Assalamualaikum wbt..
Bercuti bersama rakan memang seronok dan menyenangkan. Kita dapat berjalan bersama, berkongsi segala keseronokan dan kesusahan bersama menjadi kenangan terindah buat kita dan rakan kita, terutama rakan baik dan yang rapat dengan kita.
Saya nak berkongsi beberapa langkah yang boleh kita praktiskan apabila kita pergi bercuti dengan rakan kita..
Apakah langkahnya..? Jom...
Selesaikan segala permasalahan - Jika kita mempunyai banyak kerja yang perlu dihantar semasa bercuti, cuba selesaikannya sebelum awak memulakan percutian. Ini perlu supaya awak tidak mensia-siakan waktu rakan yang hanya duduk di bilik hotel sementara menunggu kita menyelesaikan tugasan yang tak siap tue. Jika kita turut mempunyai masalah yang belum selesai dengan rakan yang turut sama bercuti dengan kita, adalah seelok-eloknya kita bersemuka dan berbaik-baik. Ini amat penting supaya percutian kita dapat berjalan dengan lebih lancar dan tidak mempunyai gangguan emosi sesama sendiri. Ia juga bagi mengelak perkara yang berlaku sebelum ini terutama perselisihan faham tidak berulang.
Buat jadual percutian - Ke mana pun destinasi yang kita ingin pergi, sila buat jadual perjalanan dan rancang sebaik mungkin. Senaraikan semua tempat yang ingin dikunjungi dan disertakan dengan pengangkutan untuk ke sana. Ia adalah perkara yang harus dibuat kerana ia dapat menjimatkan waktu berbanding kita perlu memikirkannya saat sudah memulakan percutian. Jika rakan kita nak pergi ke tempat yang berbeza, tentukan saja tempat perjumpaan. Dengan itu, semua boleh bercuti sesuai dengan keinginan hati.
Percutian mewah atau bajet? - Sebaiknya tentukan tema percutian. Ini membolehkan kita tahu dari awak hotel berapa bintang yang akan dijadikan tempat menginap, lokasi makan dan tempat berbelanja.
Bawa penutup mata - Ia mungkin nampak remeh, tapi sebenarnya penting. Ini mungkin berlaku bila kita sukar untuk tidur sekiranya lampu tak dipadamkan, tapi rakan bilik kita pulak sebaliknya. Jadi dengan ini, kita boleh tidur nyenyak dalam apa jua keadaan.
Tanggungjawab bersama - Jangan menyalahkan sesiapa apabila berlaku sesuatu masalah atau percutian itu tidak seperti mana diharapkan. Berjaya atau gagalnya percutian itu bergantung daripada persefahaman kita dengan rakan-rakan kita. Jadi, sentiasalah bekerjasama dan sama-sama bertanggungjawab dalam segala hal supaya kita sama-sama menikmati percutian yang menyeronokkan dan menjadi kenangan terindah buat kalian.
Menjaga antara satu sama lain - Walaupun ada masanya rakan kita nampak seperti menjengkelkan sepanjang percutian, tapi mereka adalah 'saudara terdekat' kita sepanjang destinasi percutian kita. Lebih-lebih lagi apabila kita bercuti di luar negara. Jadi, seharusnya kita saling menjaga antara satu sama lain sehingga selamat sampai di rumah.
Elakkan gajet - Percutian seharusnya dinikmati, jangan biarkan gajet meragut segala kesempatan kita untuk menikmati tempat percutian yang kita kunjungi itu. Adalah lebih baik kita berborak atau bertukar cerita bersama rakan yang ada di depan mata berbanding asyik berhubung bersama mereka yang jauh di sana. Secara tak langsung kita dapat kenal dengan lebih rapat lagi dengan rakan kita dan berkongsi segala rasa seronok bersama.
Selamat bercuti semua...
terbaek.. kene ikut sop juga kalau nak bercuti..
ReplyDeleteTeringat bercuti dengan rakan blogger. Sebenarnya pergi kenduri kahwin di utara jadi tidur rumah saudara kawan yang kahwin. Rasanya tiada masalah. Alhamdulillah.
ReplyDeletesaya dan kawan2 rapat selalunya 2/3 tahun sekali baru plan trip.. tapi selalu berjumpa catch up. memang walaupun nama kawan tapi macam2 personaliti jadi kena ada juga checklist macam ni untuk pastikan trip okay tanpa sebarang masalah..
ReplyDeleteHaiyak, selalu plan, tak Aien suka jadi spoiler yang selalu backout. Takut nak travel bila diri sendiri tak ada bajet. Hehe
ReplyDeletebetul tu , memang kena buat plan / jadual baru smooth je
ReplyDeletesetuju semua langkah tu..saya pernah bercuti dgn kwn2..bila sorg main hp pakat semua pun pgg hp hahaaa sabojele..
ReplyDeletebest klu rakan yg boleh ikut, tapi dalam semua mesti ada sorg yg akan rosakkan plan .. hehe
ReplyDeleteTak pernah lagi bercuti bersama rakan rakan
ReplyDeleteJadual dan tempat nak dikunjungi tu sgt penting tambah2 kalau luar negara. Kena disiplin dengan masa. ni yang selalu out of control. bila ambil tempoh masa yang lama melebihi had plan, mmg kacau utk next destination..
ReplyDeletePenutup mata tu nak belilah.. hehehe.. Idea yang sangat ohsem.. Kadang bila bercuti ke tempat baru memang payah nak tidur..
ReplyDeletekalau bercuti dengan member jenis sporting memang best tapi kalau dapat jenis sensitif habis rosak mood.
ReplyDelete