Isteri kuat bebel. Pekakkan telinga atau cari puncanya?

Thursday, June 18, 2020


Assalamualaikum wbt..
Wanita sememangnya terkenal dengan sifat yang suka membebel, tak kiralah yang bujang ke ataupun yang dah berumahtangga ke.. Mungkin ramai suami yang mengalami situasi seperti ini dan ada yang ambik pendekatan tersendiri.. Tapi adakah si suami membiarkan isterinya terus menerus membebel ataupun berusaha cari penyelesaian apakah punca dia membebel.. Sabar.. Sabar.. 

Tapi jaga-jaga, seandainya isteri tuan-tuan semua dah mula diam daripada membebel, tuan-tuan berada di paras kritikal, jadi selesaikanlah dengan cepat.. Tip ini akan bantu tuan-tuan semua untuk menangani situasi isteri yang suka membebel..

Bertenang dan cuba fahami - Apabila isteri membebel, suami kena bersabar dan tenangkan diri. Jangan meluahkan perasaan marah awak kerana ianya boleh menjadi punca pertelingkahan lebih besar.  Lebih baik tuan-tuan berdiam diri dulu dan bertenang. Salah satu punca isteri membebel kerana dia tertekan dengan keadaan sekeliling, tak kiralah sama ada dia merupakan seorang suri rumah mahupun ibu yang berkerjaya. Kadangkala bebelannya itu hanya sekadar untuk melepaskan tekanan dalam dirinya saja. Jadi bawak bertenang yea...

Jadi pendengar yang baik - Suami adalah orang yang paling rapat dengan isteri. Jadi tak salah jika tuan-tuan jadi pendengar yang baik untuk isteri. Sebagai contoh, tanyakan dia tentang perjalanan hariannya di rumah ataupun di pejabat. Seorang isteri pasti akan lebih tenang dan rasa suami cuba memahami dirinya apabila suami sanggup mendengar luahan hatinya. Mungkin dia ingin berkongsi tentang sikap anak-anak atau tentang masalah di pejabat. Sebagai suami isteri, sepatutnya kita kena saling mendengar permasalahan masing-masing. Jangan sampai salah seorang daripadanya mencari 'orang luar' sebagai tempat meluahkan perasaan. Ini boleh membuka ruang untuk berlakunya kecurangan dalam rumah tangga.. Jadi berhati-hatilah...

Fahami keadaan isteri - Penting untuk suami memahami dan peka dengan keadaan diri isteri. Kadangkala isteri membebel kerana dia penat. Sudah lah penat kerja di pejabat, balik rumah terkejar-kejar nak memasak dan menjaga anak-anak. Takde salahnya jika suami turut mengambil tugas bersama-sama, sebagai contoh, jika isteri sibuk masak di dapur, si suami tolong jaga dan uruskan anak-anak. Bila dah kurang penat, jadi kuranglah risiko untuk isteri membebel. Sama jugalah jika isteri seorang suri rumahtangga. Janganlah kita menyangka yang surirumah tak sibuk di rumah, memandangkan dia tak bekerja. Sebaliknya, lagi banyak 'kerja' yang perlu diuruskan di rumah sehinggakan diri sendiri tak sempat nak urus. Jadi tak salah jika tuan-tuan balik dari kerja, bantulah isteri apa yang patut seperti bancuhkan susu untuk anak atau masukkan baju kotor dalam mesin basuh. Pertolongan yang kecil ini sebenarnya amat besar bagi si isteri. Bila hati isteri 'sejuk' jadi takdelah dia nak membebel lagi. Mungkin isteri akan melayan tuan-tuan dengan lebih lagi daripada biasa...

Tegur dengan berhemah - Orang perempuan sememangnya penuh dengan emosi dan mereka akan keluarkan kata-kata dengan penuh emosi dan perbuatan yang diluar jangkaan bila tidak lagi dapat menahannya. Namun ada masanya bebelan mereka akan menjadi keterlaluan. Hal yang remeh temeh pun boleh jadi bahan bebelan yang berpanjangan. Jika begitu, sikap ini perlu ditegur, tapi dengan cara yang berhemah. Elakkan marah-marah dengan isteri dan kalau boleh selitkan dengan nada gurauan. Pasti isteri tuan-tuan akan kembali tersenyum.. Yang paling penting, nak tegur isteri tue, biarlah hanya berdua saja dengan isteri tanpa ada anak-anak, dan bincanglah di dalam bilik tidur kerana di situlah kemesraan akan kembali terjalin.. 

Semoga ianya akan menjadi panduan kepada suami dan bakal suami.. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



12 comments

  1. Adalah tu isteri tak puas hati. Nak lepaskan rasa marah.

    ReplyDelete
  2. Sabarlah suami2, dia bebel tapi dia sayang :)

    ReplyDelete
  3. hahaha bebel bersebab okay la kut
    bebel yang tak ada punca tu kena tegur lah jawabnya

    ReplyDelete
  4. kdg2 dengar je apa bini bebelkan sbb mungkin masa tu dia nak lepaskan perasaan...

    ReplyDelete
  5. kalau rasa yg dibebelkan masuk akal kita ambik la sbg peringatan sendiri. kalau membebel nak beli kunyit, pekakkan telinga je la.. haha.. Insyaallah ada rezeki belilah kunyit utk isteri.. hehehe

    ReplyDelete
  6. isteri membebel adalah yg mengganggu dia tu. maka si suami kenalah cari punca

    ReplyDelete
  7. saya sudah rindu bebelan seorang isteri hahahha

    ReplyDelete
  8. Kalau isteri tu senyap, memang susah hatilah encik suaminya.. hehehe.. bebelan itu sebenarnya adalah luahan hati seorang isteri..

    ReplyDelete
  9. tips yang baik...kalau isteri tak cakap,suami mesti pelik dan rasa kosong.....elok isteri berckp dgn suami sebelum dia luahkan kt media sosial kan

    ReplyDelete
  10. hahaha teringat pula abah , memang selalu diam kalau mak berleter . respect abah punya sabar

    ReplyDelete
  11. isteri kuat bebel bersebabkan hehee

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧