Assalamualaikum wbt...
Setiap alam pekerjaan yang dilalui, pasti kita akan merasai alam persaraan.. Mesti ramai di kalangan kita berangan-angan nak menikmati hidup sebagai seorang pesara yang bebas segalanya, tapi mungkin jugak kita akan dibebani dengan pelbagai masalah seperti masih ada anak yang bersekolah / masuk universiti, anak yang nak melangsungkan perkahwinan ataupun pasangan kita mengalami masalah kesihatan.
Jika kita mempunyai tempoh persaraan 10 sehingga 15 tahun lagi, kita perlu membuat perancangan seperti menabung dari sekarang supaya dapat menghadapi hidup bersara dengan lebih selesa. Ini dapat membantu kita dalam menjalani kehidupan apatah lagi jika kita berstatus ibu tunggal / bapa tunggal yang mempunyai komitmen yang tinggi untuk keluarga.. Tapi seeloknya mulalah menabung daripada awal lagi terutama pada golongan muda yang baru mulakan alam pekerjaan..
Untuk itu, panduan ini mungkin akan sedikit sebanyak dapat membantu kita bagaimana untuk merancang pelan persaraan secara berhemah...
Bajet - Sesiapa saja perlu merancang bagi memastikan segala-galanya berjalan dengan lancar. Antara yang perlu kita fikirkan adalah merancang bajet dengan sebaiknya dan buat apa yang patut didahulukan. Sikap yang suka menabung amat penting, sebagai contoh sepanjang kita bekerja, kita perlu menabung sekurang-kurangnya 10 hingga 20 peratus daripada pendapatan bulanan (selain potongan KWSP) kerana ia membantu di saat kita bersara.
Jika kita masih mempunyai hutang dengan pihak bank seperti komitmen rumah ataupun kenderaan, pastikan kita dah mengasingkan wang untuk membayar semua itu.. Bukan tue saja, jika ada anak-anak kita yang masih belum melangsaikan yuran atau keperluan pembelajaran, perbelanjaan untuk keperluan itu mestilah diutamakan. Gunakan kemudahan perubatan yang disediakan kerajaan seperti hospital besar dan klinik kesihatan dan kalau boleh elakkan untuk menggunakan khidmat hospital swasta kerana ianya melibatkan kos yang mahal.
Disiplin - Pesara disaran mengurus wang KWSP dengan baik dan berdisiplin. Kalau boleh, elakkan guna wang KWSP untuk dibelanjakan bagi kenduri kahwin anak-anak, sebaiknya kita digalakkan membuat wasiat. Sekiranya kita kurang mempunyai ilmu pengetahuan bagaimana nak mengurus kewangan dengan baik, adalah dinasihatkan untuk tak keluarkan semua wang yang disimpan sebaiknya perlu mengambil secara ansuran mengikut pelan yang ditentukan KWSP.
Gaya hidup sihat - Pesara perlu mengamalkan gaya hidup sihat demi menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan senaman dan jaga pemakanan untuk mengelak masalah kesihatan yang mungkin menelan kos perubatan yang tinggi.
Kad kredit - Cara terbaik untuk mendisiplinkan diri adalah dengan menggunakan kad debit, tapi jika kita perlu menggunakan kad kredit, kita perlulah bayar dengan penuh untuk mengelakkan caj kewangan yang tinggi. Ini kerana ada di kalangan pelanggan yang menggunakan kad kredit dengan sewenang-wenangnya dan tak mengurus dengan baik terutama dalam soal pembayaran balik.
Semoga dengan panduan ini akan membantu awak yang nak bersara tak lama lagi, hihi termasuklah saya...
bagi PA yang bersara, ada jaminan kewangan sebab dapat pencen bulanan.
ReplyDeletedapat lagi graduiti persaraan.
Gunakanlah wang yang banyak itu untuk jaminan hari tua.
Pelan persaraan sis melalui pelaburan unit amanah..
ReplyDeleteAlhamdulillah so far nampak perkembangan positif. Kena beringat dan kena bijak urus wang bila bersara kelak..
waalaikumussalam. dulu tak penah pun ambil pusing pun persaraan ni :(
ReplyDeletePelan kena ada bersama tindakan.. Nice sharing shikin..
ReplyDeletewowww. hebat perbincangan ni. terima kasih share tipss kak shikin :D
ReplyDeletebetul tu. ada orang dah habiskan simpanan utk melancong sebab fikir duit pencen akan keluar tak lama lagi.. hemmmm..
ReplyDeleteAyah rabia bersara pada bulan januari 2020 ni
ReplyDeleteThanks for sharing Shikin, company SA dh offer VSS, ramai gak yg amik..SA x amik sbb x berbaloi bila kira pampasan..lagipun baru 10 tahun kerja kan..kena la kerja lagi ..sampai bila tu x tau la..
ReplyDeleteterima kasih kak untuk sharing.walaupun sye belum bekerja..serba sedikit nampak lah plan tu..hee
ReplyDeletepenting sangat2 untuk ada perancangan ni.. kena rancang elok2 untuk kesenangan masa depan =)
ReplyDeleteHUTANG piutang kene settle gak dulu., huhuhu
ReplyDeletepelan persaraan sgt penting utk kemudahan kita masa tua nanti
ReplyDeleteSangat berguna in future ya. Tak salah standby :)
ReplyDelete