Assalamualaikum wbt..
Bak dalam bait lirik P.Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri.. Walaupun hidup bersama selama beberapa tahun malah puluh tahun, karakter pasangan masih menjadi tanda tanya. Berselisih faham waima yang kecil pun mudah mengundang konflik dalam rumahtangga.
Manusia nie ada pelbagai cara untuk menzahirkan rasa cinta dan dicintai. Tapi betul ke kita benar-benar tahu dan sedar apa yang pasangan kita mahu daripada kita sebagai tanda kasih sayang?
Jom kenal 5 ciri bahasa cinta pasangan kita, apa yang dia inginkan daripada kita, maka berikanlah dengan penuh kasih sayang dan bersesuaian dengan kehendaknya.
Kata-kata pujian 💕 Ada pasangan yang suka mendengar pujian daripada pasangannya. Pujilah dan berikan kata-kata semangat kepadanya. Luahkan isi hati agar pasangan tahu kelebihan diri. Sebab itu, kena ada kejujuran dalam diri dan bagitahu pada pasangan bagaimana cara diri kita mahu disayangi dan menyayangi.
Sentuhan fizikal 💕 Ada pasangan yang suka dengan sentuhan fizikal. Sentuhan fizikal ini bukanlah semestinya hubungan seksual semata-mata, cukuplah sekadar belaian manja, sentuhan ketika memandu, ciuman di bahu mahupun memeluk dari belakang takala pasangan sedang membasuh pinggan mangkuk. Jika ada pasangan yang sebegitu, sampaikan kasih sayang mengikut bahasa itu. Apa yang menjadi masalah adalah, kita sampaikan bahasa pasangan mengikut bahasa cinta kita. Dari situlah, tak terzahirnya rasa cinta dan dicintai.
Masa berkualiti 💕 Ada pasangan yang suka menghabiskan masa berdua-duaan tanpa gangguan telefon bimbit. Walau mahu ke masjid sekalipun dia memerlukan teman di sisi. Maka temaninya, pimpin tangannya dan berbuallah sewaktu perjalanan ke masjid. Ketika berdua-duaan, luahkan adalah kita rasa disayangi denga cara begitu. Jika pasangan mengiakan, layankan bahasa cintanya itu.
Hadiah tanda ingatan 💕 Ada pasangan yang suka dengan pemberian hadiah walaupun bukan semasa tarikh istimewa. Ketika balik daripada tempat kerja pun kita boleh meluahkan rasa cinta sebagai tanda ingatan, sebagai contoh, membelikan si dia dengan coklat kegemaran. Ada orang yang perlukan tanda cinta dalam bentuk simbol atau fizikal sebegini.
Layanan 💕 Ada pasangan yang suka jika pasangannya memberikan layanan atau bantuan kepadanya. Contohnya membantu menggosok pakaian, memasakkan untuknya ataupun membuang sampah. Malah dapat membantu menjaga anak-anak pun sudah memadai. Tapi tak semua sebegitu. Ada juga suami yang stres bila si isteri asyik berkemas dan melayan anak sampai hilang fokus pada dirinya dan menyebabkan si suami rasa tak dicintai.
Jadi, antara 5 ciri ini, yang mana satu jika dilaksanakan oleh pasangan kita akan membuatkan diri kita lebih disayangi dan menyayangi pasangan kita..? Selidikilah..
Semua cara-cara di atas untuk mengeratkan hubungan suami isteri.
ReplyDeleteSaya suka semua! Heeee...
ReplyDeletennt klo ada rezeki jodoh, bole bukk blik entry sis cri tips
ReplyDeletebetul tu Shikin...kehidupan bersuami isteri ni juga harus saling menerima dan memahami antara satu sama lain kalau tidak mmg kita akan sentiasa bertelingkah walau atas perkara yang kecil..perkongsian yang baik..
ReplyDeletebetul tu.. tanda kita sayang ama laki kita^^
ReplyDeleteOk...boleh pratikkan..hehehe
ReplyDeleteAssalamualaikum, Terima kasih perkongsian yang menari. sekaligus menyemak balik apa yang kurang dlm hubungan suami isteri utk ditambahbaik. Done follow #775
ReplyDeleteomo omo ^^
ReplyDeleteohooo boleh praktikkan lepas kahwin nanti ni
ReplyDeletebetul tu.. itulah bahasa cinta yg mencantikkan lagi hubungan suami isteri
ReplyDeleteMasa berkualiti.. ini yang menjadi amalan kami..
ReplyDeletenice sharing..boleh praktikkan bila kahwin nanti..insha Allah..
ReplyDeletemasa berkualiti mmg susah di cari.
ReplyDeletecantik 5 ciri bahasa cinta ni..cuma kdg2 salah penyampaian nya ^_~
ReplyDeleteSemoga bahagia hingga ke jannah
ReplyDeletebaca ni rasa tak sabar pula nak kwen heehe
ReplyDelete