Setiap orang mesti ada impian untuk memiliki kediaman yang diidamkan.. Tapi sebelum kita nak beli rumah, kita kena tahu langkah-langkah sebelum nak beli rumah nie.. Yealah, orang kata, perlu ada perancangan terlebih dulu sebelum sesuatu perkara itu dilakukan.. Jom kita selidik apakah langkah-langkah yang perlu diambil sebelum beli rumah..
Hitung dahulu kemampuan kewangan
Untuk membeli sesebuah rumah, pastikan kemampuan kewangan anda samada layak atau tidak untuk membeli rumah tersebut. Fikirkan juga sama ada anda ingin membeli rumah baru atau rumah terpakai.
Pastikan juga apabila anda membeli rumah, keperluan lain tidak akan terabai. Jangan kerana inginkan rumah yang besar dan luas, anda dan pasangan terpaksa mengikat perut. Belilah rumah mengikut kemampuan anda bukan kerana terikut-ikut dengan rakan-rakan. Perlu diingatkan bahawa lebih baik membeli kediaman sederhana besar daripada membeli kediaman yang besar tetapi anda terpaksa membayar ansurannya dalam tempoh yang terlalu lama kerana ada bank yang menawarkan pembiayaan perumahan sehingga usia 70 tahun. Lebih elok jika beli kediaman yang boleh diselesaikan bayaran pinjaman bulanannya sebelum anda bersara. Hal ini adalah kerana apabila pembiayaan perumahan telah selesai, anda dapat bersara dengan hati yang tenang.
Hitung kemampuan membeli rumah
Bank umumnya hanya akan membayar 90% dari harga rumah, dan bakinya iaitu 10% akan dilangsaikan oleh anda yang biasanya diambil melalui simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Setelah menentukan kemampuan kewangan dan kemampuan membeli rumah, barulah anda mencari rumah yang sesuai untuk anda. Ada beberapa pilihan untuk anda iaitu :-
a) Rumah baru
Harganya agak murah sedikit berbanding rumah terpakai (mengikut nilai harga rumah tersebut). Namun menunggu rumah untuk siap sepenuhnya memakan masa agak lama, sekurang-kurangnya dua tahun. Dalam tempoh tersebut anda perlu menyewa.
b) Rumah terpakai
Rumah ini sebenarnya mempunyai pilihan yang menarik. Selain lokasinya yang lebih dekat strategik kerana terletak di kawasan yang sudah lengkap segala-galanya, membeli rumah terpakai memberikan anda ' jiran segera ' apabila anda berpindah nanti.
Rumah terpakai lebih menguntungkan (dalam lingkungan 10 hingga 20 tahun) terutama dari segi lokasinya namun rumah baru sebenarnya merupakan pilihan yang terbaik. Di samping harganya lebih murah, keadaan bangunannya masih baik.
Faktor lain perlu diambil kira
Adakah anda merancang membeli rumah baru tahun ini? Sebelum membuat keputusan untuk membeli kediaman, lebih baik anda melakukan beberapa kajian dan pemerhatian untuk mendapatkan sebanyak mungkin info bagi membantu anda. Tidak rugi jika anda membuat kajian dan pemerhatian kerana yang untung pun anda juga. Berikut beberapa perkara yang perlu anda ambil kira sebelum bersetuju untuk membeli sesebuah kediaman :-
i) Pengangkutan
Pastikan kawasan perumahan anda mudah untuk 'dicapai' menggunakan kenderaan awam jika anda tidak memiliki kenderaan. Pilihan kenderaan awam seperti bas, teksi atau yang lebih praktikal seperti kemudahan LRT memberi kelebihan kepada anda namun biasanya lokasi sebegini lebih mahal harganya.
ii) Sekolah
Jika anda ada anak yang bersekolah, pastikan juga lokasi tempat tinggal baru anda berhampiran dengan sekolah bagi memudahkan anak-anak anda ke sekolah. Pastikan juga jarak ke sekolah tidak terlalu jauh daripada rumah anda bagi mengelakkan anak-anak anda terpaksa berulang alik dalam jarak yang jauh.
iii) Kedai runcit
Pastikan juga lokasi rumah baru anda memiliki kedai-kedai yang sudah beroperasi untuk memudahkan anda membeli barang-barang keperluan. Setidak-tidaknya satu pasar mini sudah memadai.
iv) Kawasan beriadah
Apabila anda memilih untuk membeli rumah di kawasan perumahan yang serba lengkap, pastikan juga kawasan perumahan baru anda memiliki taman permainan kanak-kanak, padang tenis, padang bola dan taman untuk beriadah. Biasanya setiap kawasan perumahan baru diwajibkan untuk menyediakan semua keperluan tersebut.
v) Klinik dan hospital
Kemudahan klinik dan hospital amat penting kerana kita tidak tahu bila masanya kita akan jatuh sakit dan sebagainya. Oleh itu, pastikan juga ketika hendak membeli rumah baru, kawasan perumahan itu berhampiran dengan klinik dan juga hospital.
vi) Dewan orang ramai
Dewan orang ramai juga amat penting untuk kegunaan penghuni di sesebuah taman perumahan. Namun bukan semua kawasan perumahan menyediakan kemudahan ini tetapi jika ada, ini lebih baik.
vii) Masjid
Kehidupan rohani yang sihat sangat penting. Oleh itu, masjid juga perlu diberi keutamaan apabila anda memilih untuk membeli rumah di kawasan perumahan baru.
good sharing
ReplyDeleteBetul tu. Banyak nak kena amek kira.. Thanks for share sis! ^^
ReplyDeleteBagus info ni mmg Ada ken mengena dgn mama ni
ReplyDeleteKalau boleh memang nak semua kemudahan ada dekat dengan rumah yang nak dibeli/bina.
ReplyDeletetips bagus ni..hehe
ReplyDeleteBagus menarik tips ini
ReplyDelete