11 tip raya untuk pasangan 'Pengantin Baru'

Wednesday, June 03, 2020


11 tip raya untuk pasangan 'Pengantin Baru'

Assalamualaikum wbt..
Pada pasangan pengantin baru, beraya di rumah mertua untuk kali pertama mengundang seribu perasaan... Perasaan yang sukar di mengertikan ini sememangnya berlingkar dalam hati kita, betul tak..? 

Macam-macam yang kita fikir...

Sampai di rumah nanti, siapa yang perlu dilayan dulu? Bilik mana yang kita akan tidur? Apakah dia perlu ke dapur untuk memasak juadah atau hanya membantu saja? Stress rasanya bila fikiran ini berlingkar di dalam otak kita.. 

So, saya nak kongsi dengan awak terutama pasangan pengantin baru dengan tips yang amat bermanfaat nie.. Jom..

  1. Elok berpuasa di rumah ibu bapa sebelah isteri dulu dalam dua tiga hari sebagai kunjungan hormat menyatakan kepada ibu bapanya yang tahun ini anak perempuan kesayangan mereka itu tidak akan beraya bersama mereka.
  2. Sebaik-baiknya rancang beraya di kampung hanya tiga malam saja. Jika sudah mengambil cuti seminggu, pada malam keempat, seelok-eloknya pergi ke tempat lain dan malam kelima baru tidur di kampung semula untuk dihabiskan hari cuti itu. Ini bertujuan untuk memecahkan kebosanan dan mengurangkan stres pasangan yang masih baru di rumah itu. 
  3. Senaraikan semua aktiviti harian ibu awak daripada bangun sahur hingga dia masuk tidur. Kemudian terangkan pada pasangan agar dia tahu pergerakan seharian ibu mertuanya itu dan melayan ibu mertuanya mengikut aktiviti rutinnya. Dengan ini pasangan awak tidak kekok dan mudah untuk dia mengenali ibu mertuanya.
  4. Terangkan juga masak-masakan kegemaran ibu mertua semasa bersahur, berbuka dan hidangan raya agar pasangan awak boleh google resipi berkenaan sebagai persediaan membantu mertuanya di dapur. 
  5. Terangkan juga hadiah-hadiah yang menjadi minat ibu dan ayah. Jika awak tak berapa nak perasan tentang apa yang diminati oleh ibu dan ayah, cubalah bertanya pada adik beradik yang lain. Dan sesampai di rumah nanti, biarkan pasangan awak menyerahkan sendiri hadiah itu kepada ibu dan ayah mertuanya. Ini akan memberikan pandangan pertama yang positif daripada ibu dan ayah awak kepada pasangan dan sudah tentulah pasangan awak akan terasa dihormati. 
  6. Jika berkumpul dengan sanak saudara beramai-ramai, jangan tinggalkan pasangan awak keseorangan. Duduk bersama dia melayan dan membantu menjawab soalan-soalan daripada sanak saudara yang kadang-kadang sengaja melontarkan soalan "mengena" terutama sekali yang berlainan dialek. Mesti akan terbit rasa sedikit kecewa di hati pasangan jika dia terasa dipermain-mainkan, ditambah lagi awak tidak 'mempertahankannya'.
  7. Jika pasangan awak mengadu dan memberikan komen itu ini mengenai keadaan dan perangai orang-orang di rumah itu, janganlah terus menghentamnya. Sebenarnya pasangan awak tue cuba mengorientasi atau sedang menyelami suasana baru di rumah barunya itu. Dengarlah segala luahannya dan jawablah dengan penuh kasih sayang agar penjelasan awak itu dapat diterima sebagai rasa belas kasihan. 
  8. Kalau pasangan awak itu segan atau malu pada peringkat awal bertanya kepada mertua atau iparnya untuk dia membantu kerja rumah, temanilah dia hingga dia sudah yakin untuk buat sendirian. Contohnya menggunakan mesin basuh dan menyidaikan kain di ampaian dan sebagainya. Mungkin, teknik dan amalan kebiasaanya tidak sama dengan di rumah mertuanya itu.
  9. Jika ada perkara yang dia tidak puas hati, eloklah berbincang sama sendiri dalam bilik tidur atau tempat yang privasi agar keluarga tidak mendengarnya sebab mungkin ada perkara yang akan membuatkan hati keluarga terguris. 
  10. Sebelum meninggalkan rumah, kalau awak mampu, hulurlah sedikit duit raya kepada ibu bapa mertua. Cara ini akan mengikat lagi kasih sayang ibu bapa mertua pada awak.
  11. Sesampai di rumah sendiri, mintalah pasangan awak untuk menelefon mertuanya untuk memberitahu yang awak berdua telah selamat sampai di rumah. Ini juga akan menambahkan lagi kasih sayang mereka berdua kepada awak dan pasangan.
Semoga ianya bermanfaat.kepada awak terutama pasangan pengantin baru yang pertama kali beraya di rumah mertua.. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



9 comments

  1. Teringat sepupu saya kahwin hari ni bila baca tulisan ni.

    ReplyDelete
  2. Tahun lepas berpeluang berpuasa dan beraya di rumah kedua-dua kami, tapi tahun ni berpengalaman beraya berdua di perantauan pula.

    Dua-dua pengalaman berharga.

    Hehehe dari kami yang baru dua tahun kahwin.

    ReplyDelete
  3. Baca jelaa dulu. Kahwinnya entah bila. Hmm. haha

    ReplyDelete
  4. Bole amik tips ni, tp tu la calon pon tenggelm timbul, semoga sya dpt jodoh tahun ni

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah
    tips menarik dan bagus nih
    boleh amal bila dah kahwin nanti
    amin

    ReplyDelete
  6. bagus tul tips ini. cuma ibu abe kie sudah meninggal semasa kahwin dgn isteri skrg.

    ReplyDelete
  7. tips yang ohsem.. nice sharing shikin..

    ReplyDelete
  8. belum kahwin,,so boleh laa amik sebagai tips persediaan.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧