Wanita hamil pun boleh melancong, ini caranya!

Tuesday, October 29, 2019



Assalamualaikum wbt,
Mesti kita akan rasa seronok dan bahagia bila dapat melancong di tempat yang mendamaikan. Tapi ada sesetengah cakap yang bila wanita hamil tak digalakkan untuk melancong walhal SEBENARNYA WANITA HAMIL PUN BOLEH MELANCONG JUGAK.. Sebelum awak nak pergi melancong, buatlah perancangan dengan baik agar kesihatan ibu dan anak tak terjejas. Maklumlah, bila berbadan dua nie, kena lebih berhati-hati agar tak menyesal di kemudian hari.. Jom kita tengok tips supaya wanita hamil pun boleh pergi melancong…

Waktu terbaik – Segalanya bergantung kepada keadaan kesihatan kita ketika hamil. Sekiranya awak mengalami alahan, waktu terbaik adalah ketika kandungan awak dah memasuki trimester pertengahan. Percutian yang diselubungi rasa loya dan muntah-muntah sudah pasti akan hilang rasa mood untuk pergi bercuti. Trimester pertama juga fasa awak dan bayi untuk menyesuaikan diri, jadi risiko untuk keguguran adalah agak tinggi. Oleh hal yang demikian, awak tak digalakkan untuk bercuti di awal kehamilan, begitu jugak bila dah sarat, takut akan berlaku perkara yang tak diingini.

Pilihan destinasi – Kita disarankan untuk memilih destinasi di dalam negara atau jika awak nak ke luar negara sekalipun, pilihlah negara-negara di dalam Asia Tenggara. Percutian yang melibatkan jarak yang cukup dekat ini adalah amat ideal dengan ibu yang hamil. Penerbangan yang jauh dan memakan masa yang lama secara tak langsung akan membuatkan awak berasa tak selesa. Sekiranya melibatkan destinasi yang jauh, awak perlu panjangkan tempoh percutian agar dapat berehat secukupnya.

Perancangan teliti – Lebih mudah jika percutian dirancang lebih awal dan bukan dibuat dalam keadaan yang tergesa-gesa. Lakukan sedikit kajian tentang lokasi yang ingin awak lawati agar percutian yang dirancang itu akan menjadi satu perkara yang menyeronokkan. Tuliskan senarai apa yang patut dibawa termasuk ubat-ubatan jika perlu. Awak perlu pastikan tiada keperluan yang tertinggal kerana akibatnya hanya awak yang menanggung.

Bawa pakaian yang sesuai – Awak perlu ingat, ketika hamil awak memerlukan pakaian dan kasut yang selesa dan bukan tampil cantik semata-mata. Sekiranya destinasi pilihan awak tue memerlukan banyak berjalan, kasut sukan adalah pilihan yang paling tepat sekali. Bawa pakaian secukupnya agar awak tak membazir waktu memilih pakaian mengandung yang sesuai seperti kain kapas antara material pakaian pilihan ibu hamil yang cukup selesa dan tak panas.

Makanan dan minuman – Takala awak melancong ke luar negara, perkara yang perlu awak titik beratkan ketika menikmati makanan adalah tentang isu kebersihan. Jangan kerana mengikut selera tekak, awak mencuba segala makanan yang disajikan. Ibu hamil perlu lebih berhati-hati dalam isu ini dan cuba elakkan salad, ais krim atau makanan yang dijual di tepi jalan, kerana dikhuatiri jika peniaga menggunakan air paip yang tak dimasak dan ditapis.

Fikir dulu sebelum ambil vaksin – Pilihan yang terbaik adalah awak pilihlah destinasi yang tak memerlukan suntikan. Jika nak jugak pergi ke destinasi pilihan awak tue, awak disarankan berbincang dengan doktor sama ada suntikan yang bakal diambil ini membahayakan bayi atau tidak. Sekiranya vaksin ini selamat, barulah awak teruskan niat awak untuk melancong ke destinasi yang memerlukan awak mengambil vaksin.


Jadi, pada awak yang tengah hamil tue, semoga tips ini dapat memberi sedikit ilmu jika nak pergi melancong… Selamat bercuti yea!


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



6 comments

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧