Assalamualaikum wbt..
Okey, lama betul saya tak kongsi ilmu dan info kat awak kan.. Maafla sebab sekarang nie saya tengah sibuk dengan kerja hakiki dan EKSA.. Sesiapa yang kerja dengan sektor kerajaan pasti tau apa itu EKSA kan.. hihihi.. Okey, kalau bulan lepas ada sejarahnya tersendiri, bulan nie pun ada sejarahnya yang tersendiri yang terjadi dalam negara kita.. Jom kita baca buku sejarah.. 😄
PEMBUNUHAN J.W.W. BIRCH
2 November 1875 - Residen Inggeris, J.W.W. Birch dibunuh di Pasir Salak, Perak setalah diserang oleh empat orang pejuang Melayu iaitu Seputum, Pandak Indut, Che Gondah dan Ngah Ahmad. Birch dilantik sebagai Residen Perak pada 14 Disember 1874 berikutan termenterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874.
Sebagai Residen, Birch diberikan tugas sebagai penasihat dalam semua perkara kecuali perkara yang berkaitan dengan Hal Ehwal Agama Islam dan adat istiadat Melayu. Sebagai seorang yang tidak fasih berbahasa Melayu, Birch tidak mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat setempat ditambah dengan kejahilannya mengenai adat istiadat orang Melayu, serta memandang rendah pada kebolehan Sultan dan pembesar-pembesarnya.
Dalam melaksanakan sistem pungutan dan kawalan cukai Inggeris, Birch mengisytiharkan bahawa pungutan cukai hanya boleh dijalankan oleh pemungut yang dilantik oleh Residen Inggeris. Akibat tindakannya, Birch ditentang oleh Datuk Maharaja Lela dan Sultan Perak, Sultan Abdullah. Akibatnya pada 2 November Birch diserang dan terbunuh dalam kejadian tersebut.
PERASMIAN BANGUNAN PARLIMEN
2 November 1963 - Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullai, merasmikan pembukaan bangunan Parlimen yang menjadi lambang demokrasi di Malaysia. Bangunan Parlimen yang terletak di Tasik Perdana, Kuala Lumpur, berharga RM16 juta dan kerja-kerja pembinaannya bermula pada tahun 1960. Reka bentuk bangunan tersebut dibuat oleh seorang arkitek dari Jabatan Kerja Raya. Bangunan Parlimen dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bangunan tiga tingkat dikenali sebagai Dewan Utama, manakala bahagian kedua setinggi 18 tingkat dikenali sebagai Bahagian Menara.
PEMBUKAAN RASMI ZOO NEGARA
14 November 1963 - Zoo Negara dibuka dengan rasminya oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Sebelum penubuhan Zoo Negara secara rasmi, sebuah zoo mini diwujudkan dan diuruskan oleh The Malayan Agri-Horticultural Association (MAHA).
Berikutan sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai, beberapa lokasi dicadangkan untuk dijadikan Zoo Negara dan akhirnya Hulu Kelang dipilih sebagai lokasi yang paling sesuai. Dengan sumbangan RM1.25 juta daripada Kerajaan Persekutuan, 36 ekar hutan belukar ini ditukar menjadi taman zoologi. Pada awal pembukaannya, pelawat dikenakan bayaran masuk sebanyak RM0.50 bagi dewasa dan RM0.30 bagi kanak-kanak. Ketika itu hanya terdapat seekor harimau Indo-China, tiga ekor orang utan, dan enam ekor buaya muara.
Kini Zoo Negara menempatkan lebih 5446 ekor haiwan daripada 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan. Lebih 85% daripada haiwan yang dilindungi diklasifikasikan sebagai Haiwan Terancam, Haiwan Bakal Pupus serta Haiwan Hampir Pupus.
*p/s: Kesemua gambar ini adalah sumber daripada Google Images
Assalamualaikum wbt..
Jom join segmen dari rakan baru saya..
Tarikh akhir segmen ini berlangsung sehingga 17 November 2019..
Klik pada banner untuk join..
Best of luck..
Assalamualaikum wbt...
Salam Maulidur Rasul kepada awak semua.. So, bila dah cuti-cuti nie, barulah ada berkelapangan nak update kan.. Okey, macam biasa, setiap bulan saya akan umumkan siapakah yang berjaya memasuki carta bulanan saya dan pada yang bertuah akan menerima sedikit hadiah kecil dari saya, tanda terima kasih kerana sudi mengunjungi jurnal ini..
Okey, TAHNIAH diucapkan kepada 10 orang sahabat saya yang memasuki carta bulanan saya pada bulan ini.. Saya nak ucapkan 'Selamat Kembali' ke dalam carta bulanan saya pada Siti Yang Menaip dan 'Selamat Datang' kepada dua rakan baru yang memasuki carta ini iaitu SalbiahM dan Cik Puan Rrai..
Kepada SalbiahM dan Cik Puan Rrai, TAHNIAH saya ucapkan kerana awak berdua bertuah untuk menerima hadiah kecil daripada saya. Saya harap agar awak dapat memberi details awak kepada saya seperti nama penuh, alamat lengkap dan nombor telefon kepada saya https://pengeposan.wasap.my/ untuk tujuan pengeposan hadiah...
Seperti biasa jugak, 10 orang rakan saya ini akan dimasukkan ke dalam bloglist khas sehingga 30 November ini.. TAHNIAH diucapkan sekali lagi dan terima kasih kerana terus menerus menyokong saya dalam jurnal ini..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons