Tahniah! 6 tanda diet anda sukses!

Monday, June 01, 2020

Sumber gambar Google Images


Assalamualaikum wbt..
Bila kita mengamalkan diet, segala panduan, aturan dan amalan telah dilakukan dengan sebaik mungkin untuk mendapatkan berat badan yang ideal dan aturan diet yang betul. Jadi, agak-agak apa yang kita buat selama ini membuahkan hasil ke tak? Mungkin awak merasakan yang diet awak telah berjaya, tapi sebenarnya tak sepenuhnya.

Akan tetapi awak jangan risau!

Berikut adalah 6 tanda yang diet awak sebenarnya telah berjaya dilakukan... TAHNIAH!!!

LINGKARAN PINGGANG - Biasanya diet kita akan sukses apabila lingkaran pinggang juga menurun. Walau bagaimanapun, kita mesti terus berusaha untuk menurunkan berat badan ideal. Kadang-kadang berat badan saja yang berjaya turun tapi belum tentu lingkaran pinggang terutamanya jika berat badan hanya turun sekitar 1-2 kilogram saja.

SEMANGAT UNTUK BERSENAM - Ketika kita ingin bersenam sama ada di gimnasium, tempat riada ataupun di rumah, kita merasakan perasaan amat seronok, lebih menyenangkan dan tidak membebankan. Malah ketika bersenam, tahap pernafasan kita juga menjadi stabil dan ini bermakna diet yang kita amalkan itu membuahkan hasil.

BADAN LEBIH SEGAR - Setiap kali bangun pagi, kita merasakan badan kita menjadi lebih segar dan lebih ringan. Malah kita merasakan lebih bersemangat untuk melakukan kerja-kerja harian dan mempunyai rehat yang mencukupi. Ini menandakan diet yang kita amalkan adalah betul dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan kita adalah mencukupi.

TIDAK MUDAH SAKIT - Bila diet kita kita ini adalah betul, maka kita akan sentiasa dalam keadaan cergas, kekal ramping dan tak mudah mendapat penyakit. Ini menunjukkan kita berada dalam situasi metabolisme dan penghadaman yang baik.

CERMIN DIRI - Ketika berada di depan cermin, kita sendiri merasakan bahawa penampilan menjadi lebih langsing dan berbeza daripada sebelum ini. Nilailah dengan jujur dan perbetulkan lagi program diet yang kita lakukan.  Mengikut kata Brad J. Bushman dalam Journal Of Applied Psychology, melihat bayangan sendiri di dalam cermin akan membuatkan kita lebih sedar terhadap apa yang kita ambil dan berapa banyak yang kita makan.

DIAKUI OLEH KAWAN-KAWAN - Bila ramai di kalangan kawan-kawan kita yang perasan tentang perubahan diri, maka tak sia-sia latihan dan program diet yang kita lakukan itu. 

Adakah petanda ini kena dengan situasi awak sekarang? Kalau yea, TAHNIAH diucapkan, kalau belum, teruskan displin awak untuk meneruskan program diet ini.. FIGHTING!!!


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



6 comments

  1. Nasib baik tak payah turunkan berat badan tapi betullah diet untuk sihat dan cergas.

    ReplyDelete
  2. bilalah mama nak turunkan berat ni. baru beli mesin exercise harapnya adalah semangat nak ber exercise nanti

    ReplyDelete
  3. orang rumah semangat benar diet ni. ejulz cakap diet diet juga, kesihatan kene jaga juga..

    ReplyDelete
  4. haish...bila la nak ada semngat nak diet ni..harap la dpt semangt tuu

    ReplyDelete
  5. Kena ada semangat yang kuat ni nak diet

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧