Assalamualaikum wbt...
Setiap alam pekerjaan yang dilalui, pasti kita akan merasai alam persaraan.. Mesti ramai di kalangan kita berangan-angan nak menikmati hidup sebagai seorang pesara yang bebas segalanya, tapi mungkin jugak kita akan dibebani dengan pelbagai masalah seperti masih ada anak yang bersekolah / masuk universiti, anak yang nak melangsungkan perkahwinan ataupun pasangan kita mengalami masalah kesihatan.
Jika kita mempunyai tempoh persaraan 10 sehingga 15 tahun lagi, kita perlu membuat perancangan seperti menabung dari sekarang supaya dapat menghadapi hidup bersara dengan lebih selesa. Ini dapat membantu kita dalam menjalani kehidupan apatah lagi jika kita berstatus ibu tunggal / bapa tunggal yang mempunyai komitmen yang tinggi untuk keluarga.. Tapi seeloknya mulalah menabung daripada awal lagi terutama pada golongan muda yang baru mulakan alam pekerjaan..
Untuk itu, panduan ini mungkin akan sedikit sebanyak dapat membantu kita bagaimana untuk merancang pelan persaraan secara berhemah...
Bajet - Sesiapa saja perlu merancang bagi memastikan segala-galanya berjalan dengan lancar. Antara yang perlu kita fikirkan adalah merancang bajet dengan sebaiknya dan buat apa yang patut didahulukan. Sikap yang suka menabung amat penting, sebagai contoh sepanjang kita bekerja, kita perlu menabung sekurang-kurangnya 10 hingga 20 peratus daripada pendapatan bulanan (selain potongan KWSP) kerana ia membantu di saat kita bersara.
Jika kita masih mempunyai hutang dengan pihak bank seperti komitmen rumah ataupun kenderaan, pastikan kita dah mengasingkan wang untuk membayar semua itu.. Bukan tue saja, jika ada anak-anak kita yang masih belum melangsaikan yuran atau keperluan pembelajaran, perbelanjaan untuk keperluan itu mestilah diutamakan. Gunakan kemudahan perubatan yang disediakan kerajaan seperti hospital besar dan klinik kesihatan dan kalau boleh elakkan untuk menggunakan khidmat hospital swasta kerana ianya melibatkan kos yang mahal.
Disiplin - Pesara disaran mengurus wang KWSP dengan baik dan berdisiplin. Kalau boleh, elakkan guna wang KWSP untuk dibelanjakan bagi kenduri kahwin anak-anak, sebaiknya kita digalakkan membuat wasiat. Sekiranya kita kurang mempunyai ilmu pengetahuan bagaimana nak mengurus kewangan dengan baik, adalah dinasihatkan untuk tak keluarkan semua wang yang disimpan sebaiknya perlu mengambil secara ansuran mengikut pelan yang ditentukan KWSP.
Gaya hidup sihat - Pesara perlu mengamalkan gaya hidup sihat demi menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan senaman dan jaga pemakanan untuk mengelak masalah kesihatan yang mungkin menelan kos perubatan yang tinggi.
Kad kredit - Cara terbaik untuk mendisiplinkan diri adalah dengan menggunakan kad debit, tapi jika kita perlu menggunakan kad kredit, kita perlulah bayar dengan penuh untuk mengelakkan caj kewangan yang tinggi. Ini kerana ada di kalangan pelanggan yang menggunakan kad kredit dengan sewenang-wenangnya dan tak mengurus dengan baik terutama dalam soal pembayaran balik.
Semoga dengan panduan ini akan membantu awak yang nak bersara tak lama lagi, hihi termasuklah saya...
Assalamualaikum wbt..
Saya nak mohon maaf sangat-sangat kerana tak dapat nak umum Top Commentator pada bulan nie pada masa yang ditetapkan oleh saya sendiri disebabkan kekangan masa yang terhad, dan sibuk dengan kerja hakiki...
Tapi saya tetap nak ucap terima kasih yang tak terhingga pada semua sahabat saya kerana tanpa kalian semua, jurnal ini akan terus sepi.. hihihi
Okey, saya nak ucap TAHNIAH kepada 10 orang sahabat saya yang berjaya memasuki carta bulanan saya dan inilah nama mereka yang bertuah..
Saya nak ucapkan 'selamat kembali ke carta bulanan' kepada Tiara Sapphire, Sii Nurul dan Kak Adianiez dan macam biasa saya akan memberikan sedikit saguhati kepada yang bertuah sebagai tanda persahabatan dan mereka yang bertuah adalah....
Kepada yang bertuah nie, sila berikan butiran awak seperti nama penuh, alamat lengkap dan nombor telefon kepada saya https://pengeposan.wasap.my untuk tujuan pengeposan hadiah..
Dan seperti biasa jugak, 10 orang sahabat saya yang menjadi Top Commentator pada bulan ini akan dimasukkan dalam bloglist khas sehingga 31 Disember 2019... TAHNIAH sekali lagi kepada awak semua!!! Semoga ikatan ukhuwah antara kita akan terus berkekalan hingga ke akhirnya dan terima kasih jugak kerana terus membaca jurnal saya!!
Assalamualaikum,
Kejap jea dah nak habis tahun 2019,kan.. Dan tak lama lagi gaji pun akan keluar.. Tapi hati-hati bila gunakan duit gaji yea, kena simpan sikit untuk simpanan masa depan, kot-kot ada emergency nak pakai duit ke..
Walaupun tahun 2020 belum masuk lagi, tapi saya nak share tentang tarikh pembayaran gaji untuk semua penjawat awam untuk tahun 2020.. So, dah ada jadual nie, pandai-pandailah awak suma merancang kewangan dengan lebih terancang dan teratur...
Kejap jea dah nak habis tahun 2019,kan.. Dan tak lama lagi gaji pun akan keluar.. Tapi hati-hati bila gunakan duit gaji yea, kena simpan sikit untuk simpanan masa depan, kot-kot ada emergency nak pakai duit ke..
Walaupun tahun 2020 belum masuk lagi, tapi saya nak share tentang tarikh pembayaran gaji untuk semua penjawat awam untuk tahun 2020.. So, dah ada jadual nie, pandai-pandailah awak suma merancang kewangan dengan lebih terancang dan teratur...
Assalamualaikum wbt..
Lama betul saya tak update jurnal nie kan.. Maafkan saya pada yang masih lagi sudi membaca jurnal saya yang dah tak seberapa nak aktif.. Sebenarnya saya ada lagi, nak menulis tapi masih lagi 'berperang' dengan diri sendiri..
Sejak kebelakangan nie, hati saya tengah berkecamuk dengan perasaan, mungkin sebab nak masuk siri 40 kot.. Tapi Insha Allah, saya akan okay tak lama lagi.. Cuma rindu jugak nak bertaip macam dulu-dulu.. Saya memang selalu taip pada satu lagi blog tapi saya buat private dan hanya saya saja boleh baca, sebab kat situlah saya luahkan perasaan.. Tapi bukan dekat blog jea saya luah perasaan, saya mempunyai 10 buah notebook yang saya simpan di merata tempat termasuk dalam beg saya.. hmm.. Yealah, bermacam dugaan yang perlu saya tempuhi tapi Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 yang membawa maksud "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"
Jadi, saya mohon doa daripada awak agar saya dapat teruskan perjuangan saya dalam menangani perasaan berkecamuk ini.. Kadang-kadang ada masanya saya akan buat diluar dugaan, macam baru-baru nie, saya ke Bagan Lalang sorang diri dan hanya duduk lepak di situ hingga lewat malam... Lepas tue, saya drive sorang diri dan hanya jalan-jalan makan angin di area bandar Seremban.. Lepas nie saya tak tahu mana hala tuju lagi.. Bukan taknak luahkan perasaan, tapi bukan semua orang boleh jadi pendengar yang baik... Setakat nie hanya Allah saja yang menjadi tempat luahan saya..
Awak tolong doakan saya yea..!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons