Assalamualaikum wbt..
Sebenarnya, pengubahsuaian tempat kerja saya dah lama berlalu, tapi baru sekarang saya dapat bercerita sebab sebelum nie, tak cukup lagi nak hias-hias... hihihi so kali nie saya dapat berkongsi dengan awak semua macamana suasana tempat kerja saya sebelum, semasa dan selepas pengubahsuaian...
Jom..
SEBELUM PENGUBAHSUAIAN
Keadaan dalam perpustakaan yang disusun atur sejak mula-mula kami berpindah ke bangunan kompleks bomba iaitu sekitar pertengahan tahun 2013.. Kaunter pinjaman buku terletak di sebelah kiri pintu masuk perpustakaan, ianya sama keadaan seperti pengawal keselamatan jaga pintu utama😂😂.. Untuk sudut santai pula, kami hanya hamparkan tikar dan bantal yang kecil saja, dan selalunya anak-anak staf suka duduk situ sambil berbaring..hihihi😁😁.. Bilik yang menempatkan ketua unit pula itu sebenarnya itulah bilik kerja kami berdua, di mana bila ada buat pembelian buku, kami akan punggahkan dan buat kerja-kerja seperti mengecop hakmilik, mengeceop nombor perolehan dan membuat semakan buku sama ada ianya berkeadaan elok atau sebaliknya.. Papan tanda pada rak buku ini kami buat secara DIY jea, sebab ketiadaan bajet untuk buat papan tanda, so inisiatif nya kami hanya buat secara DIY... Jadi, pada bulan Mac 2019, bekas Ketua Penolong Pengarah Pentadbiran memaklumkan bahawa ada bajet untuk buat renovation library, dan pada bulan Mei 2019 bajet itu telah diluluskan.. So, bila kami dapat tahu bajet telah diluluskan kami mula merangka pelan kedudukan keseluruhan library dan memunggah barang² dalam library supaya senang untuk membuat renovate..
SEMASA PENGUBAHSUAIAN
Memang tak banyak gambar saya ambik semasa pengubahsuaian kerana kami berdua terpaksa pindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain... Renovation ini telah dimulakan pada 23 Ogos 2019 dengan kekuatan 4 orang pekerja dan seorang penyelia. Pada mulanya mereka memindahkan rak-rak buku yang boleh dikatakan agak berat jugak itupun setelah buku² yang disusun pada rak telah dialihkan.. Kemudian pada hari berikutnya, mereka mula mengecat dinding yang pada asalnya hanyalah berwarna putih, kemudian dicat dengan penggunaan corak geometri.. Mereka mengambil masa 3 hari untuk siapkan dinding ini... Setelah itu, barulah mereka pecahkan kepada dua kumpulan, kumpulan 1 membuat ukuran pada panel tepi rak buku manakala kumpulan 2 pulak membuat ukuran untuk renovate kaunter pinjaman. Oleh kerana masa untuk renovate hanyalah 2 minggu saja, saya terpaksa tunggu mereka habiskan kerja² renovate sehingga lewat malam.. Sementara panel tepi rak buku dan papan permukaan kaunter siap dibuat dekat kilang, mereka mula melakukan kerja-kerja untuk menambah suis plug untuk kaunter pinjaman dan sudut santai.. Bila semua bahagian elektrikal dah siap dibuat, mereka mula menyambung kerja² memasang panel tepi rak buku dan kaunter pinjaman.. Siap bahagian pemasangan panel, mereka mula memasang tinted untuk bilik kerja kami dan mula menyusun atur semula kedudukan perabot dalam library secara keseluruhan sebagaimana pelan kedudukan yang baru kami buat sebelum renovate dilakukan...
SELEPAS PENGUBAHSUAIAN
So, inilah hasilnya setelah renovate ini dilakukan dan siap sepenuhnya pada bulan September 2019 tapi setelah ditambah aksesori yang lain, library ini siap sepenuhnya pada bulan Mac 2020..hihi😁😁😁
👇Pintu Utama Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi - Konsep library JBPM adalah konsep berada di rumah, iaitu pengguna perlu menanggalkan kasut sebelum masuk ke library dan itulah konsep kami sejak pindah ke kompleks bomba nie...
👇Ruangan Kaunter - ruangan ini ada diletakkan troli buku pinjaman berkelompok daripada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).. Untuk pengetahuan awak semua, PNM ada menyediakan perkhidmatan pinjaman berkelompok kepada semua perpustakaan gunasama di seluruh Malaysia dengan jumlah pinjaman sebanyak 400 buah untuk tempoh tiga bulan. Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada perpustakaan gunasama yang tidak mempunyai koleksi bacaan yang banyak di dalam perpustakaan agensi masing-masing. Sebagai contoh, library saya ini adalah perpustakaan khusus dalam bidang kebombaan, jadi hampir 80 peratus koleksi bahan bacaan di dalam library saya adalah berkisahkan kebombaan dan lain-lain genre tak banyak koleksi. Jadi inilah inisiatif kami untuk meminjam buku genre selain daripada kebombaan daripada PNM, contohnya buku kanak-kanak, novel dan genre am yang lain. Untuk kaunter pulak telah ditukar panel secara keseluruhan, ruangan depan kaunter panel warna hitam menjadi pilihan dan ruangan dalam pulak panel warna kayu menjadi pilihan kami.. Kenapa pilih warna hitam..? Warna asal kaunter nie adalah warna grey dan putih, oleh kerana unit kami nie bertanggungjawab untuk mengedarkan surat khabar semua bahagian di ibu pejabat, jadi karbon surat khabar tue melekat pada papan permukaan kaunter... Jenuh jugak nak bersih tapi lama kelamaan ianya tak hilang, so warna hitam adalah pilihan paling tepat untuk papan permukaan kaunter nie...
👇Ruangan Sudut Santai - Ruangan ini adalah berkonsepkan santai di rumah, di mana pengguna perpustakaan boleh menggunakan ruangan ini untuk berehat sama ada duduk di atas sofa ataupun bean bag yang lembut. Pada asalnya warna pada bean beg ini adalah warna dark grey tapi kata penyelia kontraktor inilah warnanya,hurmmm😶.. Takpelah, next time ada bajet kami akan beli sarung bean bag yang lebih ceria warnanya.. Nampak tak corak dinding kat belakang tue, itulah hasilnya yang pada asal hanyalah warna putih semata-mata.. Dan nampak tak gambar laptop tue, masa nie saya rasa nak santai² jea buat kerja, kat opis saya memang menggunakan laptop kepunyaan opis, so saya snap la gambar kat situ, untuk menunjukkan yang pengguna boleh menggunakan ruangan ini untuk buat kerja² sambil santai-santai... Kalau awak perasan pada dinding partition bilik kerja tue, kami ada membuat suis plug untuk kegunaan pengguna, tak kisahlah awak nak charge phone ke ataupun charge bateri laptop..Dan pada ruangan sofa tue, kami ada letakkan rak suratkhabar untuk bacaan pengguna (terlupa ambik gambar)
👇Ruangan Bacaan - Bagi pengguna yang tak selesa untuk duduk bersila di ruang santai, pengguna boleh gunakan meja bacaan ini untuk menelaah ilmu.. Selain daripada menjadi ruangan membaca, ruangan ini juga boleh dijadikan ruangan mesyuarat kecil yang tak melibatkan kerahsiaan kerajaan, jadi meja ini boleh diubah padan untuk dijadikan mesyuarat kecil..
👇Ruangan Rak Buku Dan Rak Majalah - Ruangan rak buku ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu rak pinjaman terbuka (rak 1), rak koleksi tesis, koleksi rujukan, koleksi ensiklopedia, koleksi kamus (rak 2) dan rak simpanan koleksi majalah / surat khabar lama-terpakai (rak 3).
Rak 1 |
Rak Koleksi Buku Baru |
Rak Koleksi Buku Baru |
Rak Majalah, Buletin JBPM dan Buletin Agensi Lain |
Rak 3 |
Rak 2 |
👇Ruangan Bilik Kerja - Ruangan inilah kami buat-buat kerja library, seperti mengecop hakmilik perpustakaan untuk koleksi buku-buku baru dan seumpama dengannya.. Dalam bilik ini juga menempatkan mesin fotostat, tujuan diletakkan di sini adalah untuk menyenangkan dalam pengawalan penggunaan mesin fotostat.. Dan di bilik ini jugaklah kami berehat sambil makan tengahari, disebabkan pada hari Isnin sampai Khamis, waktu rehat pukul 1 tengahari sehingga pukul 2 petang, kami tak tutup perkhidmatan.. Jadi, waktu lunch kami bergilir-gilir demi kelancaran perkhidmatan... Kami hanya tutup untuk lunch pada hari Jumaat saja..
👇Ruangan Komputer Untuk Pengguna Perpustakaan - Ruangan ini kami sediakan untuk pengguna yang ingin menggunakan komputer, untuk pencarian buku secara dalam talian dan pengunaan internet secara percuma.. Oooo, awak perasan tak telefon yang berada di sebelah meja komputer nie..? Memandangkan dalam library kami hanya ada 1 line extension telefon dan cable telefon pun berada pada tiang ini, so kami terpaksa letakkan di ruangan situ, jadi kami berdua terpaksa berkejar² untuk angkat telefon yang berdering... hihihi, sama macam konsep rumah, kan... Tapi letih sikit la nak berkejar² angkat telefon😂
Semoga dengan renovation yang baru nie, library nie akan terus meriah dengan kehadiran pengunjung untuk masuk ke library.. Library JBPM nie, walaupun pinjaman buku hanyalah terhad untuk staf JBPM saja, tapi kami mengalu-alukan kehadiran orang awam untuk masuk ke library JBPM sama ada untuk buat rujukan dalam bidang kebombaan atau bangunan atau seumpama dengannya, ataupun sementara nak tunggu rakan² yang mempunyai urusan dengan JBPM ataupun semasa rehat sementara awak ada buat kursus fire drill dengan JBPM...
Assalamualaikum wbt..
Wanita sememangnya terkenal dengan sifat yang suka membebel, tak kiralah yang bujang ke ataupun yang dah berumahtangga ke.. Mungkin ramai suami yang mengalami situasi seperti ini dan ada yang ambik pendekatan tersendiri.. Tapi adakah si suami membiarkan isterinya terus menerus membebel ataupun berusaha cari penyelesaian apakah punca dia membebel.. Sabar.. Sabar..
Tapi jaga-jaga, seandainya isteri tuan-tuan semua dah mula diam daripada membebel, tuan-tuan berada di paras kritikal, jadi selesaikanlah dengan cepat.. Tip ini akan bantu tuan-tuan semua untuk menangani situasi isteri yang suka membebel..
Bertenang dan cuba fahami - Apabila isteri membebel, suami kena bersabar dan tenangkan diri. Jangan meluahkan perasaan marah awak kerana ianya boleh menjadi punca pertelingkahan lebih besar. Lebih baik tuan-tuan berdiam diri dulu dan bertenang. Salah satu punca isteri membebel kerana dia tertekan dengan keadaan sekeliling, tak kiralah sama ada dia merupakan seorang suri rumah mahupun ibu yang berkerjaya. Kadangkala bebelannya itu hanya sekadar untuk melepaskan tekanan dalam dirinya saja. Jadi bawak bertenang yea...
Jadi pendengar yang baik - Suami adalah orang yang paling rapat dengan isteri. Jadi tak salah jika tuan-tuan jadi pendengar yang baik untuk isteri. Sebagai contoh, tanyakan dia tentang perjalanan hariannya di rumah ataupun di pejabat. Seorang isteri pasti akan lebih tenang dan rasa suami cuba memahami dirinya apabila suami sanggup mendengar luahan hatinya. Mungkin dia ingin berkongsi tentang sikap anak-anak atau tentang masalah di pejabat. Sebagai suami isteri, sepatutnya kita kena saling mendengar permasalahan masing-masing. Jangan sampai salah seorang daripadanya mencari 'orang luar' sebagai tempat meluahkan perasaan. Ini boleh membuka ruang untuk berlakunya kecurangan dalam rumah tangga.. Jadi berhati-hatilah...
Fahami keadaan isteri - Penting untuk suami memahami dan peka dengan keadaan diri isteri. Kadangkala isteri membebel kerana dia penat. Sudah lah penat kerja di pejabat, balik rumah terkejar-kejar nak memasak dan menjaga anak-anak. Takde salahnya jika suami turut mengambil tugas bersama-sama, sebagai contoh, jika isteri sibuk masak di dapur, si suami tolong jaga dan uruskan anak-anak. Bila dah kurang penat, jadi kuranglah risiko untuk isteri membebel. Sama jugalah jika isteri seorang suri rumahtangga. Janganlah kita menyangka yang surirumah tak sibuk di rumah, memandangkan dia tak bekerja. Sebaliknya, lagi banyak 'kerja' yang perlu diuruskan di rumah sehinggakan diri sendiri tak sempat nak urus. Jadi tak salah jika tuan-tuan balik dari kerja, bantulah isteri apa yang patut seperti bancuhkan susu untuk anak atau masukkan baju kotor dalam mesin basuh. Pertolongan yang kecil ini sebenarnya amat besar bagi si isteri. Bila hati isteri 'sejuk' jadi takdelah dia nak membebel lagi. Mungkin isteri akan melayan tuan-tuan dengan lebih lagi daripada biasa...
Tegur dengan berhemah - Orang perempuan sememangnya penuh dengan emosi dan mereka akan keluarkan kata-kata dengan penuh emosi dan perbuatan yang diluar jangkaan bila tidak lagi dapat menahannya. Namun ada masanya bebelan mereka akan menjadi keterlaluan. Hal yang remeh temeh pun boleh jadi bahan bebelan yang berpanjangan. Jika begitu, sikap ini perlu ditegur, tapi dengan cara yang berhemah. Elakkan marah-marah dengan isteri dan kalau boleh selitkan dengan nada gurauan. Pasti isteri tuan-tuan akan kembali tersenyum.. Yang paling penting, nak tegur isteri tue, biarlah hanya berdua saja dengan isteri tanpa ada anak-anak, dan bincanglah di dalam bilik tidur kerana di situlah kemesraan akan kembali terjalin..
Semoga ianya akan menjadi panduan kepada suami dan bakal suami..
Assalamualaikum wbt...
Tarikh untuk bersalin semakin hari semakin dekat.. Masa inilah kita mula menempah bilik untuk menyambut orang baru.. Yealah, setiap hari ada saja kelahiran bayi berlaku.. Lambat tempah bilik, susah pula untuk mencari bilik yang kosong, dan kalau boleh kita nak bersalin di hospital yang berdekatan dengan kediaman kita...
Sesetengah orang berpendapat, hospital bersalin nie kelihatan sama tapi sebenarnya tak semuanya sama dan memenuhi keperluan kita.. Jadi kali nie saya nak berkongsi dengan awak, tip untuk memilih hospital bersalin agar semuanya berjalan dengan sempurna...
Jom...
Sejarah kesihatan - Pemilihan hospital bersalin selalunya berkait rapat dengan faktor kesihatan kita dan kandungan kita. Jadi, pastikan awak mempunyai latar belakang kesihatan yang baik, iaitu tidak mempunyai sejarah penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung, kecing manis mahupun komplikasi kelahiran terdahulu yang memerlukan penjagaan rapi. Jika kita tergolong sebagai ibu hamil berisiko, kita perlu memilih hospital yang berpengalaman, mempunyai kemudahan dan peralatan perubatan lengkap agar tidak timbul masalah sepanjang proses kelahiran.
Kemudahan - Kemudahan yang disediakan oleh pihak hospital pilihan yang perlu diberi perhatian ialah wad bersalin, bilik bayi, unit rawatan rapi untuk ibu dan bayi serta peralatan perubatan bagi menghadapi saat kecemasan. Pastikan kesemua kemudahan ini lengkap dan mencukupi untuk rawatan ibu dan anak. Sehubungan dengan itu, kita perlu tahu sama ada terdapat kemudahan rawatan dan alat sokongan yang lengkap jika bayi dilahirkan pra-matang atau lemas sewaktu bersalin. sama juga halnya dengan bank darah. Doktor pakar bius pun perlu bersedia sepanjang masa. Aspek ini penting untuk mengatasi apa juga komplikasi yang mungkin berlaku. Bagi kehamilan berisiko, kita harus mengambil kira tentang kemudahan bagi mengatasi komplikasi untuk diri sendiri dan bayi. Sebab itulah, kita perlu bersalin di hospital yang mempunyai kelengkapan mencukupi. Pilihan yang terbaik adalah hospital kerajaan kerana ia memiliki kemudahan dan kepakaran lengkap dan mencukupi bagi menghadapi kehamilan berisiko tinggi.
Bajet - Tak semua di dalam kalangan kita mengambil insurans atau mempunyai majikan yang boleh menanggung kos rawatan bersalin. Kita perlu memperuntukkan sejumlah wang yang banyak untuk tujuan bersalin. Biarpun kita berhasrat untuk melahirkan bayi secara normal, kita juga perlu menyediakan kos yang mencukupi untuk kelahiran caesarean juga. Bajet bersaling bergantung sepenuhnya kepada pilihan kita. Jika kita mempunyai peruntukan wang yang lebih, takde salahnya kita memilih untuk mendapatkan perkhidmatan hospital swasta. Namun ada baiknya, awak dapatkan maklumat lengkap mengenai pakej bersalin di hospital pilihan. Bimbang ada kos tersembunyi di sebalik pakej bersalin yang ditawarkan. Apatah lagi jika berlaku komplikasi, pasti akan ada caj tambahan.
Lokasi - Dengan adanya kemudahan pengangkutan masa kini, ia pasti memudahkan kita untuk menuju ke hospital bersalin pilihan dengan segera. Apa-apa pun lokasi hospital terbaik seharusnya berdekatan dengan kediaman kita. Jadi apabila berlaku komplikasi seperti pendarahan, kita boleh segera sampai ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut dapat diberikan. Pastikan juga lokasi hospital bersalin pilihan tidak terletak di kawasan yang terkenal dengan kesesakan trafik. Dinasihatkan juga agar kita tidak memilih lokasi yang jauh hanya disebabkan pakej menarik yang ditawarkan. Apa yang penting adalah kita kena fikirkan keselamatan diri dan bayi kita terlebih dulu.
Kepakaran doktor - Kita perlu tahu doktor yang bertugas di hospital bersalin pilihan mempunyai kepakaran yang diiktiraf atau sebaliknya. Aspek ini penting untuk dititikberatkan agar doktor itu mampu mengendalikan proses kelahiran dengan segera jika bayi yang dikandungi berhadapan dengan komplikasi. Dalam pada itu, doktor yang baik, ada kepakaran dan beretika mudah mendapat tempat di hati pesakit. Pesakit yang berpuas hati akan menjadi ejen publisiti yang sangat berguna dan berpengaruh kerana golongan ini biasanya berkongsi pengalaman dengan ramai orang, khususnya kawan dan keluarga.
Kakitangan terlatih - Terdapat sesetengah hospital swasta mempunyai jururawat yang dikenali sebagai nursing aid di mana mereka dilatih semasa kerja tetapi tidak mempunyai sijil kejururawatan yang sah. Jadi pastikan jururawat atau pembantu doktor di hospital pilihan adalah terlatih dan mempunyai sijil kerana mereka dapat berbuat sesuatu jika berlaku kecemasan ketiadaan doktor.
Keselesaan - Kita perlu berasa selesa dengan apa saja yang ditawarkan oleh hospital pilihan. Salah satunya adalah mendapatkan khidmat doktor pakar yang dapat memberikan keselesaan ketika kita berkomunikasi dengannya sepanjang menjalani rutin pemeriksaan antenatal. Sekiranya selesa dengan doktor berkenaan, pasti kita mahu doktor yang sama menyambut kelahiran bayi apabila tiba masanya nanti. Sementara itu, salah satu aspek keselesaan yang perlu dipertimbangkan adalah adakah kita selesa jika doktor lelaki yang bakal menyambut kelahiran anak kelak. Jika jawapannya tidak, mohonlah budi bicara pihak berkenaan untuk mendapatkan khidmat doktor perempuan.
Prosedur - Perlu diketahui juga sama ada hospital atau klinik bersalin pilihan membenarkan suami atau ibu menemani semasa di bilik bersalin. Ini kerana ada sesetengahnya tidak membenarkan orang lain berada di dalam bilik berkenaan. Memandangkan amat penting untuk suami atau ibu di samping kita ketika menjalani proses bersalin, jadi pilihlah hospital atau klinik bersalin yang dapat memberi keizinan keberadaan salah seorang daripada mereka di sana.
Kelas antenatal - Kita digalakkan untuk menghadiri kelas antenatal sebagai persediaan sebelum bersalin. Ia bertujuan mendedahkan kita dan suami dengan maklumat berguna sebelum menimbang cahayamata. Banyak topik yang bakal diperoleh seperti pemakanan ketika hamil, penggunaan ubat tahan sakit, penjagaan ibu dan bayi, penyusuan susu ibu dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, kita digalakkan untuk mengikuti kelas antenatal di hospital pilihan kerana kita akan nampak hala tuju yang bakal dilalui sepanjang proses bersalin.
Hospital rakan bayi - Sebaik-baiknya pilihlah Hospital Rakan Bayi (HRB). HRB adalah hospital yang menyokong dan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk penyusuan susu ibu.
Semoga dengan adanya tip ini kita dapat memilih hospital yang selesa untuk kita dan bayi kita...
Pertandingan Penulisan Esei Sempena Sambutan Hari Inovasi JBPM Peringkat Kebangsaan (Kategori Orang Awam)
Tuesday, June 16, 2020
Assalamualaikum wbt..
Adakah awak suka menulis esei? Serlahkan bakat awak dengan menyertai pertandingan penulisan esei sempena sambutan Hari Inovasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Peringkat Kebangsaan. Hadiah yang ditawarkan agak lumayan jugak, mana lah tahu, kot² ada rezeki awak untuk memenangi pertandingan ini..
Tarikh tutup penyertaan pertandingan ini adalah 14 Ogos 2020...
Camne nak dapatkan borang penyertaan..? Pada poster tue, ada QR-Code kan, awak scan jea QR-Code tue, semua maklumat lengkap mengenai pertandingan ini dan borang penyertaan ada di dalam QR-Code tue...
Jom, pada yang berbakat... Masa nie lah awak tunjuk skill awak dalam penulisan esei.. Jemputlah untuk sertai pertandingan ini dan meriahkan suasana...
Assalamualaikum wbt...
Apa maksud alergen nie? Ianya adalah merupakan bahan yang berupaya penyebab alergi atau alahan. Rumah yang kita duduki ini seharusnya sentiasa berada dalam keadaan bersih bagi mengelakkan sebarang ketidakselesaan seperti kegatalan kulit, kegatalan mata, bersin atau lelah.
Lebih-lebih lagi jika kita ada anak kecil yang sensitif pada sebarang habuk dan kekotoran. Tips yang saya nak kongsi pada awak nie boleh dijadikan panduan agar diri kita dan seluruh keluarga tersayang tidak mengalami alergi di rumah..
Soft toys - Basuh soft toys yang sering dipeluk oleh anak sebulan sekali. Jika ia tak boleh dibasuh kerana terdapat bateri di dalam badan soft toys tue, bungkus ia di dalam plastik dan letakkan ke dalam peti sejuk selama 24 jam. Kaedah sebegini mampu membunuh hama yang tak dapat dilihat dengan mata kasar. Kalau boleh, gantikan soft toys tue dengan permainan yang takde bulu dan digalakkan cuci permainan anak-anak dengan air suam yang dicampur sedikit dengan cecair pembasmi kuman.
Permaidani - Pilihlah permaidani yang mudah dicuci. Jika kita tak dapat nak menghantarnya ke dobi, pastikan permaidani dibersihkan dengan penyedut hampagas seminggu sekali. Awak juga digalakkan menggunakan penyedut hampagas yang mempunyai stim atau wap panas bagi membasmi hama.
Cadar - Cuci cadar seminggu sekali dengan air panas. Pastikan juga awak melapik tilam dengan alas tilam anti hama.
Langsir / bidai - Pastikan awak membeli langsir yang tahan lasak serta mudah dicuci tanpa risau yang langsir tue akan rosak. Jika rumah awak menggunakan bidai, pastikan awak kerap membersihkannya daripada habuk.
Perabot - Sekiranya perabot awak berasaskan fabrik, bersihkannya dengan menggunakan penyedut hampagas secara kerap. Ini kerana ia mudah memerangkap habuk dan ia tak elok untuk kesihatan terutamanya jika awak suka berbaring di situ. Begitu juga dengan throw cushion. Jika tak mahu membasuhnya, bersihkan saja dengan menggunakan penyedut hampagas.
Tab mandi / pancuran air - Setiap kali sebelum mandi, pastikan awak menyental tab mandi dan bilik mandi bagi mencegah pembiakan kulapuk. Formula mudah untuk kita amalkan adalah hari nie, kita sental mangkuk tandas, esok pula sental dinding bilik mandi, lusa pula lantai bilik mandi, dan seterusnya. Lama kelamaan formula nie akan jadi rutin kita setiap kali nak mandi.
Tumbuhan berpasu - Jika awak seorang yang gemar meletakkan tumbuhan hidup di dalam rumah, pastikan awak menabur batu kerikil di atas tanah di dalam pasu yang mungkin mengandungi kulapuk. Dengan cara sebegini, peredaran udara di dalam rumah tidak tercemar dengan kulapuk yang mungkin berterbangan ditiup kipas angin. Setiap minggu, buang lebihan air siraman pada piring berlapik pasu. Sental sehingga bersih piring itu bagi mengelakkan nyamuk aedes bertelur di dalamnya dan jika ada tumbuhan berair, letakkan ubat penghapus jentik-jentik.
Tong sampah - Pastikan awak membawa keluar setiap hari plastik sampah tidak kiralah ia penuh berisi ataupun tidak. Jadi ruang dapur takkan berbau busuk dek sampah yang tidak diselenggara dengan baik. Jangan sesekali biarkan sampah itu lama-lama sehingga berulat kerana situasi in boleh mendatangkan penyakit.
Peti sejuk - Sila buang kesemua makanan dan minuman yang telah luput tarikh. Bagi mengelakkan kulapuk membiak di sekitar peti sejuk,lap bahagian dalam dan luar peti sejuk dengan kain yang lembap dan keringkan. Untuk elakkan peti sejuk berbau busuk, awak boleh letakkan bungkusan arang yang dibungkus dalam uncang fabrik. Fungsi arang nie adalah untuk menyerap bau yang kurang menyenangkan di dalam peti sejuk.
Jangan hisap rokok - Pantang sungguh jika ada yang merokok di dalam rumah. Jangan dalam rumah, merokok di luar rumah pun tetap tidak elok untuk kesihatan. Asap rokok boleh menyebabkan masalah pernafasan bukan sahaja buat perokok malah lebih memburukkan keadaan apabila yang tidak merokok menerima kesan yang lebih buruk. Jika masih ada ahli keluarga kita yang merokok, pastikan mereka merokok di luar rumah. Sediakan bekas abu rokok dan jangan sesekali membuang puntung rokok merata tempat kerana ianya amat merbahaya walaupun kecil.
Semoga ianya bermanfaat..
Kali pertama sahabat saya nie buat segmen, jadi sama-samalah kita menyokong usaha sahabat saya nie.. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Jun 2020..
Hadiah :-
5 peserta pertama komen link penyertaan akan masuk ke bloglist PKPP secara automatik sehingga 31 Ogos 2020.
5 peserta segmen lagi akan dipilih secara rawak untuk berada dalam blog list pada 1 Julai 2020
1 peserta akan dipilih secara rawak untuk memenangi 1 botol ' Mary Kay Eye Make Up Remover' yang bernilai RM64.Nak join..? Hanya klik pada banner di atas untuk join... Best of luck...
Assalamualaikum wbt..
Bak dalam bait lirik P.Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri.. Walaupun hidup bersama selama beberapa tahun malah puluh tahun, karakter pasangan masih menjadi tanda tanya. Berselisih faham waima yang kecil pun mudah mengundang konflik dalam rumahtangga.
Manusia nie ada pelbagai cara untuk menzahirkan rasa cinta dan dicintai. Tapi betul ke kita benar-benar tahu dan sedar apa yang pasangan kita mahu daripada kita sebagai tanda kasih sayang?
Jom kenal 5 ciri bahasa cinta pasangan kita, apa yang dia inginkan daripada kita, maka berikanlah dengan penuh kasih sayang dan bersesuaian dengan kehendaknya.
Kata-kata pujian 💕 Ada pasangan yang suka mendengar pujian daripada pasangannya. Pujilah dan berikan kata-kata semangat kepadanya. Luahkan isi hati agar pasangan tahu kelebihan diri. Sebab itu, kena ada kejujuran dalam diri dan bagitahu pada pasangan bagaimana cara diri kita mahu disayangi dan menyayangi.
Sentuhan fizikal 💕 Ada pasangan yang suka dengan sentuhan fizikal. Sentuhan fizikal ini bukanlah semestinya hubungan seksual semata-mata, cukuplah sekadar belaian manja, sentuhan ketika memandu, ciuman di bahu mahupun memeluk dari belakang takala pasangan sedang membasuh pinggan mangkuk. Jika ada pasangan yang sebegitu, sampaikan kasih sayang mengikut bahasa itu. Apa yang menjadi masalah adalah, kita sampaikan bahasa pasangan mengikut bahasa cinta kita. Dari situlah, tak terzahirnya rasa cinta dan dicintai.
Masa berkualiti 💕 Ada pasangan yang suka menghabiskan masa berdua-duaan tanpa gangguan telefon bimbit. Walau mahu ke masjid sekalipun dia memerlukan teman di sisi. Maka temaninya, pimpin tangannya dan berbuallah sewaktu perjalanan ke masjid. Ketika berdua-duaan, luahkan adalah kita rasa disayangi denga cara begitu. Jika pasangan mengiakan, layankan bahasa cintanya itu.
Hadiah tanda ingatan 💕 Ada pasangan yang suka dengan pemberian hadiah walaupun bukan semasa tarikh istimewa. Ketika balik daripada tempat kerja pun kita boleh meluahkan rasa cinta sebagai tanda ingatan, sebagai contoh, membelikan si dia dengan coklat kegemaran. Ada orang yang perlukan tanda cinta dalam bentuk simbol atau fizikal sebegini.
Layanan 💕 Ada pasangan yang suka jika pasangannya memberikan layanan atau bantuan kepadanya. Contohnya membantu menggosok pakaian, memasakkan untuknya ataupun membuang sampah. Malah dapat membantu menjaga anak-anak pun sudah memadai. Tapi tak semua sebegitu. Ada juga suami yang stres bila si isteri asyik berkemas dan melayan anak sampai hilang fokus pada dirinya dan menyebabkan si suami rasa tak dicintai.
Jadi, antara 5 ciri ini, yang mana satu jika dilaksanakan oleh pasangan kita akan membuatkan diri kita lebih disayangi dan menyayangi pasangan kita..? Selidikilah..
Assalamualaikum wbt..
Limau kasturi sememangnya amat sinonim dengan masyarakat kita.. Kalau buat air limau asam boi, buah sitrus nie menjadi pilihan hati, macam tue jugak kalau kita nak makan laksa... Perah sikit limau kasturi, pasti selera makan akan bertambah-tambah... ataupun di makan bersama dengan serbuk asam boi, pasti terkecur air liur kan...
Selain daripada untuk menyedapkan makanan dan minuman, ada banyak lagi sebenarnya khasiat limau kasturi nie.. Buah yang dikenali dengan pelbagai nama ini dipercayai berasal daripada negara China dan telah dibawa ke Indonesia dan Filipina.. Nak tahu khasiatnya yang lain..
Jom...
Penghilang bau badan - limau kasturi nie dikatakan mampu dijadikan sebagai penghilang bau badan terutamanya jika dimakan dengan kulitnya. Limau kasturi dapat menghalang pepeluhan yang melampau. Ia mengandungi sebatian antibakteria yang baik. Bakteria yang telah bercampur dengan peluh akan menyebabkan bau badan. Jadi ada dua cara yang boleh kita gunakan untuk menghilangkan bau badan. Cara pertama adalah perah dua biji limau kasturi ke dalam air mandian dan mandilah dengan air mandian tue.. Cara kedua pula adalah dengan menggosok limau kasturi yang telah dibelah dua ke kawasan yang berbau.
Pencuci rambut atau kulit kepala - limau kasturi yang telah diramas boleh dijadikan sebagai pencuci rambut atau kulit kepala. Cara ini dikatakan mampu menghilangkan kegatalan pada kulit kepala malah mampu merangsang pertumbuhan rambut.
Hilangkan jeragat dan jerawat - jus limau kasturi yang disapu pada wajah dikatakan mampu menghilangkan jeragat dan membantu mengatasi masalah jerawat.
Merangsang penghasilan kolagen - limau kasturi merupakan bahan penjagaan kulit yang popular. Ia mempunyai kebaikan untuk tujuan kacantikan. Kandungan asid askorbik atau vitamin C di dalam buah ini dapat menguatkan sistem kekebalan dan meningkatkan penghasilan kolagen dalam tubuh. Disebabkan ini juga lah jus limau kasturi diminum sebagai tonik kecantikan. Apabila ianya disapu pada kulit, ia mampu menghaluskan kulit.
Mencegah demam selesema - perahan jus limau kasturi penuh dengan vitamin dan mineral. Sebab itu secara tradisionalnya, buah ini digunakan untuk mencegah demam selesema. Selain itu, vitamin C dalam buah ini mampu memastikan penyembuhan segera daripada jangkitan virus dan bakteria.
Bantu kurangkan berat badan - ini adalah berita gembira pada sesiapa yang cuba untuk kurangkan berat badan. Apa kata awak minum jus limau kasturi setiap hari. Jus ini amat segar, sihat dan rendah kalori. Pengambilan secara kerap jus ini dikatakan dapat membersihkan organ dan mendekrosifikasi usus. Ia juga mampu mencegah sembelit, memperbaiki pergerakan usus dan menghapuskan lemak terkumpul. Jus ini juga dikatakan dapat mengenyangkan perut dan awak digalakkan minum jus ini sebelum makan agar tak terlebih makan.
Agen pelunturan kulit - seperti yang sedia maklum, kebanyakan penduduk di negara Asia suka pada kulit cerah. Limau kasturi adalah agen pelunturan yang digunakan dan tak seperti agen pelunturan lain, ekstrak limau kasturi ini amat ringan, semula jadi dan berkesan. ia juga boleh digunakan pada wajah dan tubuh tanpa menyebabkan sebarang kerengsaan. Caranya, sapukan ekstrak jus ini pada tubuh yang mahu dicerahkan selama dua kali seminggu dan kesannya akan dapat dilihat dalam masa dua minggu. Cubalah.
Mencegah kerosakan gigi - minum jus limau kasturi nie bukan saja dapat merangsang rintangan tubuh terhadap penyakit, malah ianya turut mencegah masalah mulut. Vitamin dalam jus limau kasturi ini dikatakan mampu mencegah kerosakan gigi, gingivitis, pendarahan gusi atau kehilangan gigi. Ia juga dikatakan dapat menghapus plak dan menghilangkan noda pada gigi.
So, dah tahu kan khasiatnya... Semoga ianya bermanfaat..
Assalamualaikum wbt..
Okey, kali nie saya nak review sebuah filem arahan daripada pengarah fiksyen yang terkenal, Steven Spielberg.. Filem nie memang filem lama iaitu ditayangkan pada tahun 2001 tapi memang best filem nie.. Apakah filemnya..? Jom..
A.I Artificial Intelligence (2001)
Mengisahkan sebuah robot Mecha yang diberi nama David lakonan Haley Joel Osment yang telah diprogramkan oleh penciptanya untuk menyayangi manusia pada era abad ke-22.. David telah ditempatkan bersama sebuah keluarga iaitu Henry Swinton (Sam Robards) dan isterinya Monica (Frances O'Connor) serta anak lelakinya yang bernama Martin (Jake Thomas), seorang penghidap kanser yang berbahaya.. Pada mulanya Monica tak dapat menerima kahadiran David dek kerana ianya hanyalah robot tapi lama kelamaan Monica mula menyayangi David sama seperti anaknya Martin.. Bila Martin mula sembuh daripada penyakitnya, Martin berasa amat cemburu dengan keakraban David dan ibunya lalu dia mula merancang untuk menghalau David daripada rumah tue dengan membuat pelbagai helah jahat.
Apabila helah Martin berjaya, Henry meminta isterinya untuk menghantar semula David ke tempat penciptanya tapi Monica tak sanggup nak hantar David ke sana sebaliknya dihantarnya ke dalam hutan dan menyuruh David lari daripada situ..
Dengan ditemani rakan robot patung anak beruang yang diberi nama Teddy dan sebuah lagi Mecha Joe (Jude Law), David cuba mencari jalan pulang semula ke pangkuan Monica.. Pelbagai kisah suka duka yang berlaku sepanjang dia cuba mencari jalan pulang..
David yang pernah membaca sebuah buku fairytale Pinocchio, dia mula mencari pari-pari yang sama dalam buku tersebut, dengan harapan pari-pari itu akan menukarkan dia ke budak lelaki yang sebenar..
Dapatkah David berjumpa dengan pari-pari itu dan apakah harapan David untuk menjadi budak lelaki sebenar dapat direalisasikan? Dan dapatkah David jumpa semula dengan Monica, ibunya?
Kisah nie walaupun hanyalah filem sains fiksyen, tapi ianya mengisahkan sebuah kasih sayang antara anak dan ibu.. Walaupun dia mempunyai adik angkat yang berniat jahat untuk menghalau dia daripada rumah tue, dan walaupun ibunya telah membuang dia ke dalam hutan, David tetap menyayangi ibunya tanpa ada sedikit rasa kecewa... Part yang sedih tue, masa David kena tangkap dengan orang-orang yang bencikan Mecha, dan cuba untuk musnahkan Mecha, David menjerit dan menangis sambil berkata dia nak jumpa ibunya... Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu, tak percaya sebuah robot Mecha mempunyai perasaan sedih dan meminta pihak penganjur supaya melepaskan David..
Memang best filem nie sebab ianya mengajar kita erti kasih sayang sebenar ibu kita.. Orang kata, seburuk-buruk ibu kita pun, dialah yang melahirkan dan membesarkan kita hingga dewasa.. So sayangilah ibu kita dan jika dia telah tiada, sedekahkanlah Al-Fatihah dan titipkan doa kepadanya, sama jugaklah jika ibu kita masih ada pun, sedekahkanlah Al-Fatihah dan titipkan doa kesejahteraan kepadanya.. Bukan ibu jea tau, pada ayah pun sama jugak sebab tanpa mereka, kita takkan lahir kat dunia nie dan tanpa mereka, kita takkan berjaya dalam hidup.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons