Assalamualaikum wbt..
Lama betul saya tak update jurnal nie kan.. Maafkan saya pada yang masih lagi sudi membaca jurnal saya yang dah tak seberapa nak aktif.. Sebenarnya saya ada lagi, nak menulis tapi masih lagi 'berperang' dengan diri sendiri..
Sejak kebelakangan nie, hati saya tengah berkecamuk dengan perasaan, mungkin sebab nak masuk siri 40 kot.. Tapi Insha Allah, saya akan okay tak lama lagi.. Cuma rindu jugak nak bertaip macam dulu-dulu.. Saya memang selalu taip pada satu lagi blog tapi saya buat private dan hanya saya saja boleh baca, sebab kat situlah saya luahkan perasaan.. Tapi bukan dekat blog jea saya luah perasaan, saya mempunyai 10 buah notebook yang saya simpan di merata tempat termasuk dalam beg saya.. hmm.. Yealah, bermacam dugaan yang perlu saya tempuhi tapi Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 yang membawa maksud "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"
Jadi, saya mohon doa daripada awak agar saya dapat teruskan perjuangan saya dalam menangani perasaan berkecamuk ini.. Kadang-kadang ada masanya saya akan buat diluar dugaan, macam baru-baru nie, saya ke Bagan Lalang sorang diri dan hanya duduk lepak di situ hingga lewat malam... Lepas tue, saya drive sorang diri dan hanya jalan-jalan makan angin di area bandar Seremban.. Lepas nie saya tak tahu mana hala tuju lagi.. Bukan taknak luahkan perasaan, tapi bukan semua orang boleh jadi pendengar yang baik... Setakat nie hanya Allah saja yang menjadi tempat luahan saya..
Awak tolong doakan saya yea..!
teruskan berblog
ReplyDeleteSemoga semuanya dipermudahkan hendaknye. Take care ok.
ReplyDeleteYa Allah, damaikanlah hati insan ini
ReplyDeletemoga semua urusan shikin dipermudahkan.
ReplyDeletehati tenang, baru la happy nak blogging kan.
kiranya ter sampai di Melaka, jgn lupa roger akak ye.
i am here for u...
waalaikumussalam. salam singgah. kuatkan semangat. inshaAllah adik pasti boleh ^_^
ReplyDeletesemoga dipermudahkan segala urusan! <3
ReplyDeletesemoga dipermudahkan apa saja urusan shikin. keep blogging.
ReplyDeletesemoga shikin terus kuat.. sabar byk2 atas ragam kehidupan
ReplyDeleteStay strong.. Sentiasa luahkan apa yang dirasa.. Jangan pendamkan.. Coretkan dimana sahaja, walau untuk tatapan diri..
ReplyDeleteSA doakan semoga semua dipermudahkan..adat la tu..asam garam kehidupan bila dibelenggu dugaan..sabar dan hadapi sengan matang..ok?
ReplyDeletesemoga akak diberikan kekuatan untuk menempuhi segala kedukaan yg akk alamiii :)
ReplyDeletetahun ni berazam nak selalu cuci blog.. xnak sawang2.. hehe
ReplyDeleteStay strong kak.. sy doakan semoga sentiasa dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yg baik dan diberkati umur.. semoga berjaya dunia akhirat :)
ReplyDeleteI hope you can give me the strength to deal with all the sadness,By the way,I likecustom hats
ReplyDeleteHarap perasaan berkecamuk dah hilang. Betul tu hanya Allah tempat mengadu. Stay strong.
ReplyDeletesemoga segalanya dipermudahkan , aminn
ReplyDelete