Assalamualaikum wbt..
Siapa yang kat sini suka mandi hujan..? Mesti lepas tue terbersin-bersin dan terus demam disebabkan mandi terlalu lama, kan.. Ramai di kalangan kita nie tak mempunyai antibodi badan yang kuat sehingga mudah sakit dan menjadikan tahap kesihatan menurun..
Macam saya sendiri, Alhamdulillah setakat nie antibodi masih kuat untuk mengharungi air hujan.. Malah saya selalu mandi air hujan yang turun terus daripada langit, kerana menurut orang ianya bagus untuk kesihatan rohani.. Tapi bukan time guruh dengan kilat la.. hihihi
Well, pada awak yang tak mempunyai antibodi yang kuat, saya nak share dengan awak tip bagaimana untuk sihat ketika musim hujan...
Mandi segera - jika awak naik motor atau terpaksa meredah jalan ketika hujan, pastikan awak pakai baju hujan ataupun payung. Walaupun sekadar air hujan, tapi tapi mengandungi pencemaran dan tidak bersih. Oleh itu, bila dah sampai rumah, segeralah mandi dan bersihkan diri.
Sediakan air suam - Semasa mandi, dah tentu badan kita akan kesejukan dan ketahanan badan menurun. Jadi, sediakan lah minuman panas untuk menjaga suhu badan. Tak kisah apa-apa minuman pun, air teh ke atau air lemon yang dikacau dengan madu atau halia pun boleh, asalkan bila minum, badan kita akan terasa panas.
Minum air - di musim hujan nie, udara terasa lebih dingin dan kebanyakan daripada kita mesti malas nak minum. Keadaan inilah yang membuatkan kita mudah mengalami dehidrasi. Jadi pastikan awak tetap minum sekurang-kurangnya sebanyak 1.5 liter air setiap hari.
Pengambilan makanan sihat - pastikan awak ambil makanan yang berkhasiat dan sihat sepanjang musim hujan. Pengambilan makanan berkuah seperti sup atau sayuran akan menjaga suhu badan kita.
Makan yogurt - ia bukan saja untuk diet tapi kandungan khasiatnya akan menguatkan lagi ketahanan badan. Dikatakan yogurt mampu melawan penyakit dan melawan virus pada sel darah putih.
Kaya vitamin C - vitamin menjadi perisai segala penyakit. Sebab itulah dengan mengambil buah dan sayuran yang kaya dengan vitamin C dapat membuatkan badan kita menjadi lebih kuat, sihat dan bebas daripada penyakit.
Makan ikan - pastikan awak memasukkan menu ikan sebanyak dua hidangan dalam seminggu. Ini kerana asid lemak omega 3 dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi. Kita jugak boleh mengambil bayam dan sayuran lain yang kaya dengan nutrisi.
Jangan berjaga malam - sebaiknya tidurlah pada waktu yang tepat kerana ia boleh mengembalikan ketahanan badan dan memulihkan stamina.
Senaman setiap pagi - jangan abaikan senaman kerana ketika hujan turun, badan memerlukan banyak pergerakan untuk aktif dan melawan penyakit.
Aliran udara yang baik - walaupun mendung dan hujan, kita boleh buka sikit jendela atau tingkap untuk aliran udara baru. Ini untuk mendapatkan udara yang lebih baik.
Mandi malam - dengan keadaan cuaca yang sejuk, tak salah untuk kita mandi pada waktu malam, tapi biarlah dengan air suam kerana ia mampu merehatkan otot-otot yang tegang dan stres selepas penat seharian bekerja. Nak lagi best, tambahkan sedikit aromaterapi untuk membantu awak tidur dengan lebih nyenyak.
Semoga ianya bermanfaat..
Sekarang tengah panas berdentang lepas tu hujan lebat.
ReplyDeleteMemang kena jaga diri.
Kalau hujan petang, memang wak mandi hujan sebab biasanya berada di luar rumah.
ReplyDeletetips yang ohsem.. sini dah 3 hari hujan.. Mendung je.. Harapnya hari ini matahari bersinar cemerlang..
ReplyDeletewow never know about yogurt punya khasiat
ReplyDeleteterbaek.. lama juga dah tak bersenam ni.. kalau bersenam ketika hujan memang segar.. hehe. selalu main bola ketika hujan x berasa letih. hehe
ReplyDeletebagusnya tips ni..mesti berguna bagi org yg nk kekal sihat..insha Allah
ReplyDelete