fizah pun ada pelbagai entri yang menarik yang dikongsikan seperti pelbagai resipi, pelbagai review dan ada jugak dia kongsikan tentang design blog daripada client dia..
Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah :-
Senarai Hadiah Kahwin Untuk Pengantin ;
Resipi Brownies Kedut Senang Ya Amat ;
Cara Redeem Points Kad Touch N Go PlusMiles ;
Tempat Menarik Untuk Photoshoot Di Pantai Puteri Melaka ;
Dan banyak lagi entri yang menarik dalam blog beliau...
Kepada Kak Fizah, terima kasih kepada akak kerana masih sudi menjadi rakan blogger saya.. Maafkan diri ini kerana jarang sangat drop down komen dalam blog akak tapi saya memang menjadi silent reader dalam blog akak.. Saya doakan semoga akak terus sukses dalam dunia design dan blogging ini.. Insha Allah satu hari nanti saya nak guna khidmat akak nanti dalam design nie.. Terima kasih kerana selalu menyokong saya dalam dunia blog ini.. Saya doakan agar akak sekeluarga dilindungi, dirahmati dan diberkati oleh Allah.. Best of luck to you, sis..!!
Jom kita kenal-kenal dan singgah ke blog Azhafizah Sihatimerahjambu dan salam perkenalan pada semua..
Assalamualaikum wbt..
Sepatutnya cerita ini keluar pada 2 minggu lepas, tapi dek disebabkan yang tak dapat nak elak, saya terpaksa keluar cerita nie pada hari nie.. maaf sangat-sangat.. Insha Allah saya akan teruskan jugak walaupun mempunyai kekangan masa.. Okey, jom kita kenal sahabat saya kali nie..
Blog Sis Hawa... Nama di sebalik pemilik blog ini adalah Siti Awadah atau lebih dikenali sebagai Sis Hawa... Sis Hawa nie mempunyai 6 orang penyeri rumahtangga, berasal daripada Utara Semenanjung tapi kini dia tinggal di Kelantan.. Merupakan seorang surirumah sepenuh masa dan dalam masa yang sama jugak dia menjadi seorang blogger yang berjaya dan dia merupakan seorang founder group blogger iaitu Team Blogger Pantai Timur (BPT)..
Saya mula kenal dengan Sis Hawa nie sejak mula-mula team BPT nie ditubuhkan dan saya jugak merupakan antara ahli yang terawal join team nie, tapi dek sebab tak dapat nak beri komitmen yang penuh untuk team tue, saya terpaksa undurkan diri.. Tapi walaupun dah tak jadi ahli BPT, kami tetap saling berhubung antara satu sama lain.. Sis Hawa jugak yang telah menolong saya untuk mendaftar blog ini yang dijadikan domain daripada blogspot ke dotcom. Kalau ikut pada sejarahnya, blog Sis Hawa nie ditubuhkan pada tahun 2017 tapi amat berjaya dalam dunia blogging dan pageview nya pun amat memberangsangkan, kerana terlalu banyak informasi yang menarik yang dikongsikan oleh Sis Hawa.. Lagi satu apa yang menarik tentang Sis Hawa nie adalah beliau boleh design blog, jadi jika ada antara awak yang nak tukar template blog bolehlah hubungi Sis Hawa..
Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah :-
Panduan Blogging : Bagaimana Untuk Tingkatkan Trafik Dan Visitor Pada Blog ;
Cara-Cara Untuk Membuat Ujian Saringan HIV Bagi Tujuan Pernikahan ;
Tanda Bayi Sedang Alahan Dengan Susu Lembu / Susu Formula Yang Perlu Mama Alert ;
Perbezaan Antara Air Mani, Mazi Dan Wadi Yang Wajib Untuk Diketahui ;
Dan banyak lagi entri yang menarik dalam blog beliau.
Kepada Sis Hawa, terima kasih kepada akak kerana masih menjadi rakan blogger saya walaupun kini saya undurkan diri dalam team BPT.. Tapi apapun saya tetap akan ingat jasa akak dan ahli team yang lain kerana bagi ilmu yang tak ternilai harganya.. Saya berharap Insha Allah satu hari nanti kita akan berjumpa dan semoga ikatan silaturahim antara kita akan berkekalan hingga ke akhirnya.. Terima kasih saya ucapkan kerana menolong saya dalam pembinaan domain saya dari mula hingga ke akhirnya.. Saya doakan agar akak sekeluarga akan dirahmati, diberkati dan dilindungi oleh Allah dan semoga akak dan Team BPT akan terus sukses hingga ke akhirnya.. Semoga akak teruskan perjuangan dalam memberi ilmu yang bermanfaat kepada semua pembaca akak...
Jom kita kenal-kenal dan singgah ke blog Sis Hawa dan salam perkenalan pada semua..
Assalamualaikum wbt.. Maaf kerana masih lagi lewat daripada jadual asal.. Tapi saya akan cuba sedaya upaya saya untuk teruskannya.. Jom kita kenal dengan sahabat saya...
Blog Kasih Juju... Nama sebenar pemilik blog ini adalah Julia Jamaludin, berasal daripada Johor dan menetap jugak di Johor.. Kak Julia nie merupakan seorang kakitangan awam dan dalam masa yang sama dia menjadi blogger sejak tahun 2011 dan merupakan salah sorang ahli JDT Blogger...
Persahabatan antara kami bermula sejak tahun 2016 di mana dia penah join giveaway yang pernah saya anjurkan dulu.. Kak Julia sememangnya seorang yang supportive dengan menyertai pelbagai segmen dan giveaway anjuran rakan blogger, dengan cara inilah kita dapat mengenali dan menambah rakan blogger.. Blog kak Julia nie ada banyak info yang menarik untuk dibaca, ada jugak dia buat pelbagai review dan jugak nak cari lirik lagu..? Awak boleh singgah ke blog kak Julia..
Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah :-
A Weekend To Shop, Play, And Stay In Johor Bahru With DoubleTree By Hilton ;
Petua Hidup Tenang ;
Cara Rasulullah SAW Menjaga Kesihatan Diri ;
Food You Should Eat Everyday ;
dan banyak lagi entri yang menarik..
Kepada Kak Julia, terima kasih saya ucapkan pada akak kerana masih lagi sudi menjadi rakan blogger saya.. Maaflah kerana saya hanya menjadi silent reader dalam blog akak.. Saya doakan agar akak sentiasa sukses dalam apa jua bidang yang akak ceburi termasuklah dunia blog.. Saya doakan jugak agar akak sekeluarga diberkati, dirahmati dan dilindungi Allah SWT di dunia dan di akhirat... Insha Allah satu hari nanti jika diizinkan Allah kita akan berjumpa.. Terima kasih jugak kerana pernah menyertai giveaway yang pernah saya anjurkan dulu...
Jom kita singgah dan jengah ke blog Kasih Juju dan salam perkenalan pada semua..
Assalamualaikum wbt..
Maaf di atas kelewatan untuk segmen ini..Insha Allah saya akan teruskan sehingga saya yakin dengan tamatnya buat review ini..
Blog Yunfila... Nama di sebalik nama blog ini adalah Ayuni Rafilah atau kak Yunfila.. Dia berasal daripada Kuala Lumpur dan kini dia menetap di Kuantan.. Kak Yunfila nie seorang yang berkerjaya dan dalam masa yang sama dia menjadi blogger sejak tahun 2014 lagi..
Saya sebenarnya dah lupa sejak bila kami mula menjadi rakan blogger tapi yang pastinya kami saling follow antara satu sama lain melalui segmen ataupun giveaway.. Yang pasti kak Yunfila nie ada persamaan dengan saya, iaitu peminat kucing dan amat obses dengan kentang.. Hihi.. Dalam channel youtube dia pun ada disertakan dengan watak kartun kentang.. Satu lagi trademark kak Yunfila adalah, setiap kali dia bergambar, pasti akan ada topi dengan google di atas topinya.. Blog kak Yunfila nie ada bermacam info yang bermanfaat kepada kita dan ada jugak dia berkongsi resipi..
Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah :-
Panduan Membaca Sastera Inggeris ;
Kad Ditelan Mesin ATM ;
Resipi Oden Original ;
Misteri Penampakan Di Langit Akhirnya Terbongkar ;
dan banyak lagi entri yang menarik...
Kepada kak Yunfila, terima kasih saya ucapkan pada akak kerana masih lagi sudi menjadi rakan blogger saya.. Terima kasih jugak pada akak kerana selalu bertegur sapa di laman facebook.. Saya memang suka baca blog akak kerana melalui akak lah yang menjadi sumber inspirasi kepada saya untuk memberi info yang bermanfaat kepada orang.. Saya jugak suka dengan watak 'Kentang' akak yang begitu comel sekali, walaupun saya jugak peminat kentang, tapi tak pandai melukis macam akak.. hihi.. Apapun saya doakan agar akak sentiasa sukses dalam apa jua yang akak lakukan dan dunia blog khasnya.. Semoga Allah merahmati, memberkati dan melindungi akak dunia dan akhirat.. Insha Allah satu hari nanti kita akan berjumpa jika diizinkan oleh Allah..
Jom kita kenal-kenal dan singgah ke blog Yunfila dan salam perkenalan pada semua...
Assalamualaikum wbt..
Okey, hari raya dah habis, so back to a normal life again.. Minggu lepas, saya mendapat surat arahan daripada second bos, untuk menyertai lawatan ke Perpustakaan Raja Tun Uda (PPAS) di Shah Alam... Memandangkan ketua unit saya pernah pergi sebelum ini masa dia menghadiri mesyuarat Pengurusan Antara Perpustakaan dulu, so dia suruh saya pulak yang pergi, ambik pengalaman katanya..
Sebenarnya lawatan ke PPAS nie adalah anjuran daripada Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersempena dengan Program Dekad Membaca Kebangsaan, jadi lawatan ke PPAS nie adalah salah satu inisiatif untuk semua staf di bawah KPKT supaya lebih berminat untuk membaca... Jadi pada 8hb Julai yang lepas, saya berpeluang untuk pergi ke lawatan itu dengan menaiki kereta jabatan..
Kalau ikutkan saya sampai lewat di sana kerana driver mempunyai masalah kad inden minyak, dalam lebih kurang pukul 10.25 pagi, tapi saya bernasib baik kerana masa saya sampai, diorang masih menunggu di lobi untuk diberi taklimat ringkas mengenai PPAS. Kemudian, masa sedang menunggu tue, saya terjumpa sorang rakan sekerja sebidang dengan saya, iaitu kak Suriana, yang merupakan seorang pembantu pustakawan di KPKT.. hihi kurang-kurang ada genglah jugak, kalu tak, jalan la sorang-sorang sebab saya tak kenal kesemua staf KPKT, maklumlah banyak jabatan di bawah kementerian tue.. Tak lama kemudian, datanglah sorang staf yang bernama Puan Nor Chempawan menyambut kedatangan kami dan kami dibawa ke bilik taklimat dan kami diberi taklimat oleh Encik Mohd Fadzli..
Oh ya, kalau awak nak tau, setiap aras PPAS ini, diorang mengamalkan library PPAS sebagai 'Rumah Keduaku', jadi semua tempat dalam PPAS nie perlu buka kasut, dan mereka ada menyediakan satu beg untuk letak kasut dan dibawa bersama ke mana-mana dalam ruangan PPAS nie.. Rasa-rasanya nielah library awam yang pertama perlu buka kasut untuk semua ruangan dalam library, hihi macam library saya la sebab memang kena buka kasut kalu nak masuk ke library kami.. Setelah diberi penerangan mengenai PPAS, kami pun dibawa melawat ke seluruh tempat PPAS nie.. Mula-mula kami dibawa ke Bilik Life Sketch Book.. Apa yang menarik tentang bilik nie adalah ianya tentang kita boleh mewarna lukisan dalam bentuk aplikasi maya, kemudian, bila dah selesai mewarna, lukisan kita akan di swap ke dinding dan menjadi lukisan yang bergerak secara maya.. Perkhidmatan nie memang sesuai sangat untuk anak-anak yang berminat mewarna, sebab lukisan maya yang dia warna akan kekal berada di dalam aplikasi tersebut... Harga perkhidmatan Life Sketch Book nie cuma RM10/seorang dalam jangkamasa 15 minit bermain aplikasi nie.. Bukan kanak-kanak jea yang teruja, rasanya orang dewasa pun teruja sama sebab aplikasi nie memang awesome sangat... Video nie akan menjelaskan lagi apa yang saya terangkan.. hihi takut tak faham...
Selepas tue, kami dibawa ke semua aras ruangan library PPAS dan macam saya cakap la, setiap aras, awak perlu buka kasut dan letak dalam beg yang telah disediakan.. Kami dibawa ke tingkat satu di mana ianya menempatkan ruangan untuk remaja, dan di situ kami di bawa ke bilik Multimedia dan kami diperkenalkan kepada seorang staf yang menjaga bilik itu.. Bilik Multimedia ini menempatkan 6 buah komputer iMac dan 4 buah iPad (untuk kanak-kanak) di mana mereka menjalankan pelbagai kursus Multimedia di situ serta untuk pembelajaran berbentuk aplikasi untuk kanak-kanak. Untuk orang dewasa, kalu nak belajar tentang programming ataupun coding apps, mereka ada menyediakan kursus di sini dengan bayaran yang tertentu.. Kursus tue mereka akan war-warkan dalam laman web dan laman sosial rasmi Facebook mereka, jadi pada sesiapa yang nak belajar tentang coding apps, bolehlah apply, mana tau kot-kot lepas nie awak boleh jadi programmer pulak.. Oh, lupa, untuk penggunaan iMac dan iPad nie adalah diberi secara percuma tanpa bayar apa-apa, kecuali awak nak guna internet, hanya bayar RM1 jea untuk satu sesi selama 1 jam.
Selepas diberi penerangan, kami bergerak ke tingkat dua di mana ruangan buku untuk zon dewasa dan ruangan zon dewasa ini diperluas sehingga tingkat tiga.. Semasa kami berada tingkat dua, kami diberi penerangan tentang Rumah Ngaji @ PPAS di mana objektif bilik ini disediakan adalah untuk memberi kelas percuma kepada orang awam supaya celik Al-Quran, sasaran mereka adalah yang berumur 6 sehingga 70 tahun.. Bilik Ngaji @ PPAS nie adalah kerjasama PPAS dengan Karangkraf dan pihak Karangkraf ada menyumbangkan beberapa buah naskhah Al-Quran, ada yang lengkap dengan bertajwid.. Nampak santai dan tenang jea bilik nie.. Puan Chempawan bagitau, semua orang boleh gunakan bilik nie secara percuma, yang perlu dilakukan hanyalah maklumkan saja kepada pegawai bertugas..
Selesai penerangan di situ, kami dibawa ke tingkat tiga dan kami dibawa masuk ke Selangor Info Hub di mana ianya menempatkan semua naskhah dan bahan bacaan yang diterbitkan di Selangor.. Dan bilik nie jugak menempatkan koleksi peribadi Sultan Selangor dan baginda sendiri yang menyumbangkan naskhah asal kepada pihak PPAS.. Jadi bilik nie hanya orang tertentu dan untuk lawatan rasmi saja yang dibenarkan melihat koleksi Sultan Selangor.. Memang bertuah sangat dapat masuk ke situ, sebab dapat melihat koleksi Sultan Selangor yang jarang diperlihat untuk umum.. Sempat jugak lah kami bergambar di situ dan saya sempat mejengah ke tingkap untuk melihat tasik yang mengelilingi bangunan PPAS.. Cantik sangat, sesuai untuk orang yang suka ber selfie dan untuk outdoor photoshoot.. kalau awak nak tahu, library PPAS nie ada menempatkan 1 gimnasium utama yang terletak di tingkat satu bawah dan 2 mini gimnasium yang diasingkan untuk lelaki dan wanita, kiranya tak dicampur lelaki dan wanita.. Gimnasium wanita ditempatkan tingkat tiga manakala gimnasium lelaki pulak di tingkat empat.. Bayaran tertentu akan dikenakan untuk perkhidmatan nie dan mereka telah melantik seorang jurulatih gimnasium untuk kendalikan gimnasium ini.. Jadi bolehlah bersenam setelah penat baca buku, kan.. Lagi satu, setiap aras ini, ditempatkan sebuah surau, jadi awak tak payah nak turun naik untuk ke surau..
Dan selesai ke tingkat tiga, kami dibawa melawat ke tingkat empat di mana koleksi rujukan ditempatkan di situ.. Untuk pengetahuan awak, tingkat bawah sehingga tingkat tiga, awak boleh membuat pinjaman buku, hanya di tingkat empat saja untuk semua rujukan buku dari dalam dan luar negara dan tidak dibenarkan untuk meminjam.. Ada satu tempat yang menarik tentang ruangan tingkat empat ini, iaitu ruangan santai di luar.. Bila dah rasa sejuk sangat duduk dalam library, awak boleh menghirup udara segar di ruangan ini dan mereka ada menyediakan tempat untuk berehat..
Last sekali kami di bawa turun ke aras G yang menempatkan ruangan kanak-kanak yang diberi nama Zon Kreatif.. Kat dalam nie, ada bermacam sudut yang menarik minat kanak-kanak, antaranya permainan XBox 360 Kinect, ianya untuk merangsang minda anak-anak dalam pelbagai strategi permainan, caj nak main pun cuma RM0.50 sen/ satu pusingan permainan, haa.. murah giler tue.. Lepas tue, nak bagi anak-anak yakin dalam pengucapan awam..? Boleh cuba aplikasi permainan yang diberi nama On-Location Reporter, siap ada mikrofon dan kamera lagi.. Ada satu lagi tempat yang menarik perhatian anak-anak iaitu Reading Tree, sebatang replika pokok yang besar dan ada beberapa ekor kuda mainan dan pelbagai buku yang menarik mengelilingi replika pokok tue.. Seolah-olah kita baca di bawah pokok tapi dalam suasana yang sejuk dan tak panas.. Bising dengan suasana suara anak-anak..? Ada satu tempat khas untuk pada mereka yang nak study dan bilik nie memang bertutup.. Nak main internet..? Boleh jea, dengan kadar bayaran RM1 sejam untuk penggunaan internet dengan 8 buah komputer Windows dan 8 buah komputer iMac... Satu lagi perkhidmatan yang disediakan oleh pihak PPAS nie adalah mereka menyediakan teater berbentuk 3D (boleh tengok filem animasi 3D) dan teater XD/6D (aplikasi filem pendek seperti Canyon Coaster, Cosmic Coaster, Ravine Racer dan Haunted Mine) dengan kadar bayaran yang tertentu.. Tapi kami tak dapat nak masuk ke dalam teater tue kerana mereka sedang membuat pembaikan.. So, tak dapatlah nak cuba teater tue.. Kedua-dua teater nie terletak bersebelahan antara satu sama lain di tingkat G...
Lawatan kami habis pada pukul 1 tengahari dan ianya satu pengalaman yang menyeronokkan.. Nanti bila dah siap pembaikan, saya nak cuba perkhidmatan teater XD/6D, sebab ketua unit saya cakap, bila kita pakai google tue dan kebetulan filem yang dimainkan adalah Cosmic Coaster, rasanya seperti naik coaster betul-betul siap bunyi efek lagi... Dan nak pergi ke teater XD/6D pun ada aspek keselamatan tertentu seperti, ketinggian seseorang melebihi 140 sentimeter, sihat tubuh badan, berat badan tak lebih dari 150kg, takde sakit jantung, tak mengandung, takde mempunyai tekanan darah abnormal, takde sakit leher dan bukan berada dalam pengaruh alkohol / dadah... Macam best kan..
Masa nak tunggu driver datang ambik untuk balik ke opis, saya terpandang sebuah buggy yang di parking di perkarangan library.. Pemandunya dilihat sedang berborak dengan pakcik security guard, mula-mula saya ingatkan buggy tue untuk kelab golf sebab library nie bersebelahan dengan kelab tue tapi rupa-rupanya ianya salah satu perkhidmatan yang disediakan oleh library, khas untuk warga OKU, warga emas, warga ibu dan kanak-kanak serta untuk warga yang letak kereta mereka berjauhan dengan library... Satu kemudahan yang memang memudahkan orang ramai untuk berkunjung ke sini..
So, pada awak yang duduk berhampiran dengan Shah Alam dan sekitarnya, ataupun awak yang sedang bercuti di area sini, bolehlah pergi ke sini dengan anak-anak.. Kita didik mereka dengan membaca dan aktiviti sini pun ada banyak disediakan untuk bukan saja anak-anak malah untuk orang dewasa jugak..
Okey, hari raya dah habis, so back to a normal life again.. Minggu lepas, saya mendapat surat arahan daripada second bos, untuk menyertai lawatan ke Perpustakaan Raja Tun Uda (PPAS) di Shah Alam... Memandangkan ketua unit saya pernah pergi sebelum ini masa dia menghadiri mesyuarat Pengurusan Antara Perpustakaan dulu, so dia suruh saya pulak yang pergi, ambik pengalaman katanya..
Sebenarnya lawatan ke PPAS nie adalah anjuran daripada Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersempena dengan Program Dekad Membaca Kebangsaan, jadi lawatan ke PPAS nie adalah salah satu inisiatif untuk semua staf di bawah KPKT supaya lebih berminat untuk membaca... Jadi pada 8hb Julai yang lepas, saya berpeluang untuk pergi ke lawatan itu dengan menaiki kereta jabatan..
Kalau ikutkan saya sampai lewat di sana kerana driver mempunyai masalah kad inden minyak, dalam lebih kurang pukul 10.25 pagi, tapi saya bernasib baik kerana masa saya sampai, diorang masih menunggu di lobi untuk diberi taklimat ringkas mengenai PPAS. Kemudian, masa sedang menunggu tue, saya terjumpa sorang rakan sekerja sebidang dengan saya, iaitu kak Suriana, yang merupakan seorang pembantu pustakawan di KPKT.. hihi kurang-kurang ada genglah jugak, kalu tak, jalan la sorang-sorang sebab saya tak kenal kesemua staf KPKT, maklumlah banyak jabatan di bawah kementerian tue.. Tak lama kemudian, datanglah sorang staf yang bernama Puan Nor Chempawan menyambut kedatangan kami dan kami dibawa ke bilik taklimat dan kami diberi taklimat oleh Encik Mohd Fadzli..
Oh ya, kalau awak nak tau, setiap aras PPAS ini, diorang mengamalkan library PPAS sebagai 'Rumah Keduaku', jadi semua tempat dalam PPAS nie perlu buka kasut, dan mereka ada menyediakan satu beg untuk letak kasut dan dibawa bersama ke mana-mana dalam ruangan PPAS nie.. Rasa-rasanya nielah library awam yang pertama perlu buka kasut untuk semua ruangan dalam library, hihi macam library saya la sebab memang kena buka kasut kalu nak masuk ke library kami.. Setelah diberi penerangan mengenai PPAS, kami pun dibawa melawat ke seluruh tempat PPAS nie.. Mula-mula kami dibawa ke Bilik Life Sketch Book.. Apa yang menarik tentang bilik nie adalah ianya tentang kita boleh mewarna lukisan dalam bentuk aplikasi maya, kemudian, bila dah selesai mewarna, lukisan kita akan di swap ke dinding dan menjadi lukisan yang bergerak secara maya.. Perkhidmatan nie memang sesuai sangat untuk anak-anak yang berminat mewarna, sebab lukisan maya yang dia warna akan kekal berada di dalam aplikasi tersebut... Harga perkhidmatan Life Sketch Book nie cuma RM10/seorang dalam jangkamasa 15 minit bermain aplikasi nie.. Bukan kanak-kanak jea yang teruja, rasanya orang dewasa pun teruja sama sebab aplikasi nie memang awesome sangat... Video nie akan menjelaskan lagi apa yang saya terangkan.. hihi takut tak faham...
Selesai penerangan di situ, kami dibawa ke tingkat tiga dan kami dibawa masuk ke Selangor Info Hub di mana ianya menempatkan semua naskhah dan bahan bacaan yang diterbitkan di Selangor.. Dan bilik nie jugak menempatkan koleksi peribadi Sultan Selangor dan baginda sendiri yang menyumbangkan naskhah asal kepada pihak PPAS.. Jadi bilik nie hanya orang tertentu dan untuk lawatan rasmi saja yang dibenarkan melihat koleksi Sultan Selangor.. Memang bertuah sangat dapat masuk ke situ, sebab dapat melihat koleksi Sultan Selangor yang jarang diperlihat untuk umum.. Sempat jugak lah kami bergambar di situ dan saya sempat mejengah ke tingkap untuk melihat tasik yang mengelilingi bangunan PPAS.. Cantik sangat, sesuai untuk orang yang suka ber selfie dan untuk outdoor photoshoot.. kalau awak nak tahu, library PPAS nie ada menempatkan 1 gimnasium utama yang terletak di tingkat satu bawah dan 2 mini gimnasium yang diasingkan untuk lelaki dan wanita, kiranya tak dicampur lelaki dan wanita.. Gimnasium wanita ditempatkan tingkat tiga manakala gimnasium lelaki pulak di tingkat empat.. Bayaran tertentu akan dikenakan untuk perkhidmatan nie dan mereka telah melantik seorang jurulatih gimnasium untuk kendalikan gimnasium ini.. Jadi bolehlah bersenam setelah penat baca buku, kan.. Lagi satu, setiap aras ini, ditempatkan sebuah surau, jadi awak tak payah nak turun naik untuk ke surau..
Dan selesai ke tingkat tiga, kami dibawa melawat ke tingkat empat di mana koleksi rujukan ditempatkan di situ.. Untuk pengetahuan awak, tingkat bawah sehingga tingkat tiga, awak boleh membuat pinjaman buku, hanya di tingkat empat saja untuk semua rujukan buku dari dalam dan luar negara dan tidak dibenarkan untuk meminjam.. Ada satu tempat yang menarik tentang ruangan tingkat empat ini, iaitu ruangan santai di luar.. Bila dah rasa sejuk sangat duduk dalam library, awak boleh menghirup udara segar di ruangan ini dan mereka ada menyediakan tempat untuk berehat..
Last sekali kami di bawa turun ke aras G yang menempatkan ruangan kanak-kanak yang diberi nama Zon Kreatif.. Kat dalam nie, ada bermacam sudut yang menarik minat kanak-kanak, antaranya permainan XBox 360 Kinect, ianya untuk merangsang minda anak-anak dalam pelbagai strategi permainan, caj nak main pun cuma RM0.50 sen/ satu pusingan permainan, haa.. murah giler tue.. Lepas tue, nak bagi anak-anak yakin dalam pengucapan awam..? Boleh cuba aplikasi permainan yang diberi nama On-Location Reporter, siap ada mikrofon dan kamera lagi.. Ada satu lagi tempat yang menarik perhatian anak-anak iaitu Reading Tree, sebatang replika pokok yang besar dan ada beberapa ekor kuda mainan dan pelbagai buku yang menarik mengelilingi replika pokok tue.. Seolah-olah kita baca di bawah pokok tapi dalam suasana yang sejuk dan tak panas.. Bising dengan suasana suara anak-anak..? Ada satu tempat khas untuk pada mereka yang nak study dan bilik nie memang bertutup.. Nak main internet..? Boleh jea, dengan kadar bayaran RM1 sejam untuk penggunaan internet dengan 8 buah komputer Windows dan 8 buah komputer iMac... Satu lagi perkhidmatan yang disediakan oleh pihak PPAS nie adalah mereka menyediakan teater berbentuk 3D (boleh tengok filem animasi 3D) dan teater XD/6D (aplikasi filem pendek seperti Canyon Coaster, Cosmic Coaster, Ravine Racer dan Haunted Mine) dengan kadar bayaran yang tertentu.. Tapi kami tak dapat nak masuk ke dalam teater tue kerana mereka sedang membuat pembaikan.. So, tak dapatlah nak cuba teater tue.. Kedua-dua teater nie terletak bersebelahan antara satu sama lain di tingkat G...
Inilah rakan seperjuangan saya, Kak Suriana... |
Tempat untuk teater 3D... |
Tempat untuk teater XD/6D... |
Lawatan kami habis pada pukul 1 tengahari dan ianya satu pengalaman yang menyeronokkan.. Nanti bila dah siap pembaikan, saya nak cuba perkhidmatan teater XD/6D, sebab ketua unit saya cakap, bila kita pakai google tue dan kebetulan filem yang dimainkan adalah Cosmic Coaster, rasanya seperti naik coaster betul-betul siap bunyi efek lagi... Dan nak pergi ke teater XD/6D pun ada aspek keselamatan tertentu seperti, ketinggian seseorang melebihi 140 sentimeter, sihat tubuh badan, berat badan tak lebih dari 150kg, takde sakit jantung, tak mengandung, takde mempunyai tekanan darah abnormal, takde sakit leher dan bukan berada dalam pengaruh alkohol / dadah... Macam best kan..
Masa nak tunggu driver datang ambik untuk balik ke opis, saya terpandang sebuah buggy yang di parking di perkarangan library.. Pemandunya dilihat sedang berborak dengan pakcik security guard, mula-mula saya ingatkan buggy tue untuk kelab golf sebab library nie bersebelahan dengan kelab tue tapi rupa-rupanya ianya salah satu perkhidmatan yang disediakan oleh library, khas untuk warga OKU, warga emas, warga ibu dan kanak-kanak serta untuk warga yang letak kereta mereka berjauhan dengan library... Satu kemudahan yang memang memudahkan orang ramai untuk berkunjung ke sini..
So, pada awak yang duduk berhampiran dengan Shah Alam dan sekitarnya, ataupun awak yang sedang bercuti di area sini, bolehlah pergi ke sini dengan anak-anak.. Kita didik mereka dengan membaca dan aktiviti sini pun ada banyak disediakan untuk bukan saja anak-anak malah untuk orang dewasa jugak..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons