Wordless

Sunday, October 06, 2019



Assalamualaikum, 
Maaf kerana lama tak update jurnal, ini kerana saya masih lagi dalam mood pemulihan walau dari jauh sudut di hati nie memang nak sangat update.. Tapi ditambah pula dengan kerja hakiki dan kerja sampingan, menyebabkan badan rasa tak bermaya.. 

Ooo lupa.. Baru-baru nie library saya kini telah berubah rupa, nanti saya upload gambar sebelum dan selepas renovation library.. Itulah salah satu sebab saya makin jarang nak update jurnal nie..

So, bila tengok gambar nie, itulah yang selalu bermain di fikiran terutamanya senarai yang berimpikan rumah ada library.. Insha Allah satu hari nanti saya akan laksanakannya, kerana ikut perancangan, saya nak buat renovation rumah pada tahun depan.. Awak doa² lah agar impian saya terlaksana.. Tapi sebenarnya di sebalik nak renovate rumah, saya nak perbaiki rumah saya nie, maklumlah umur rumah nie tahun depan genap 10 tahun, so ada banyak lah kerosakan yang berlaku.. Alang-alang nak baiki kerosakan, saya nak buat renovate sekali.. 

Saya pasti pada awak yang suka baca buku tue atau lebih dikenali sebagai si ulat buku, ada impian nak buat mini library kat rumah kan.. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



12 comments

  1. Bestnya akak. Ain pun mmg dag aim nnti ada rumah sndiri nak ada datu bilik khas utk buku je heheh

    ReplyDelete
  2. wahh! saya pun suka kalau ada mini library dalam rumah..

    ReplyDelete
  3. buku2 ammi banyak yg ammi dah parking di rumah mama ammi kat Seremban sbb ada tempat khas utk buku. Kalau rumah ammi ni mmg xde ruanglah sbb rumah kecik je

    ReplyDelete
  4. Selamat mengulat buku
    Mudah2an impian akan tercapai

    ReplyDelete
  5. Syiokny da mini library. Masa bujang suka berangan nk ada mini library. Sekrang ni cuma nak da office sendiri je. haha

    ReplyDelete
  6. membaca itu bukankah jambatan ilmu :)

    ReplyDelete
  7. tetiba arini mama tertanya ttg shikin tuyg dtg sini. semoga apa jua yg shikin hadapi akan ada jalan keluarnya ye.. mama doakan

    ReplyDelete
  8. CT tak adalah rajin sangat membaca but my mom is.. kena buat rak khas nk letak buku2 dia. and now macam da sendat da nampak. xdela ada mini library..

    ReplyDelete
  9. Tak sabar nak tengok rupa selepas tu. nanti share ye

    ReplyDelete
  10. Dulu suka baca buku tapi makin dewasa ni dah jadi malas pulak. Huhu

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧