Assalamualaikum wbt...
Rasanya belum terlambat lagi untuk saya ucapkan Salam Aidilfitri kepada awak semua... Maaf zahir dan batin, andai ada salah dan silap sepanjang saya menulis nukilan dari jurnal ini.. Saya mintak maaf jugak pada rakan-rakan yang menjemput saya untuk join mana-mana segmen dan giveaway anjuran awak, sebab masa tak mengizinkan saya untuk berbuat demikian..
Saya sendiri dalam proses untuk memulihkan diri sendiri, dengan pelbagai dugaan yang terus menerus mendatang... Kadangkala dalam hati ini terasa ingin menamatkan saja penulisan saya nie, tapi rasanya belum boleh lagi kot untuk saya berhenti begitu saja😅 Apapun saya nak ucapkan banyak² terima kasih pada awak kerana sudi menjemput saya untuk join segmen dan giveaway..
Dengan norma baru yang meliputi kehidupan kita nie, saya harap agar awak sentiasa menjaga diri masing-masing, jaga jarak dan ikutlah apa yang disarankan oleh KKM dan kerajaan.. Semoga kita semua dilindungi Allah hendaknya.. Saya nak mohon doa daripada awak semua agar saya sembuh seperti sediakala dan kembali aktif seperti dulu..
get well soon. nanti bila tenang kembalilah menulis ye?
ReplyDeleteGet well soon
ReplyDeleteSelamat hari raya kak
Jaga diri ya.
ReplyDeleteJangan berhenti menulis blog.
sama la ye selamat hari raya maaf zahir dan batin ye
ReplyDeleteSemoga kita berkesempatan menyambut Aidilfitri di tahun depan.. Insyaallah..
ReplyDeleteHarap masih sihat untuk raya mendatang...raya aildil Adha nak datang nii..insha Allah moga sihat sentiasa kak
ReplyDelete