Assalamualaikum wbt..
Jom sama-sama kita join segmen nie, hanya klik pada banner kat atas nie..
Best of luck..
Assalamualaikum wbt..
Rasanya dah banyak kot orang bercerita pasal kucing berak merata-rata, pastu spray pun merata-rata, kan.. Sebenarnya kucing saya tak kecuali buat perangai camtu, lebih-lebih lagi jika mereka merajuk dengan saya, mulalah mereka buat hal dengan berak merata-rata, nasib baik setempat aje mereka berak.. Tapi jenuh jugak lah nak bersihkannya lebih-lebih lagi dalam rumah, harum semerbak baunya...
Sama dengan orang lain, saya cuba macam-macam cara nak hilangkan serta takdelah diorang berak kat situ lagi tapi kebanyakan yang dicuba hanyalah bersifat sementara.. Dengan klorok nya, dengan cuka nya, dan macam-macam lagilah.. huhu last-last saya terjumpa satu cara yang hingga kini berkesan pada kucing saya dan kucing liar yang singgah ke rumah saya (singgah untuk makan dan tinggalkan 'jejak' yang sangat harum..)
Cuka epal..
Sebenarnya cuka epal jenis nie saya memang minum setiap hari untuk kesihatan.. Tapi bila cara cuka biasa dah tak jalan, saya cuba pulak dengan semburkan cuka epal di tempat yang diorang tinggal 'jejak'...sebab asasnya pun cuka kan.. tak sangka pulak ianya berkesan hingga kini..
Caranya, selepas awak bersihkan tempat 'jejak' tue dengan sabun dan bersihkan hingga bersih, cuma semburkan saja cuka epal nie kat tempat 'jejak' tue.. Bau cuka epal nie memang menusuk hidung kita tapi cara itu agak berkesan kerana kucing tak suka bau yang begitu menusuk hidung, ala-ala bau macam masam sikit tapi setakat nie Alhamdulillah kucing saya tak lagi tinggal 'jejak harum' diorang kat tempat selalu diorang tinggalkan...
Cubalah, mana tau kot-kot berkesan tapi kena spend sikitlah duitnya, sebab cuka nie boleh tahan mahalnya, kebetulan saya beli kat shopee dan harganya murah.. cubalah tengok kat shopee ataupun lazada, mana tau kot-kot ada offer lagi ke..
Assalamualaikum wbt..
Kemusnahan fizikal yang biasanya mengiringi banjir besar sangat buruk. Apabila air bah surut, ia boleh memberikan ancaman yang lebih besar terhadap kesihatan dan keselamatan diri. Tidak ketinggalan kesan tekanan mental di kalangan mangsa-mangsa yang mengalami kerosakan kediaman, harta benda, ternakan, tanaman mahupun kehilangan orang tersayang. Rasa tidak bermaya, kurang tidur, resah gelisah, marah, hiperaktif dan sedikit murung adalah sesuatu yang normal dan akan berlalu pergi bersama masa.
Bagaimanapun, jika simptom-simptom berlarutan selepas beberapa minggu tragedi berlaku, perlulah mendapatkan pemeriksaan lanjut dan kaunseling. Pada musim banjir – baik semasa dan selepasnya, penyakit-penyakit berjangkit bawaan air seperti demam kepialu dan taun, selalunya mudah merebak jika langkah-langkah yang sewajarnya tidak diambil.
Gejala Penyakit
Gejala-gejala penyakit bawaan air selalunya hampir sama di antara satu sama lain seperti loya, muntah, cirit-birit, perut meragam, sakit otot-otot dan demam. Sekiranya gejala-gejala berkenaan serius dan berlarutan, mangsa hendaklah segera dibawa berjumpa doktor. Ini kerana, air bah akan menyebabkan bahan-bahan beracun ini naik ke permukaan dan memberikan kesan negatif kepada manusia.
Bagi mereka yang diarahkan berpindah diminta mematuhinya dan tidak terlalu mengikutkan perasaan tetapi lebih mengutamakan keselamatan nyawa mereka. Suasana yang sejuk menyebabkan seseorang lebih mudah terkena jangkitan. Berhati-hati apabila kembali semula ke kediaman selepas banjir kerana mungkin terdapat ancaman bahan kimia berbahaya, caj elektrik dan kebocoran gas.
Kesan tinggalan kulat selepas hujan juga boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit-penyakit berkaitan paru-paru dan pernafasan, dan boleh memburukkan lagi keadaan pesakit tersebut yang sedia ada.
Langkah-langkah Yang Patut Diambil Semasa Banjir :
- Berpindahlah dengan segera ke pusat-pusat pemindahan apabila diarah.
- Jangan biarkan kanak-kanak bermain air.
- Padamkan semua pesawat elektrik apabila pindah.
- Jangan sentuh dawai elektrik yang jatuh ke dalam air.
Bagaimana Kita Boleh Menjaga Kesihatan Kita di Pusat Pemindahan?
- Makan makanan yang dimasak sahaja. Elakkan makanan mentah seperti ulam-ulaman.
- Sentiasa minum air yang sudah dimasak.
- Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling.
- Patuhi nasihat yang diberikan oleh kakitangan kesihatan.
- Dapatkan segala suntikan jika diberi.
- Gunakan kemudahan asas yang disediakan seperti tandas, tong sampah dan sebagainya. (Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia).
- Gastroenteritis akut.
Demam Kepialu
Ia disebabkan oleh kuman Salmonella Typhi yang terdapat di dalam air kencing dan najis pesakit kepialu dan pembawanya yang akan mencemarkan bekalan air atau makanan. Pembawa merujuk kepada seseorang yang mempunyai kuman-kuman kepialu di dalam badannya tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda demam kepialu.
Pesakit akan mengalami sakit kepala yang amat sangat, perut meragam dan sakit, sembelit diikuti cirit-birit, demam tinggi dan berterusan tiga, empat minggu, badan ditumbuhi ruam, mengantuk, cakap merapu dan mungkin tidak sedarkan diri. Mereka boleh mengalami pendarahan dan bahagian yang dijangkiti di dalam ususnya boleh pecah.
Assalamualaikum
wbt,
Mesti
kita akan rasa seronok dan bahagia bila dapat melancong di tempat yang
mendamaikan. Tapi ada sesetengah cakap yang bila wanita hamil tak digalakkan
untuk melancong walhal SEBENARNYA WANITA HAMIL PUN BOLEH MELANCONG JUGAK..
Sebelum awak nak pergi melancong, buatlah perancangan dengan baik agar
kesihatan ibu dan anak tak terjejas. Maklumlah, bila berbadan dua nie, kena
lebih berhati-hati agar tak menyesal di kemudian hari.. Jom kita tengok tips
supaya wanita hamil pun boleh pergi melancong…
Waktu terbaik – Segalanya bergantung
kepada keadaan kesihatan kita ketika hamil. Sekiranya awak mengalami alahan,
waktu terbaik adalah ketika kandungan awak dah memasuki trimester pertengahan.
Percutian yang diselubungi rasa loya dan muntah-muntah sudah pasti akan hilang rasa
mood untuk pergi bercuti. Trimester pertama juga fasa awak dan bayi untuk
menyesuaikan diri, jadi risiko untuk keguguran adalah agak tinggi. Oleh hal
yang demikian, awak tak digalakkan untuk bercuti di awal kehamilan, begitu
jugak bila dah sarat, takut akan berlaku perkara yang tak diingini.
Pilihan destinasi – Kita disarankan untuk
memilih destinasi di dalam negara atau jika awak nak ke luar negara sekalipun,
pilihlah negara-negara di dalam Asia Tenggara. Percutian yang melibatkan jarak
yang cukup dekat ini adalah amat ideal dengan ibu yang hamil. Penerbangan yang
jauh dan memakan masa yang lama secara tak langsung akan membuatkan awak berasa
tak selesa. Sekiranya melibatkan destinasi yang jauh, awak perlu panjangkan
tempoh percutian agar dapat berehat secukupnya.
Perancangan teliti – Lebih mudah jika
percutian dirancang lebih awal dan bukan dibuat dalam keadaan yang
tergesa-gesa. Lakukan sedikit kajian tentang lokasi yang ingin awak lawati agar
percutian yang dirancang itu akan menjadi satu perkara yang menyeronokkan.
Tuliskan senarai apa yang patut dibawa termasuk ubat-ubatan jika perlu. Awak
perlu pastikan tiada keperluan yang tertinggal kerana akibatnya hanya awak yang
menanggung.
Bawa pakaian yang
sesuai – Awak
perlu ingat, ketika hamil awak memerlukan pakaian dan kasut yang selesa dan
bukan tampil cantik semata-mata. Sekiranya destinasi pilihan awak tue
memerlukan banyak berjalan, kasut sukan adalah pilihan yang paling tepat
sekali. Bawa pakaian secukupnya agar awak tak membazir waktu memilih pakaian mengandung
yang sesuai seperti kain kapas antara material pakaian pilihan ibu hamil yang
cukup selesa dan tak panas.
Makanan dan minuman –
Takala
awak melancong ke luar negara, perkara yang perlu awak titik beratkan ketika
menikmati makanan adalah tentang isu kebersihan. Jangan kerana mengikut selera
tekak, awak mencuba segala makanan yang disajikan. Ibu hamil perlu lebih
berhati-hati dalam isu ini dan cuba elakkan salad, ais krim atau makanan yang
dijual di tepi jalan, kerana dikhuatiri jika peniaga menggunakan air paip yang
tak dimasak dan ditapis.
Fikir dulu sebelum
ambil vaksin – Pilihan
yang terbaik adalah awak pilihlah destinasi yang tak memerlukan suntikan. Jika
nak jugak pergi ke destinasi pilihan awak tue, awak disarankan berbincang
dengan doktor sama ada suntikan yang bakal diambil ini membahayakan bayi atau
tidak. Sekiranya vaksin ini selamat, barulah awak teruskan niat awak untuk
melancong ke destinasi yang memerlukan awak mengambil vaksin.
Jadi,
pada awak yang tengah hamil tue, semoga tips ini dapat memberi sedikit ilmu
jika nak pergi melancong… Selamat bercuti yea!
Assalamualaikum wbt..
Dah lama rasanya tak join GA daripada rakan blogger sebagai tanda sokongan, jom kita sama-sama join GA daripada rakan saya nie..
Saya nak tag nama :-
Ain Athirah | Rabiahtul Adawiyah | AienieNKA
Best of luck..
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournalDah lama rasanya tak join GA daripada rakan blogger sebagai tanda sokongan, jom kita sama-sama join GA daripada rakan saya nie..
Saya nak tag nama :-
Ain Athirah | Rabiahtul Adawiyah | AienieNKA
Best of luck..
Assalamualaikum
wbt,
Setiap
pasangan suami isteri mesti akan dambakan romantik dalam perkahwinan, sama
seperti masa bercinta.. Tapi hakikatnya untuk kekal romantik seperti masa
bercinta dulu adalah agak sukar untuk dilakukan. Ini kerana selepas berkahwin,
pasangan ini tak perlu lagi untuk bekerja keras untuk mendapatkan cinta
daripada pasangan masing-masing. Jadi camne caranya untuk kekal romantik
sepanjang perkahwinan biarpun usia perkahwinan itu berpuluh-puluh tahun lamanya…
Jom
kita selidik…
v Dalam mengekalkan
suasana romantik, suami isteri hendaklah sering berbincang sesama sendiri
biarpun perkara itu adalah perkara yang kecil.
v Isteri hendaklah
memulakan sikap manja terhadap suami sama seperti masa bercinta dulu.
v Jangan meminta suami
melakukan sesuatu hanya kerana sakit hati. Kebencian suami adalah apabila dia
diminta untuk melakukan sesuatu yang sememangnya dia tak tahu untuk
melakukannya,
v Ramai suami yang tak
suka bila isteri menjawab, seolah-olah si isteri tahu segalanya. Jadi untuk
kekal romantik, si isteri perlu mendiamkan diri dan bertanyalah pada suami jika
tak tahu perkara itu.. Tapi jika isteri tahu perkara yang disebut oleh suami,
boleh dijawab tapi dengan nada yang perlahan dan tak meninggikan suara.
v Walaupun suami tak
pandai, isteri perlu beri penghormatan untuk mendengar pendapatnya dan
berbincanglah andai ada rasa perselisihan pendapat.
v Isteri jangan
bergaduh atau meninggikan suara pada suami, ini kerana bila dua-dua meluahkan
perasaan marah, pasti akan terkeluar perkataan dan ayat-ayat yang menghiris
perasaan. Seseorang perlu mendiamkan diri bila pasangan mereka berada dalam
keadaan marah.
v Jangan mencari
kesalahan pasangan masing-masing, sebaliknya sahutlah cabarannya dan betulkan
kesilapan kita.
v Sebagai isteri, kita
hendaklah menambat hati suami dengan layanan mesra yang kita ada dan mampu
berikan.
v Saling membantu
melakukan kerja rumah sama-sama, contohnya masa kemas rumah, buatlah sama-sama
agar kemesraan antara suami isteri akan menjadi kuat.
Semoga
ianya memberi manfaat kepada kita semua..
Assalamualaikum
wbt,
Camne
kita merasa bahagia dan kebahagiaan yang
camne yang kita cari selama ini? Bahagia bersama keluarga, kawan-kawan atau
bahagia bila melihat anak-anak kita membesar ataupun bahagia bila dapat memberi
kebahagiaan kepada orang yang disayangi. Malah memang tak dinafikan setiap
orang mempunyai cara yang tersendiri untuk mencipta dan mencari kebahagiaan.
Jadi,
saya nak berkongsi tips camne nak mencipta bahagia dan semoga ianya dapat
memberi ilham kepada awak yang sedang mencari kebahagiaan hidup..
Memberi – Awak yang sua memberi
adalah adalah awak yang suka membahagikan kebahagiaan. Bukan sekadar memberi
dalam bentuk material tapi juga bersedia untuk meluangkan masa, ambik berat dan
mempunyai rasa hormat pada orang lain.
Jujur – Bersikap jujur bukan
sekadar mengatakan perkara yang betul tapi berusaha untuk tak berbohong pada
diri sendiri ataupun pada orang lain.
Maaf – Semua orang tak
sempurna. Semua orang mempunyai kekurangan dan pernah melakukan kesalahan.
Jadi, mulai hari ini, cuba untuk berhenti menyalahkan diri dan cuba untuk
memaafkan diri sendiri.
Diam dan dengar – Bila orang
memperkatakan sesuatu tentang kita terutama perkara yang mengaibkan kita, dah
tentu akan timbul perasaan marah dan tak puas hati dalam diri kita. Adalah
lebih baik kita diam dan renungkan kembali apa yang diperkatakan oleh mereka
agar kita dapat menjadi lebih baik.
Seimbang – Keseimbangan adalah
kunci kepada kehidupan untuk kita merasa tenang dan bahagia. Janganlah kita
lakukan perkara yang berlebihan dan jangan sampai berkurangan.
Kekuatan – Setiap manusia
mempunyai dugaan hidup masing-masing dan terserah pada diri kita untuk
tersenyum di saat menghadapi dugaan ini. Namun, kita perlu kuat dan percara apa
yang berlaku pada diri kita akan berlalu daripada kehidupan. Dengan kekuatan
inilah yang membuatkan ada yang merasa bahagia dan yakin bahawa esok akan
menjadi lebih baik.
Tidak tergesa-gesa – Kadang kala terlalu
banyak perkara yang perlu dilakukan dan mengharapkan perkara yang kita lakukan
itu akan berjaya. Namun, tak semua yang diharapkan itu akan menjadi kenyataan
sehingga menimbulkan sakit hati. Jadi cubalah berusaha untuk menjadi lebih
ikhlas dan bersederhana.
Berehat seketika – Kita berlari laju
untuk menuju matlamat yang diinginkan. Jangan tergopoh gapah, berehatlah
seketika dan bukan terus berhenti berlari.
Bersyukur – Bersyukurlah dengan
apa yang ada miliki sekarang ini kerana belum tentu orang lain dapat lebih baik
daripada apa yang yang kita miliki sekarang.
Percaya – Percaya dan jangan
mudah putus asa. Kehidupan yang dilalui tak sesukar yang yang awak bayangkan.
Sokongan keluarga dan rakan-rakan sekeliling membantu kita untuk terus berdiri kukuh.
Menyanyi – Ia perkara yang mudah
untuk membuatkan kita bahagia. Pilihlah lagu-lagu yang menyenangkan dan dapat
meningkatkan rasa percaya diri. Menurut Dr. Reid Wilson, penulis buku Don’t Panic : Taking Control Of Anxiety
Attacks, menyanyilah dengan suara yang keras untuk membolehkan kita
melupakan masalah yang dihadapi.
Bergerak aktif – Duduk dalam bilik
tidur sepanjang hari dengan melayari laman sosial akan membuatkan kita tak
produktif. Ini kerana kita hanya melihat kebahagiaan orang lain melalui laman
sosial, sedangkan kita berhak untuk mendapat kebahagiaan lebih daripada itu.
Cubalah untuk bergerak dengan membersihkan rumah ataupun mengubah kedudukan
perabot dalam rumah. Seseorang yang berpeluh lebih mudah melepaskan tekanan dan
bahagia berbanding seseorang yang malas.
Bersama dengan orang
tersayang – Luangkan
masa bersama keluarga adalah salah satu sumber kebahagiaan kita. Tak perlu kita
mencari kebahagiaan dengan melancong ke luar negara tapi cukup dengan memasak
bersama ibu atau mengimbau kembali kenangan lama bersama dengan orang yang
dicintai.
Tersenyum – Satu penelitian
daripada University Of Wisconsin mengatakan
seseorang yang sentiasa tersenyum akan menghilangkan emosi negative,
menghilangkan rasa cemas dan membuatkan kita menjadi cantik secara semula jadi.
Semoga
tips ini akan membantu kita semua untuk mencipta kebahagiaan yang kita cari
selama ini..
Assalamualaikum
wbt,
Bila
tengok kesan kehitaman di bahagian tersembunyi, mesti kita akan rasa geram dan
merasa rendah diri.. Selain daripada kulit wajah, bahagian-bahagian yang
tersembunyi nie jugak memerlukan penjagaan yang rapi agar kita menjadi lebih
yakin dengan diri sendiri.. Awak tau, selain daripada produk kecantikan yang
ada kalanya tak menjadi, apa kata kita cuba pulak dengan cara alami. Jom kita
buat..
Bahan-bahan
Limau
nipis
Bedak
tawas
Madu
Cara penyediaan
Campurkan
limau nipis, bedak tawas dan madu dan gaulkan sebati. Sapukan di bahagian yang
bermasalah sama ada di bawah lengan, leher, tepi peha dan sebagainya. Biarkan
seketika sebelum dibilas dengan air bersih. Ada lagi cara mudah, awak belah dua
limau nipis, kemudian gosok perlahan-lahan secara membulat. Awak boleh buat
sebelum mandi dan jika dilakukan secara rutin, ianya pasti akan berhasil. Namun
jika ia langsung tak menunjukkan perubahan, mungkin dah tiba masanya awak
berjumpa pakar untuk khidmat nasihat dan mendapatkan rawatan.
Bahan-bahan
Daun
sirih
Segenggam
beras
Cara penyediaan
Kisar
segenggam beras sehingga halus, kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih
sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati.
Sebelum mandi, awak lumurkan dulu campuran sirih dan beras tadi ke seluruh
tubuh badan terutama di bahagian ketiak dan celah peha. Kemudian awak
gosok-gosokkan campuran tue dengan perlahan sehingga semua bahan yang telah
dilumur tanggal daripada badan. Petua nie dikatakan bukan saja menjadikan kulit
kita menjadi halus, malah ia juga akan membantu menanggalkan daki dan kesan
hitam..
Dah
tau cara kan… Selamat mencuba…!
Assalamualaikum wbt..
Sebiji mutiara yang berusia 8000 tahun dan dipercayai adalah yang tertua di dunia telah dijumpai di Abu Dhabi.. Mutiara ini dikatakan berasal daripada Zaman Neolitik adalah merupakan barang dagangan waktu ketika zaman itu. Mutiara semula jadi nie ditemui di lantai sebuah bilik yang ditemukan ketika proses menggali di Pulau Marawah di luar Emiriah Arab Bersatu (UAE)...
Mengikut kata Pengerusi Jabatan Kebudayaan Dan Pelancongan Abu Dhabi, Mohamed Al-Muabarak, lapisan mutiara tersebut mengandungi karbon dari tahun 5600 hingga 5800 sebelum Masihi. Mutiara ini akan dipamerkan buat pertama kalinya dalam pamerah 10,000 tahun kemewahan di Louvre Abu Dhabi yang akan bermula pada 30 Oktober ini. Pakar sejarah UAE percaya yang mutiara ini didagangkan dengan Mesopotamian, Iraq Purba sebagai pertukaran dengan seramik dan barangan lain. Pedagang permata Venetian Gasparo Balbi yang mengembara ke rantau itu menyebut pulau di luar perairan Abu Dhabi sebagai sumber mutiara pada abad ke-16..
Wah, untungnya kalau dapat mutiara yang dikatakan berada di zaman lain, kan.. Agak-agak boleh ke nak gali tanah kat rumah tue, mana tau kot-kot ada jumpa fossil ke kan..hihihi😁😁😁
Assalamualaikum wbt..
Sebenarnya saya baru terbaca dalam blog library saya, di mana saya pun dah lupa tentang sejarah yang berlaku pada bulan Oktober dalam negara kita.. Ada yang tahu tak..? Kalau ada yang tak tahu jom kita baca apakah yang berlaku sepanjang bulan Oktober dalam negara kita nie...
KERETA API BUKIT BENDERA
21 Oktober 1923 - Perkhidmatan kereta api kabel di Bukit Bendera, Pulau Pinang atau dahulu dikenali sebagai 'Penang Hill' mula beroperasi. Bukit yang ketinggian 830 meter dari paras laut itu merupakan bukit yang pertama di negara ini mempunyai stesen kereta api.
Usaha untuk membangunkan perkhidmatan kereta api kabel di Bukit Bendera dibuat oleh Kerajaan Negeri-Negeri Selat selepas Perang Dunia Pertama. Perkhidmatan kereta api kabel pertama di Asia Tenggara ini dirasmikan oleh Sir Lairence Nunns Gulliemard, Gabenor Negeri-Negeri Selat pada 1 Januari 1924. Kereta api kabel dengan gerabak yang diperbuat daripada kayu ini digunakan hampir 55 tahun, sebelum digantikan dengan gerabak buatan Swiss yang lebih moden dan besar ditempah daripada Swiss Enginerring Work Hubegger Limited dengan harga RM2.3 juta. Gerabak baru tersebut mampu memuatkan penumpang sebanyak 80 orang bagi satu perjalanan.
Kini, kereta api kabel rekaan Arnold R. Johnson itu menjadi bahan sejarah untuk tatapan umum. Kereta api itu sekarang dipamerkan di puncak Bukit Bendera dan di Muzium Negara, Kuala Lumpur.
MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
1 Oktober 1963 - Mahkamah Persekutuan Tanah Melayu dirasmikan oleh Peguam Negara, Datuk C.M. Sheridan. Upacara bersejarah tersebut berlangsung di Bangunan Mahkamah Persekutuan Kuala Lumpur.
Mahkamah Persekutuan dianggotai Ketua Hakim Negara sebagai Ketua, dua orang Hakim Besar dan empat orang Hakim Persekutuan. Pelantikan tersebut diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selepas mendapat nasihat daripada Perdana Menteri. Ketua Hakin Negara pertama adalah Datuk James B. Thomson yang berkhidmat sejak 1963 sehingga 1966.
Penubuhan Mahkamah Persekutuan memberikan impak yang sangat besar ertinya untuk sebuah negara yang baru mencapai kemerdekaan. Hal ini demikian kerana penubuhan Mahkamah Persekutuan disifatkan sebagai reformasi kepada sistem kehakiman di negara ini.
MENARA KUALA LUMPUR
1 Oktober 1996 - Menara Kuala Lumpur yang terletak di Bukit Nanas dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad. Menara yang dibina bagi tujuan mempertingkatkan khidmat telekomunikasi dan sistem pemancar di negara ini terletak 515 meter dari aras laut dengan ketinggian 421 meter.
Kerja-kerja asas pembinaannya dimulakan pada Oktober 1991 dan pembinaan menara tersebut dimulakan pada 1993 dan siap sepenuhnya pada 1996. Arkitek pembinaan menara ini ialah Datuk Nik Mohammed Nik Mahmud. Keistimewaan menara ini terletak pada kubah di pintu masuk ke lobi yang dihiasi dengan kepingan cermin mozek yang dibuat oleh pekerja dari Isfahan, Iran. Reka bentuknya dipengaruhi seni bina Islam, Jerman, Perancis dan tempatan, manakala hiasan dalamannya berkonsepkan seni bina Islam.
Menara Kuala Lumpur merupakan menara telekomunikasi kelima tertinggi di dunia selepas Menara CN di Kanada, Menara Ostankino di Rusia, Menara Shanghai di China dan Borj-e Milad di Iran.
Setiap orang mesti ada impian untuk memiliki kediaman yang diidamkan.. Tapi sebelum kita nak beli rumah, kita kena tahu langkah-langkah sebelum nak beli rumah nie.. Yealah, orang kata, perlu ada perancangan terlebih dulu sebelum sesuatu perkara itu dilakukan.. Jom kita selidik apakah langkah-langkah yang perlu diambil sebelum beli rumah..
Hitung dahulu kemampuan kewangan
Untuk membeli sesebuah rumah, pastikan kemampuan kewangan anda samada layak atau tidak untuk membeli rumah tersebut. Fikirkan juga sama ada anda ingin membeli rumah baru atau rumah terpakai.
Pastikan juga apabila anda membeli rumah, keperluan lain tidak akan terabai. Jangan kerana inginkan rumah yang besar dan luas, anda dan pasangan terpaksa mengikat perut. Belilah rumah mengikut kemampuan anda bukan kerana terikut-ikut dengan rakan-rakan. Perlu diingatkan bahawa lebih baik membeli kediaman sederhana besar daripada membeli kediaman yang besar tetapi anda terpaksa membayar ansurannya dalam tempoh yang terlalu lama kerana ada bank yang menawarkan pembiayaan perumahan sehingga usia 70 tahun. Lebih elok jika beli kediaman yang boleh diselesaikan bayaran pinjaman bulanannya sebelum anda bersara. Hal ini adalah kerana apabila pembiayaan perumahan telah selesai, anda dapat bersara dengan hati yang tenang.
Hitung kemampuan membeli rumah
Bank umumnya hanya akan membayar 90% dari harga rumah, dan bakinya iaitu 10% akan dilangsaikan oleh anda yang biasanya diambil melalui simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Setelah menentukan kemampuan kewangan dan kemampuan membeli rumah, barulah anda mencari rumah yang sesuai untuk anda. Ada beberapa pilihan untuk anda iaitu :-
a) Rumah baru
Harganya agak murah sedikit berbanding rumah terpakai (mengikut nilai harga rumah tersebut). Namun menunggu rumah untuk siap sepenuhnya memakan masa agak lama, sekurang-kurangnya dua tahun. Dalam tempoh tersebut anda perlu menyewa.
b) Rumah terpakai
Rumah ini sebenarnya mempunyai pilihan yang menarik. Selain lokasinya yang lebih dekat strategik kerana terletak di kawasan yang sudah lengkap segala-galanya, membeli rumah terpakai memberikan anda ' jiran segera ' apabila anda berpindah nanti.
Rumah terpakai lebih menguntungkan (dalam lingkungan 10 hingga 20 tahun) terutama dari segi lokasinya namun rumah baru sebenarnya merupakan pilihan yang terbaik. Di samping harganya lebih murah, keadaan bangunannya masih baik.
Faktor lain perlu diambil kira
Adakah anda merancang membeli rumah baru tahun ini? Sebelum membuat keputusan untuk membeli kediaman, lebih baik anda melakukan beberapa kajian dan pemerhatian untuk mendapatkan sebanyak mungkin info bagi membantu anda. Tidak rugi jika anda membuat kajian dan pemerhatian kerana yang untung pun anda juga. Berikut beberapa perkara yang perlu anda ambil kira sebelum bersetuju untuk membeli sesebuah kediaman :-
i) Pengangkutan
Pastikan kawasan perumahan anda mudah untuk 'dicapai' menggunakan kenderaan awam jika anda tidak memiliki kenderaan. Pilihan kenderaan awam seperti bas, teksi atau yang lebih praktikal seperti kemudahan LRT memberi kelebihan kepada anda namun biasanya lokasi sebegini lebih mahal harganya.
ii) Sekolah
Jika anda ada anak yang bersekolah, pastikan juga lokasi tempat tinggal baru anda berhampiran dengan sekolah bagi memudahkan anak-anak anda ke sekolah. Pastikan juga jarak ke sekolah tidak terlalu jauh daripada rumah anda bagi mengelakkan anak-anak anda terpaksa berulang alik dalam jarak yang jauh.
iii) Kedai runcit
Pastikan juga lokasi rumah baru anda memiliki kedai-kedai yang sudah beroperasi untuk memudahkan anda membeli barang-barang keperluan. Setidak-tidaknya satu pasar mini sudah memadai.
iv) Kawasan beriadah
Apabila anda memilih untuk membeli rumah di kawasan perumahan yang serba lengkap, pastikan juga kawasan perumahan baru anda memiliki taman permainan kanak-kanak, padang tenis, padang bola dan taman untuk beriadah. Biasanya setiap kawasan perumahan baru diwajibkan untuk menyediakan semua keperluan tersebut.
v) Klinik dan hospital
Kemudahan klinik dan hospital amat penting kerana kita tidak tahu bila masanya kita akan jatuh sakit dan sebagainya. Oleh itu, pastikan juga ketika hendak membeli rumah baru, kawasan perumahan itu berhampiran dengan klinik dan juga hospital.
vi) Dewan orang ramai
Dewan orang ramai juga amat penting untuk kegunaan penghuni di sesebuah taman perumahan. Namun bukan semua kawasan perumahan menyediakan kemudahan ini tetapi jika ada, ini lebih baik.
vii) Masjid
Kehidupan rohani yang sihat sangat penting. Oleh itu, masjid juga perlu diberi keutamaan apabila anda memilih untuk membeli rumah di kawasan perumahan baru.
Assalamualaikum wbt..
Agak lama rasanya saya tak berkongsi tips dengan awak kan.. Okey, kita memang selalu cuci rambut, lebih-lebih pada wanita yang bertudung.. Tapi adakah kita benar-benar mencuci rambut sama seperti macam salon buat..? Dengan teknik cuci yang betul, kesihatan pada rambut dapat dijaga dan menjadi lebih sihat, bermaya dan lebih bersinar tapi dalam masa yang sama jika kita membuat kesilapan, ia boleh merosakkan helaian rambut tanpa kita sedar..
Jadi, camne nak cuci rambut agar tak rosak dan menjadi lebih bersinar..? Jom kita baca tips nie dan amalkan...
Bermula dengan bilasan - Cuci rambut awak dengan menggunakan syampu, dan gunakan air suam untuk membuka kulit ari kepala dan menghapuskan kotoran atau produk yang terperangkap pada rambut. Air suam ini juga merenggangkan minyak melalui kulit kepala dan membuka kulit ari kepala supaya ia mampu menyerap minyak.
Gunakan perapi jika rambut panjang - Selepas membilas syampu, buangkan air yang ada pada rambut sebelum menggunakan perapi. Penggunaan perapi adalah langkah terakhir dalam mencuci rambut. Semakin lama perapi dibiarkan pada rambut kita, ia lebih baik kerana perapi ini akan menyerap tapi janagan biarkan perapi terkena pada kulit ari kepala kerana aia akan menyebabkan rambut berminyak. Kita perlu lindungi hujung rambut yang rapuh daripada menjadi kering dan kerosakan yang lebih teruk jika kita menggunakan perapi terlebih dulu sebelum syampu. Ini untuk memastikan hujung rambut menjadi lebih sihat, lebih lembap, licin dan bersinar.
Sehingga berbuih tetapi hanya pada kulit kepala - Pastikan buih syampu itu sampai ke akar rambut. Ini adalah untuk membersihkan rambut kita yang berminyak atau kering secara menyeluruh. Jangan gunakan terlalu banyak syampu tapi jika awak mempunyai rambut yang panjang ataupun jenis rambut lebat, awak boleh gunakan syampu dua kali ganda untuk membersihkan rambut.
Lakukan dengan lembut - Menggaru terlalu banyak dan secara kuat boleh merosakkan kulit ari kepala dan jugak boleh merosakkan rambut yang ikal. Cuci rambut dengan lembut dan berhati-hati. Urutan secara menegak dan tekanan yang sederhana dapat meningkatkan aliran darah ke kulit kepala dan merangsang pertumbuhan rambut.
Jangan ulangi bilas - Walaupun ada arahan pada belakang syampu, ulang bilas dan tak perlu mencuci sehingga dua kali, kecuali jika rambut yang sangat kotor serta syampu yang pertama tak menghasilkan buih.
Bilas dengan air sejuk - Air sejuk akan menutup kulit ari kepala bagi memastikan rambut kita lebih bersinar..
Jadi, nak lebih rambut yang sihat dan bersinar, bolehlah cuba teknik nie.. Selamat mencuba!
Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah, saya nak ucap banyak-banyak terima kasih pada awak yang masih lagi mengikuti perkembangan saya, walaupun saya dah makin jarang update jurnal nie, tapi saya akan pastikan ianya terus hidup, kerana inilah diari hidup saya..
Sebagai menghargai pada awak yang tak putus-putus menyokong saya dan bersempena dengan genap 17 tahun saya berkhidmat untuk negara pada bulan ini, SEMUA TOP COMMENTATOR yang telah disenaraikan pada bulan ini akan menerima hadiah kecil daripada saya..
Yea, inilah nama-nama yang tersenarai pada Top Commentator pada bulan ini dan mereka semua akan menerima hadiah kecil daripada saya.. Jadi, pada nama-nama yang bertuah nie, saya mohon untuk awak hantarkan sertakan nama penuh, alamat lengkap dan nombor telefon untuk tujuan pengeposan pada nombor whatsapp saya https://pengeposan.wasap.my
Selain daripada hadiah kecil yang akan diposkan, saya telah buat bloglist yang istimewa untuk semua Top Commentator pada bulan ini...
TAHNIAH SEKALI LAGI dan TERIMA KASIH KERANA MENYOKONG SAYA..!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons