Assalamualaikum wbt...
Wahh, terlebih dulu saya nak ucapkan ribuan terima kasih pada awak yang sudi komen pada cerita jurnal saya nie... Ada yang bagi komen pada cerita jurnal zaman tok kaduk dulu😂dan ada jugak bagi komen untuk cerita jurnal terkini.. Terima kasih.. Hihihi.. Meh komen banyak-banyak.. Ada hadiah yang menanti untuk awak BOLEH BACA SINI..
Anyway, sebenarnya saya nak berkongsi cerita yang agak menggembirakan hati saya.. Perancangan nie sebenarnya tak dirancang pun, tapi Allah permudahkan semua urusan saya di sebalik COVID-19..
Alhamdulillah, saya dapat merealisasikan hampir 70 peratus impian saya untuk meluaskan lagi khidmat masyarakat, iaitu urut terapi buang angin bagi wanita.. Saya dapat beli...
- Katil Urut
- Baju kerja berimej kan korporat tetapi jenis Muslimah
- Troli yang menempatkan barangan urut di rumah
Tiga perkara nie memang dah lama berada dalam list saya, dan akhirnya di sebalik COVID-19, ianya dapat direalisasikan dengan begitu cepat.. Rasa masih belum percaya yang ianya dah jadi kenyataan..
Yes, buat masa nie, saya memang tumpukan pada urutan terapi buang angin dalam badan, tapi Insha Allah, saya akan perluaskan lagi service saya nie, seperti pedicure/medicure, urutan kaki dengan rendaman ais/garam bukit dan facial wajah...
Katil urut ~ Sebenarnya dah lama saya nak beli katil urut nie, tapi memandangkan kos untuk pembelian agak tinggi pada masa tue, so saya tangguhkan dulu pembeliannya.. Sebelum saya beli katil nie, kesemua client akan dibaringkan di atas lantai, beralaskan toto tebal demi keselesaan mereka. Tapi lama kelamaan saya jadi kesian pada mereka sebab terpaksa baring di atas lantai, even beralas toto tebal sekalipun... Kebetulan rakan opis saya ada jual katil urut nie, masa tue saya ternampak status kat whatsapp, so saya tanyakan dia samada masih ada stok ataupun tak.. Dia cakap kebetulan memang ada, so saya belilah dengan rakan opis saya nie.. Berat katil nie adalah 25kg dan sebenarnya katil nie mudah dipasang dan dilipat jika kita taknak pakai katil urut nie.. Oleh kerana bilik yang sekarang nie adalah merupakan bilik tetamu, jadi mudahlah untuk saya melipat semula katil urut nie.. Harga katil urut nie pun boleh dikatakan mampu milik jugaklah.. Yang paling best tentang katil urut nie, -ianya mempunyai pelbagai ciri-ciri khas seperti bantal wajah yang boleh diselaraskan, tempat gantung untuk client letak beg dan katil nie agak kukuh serta stabil..
Baju kerja berimej korporat tapi jenis Muslimah ~ Sebelum nie saya memang ada pakaian korporat tapi disebabkan bila saya mengurut client saya, ianya agak tak selesa untuk dipakai.. Jadi saya ambik inisiatif untuk mencari syarikat yang boleh supply baju T-Shirt Muslimah dan boleh cetak design yang kita kehendaki.. Tapi kebanyakan syarikat tak mengambil tempahan sikit, memandangkan saya cuma nak tempah 7 helai saja.. Mujur jugak saya terjumpa satu laman web mohcetakbaju.com dan syarikat nie menjual pelbagai jenis baju T-Shirt Muslimah yang readymade atau custom made.. Apa yang best nya syarikat nie, diorang menerima sekurang-kurangnya 5 helai ke atas dan semua design corak baju tue, kita buat sendiri dan diorang akan bagi harga dan seterusnya print kan untuk kita... Macam baju saya nie, jenis baju pilihan saya adalah jenis t-shirt cotton yang berharga RM28 untuk readymade.. Jika kita nak letak design pilihan kita, mereka akan bagi harga printing + harga baju tue sekali.. So pada awak yang nak cari baju untuk kenduri kawin ke baju untuk kelas ke, boleh layari mohcetakbaju.com dan kat situ awak akan dapat banyak maklumat seperti cara pemilihan baju, cara pembayaran dan cara penghantaran.. Cantik tak design nie..? Kenapa bagi nama SRLavender Therapy Massage..? Itulah nama spa saya yang akan datang.. Memandangkan saya memang peminat bunga lavender, so nama lavender tue saya kekalkan.. Jenuh jugak nak fikir nama untuk dipadankan dengan lavender, akhirnya SR menjadi pilihan saya yang membawa maksud nama saya sendiri Shikin Razali a.k.a. SR.. Jadi nya terhasillah nama SRLavender Therapy Massage.. Untuk gambar tue pulak, memang pada asalnya saya nak letak gambar bunga lavender, tapi ianya langsung tak sesuai dipadankan, lalu bunga orkid yang berwarna ungu menjadi pilihan, sebab warna ungu melambangkan warna bunga lavender.. Kira ok la kan... Pada lengan baju nie, saya buat cetakan nama saya berserta lokasi yang saya cover untuk urutan..
Troli berisi barangan urutan ~ Memandangkan saya dah mempunyai katil urut, so kenalah ada troli untuk memudahkan saya meletak minyak urutan.. Troli nie saya beli kat Lazada dengan harga RM50.34 dan lain-lain hiasan tue saya beli kat MR.DIY.. Oh, mesti awak perasan tentang lesung batu tue kan.. Sebenarnya lesung tue saya nak ambik dia punya bekas tue memandangkan ianya diperbuat daripada batu marmar.. Tapi bila first ambik gambar rasa macam tak cantik pulak kalu takde alur anak lesung tue, so saya letaklah sekali.. hihihi nampak macam ala-ala spa + masakan pulak kan..
Okey, tentang minyak urutan pula, sebelum nie saya memang gunakan minyak urutan Perfume Generics jenis bunga matahari dan jenis bunga lavender, tapi kini saya menambah beberapa titik Bubble Belly Oil.. Kenapa hanya letak beberapa titik,..? Sebenarnya Bubble Belly Oil nie merupakan minyak panas dan pelbagai herba dicampur sebati.. Memang best pakai Bubble Belly Oil nie.. Dan dekat gambar atas tue, saya memang sengaja selitkan Kinoki Detox Pads sebab saja nak penuhkan ruangan minyak urut sebenarnya.. Hihihi
So, inilah rezeki yang Allah berikan kepada saya, Alhamdulillah... Next step will be come very soon, Insha Allah... Doakan saya agar impian saya untuk memiliki spa menjadi kenyataan, Insha Allah..
Pada awak yang berada di sekitar Salak Tinggi / Dengkil / Nilai / Putrajaya / Cyberjaya, jika nak legakan badan dengan urutan, boleh la hubungi saya untuk buat appointment.. Harga urutan saya masih kekalkan iaitu sekitar RM35 untuk satu jam, bergantung kawasan..
Assalamualaikum wbt..
Memang havoc sangat-sangat... Sapa cakap cikgu hanya goyang kaki duduk di rumah sepanjang PKPP nie.? Seorang cikgu yang sentiasa aktif di sekolah, bila mana seluruh dunia menghadapi wabak COVID-19, semuanya berubah secara tak langsung...
Bila pihak kerajaan memberi arahan untuk PKPP, semua orang perlu mengikut arahan perintah berkurung. Tapi dah nama pun cikgu kan, yang selalunya bergerak aktif dan progresif, tetiba kena berkurung.. Seminggu dua tue bolehlah duduk di rumah, tapi lama kelamaan dia menjadi bosan..
Lalu ada seorang cikgu mulakan projek yang gila-gila punya idea.. Ideanya adalah...
MAKEOVER SEMULA LIBRARY SEKOLAH..!!!
Secara kebetulan cikgu yang bernama Nordin Ismail ini sememangnya ditugaskan menjadi penyelia library sekolah, so senang dia nak buat makeover.. Tambahan menurut katanya lagi, dia pernah ditegur oleh pihak sekolah disebabkan library sekolah tak begitu menarik perhatian pelajar-pelajar sekolah.. Teguran itulah yang membuatkan Cikgu Nordin mula merangka perancangan untuk makeover library sekolahnya..
Konsep yang dipilih oleh cikgu berkenaan adalah berkonsepkan hipster dan minimalis, satu konsep yang bercirikan seperti hidup di bandar moden.. Jom kita tengok gambar sebelum dan selepas makeover (kesemua gambar ini saya ambil secara kredit daripada facebook Nordin Ismail)
👇Gambar sebelum makeover
👇Gambar semasa makeover
👇Gambar selepas makeover
Cantik dan havoc kan library sekolah cikgu nie..? So, harap-harap semua pelajar sekolah berkenaan suka dengan perubahan yang drastik yang dibuat oleh cikgu berkenaan.. Semoga pelajar sekolah berkenaan akan berasa gembira bila masuk ke library yang tak macam library sekolah sebelum nie..
Good job Cikgu Nordin Ismail... Semoga usaha cikgu dan team cikgu akan dikenang sampai bila-bila dan dihargai oleh semua orang, terutama sekali pelajar-pelajar cikgu..
Assalamualaikum wbt..
Bercuti bersama rakan memang seronok dan menyenangkan. Kita dapat berjalan bersama, berkongsi segala keseronokan dan kesusahan bersama menjadi kenangan terindah buat kita dan rakan kita, terutama rakan baik dan yang rapat dengan kita.
Saya nak berkongsi beberapa langkah yang boleh kita praktiskan apabila kita pergi bercuti dengan rakan kita..
Apakah langkahnya..? Jom...
Selesaikan segala permasalahan - Jika kita mempunyai banyak kerja yang perlu dihantar semasa bercuti, cuba selesaikannya sebelum awak memulakan percutian. Ini perlu supaya awak tidak mensia-siakan waktu rakan yang hanya duduk di bilik hotel sementara menunggu kita menyelesaikan tugasan yang tak siap tue. Jika kita turut mempunyai masalah yang belum selesai dengan rakan yang turut sama bercuti dengan kita, adalah seelok-eloknya kita bersemuka dan berbaik-baik. Ini amat penting supaya percutian kita dapat berjalan dengan lebih lancar dan tidak mempunyai gangguan emosi sesama sendiri. Ia juga bagi mengelak perkara yang berlaku sebelum ini terutama perselisihan faham tidak berulang.
Buat jadual percutian - Ke mana pun destinasi yang kita ingin pergi, sila buat jadual perjalanan dan rancang sebaik mungkin. Senaraikan semua tempat yang ingin dikunjungi dan disertakan dengan pengangkutan untuk ke sana. Ia adalah perkara yang harus dibuat kerana ia dapat menjimatkan waktu berbanding kita perlu memikirkannya saat sudah memulakan percutian. Jika rakan kita nak pergi ke tempat yang berbeza, tentukan saja tempat perjumpaan. Dengan itu, semua boleh bercuti sesuai dengan keinginan hati.
Percutian mewah atau bajet? - Sebaiknya tentukan tema percutian. Ini membolehkan kita tahu dari awak hotel berapa bintang yang akan dijadikan tempat menginap, lokasi makan dan tempat berbelanja.
Bawa penutup mata - Ia mungkin nampak remeh, tapi sebenarnya penting. Ini mungkin berlaku bila kita sukar untuk tidur sekiranya lampu tak dipadamkan, tapi rakan bilik kita pulak sebaliknya. Jadi dengan ini, kita boleh tidur nyenyak dalam apa jua keadaan.
Tanggungjawab bersama - Jangan menyalahkan sesiapa apabila berlaku sesuatu masalah atau percutian itu tidak seperti mana diharapkan. Berjaya atau gagalnya percutian itu bergantung daripada persefahaman kita dengan rakan-rakan kita. Jadi, sentiasalah bekerjasama dan sama-sama bertanggungjawab dalam segala hal supaya kita sama-sama menikmati percutian yang menyeronokkan dan menjadi kenangan terindah buat kalian.
Menjaga antara satu sama lain - Walaupun ada masanya rakan kita nampak seperti menjengkelkan sepanjang percutian, tapi mereka adalah 'saudara terdekat' kita sepanjang destinasi percutian kita. Lebih-lebih lagi apabila kita bercuti di luar negara. Jadi, seharusnya kita saling menjaga antara satu sama lain sehingga selamat sampai di rumah.
Elakkan gajet - Percutian seharusnya dinikmati, jangan biarkan gajet meragut segala kesempatan kita untuk menikmati tempat percutian yang kita kunjungi itu. Adalah lebih baik kita berborak atau bertukar cerita bersama rakan yang ada di depan mata berbanding asyik berhubung bersama mereka yang jauh di sana. Secara tak langsung kita dapat kenal dengan lebih rapat lagi dengan rakan kita dan berkongsi segala rasa seronok bersama.
Selamat bercuti semua...
Akan Datang..!! Hadiah istimewa untuk 3 orang Top Commentator bulan Ogos 2020
Tuesday, July 28, 2020
Assalamualaikum wbt..
Bersempena dengan birthday saya pada bulan Ogos akan datang nie, saya nak bagi hadiah special kepada 3 ORANG TOP COMMENTATOR (TOP 3 IN LIST)..
Hadiahnya adalah...?
CANTIK TAK..? 3 buah jam tangan (no bracelet) akan menjadi milik 3 orang UNTUK TOP 3 LIST TOP COMMENTATOR JURNAL SHIKIN RAZALI...
Nak dapatkan hadiah nie..? Awak boleh komen sebanyak mana yang boleh dalam jurnal saya, tak kisahlah cerita baru ke cerita lama ke dalam jurnal saya nie...
TAPI...
MESTI MELEBIHI 3 PATAH PERKATAAN TAU..!
Sebab rasa tak adil bagi rakan-rakan yang bagi komen panjang-panjang tapi tak terpilih...
Hadiah nie saya akan pos bersekali dengan PEMENANG TOP COMMENTATOR BULAN MAC SEHINGGA BULAN JULAI..
KEPUTUSAN PEMENANG NANTI SAYA AKAN UMUMKAN PADA BILA-BILA MASA SAJA..
Jom.. Sudi-sudikan lah komen.. hihihi
BEST OF LUCK...!
Assalamualaikum wbt..
Sebagai ibu bapa yang baru pertama kali menimang cahayamata, sudah semestinya kita amat teruja dan seronok untuk bermain dengan anak yang tersayang. Pelbagai aktiviti yang boleh kita buat untuk membuatkan anak kita sentiasa ceria bersama sepanjang hari..
Saya ingin berkongsi terapi yang begitu santai untuk anak kita.. Jom kita baca.. (*kredit info ini untuk Norhasliza Yusoff)
Berkomunikasi - walaupun bayi kita masih belum boleh bercakap lagi, ini tak bermakna kira tak boleh berkomunikasi dengannya. Bercakaplah dengan si manja walaupun dia masih kecil malah kita boleh selitkan dengan gelak ketawa kita. Jadikan suasana ketika tue dengan suasana yang ceria, pasti anak kita akan berasa selesa dan seronok melihat mulut kita tak henti bercakap sambil bergelak ketawa bersama-sama.
Gelikan bayi - Tahukah awak yang bayi sebenarnya amat suka apabila badannya disentuh atau dibelai..? Kita boleh gelikan badan si manja dengan menggeletek pada anggota badannya. Sentuhan daripada tangan si ibu dan si bapa akan membuatkan si manja gembira.
Ucapan 'sayang' - Ucapkanlah dengan ucapan 'sayang' pada bayi pada setiap hari. Ianya umpama seperti terapi minda buat si kecil. Lakukan setiap hari, dari si manja bangun dari tidur sehinggalah dia lelapkan mata. Dengan cara sebegini, si manja pasti tak sabar menanti waktu ini untuk kita melakukan perkara yang sama kepadanya.
Sentuhan - Sentuhan adalah magis yang amat tinggi untuk si manja. Sentuhan tangan dari ibu dan bapa terhadap wajah si manja yang comel dan kulitnya yang gebu akan membuatkan dia menjadi selesa dan berasa selamat. Jangan lupa jugak untuk menatap mata si kecil ini dan senyumlah padanya sambil memuji wajahnya yang comel dan matanya yang cantik. Awak juga boleh dekatkan wajah awak sehingga menyentuh tubuhnya.
Aksi muka lucu - Bagi tempoh tiga bulan yang pertama, ibu adalah insan yang paling rapat dengan bayi. Tambahan pula, ibu menyusukan bayi secara eksklusif, jadi setiap masa bayi akan melihat wajah ibunya. Ketika inilah apa jua reaksi pada wajah ibunya pasti menarik perhatiannya. Waktu bersantai selepas menyusukan bayi, kita boleh buat pelbagai aksi wajah yang lucu untuk menarik perhatiannya seperti bulatkan mulut, buat mata sepet ataupun pegang pipi dan tarik pipi tue.. Mesti anak akan ketawa melihat aksi lucu yang kita buat.
123 cium! - Memberi ciuman kepada bayi begitu menyeronokkan, nak-nak lagi bayi yang baru lahir montel..! Ciuman nie bukan sekadar kat pipi jea, tapi di seluruh badannya. Lagi seronok kita lakukan aktiviti nie selepas bayi kita mandi, mesti wangi kan.. Orang kata bauan bayi adalah bau dari syurga, Wallahualam..
Duduk bersama bayi - Aktiviti yang senang dilakukan tapi ianya sungguh bermakna buat si manja. Senang saja, dudukkan bayi kita di atas ribaan, kemudian gerakkan badan awak ke kanan dan ke kiri sambil memanggil namanya. Sambil-sambil tue, awak boleh berzikir bersama-sama dengan si manja. Aktiviti ini selain daripada dia berasa selesa, malah ianya boleh membuatkan si manja tertidur kerana ianya begitu menenangkan.
Ba ba cak! - Aktiviti santai yang disukai oleh si manja. Kedua belah tangan ibu menutupi muka, dan dibuka sambil menyebut perkataan 'ba ba cak!'.. Pasti si anak akan teruja dan ketawa bila ibu melakukan aksi itu.
Permainan kain lembut - Bayi yang masih kecil memerlukan permainan jenis kain dan lembut, pilihan warna permainan yang terang dengan bunyian yang menarik pasti akan menjadi pilihan si manja. Dah tentu si manja asyik bermain dengan 'kawan barunya'! Permainan seperti bongkah yang berwarna boleh melatih pergerakan tangannya dan demi untuk keselamatan, tangan bayi perlu dibersihkan selepas bermain kerana selalunya si manja suka memasukkan tangan ke dalam mulut.
Urutan lembut - Lakukan urutan bayi setiap hari. Walaupun hanya sekejap, urutan adalah terapi buat bayi kita. Masa yang paling sesuai untuk melakukan urutan bayi adalah selepas mandi.
Semoga ianya memberi manfaat kepada ibu bapa baru...
Sumber gambar daripada Google Images |
Assalamualaikum wbt...
Detik 10 Julai yang lepas terdetik satu sejarah di mana bangunan ikonik yang paling terkenal di Turki iaitu Hagia Sophia telah ditukar kembali menjadi masjid. Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan memaklumkan perkara ini setelah mahkamah di Turki telah membatalkan status bangunan bersejarah itu sebagai sebuah muzium..
Menurut Recep Tayyip Erdogan, walaupun pihak kerajaan akan membuat penyusunan semula bagi membolehkan umat Islam menunaikan solat, mozek bersejarah yang berusia 500 tahun itu akan dikekalkan sebagai warisan kebudayaan Turki dan kawasan yang bermozek itu tetap kekal ditutup mahupun disentuh bagi menjaga keaslian mozek berkenaan. Menurut presiden Turki itu lagi, walaupun Hagia Sophia dibuka sebagai masjid tetapi masyarakat yang bukan Islam juga dialu-alukan untuk datang ke Hagia Sophia.
Hagia Sophia, antara bangunan yang paling agung di dunia.. Sesiapa yang pernah pergi melancong ke Turki, bangunan inilah yang menjadi pilihan utama untuk dikunjungi. Alhamdulillah, setelah lama dijadikan muzium, kini Hagia Sophia telah kembali menjadi masjid..
Sejarah permulaan pembinaan Hagia Sophia ini bermula 1,500 tahun dahulu, dan ianya dibina sebagai sebuah gereja Ortodoks ketika Konstantinopel yang menjadi tempat lahirnya Empayar Byzantine. Kemudian, apabila bermulanya Empayar Turki Uthmaniyah pada tahun 1453, Hagia Sophia telah ditukar menjadi sebuah masjid, tetapi setelah itu pada tahun 1934, pemerintah kerajaan sekular Turki telah menukarkan kepada sebuah muzium dan sejak itu, Hagia Sophia dibuka kepada orang awam. Kini, pada tanggal 10 Julai 2020, buat pertama kali, azan berkumandang di ruang udara Hagia Sophia.
Saya memang teringin sangat nak pergi melawat negara Turki setelah menonton movie 'Istanbul Aku Datang' dan Hagia Sophia memang menjadi pilihan destinasi saya yang pertama sebaik saja jejak kaki ke sana.. Insha Allah, satu hari nanti saya pasti akan jejak kaki di sana, setelah keadaaan dunia ini pulih..
Assalamualaikum wbt...
Perkahwinan adalah satu ikatan penyatuan di antara dua insan bercinta, saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Bila dua insan ini telah mencapai satu kata sepakat untuk membina kehidupan bersama, maka akan dirai dalam satu keramaian mengikut adat dan budaya masing-masing..
Namun, awak tau tak, masih ada budaya dan adat perkahwinan yang agak pelik dan aneh digunapakai hingga ke generasi sekarang.. Menurut masyakarat berkenaan, jika adat dan budaya ini ditinggalkan, maka perkahwinan seseorang itu bakal menerima musibah yang besar serta jodoh antara mempelai dikatakan akan musnah dalam sekelip mata..
Ini adalah contoh-contoh adat dan ritual perkahwinan yang masih digunapakai dalam masyarakat dunia..
Bersedia untuk dikotorkan - Dekat Scotland, pasangan pengantin baru akan disirami dengan sebaldi cecair yang merupakan campuran daripada apa saja bahan yang ada dekat dapur, contohnya sos tomato, tepung gandum, daging cencang, isi ikan,dan apa-apa saja yang kotor. Ahli keluarga dan rakan-rakan pengantin ini akan bergilir-gilir mengotorkan pengantin dengan cara siram air campuran itu. Setelah dikotorkan, kedua mempelai ini akan dibawa keluar dalam keadaan kotoran sebegitu. Masyarakat Scotland percaya mempelai yang dikotorkan terutama pengantin perempuan akan menjadi lebih kental dan mempunyai mental yang kuat dalam menangani dugaan dalam sepanjang usia perkahwinan mereka.. Awak sanggup nak kena siram dengan cecair sebegitu..?
Berkahwin dengan pokok - Tradisi perkahwinan di India kebanyakkannya memang unik, termasuklah adat pengantin yang memilih untuk berkahwin dengan objek seperti pokok. Perkahwinan ini dikenali sebagai 'Manglik' yang merupakan perkahwinan antara manusia dengan pokok dan anjing sebelum mereka dibenarkan berkahwin dengan manusia. Mengikut kepercayaan orang India, mereka yakin sekiranya pengantin itu tidak berkahwin dengan objek terlebih dulu, dibimbangi sama ada pengantin lelaki mahupun pengantin wanita akan meninggal dunia sebaik saja mereka berkahwin kelak...
Juadah daripada mangkuk tandas - Dekat Perancis, ada satu adat yang menjadi kebiasaan untuk pasangan pengantin baru menikmati juadah istimewa ini.. Istimewanya adalah sisa makanan tetamu akan disatukan dalam satu bekas mangkuk khas yang serupa benar dengan mangkuk tandas. Pasangan pengantin ini wajib menghabiskan makanan tersebut tanpa meninggalkan satu sisa pun makanan dalam mangkuk ini. Sekiranya tak habis dimakan, maka pengantin itu perlu membayar cukai sebagai denda yang dengar ceritanya agak besar nilainya.. Awak sanggup tak nak makan camtu..?
Memanah pengantin perempuan - Di China, salah satu ritual adat yang masih digunapakai di sana adalah dengan mengadakan sesi memanah yang dilakukan oleh pengantin lelaki ke atas pengantin perempuan. Walau bagaimanapun, anak panah yang digunakan tidak mempunyai bahagian mata yang tajam, jadi jangan risau bila nak kena panah tue.. Selalunya anak panah itu akan disasarkan oleh si suami ke arah isterinya sebanyak tiga kali, selesai memanah si suami tadi akan mengutip kembali anak panah yang digunakan dan kemudian akan mematahkannya menjadi dua bahagian. Mengikut kepercayaan orang di sana, simbolik dalam penggunaan anak panah itu menunjukkan ikatan cinta pasangan pengantin baru berkahwin ini akan berkekalan selamanya..
Ibu pengantin membawa malang - Bagi masyarakat Benggali pula, lain adatnya.. Dikatakan ibu pengantin kedua-dua mempelai tak dibenarkan sama sekali untuk menghadiri majlis perkahwinan anak mereka kerana masyarakat di sana mempercayai wujudnya semangat jahat yang datang daripada ibu pengantin dan boleh mengancam keharmonian rumahtangga anak mereka.. Pulak...
Bersedia untuk diludah - Di Kenya Afrika pula memang terkenal dengan masyarakat yang berpegang teguh pada adat nenek moyang mereka. Yang paling terkenal kat sini adalah, takde istilah bercinta sebelum kahwin, dan urusan perkahwinan memang sebulat-bulatnya diuruskan oleh orang tua dan mereka akan mengadakan satu mesyuarat bagi memilih calon suami yang sesuai untuk dijodohkan dengan anak perempuan mereka. Hanya apabila calon suami dah ada dan didapati sesuai, maka barulah akan diadakan majlis perkahwinan. Pad hari perkahwinan itu, biasanya pengantin perempuan akan dibotakkan kepala mereka dan kemudian dilumurkan dengan lemak kambing yang telah dijadikan minyak. Bagi melengkapkan ritual ini, bapa si pengantin perempuan akan meludah ke bahagian kepala anaknya dan ke bahagian payudaranya sebagai simbolik restu, tuah dan nasib yang baik.. Macam-macam..
Lamaran dengan gigi ikan paus - Di Fiji, tradisi yang masih digunapakai untuk perkahwinan adalah menggunakan rantaian gigi ikan paus untuk melamar pengantin perempuan. Gigi ikan paus ini dikenali sebagai 'tabua' dan ia akan dipersembahkan kepada bapa bakal pengantin perempuan sewaktu sesi lamaran oleh pengantin lelaki. Hampir semua keluarga di Fiji menyimpan tabua ini bagi kegunaan anak-anak lelaki mereka terutamanya apabila bila tiba masa mereka untuk melamar gadis pilihan mereka sendiri.
Lebih berisi lebih baik - Selalu yang kita dengar bila nak berkahwin nie, semuanya berpakat untuk diet dan mengikat perut agar kelihatan lebih langsing dan jelita semasa hari majlis yang penuh bermakna ini, tapi lain pula cerita dan adat di Mauritius. Pengantin perempuan diarahkan untuk makan sebanyak mungkin bagi menaikkan berat badan sebab mengikut kepercayaan orang-orang di sana, bila pengantin perempuan nie lebih berisi adalah lebih baik dan ia juga melambangkan kesuburan, kekayaan dan kemewahan. Kalau awak nak tahu, lelaki Mauritius memang lebih cenderung memilih kekasih yang mempunyai tubuh badan besar daripada yang langsing kerana bagi mereka wanita berisi nie lebih menawan hati daripada yang jenis langsing.. hihihi.. Macam-macam...
So, inilah adat tradisi perkahwinan yang pelik dan aneh dalam dunia nie..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons