Assalamualaikum wbt..
Jom kita kenal dengan rakan blogger saya..
Blog Aiman Abdullah... Salah sorang lagi rakan blogger lelaki yang menjadi rakan blogger saya.. Berasal daripada Temerloh, berumur dalam lingkungan 20-an, rasanya masih bujang (hihi kalu salah maaflah) dan merupakan blogger sepenuh masa..
Hurmm, sebetulnya saya dah lupa kat mana sebenarnya persahabatan nie bermula, mungkin daripada segmen / giveaway yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger ataupun mungkin jugak dia jadi follower yang singgah pada jurnal saya, mungkin ianya daripada group-group blogger yang dicipta pada facebook.. Tapi apa yang menarik pada blog Aiman nie adalah informasinya yang begitu matang dan padat.. Jarang jugak saya melihat blogger lelaki terutamanya mempunyai informasi yang pelbagai, yealah, selalunya lelaki akan berkongsi cerita pasal kereta, motor dan memancing.. hihihi.. Tapi blog Aiman nie memang penuh dan padat dengan informasi yang kadang-kadang kita baru tau mengenainya... Lagi satu, Aiman nie pandai dalam pembuatan tulisan Khat Kufi, kalau ada sesiapa yang berminat nak buat tulisan Khat Kufi bolehlah hubungi beliau..
Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah :-
Cara Cashout Duit Google Adsense Dengan Cepat Terus Ke Akaun Bank ;
Kesilapan Pertama Ketika Berada Di Jepun ;
Tempahan Khat Kufi (KufiNama) ;
5 Sebab Kenapa Perlu Dapatkan Lens 50mm ;
Dan banyak lagi entri yang menarik dalam blog beliau..
Kepada Aiman, terima kasih kerana sudi menjadi rakan blogger dan selalu drop down komen dalam jurnal akak.. Terima kasih kerana selalu menyokong akak tapi mintak maaf akak tak sempat nak drop down komen dalam blog awak, hanya menjadi silent reader dalam blog awak saja.. Akak doakan agar awak terus sukses dalam dunia blogging dan teruskan penulisan awak untuk memberi info dan ilmu yang bermanfaat kepada semua pembaca awak.. Akak doakan keselamatan, kesejahteraan dalam kehidupan awak sekeluarga dan semoga Allah merahmati dan memberkati kehidupan awak sekeluarga...
Jom kita singgah dan jengah ke blog Aiman Abdullah dan salam perkenalan pada semua..
Assalamualaikum wbt..
Hihi dah lama rasanya saya tak join segmen ataupun GA dek kesibukan kerja.. Untuk memberi sokongan kepada sahabat saya nie, jom kita ramai-ramai join segmen yang dia buat, cuma letak link dekat komen blog dia saja..
Kalau ikutkan dia kata tak payah buat entri tapi sharing is caring kan.. hihihi untuk memudahkan awak nak join sebenarnya.. Awak klik pada gambar banner dan ikut saja syarat yang dia bagi.. Memang senang gilerr.. Segmen nie berlangsung sehingga 31 Ogos 2019..
Jom join ramai-ramai..
Assalamualaikum wbt...
Walaupun masa sangat cemburu dengan saya, tapi saya akan pastikan task ini disiapkan.. Okey, jom kira kenal dengan sahabat saya seterusnya..
Blog Faezah Mdnor... Nama sebenar blogger ini adalah Nur Faezah Binti Mohamad Nor, berumur 20 tahun, seorang pelajar dan juga blogger separuh masa.. Faezah atau lebih dikenali sebagai Pae nie berasal dan membesar di Kuantan dan blog Pae nie aktif sejak tahun 2011 lagi..
Seperti biasa persahabatan nie bermula dengan penyertaan kami dalam pelbagai GA dan segmen anjuran rakan blogger yang lain dan seingat saya Pae penah menyertai GA yang saya buat satu ketika dulu, cuma rezeki tak berpihak pada dia.. Walaupun Pae baru berusia 20 tahun tapi dalam blog, dia selalu berkongsi resipi dengan rakan-rakan pembaca.. Dan macam biasalah blogger sekarang mesti ada entri review, jadi Pae jugak ada diselitkan pelbagai review..
Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah :=
Dapur Kekja : Tepung Lenyek + Sambal ;
Cinta Itu Fitrah ;
Review : Semusim Di Barzakh ;
Sedarlah Wahai Jiwa Yang Lena ;
dan pelbagai lagi entri yang menarik...
Kepada Pae, terima kasih akak ucapkan kerana masih sudi menjadi rakan blogger akak.. Maaf kerana akak jarang drop down komen dalam blog awak tapi akak selalu baca apa yang awak coretkan dalam blog.. Akak harap agar awak terus maju dalam dunia blog dan semoga awak terus mendapat kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran awak.. Semoga Allah merahmati, memberkati dan melindungi awak sekeluarga.. Wish you luck sis..!
Jom kita singgah dan kenal dengan Faezah Md Nor dan salam perkenalan pada semua..
Assalamualaikum wbt..
Blog Syamimi Saad... Berasal daripada daripada Ipoh dan sekarang menetap di Mersing, Johor, mempunyai dua orang cahaya mata yang comel dan merupakan seorang usahawanita yang berjaya dan blogger sepenuh masa...
Sama seperti rakan blogger yang lain, kami kenal melalui GA dan segmen yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger yang lain.. Blog Syamimi atau lebih dikenali sebagai Mimie nie memang menarik untuk dikunjungi kerana ada banyak entri yang menarik yang dikongsikan oleh beliau seperti resipi yang menarik, tips rumahtangga, pelbagai review dan macam-macam lagi..
Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah :-
Cuti-Cuti Malaysia | Zoo Melaka ;
Sambal Petai Dan Durian ;
7 Lifestyle Blogger Pilihan 2018 ;
Cara Untuk Mengelakkan Kita Bosan Dari Pasangan ;
dan banyak lagi entri yang menarik untuk dibaca..
Kepada Mimie, terima kasih kerana masih menjadi rakan blogger saya.. Saya doakan semoga awak diberi rezeki yang melimpah ruah, diberkati Allah dan semoga awak terus maju dalam dunia blog.. Semoga ikatan ukhuwah antara kita akan berkekalan dan diberkati oleh Allah hendaknya.. Semoga awak sekeluarga dirahmati oleh Allah jua...
Jom kita kenal-kenal dan singgah ke blog Syamimi Saad dan salam perkenalan pada semua..
Assalamualaikum wbt...
Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua.. Ada yang dah bertolak balik ke perantauan ke ataupun masih duduk di kampung? Apapun, selamat memandu dan berhati-hati di jalan raya yea.. Maaf kerana saya tak dapat nak update jurnal nie seperti kebiasaan tapi Insha Allah saya akan cuba untuk kekalkan momentum penulisan ini..
Apapun TAHNIAH saya ucapkan kepada 10 orang sahabat yang yang selalu tinggalkan nota dalam jurnal saya dan mereka adalah ..
Bersempena dengan bulan kelahiran saya pada bulan ini, KESEMUA 10 ORANG TOP COMMENTATOR pada bulan ini akan menerima hadiah daripada saya.. Jadi mohon untuk awak whatsapp kepada saya (019-9884032) dan bagi details seperti nama, alamat dan no telefon untuk urusan penghantaran hadiah... Dan seperti biasa, 10 orang Top Commentator nie akan duduk dalam carta bloglist saya sehingga 31 Ogos 2019..
TAHNIAH SEKALI LAGI..
P/s : Kepada pemenang Top Commentator yang lepas, Insha Allah hadiah kalian akan sampai bersama dengan Top Commentator pada bulan ini.. Maaf di atas kesulitan..
Jom korangss join Giveaway by ematunz.blogspot.com . Serius senang sangat syarat dia (follow dan copy paste tak sampai 5 minit). Tarikh tamat 25.08.2019 11.59 malam.
Hadiah? Nama pun giveaway, mesti lahh ada. Hadiahnya, Bawal Kaca bernilai RM25 untuk seorang pemenang yang akan dipilih melalui Cabutan Bertuah. Pemenang boleh pilih nak corak apa, kaler apa. Mix and match gittuw.
Info hadiah: Bawal kaca ini dipenuhi manik kaca ori gred AAAA, ala-ala batu Kristal Swarovski. Kualiti kain jenis Airis Premium rank no.2 selepas Bawal Original, ofkos laa senang bentuk. Setiap butir kaca sangat merelipp, paling penting melekat kuat.
Ada 60 pilihan warna, dan berpuluh puluh design menarik. Berpinar mata tengok tau. Nak tengok lagi banyak, gambar ada di Bawal Kaca.
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Klik gambar dibawah untuk join:
Hadiah? Nama pun giveaway, mesti lahh ada. Hadiahnya, Bawal Kaca bernilai RM25 untuk seorang pemenang yang akan dipilih melalui Cabutan Bertuah. Pemenang boleh pilih nak corak apa, kaler apa. Mix and match gittuw.
Info hadiah: Bawal kaca ini dipenuhi manik kaca ori gred AAAA, ala-ala batu Kristal Swarovski. Kualiti kain jenis Airis Premium rank no.2 selepas Bawal Original, ofkos laa senang bentuk. Setiap butir kaca sangat merelipp, paling penting melekat kuat.
Ada 60 pilihan warna, dan berpuluh puluh design menarik. Berpinar mata tengok tau. Nak tengok lagi banyak, gambar ada di Bawal Kaca.
Assalamualaikum wbt...
Kali nie siapa pulak yang bertuah untuk di review..? Jom kita kenal dengan sahabat saya..
Blog Fieza Sani... Kak Fieza atau nama sebenar Rohafiza Sani yang berasal daripada Kuala Kangsar dan kini dia tinggal di Puchong adalah merupakan seorang penjawat awam dan dalam masa yang sama kak Fieza adalah merupakan seorang blogger separuh masa..
Saya sendiri dah lupa sejak bila kami menjadi sahabat blogger tapi apa yang pasti silaturahim nie bermula sejak kami menyertai segmen atau giveaway yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger.. Apa yang unik mengenai blog Kak Fieza nie adalah domain blog dia.. Biasanya orang akan guna dotcom ataupun dotmy sebagai pilihan untuk domain blog tapi blog kak Fieza berakhir dengan dotxyz.. Unik kan.. Dalam blog kak Fieza nie ada menceritakan tentang kehidupannya dan jugak pelbagai review, resipi masakan dan kak Fieza jugak selalu berkongsi petua-petua yang boleh kita praktiskan dalam kehidupan seharian..
Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah :-
Kota Kinabalu Kami Terjah Part 6 - Fish Spa, Sabah Tea Farm Dan Bunnie Garden ;
Kenapa Wanita Lepas Bersalin Tak Boleh Makan Laksa? ;
Resipi Berry Souffle Cheese ;
Siapa Tak Makan Sayur? Ni Ada Penyelesainya ;
Dan banyak lagi entri yang menarik dalam blog kak Fieza..
Kepada Kak Fieza, terima kasih kerana menjadi rakan blogger saya hingga ke hari nie.. Hihi mintak maaf sebab jarang sangat saya drop down komen dalam blog akak tapi saya selalunya menjadi silent reader jea.. sebab blog akak unik dan lain daripada yang lain... hihi senang ingat sebenarnya.. Saya doakan agar akak sekeluarga dirahmati dan diberkati oleh Allah dan semoga akak terus sukses dalam dunia blogging.. Saya doakan jugak agar akak sentiasa dimurahkan rezeki dan semoga persahabatan kita ini akan berkekalan hingga ke akhirnya, Insha Allah..
Jom kia singgah dan jengah ke blog Fieza Sani dan salam perkenalan pada semua..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons