Assalamualaikum wbt..
Saya nak menjemput awak semua untuk join GA daripada adik saya yang comel ini, Ray.. Sebab katanya, dia dah lama tak buat GA kat blog dia dan hadiah pun suprise katanya..
Jom, awak klik pada banner kat atas nie untuk join.. Syarat yang diberikan pun cukup senang, sesenang kacang jea.. hihihi
Tarikh tutup GA ni adalah sehingga 24 September 2020..
Best of luck...
Sadaqah atau sedekah adalah daripada perkataan (Bahasa Arab: صدقة) yang bermaksud benar. Makna syara' "sedekah" pula adalah pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Jadi apabila merujuk keimanan mahupun keyakinan janji kepada Allah S.W.T., sudah tentu di sana perlu kepada pembuktian iaitu menginfakkan harta di jalan Allah S.W.T. Baik pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, kerabat keluarga, maupun untuk kepentingan jihad fi sabilillah.
Makna sedekah memang sering menunjukkan makna memberikan harta untuk hal tertentu di jalan Allah S.W.T , sebagaimana yang terdapat dalam banyak ayat-ayat dalam Al-Qur’an, :-
“Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir." Surah Al-Baqarah : ayat 264[1]
Jadi, bagaimana caranya untuk melatih diri kita menjadi ahli sedekah..?
1. Niatkan dalam hati setiap pagi ketika bangun dari tidur, 'saya mahu bersedekah'. Ini sesuai dengan ajaran agama, kerana Nabi Muhammad SAW ada menyatakan : "Setiap amalan atau pekerjaan itu adalah berdasarkan niat." (Hadis sahih Muttafaqun 'Alaih). Apabila sudah ada niat, akan mudahlah kita melaksanakannya. Tanpa niat sedari awal, minda dan hati kita akan menjadi leka untuk bersedekah.
2. Lakukan sedekah walaupun hanya bermula dengan jumlah wang yang kecil. Ada orang merasakan jumlah sepuluh sen kecil ataupun RM1 itu kecil? Tetapi yakin dan percayalah, bagi mereka yang tiada atau miskin, jumlah itu besar nilainya. Maka, mulailah bersedekah walaupun dengan jumlah yang bagi kita tidak masuk akal itu. Pesan Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW : "Bersegeralah kamu semua untuk melakukan amalan-amalan yang baik sebelum datang tujuh perkara : Adakah kamu semua menunggu sehingga menjadi kafir yang melalaikan diri kamu semua, ataupun kekayaan yang menjadikan diri kamu curang, atau sakit yang membawa kebinasaan tubuh badan, atau tua yang menjadi nyanyuk, atau mati dengan tiba-tiba, ataupun kedatangan pengaruh dajjal yang ia adalah seburuk-buruk makhluk yang tidak dapat dilihat yang memang dinanti-nanti kedatangannya, ataupun datangnya hari kiamat padahal hari kiamat itu adalah hari yang paling dahsyat bencananya serta pahit pula penderitaannya." (Riwayat Imam Tarmizi)
3. Letakkan tabung sedekah di rumah kita di tempat terbuka dan namakannya dengan nama yang istimewa, misalnya 'Tabungan Syurga'. Kita ini memang manusia yang bersifat pelupa (juga sering buat-buat lupa), maka usahakanlah agar pintu-pintu untuk bersedeka itu sentiasa wujud di depan mata. Kemudian, letakkan 'Tabungan Syurga' itu di pintu atau di laluan utama. Apabila sudah di depan mata, maka masukkanlah walau RM1 sehari, kemudian setelah genap sebulan atau setahun, keluarkanlah dan berikanlah ia kepada pihak yang memerlukan. Percayalah, kita akan merasai 'keberkatannya'.
4. Sentiasa menyediakan wang kecil RM1 di dalam saku baju atau seluar. Selalunya, apabila kita bermusafir dan singgah di mana-mana masjid untuk mendirikan solat, maka sudah tersedia sebuah peti derma. Masukkanlah wang berkenaan dengan segera tanpa perlu lagi susah-susah mencarinya. Ingat, wang yang berada di saku paling atas itulah selalunya paling mudah dikeluarkan oleh kita. Ataupun kala singgah makan di mana-mana restoran, sering disediakan kotak derma di kaunter pembayaran. Apalah salahnya, jika ada lebihan wang kecil dimasukkan seringgit dua ke dalamnya.
5. Melazimi mendengar dan membaca sejarah dan kisah para ahli sedekah zaman silam. Kita ini memang cepat kendur semangatnya, maka kenalah kita sering memotivasikan diri sendiri. Jika kita kaki ceramah, kita mungkin akan mendengar kisah ini daripada para penceramah. Namun, jika kita kaki buku, maka belilah buku atau majalah yang memuatkan kisah-kisah kelebihan ahli sedekah ini. Kita pasti akan terinspirasi dengan kisah-kisah kehebatan mereka dan dari situlah akan terbitnya kesukaan untuk turut menjadi ahli sedekah.
6. Istiqamah dalam bersedekah. Ini juga perkara penting, kerana hanya orang yang istiqamah atau konsisten dalam sesuatu amalan, bisa dianggap orang yang terbaik dalam amalannya. Maka, jangan bebankan diri dengan sedekah yang besar (RM100 misalnya), tetapi diberi enam bulan sekali; sebaliknya biarpun RM1, tetapi hari-hari. Nabi Muhammad SAW mengingatkan : "Amalan yang paling disukai Allah ialah pekerjaan yang berterusan (istiqamah) walaupun sedikit." (Hadis sahih Muttafaqun 'Alaih)
7. Berazam untuk memberi lebih lagi pada tahun hadapan. Bagi kita orang Islam, sudah pun disediakan penanda arasnya, iaitu zakat (yang wajib dikeluarkan 2.5 peratus setahun). Maka pastikan tahun ini jika bersedekah RM1,000, harus ada peningkatan minimum 2.5 peratus pada tahun hadapan dalam perolehan harta kita agar kita mampu meningkatkan sedekah dan juga zakat. Jika RM1,000 disedekah atau dizakat, maknanya kekayaan kita baharu berjumlah RM40,000; maka gandakan 2.5 peratus supaya menjadi RM41,000 dan jadilah zakatnya RM1,025. Ini hanyalah jumlah minimum, kerana yakinlah, Allah SWT pasti akan menambahkan rezeki dan kesuburan bagi pemilik harta yang suka berzakat dan ringan bersedekah.
Semoga tips ini akan membantu kita semua menjadi ahli sedekah yang ingin mendapat keredhaan Allah..
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Hari nie kita belajar sejarah pulak.. Awak tahu tak asal usul mesin ATM..? Dari mana datang idea untuk buat mesin ATM nie..?
Mesin juruwang automatik (ATM) merupakan sebuah mesin pengeluaran wang yang dikendalikan oleh komputer sepenuhnya. Idea mewujudkan mesin ATM berasal daripada seorang warga Amerika Syarikat, Luther George Simijian pada awal 1930-an tetapi pada peringkat awal mesin tersebut dicipta bukan untuk pengeluaran wang.
Pada 30 Jun 1960, rekaan mesin ATM Simijian yang ke 132 telah dipatenkan dan dinamakan sebagai Bankrograph. Namun, penggunaan Bankrograph tertangguh selama beberapa tahun berikutan syarikat Simijian iaitu Simijian's Reflectone Elektonics Inc. telah diambil alih oleh Universal Match Corporation.
Biarpun begitu, sebuah Bankrograph telah dipasang oleh City Bank Of New York di bandar New York sebagai eksperimen tetapi ditutup enam bulan kemudian kerana tidak mendapat sambutan daripada orang ramai.
Pada ketika itu, Bankrograph hanya berfungsi menerima simpanan di dalam bentuk wang tunai temasuk duit syiling dan belum lagi berfungsi untuk pengeluaran wang. Mesin ATM moden pertama dihasilkan pada tahun 1972 di United Kingdom dengan diberi nama IBM 2984 yang direka khas untuk Bank Lloyds.
Kini, mesin ATM telah digunapakai di seluruh dunia dan memudahkan kita untuk mengeluarkan wang tanpa beratur di kaunter..
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt...
Alamak...? Siapakah yang berada di dalam cermin tue..? Persis nenek kebaya jea..? hihi ohh rupa-rupanya diri sendiri yang mempunyai rambut menggerbang... Kenapa ianya berlaku...?
Rambut menggerbang terjadi apabila lapisan kutikel rambut terbuka hingga membolehkan lembapan memasuki dan membengkokkan rambut.. Akibat daripada itu, rambut kita akan kelihatan kering dan kerinting. Masalah itu tentu sekali merimaskan...
Camne nak buat.. Ada caranya dengan DIY cara alami ...
Caranya..?
Belah dua biji buah lemon dan renehkan bersama dua cawan air sehingga menjadi separuh. Tuang baki renehan air lemon ke dalam botol dan semburkan pada rambut setelah mandi. Hasilnya rambut bukan sahaja tak menggerbang malah ianya menjadi lebih berkilau.
Selamat mencuba..
Assalamualaikum wbt..
Filem kali nie agak mendebarkan juga kerana ianya dalam bentuk thriller, adventure dan horror.. Filem ini adalah arahan daripada Johannes Roberts dengan barisan pelakon yang agak terkenal.. Filem ini ditayangkan pada tahun 2017.. Apakah filem itu..?
Jom..
47 Meters Down
Mengisahkan dua beradik iaitu Lisa (Mandy Moore) dan Kate (Claire Holt) yang pergi bercuti ke Mexico City. Semasa mereka berdua sedang menikmati suasana makan malam, Kate merasakan yang itulah saat-saat manis mereka berdua sebagai adik beradik dan kenangan itu akan terpahat di dalam memori mereka, apatah lagi Lisa akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi dengan teman lelakinya.
Kemudian Kate dapat tahu yang Lisa telah ditinggalkan oleh teman lelakinya. Kate berjanji yang dia akan menggembirakan Lisa. Kemudian mereka telah dijemput oleh dua orang pemuda tempatan untuk menyelam dan melihat jerung melalui sangkar besi. Kate merupakan seorang penyelam professional manakala Lisa pula ada merupakan penyelam yang tiada lesen untuk menyelam lautan dalam. Pada mulanya Lisa keberatan untuk menerima jemputan dua orang pemuda tersebut kerana dia tiada keyakinan untuk menyelam di lautan dalam tapi telah dipujuk oleh Kate untuk sama-sama menyertainya..
Lisa bersetuju dengan ajakan Kate dan mereka berempat pun memulakan perjalanan untuk melihat jerung. Lisa dan Kate telah diperkenalkan dengan Captain Taylor (Matthew Modine), seorang jurupandu lautan dalam yang memberi perkhidmatan untuk melihat jerung melalui sangkar. Untuk slot yang pertama, dua orang pemuda tempatan telah turun ke bawah laut sejauh 5 meter daripada permukaan bot dan dua beradik pula telah diberi giliran pada slot kedua.. Apabila tiba giliran dua beradik ini, mereka dapat melihat kehidupan di bawah laut termasuklah jerung yang mula mengelilingi sangkar mereka.
Bila tiba masa untuk naik permukaan, Captain Taylor mula menaikkan sangkar yang dinaiki oleh Kate dan Lisa... Bila sangkar tersebut hampir sampai di permukaan bot, secara tiba-tiba kabel sangkar mulai terputus dan sangkar mula tenggelam di dasar laut pada kedalaman 47 meter. Kate dan Lisa yang berada di dalam sangkar itu telah pengsan akibat hentakan yang kuat pada sangkar dan juga kerana tekanan air yang kuat. Apabila mereka berdua sedar daripada pengsan, mereka telah mendapati mereka berdua berada di dasar laut dan mereka cuba untuk melepaskan diri daripada sangkar itu.
Tapi dalam masa yang sama, bekalan oksigen mereka semakin habis dan mereka berdua terpaksa mengelak serangan daripada jerung putih yang mula mengelilingi dan cuba untuk menyerang mereka..
Dapatkah mereka berdua naik ke permukaan dengan selamat...? Ataupun adakah sesiapa yang dapat membantu mereka untuk naik ke permukaan dengan selamat tanpa serangan daripada jerung tersebut..?
Filem nie boleh dikatakan agak mendebarkan jugak bila melihat serangan ikan jerung sebab dalam filem nie, memang penglihatan di dasar lautan kurang jelas dan kita tak dapat menjangka di mana kedudukan jerung itu berada.. Seperti yang sedia maklum ikan jerung sememangnya pernah menyerang manusia di dasar lautan malah di gigi air pantai pun mereka pernah melakukan serangan ke atas manusia.. Jadi, kena lebih berhati-hati jika nak menyelam di dasar lautan.. Tapi serius saya cakap, filem nie agak mendebarkan jugak, hihihi dan saya sememangnya merupakan seorang yang fobia kepada lautan atau lebih dikenali sebagai Thalassophobia...
Assalamualaikum wbt...
Segmen yang kedua untuk hari ini.. Jom kita ramai-ramai join segmen yang dianjurkan oleh sahabat saya ini...
Klik pada banner untuk join segmen..
Best of luck...
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt..
Jom kita ramai-ramai join giveaway daripada sahabat baru saya..
Ada hadiah yang menarik menanti dengan syarat yang begitu mudah untuk diikuti..
Klik pada banner untuk join giveaway ini...
Best of luck..
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt..
Selain daripada laluan jalan raya, laluan darat yang sering kali menjadi pilihan kita adalah dengan menggunakan kereta api kerana lebih dipercayai jalan yang paling selamat untuk sesebuah perjalanan.
TAPI..
Awak tau tak, kat dalam dunia nie, ada laluan kereta api yang agak berbahaya untuk dilalui tapi masih digunapakai sehingga sekarang. Pada yang sesiapa yang sukakan cabaran, mungkin inilah laluan kereta api yang awak boleh cuba untuk merasai cabarannya..
Jom kita tengok kat mana laluan kereta api yang marabahaya tue...
Kuranda Scenic, Australia - Laluan ini cukup terkenal dengan pemandangan yang begitu indah iaitu antara laluan Kuranda Scenic Railway yang menghubungkan Cairns dan Kuranda di Queensland. Laluan yang menakutkan ini adalah sepanjang 37 kilometer yang melalui 15 terowong, 93 selekoh tajam dan 40 jambatan yang melepasi tebing dan air terjun. Apa yang lebih menyeronokkan adalah apabila terdapat air terjun yang melintasi laluan in sehingga ada yang terpercik pada para penumpang. Hanya mereka yang sukakan pada sesuatu yang ekstrem sahaja yang akan dapat merasai pengalaman indah menerusi laluan ini.
Death Railway - Laluan kereta api berbahaya ini dibina dengan hasil titik peluh dan darah pada tawanan perang dan pekerja tempatan semasa Perang Dunia Kedua di bawah pemerintahan Tentera Jepun ketika itu. Laluan ini menghubungkan dua negara iaitu bermula daripada Bangkok, Thailand sehinggalah ke Rangoon, Myanmar. Setiap hari kereta api ini akan membawa penumpang melalui laluan sambil ditemani landskap yang menggerunkan. Laluan ini juga sering kali mendapat gelaran laluan kereta api yang paling berbahaya di dunia.
White Pass dan Yukon Route, Amerika Syarikat - Laluan kereta api yang dibina untuk menghubungkan Alaska dan Kanada ini dikenali dengan nama White Pass dan Yukon Route adalah laluan sejauh 177 kilometer. Rata-rata pelancong yang berani dan berjiwa kental saja akan memilih untuk melalui laluan ini kerana selain dengan pemandangan landskap yang cantik, laluan ini juga menawarkan perjalanan yang penuh dengan trek tinggi, selekoh tajam dan latar belakang yang sudah tentu sangat menyeramkan. Terdapt beberapa jambatan di laluan ini mencapai ketinggian hampir 1,000 meter, tapi penumpang tetap nak melalui laluan ini kerana ingin menikmati pemandangan landskap antara Alaska dan Kanada. Laluan ini cukup berbahaya dan ini telah dibuktikan pada tahun 2014, kereta api ini pernah tergelincir daripada landasan dan telah menyebabkan 19 orang penumpang telah tercedera. Sebelum itu, pada tahun 2006 pula, kecelakaan serius telah menimpa seorang pekerja sehingga menyebabkan kematian...
Bagaimana..? Nak merasai cabaran laluan kereta api yang super duper marabahaya, cubalah cari tempat-tempat ini...
Assalamualaikum wbt,
Tadi tengah cari artikel kat fesbuk, saya terjumpa satu artikel bergambar tentang panduan pengguna jalan raya yang menggunakan laluan bulatan (roundabout).. Meh kita sama2 amalkan penggunaan jalan yang betul sebab kadang kala kita terlepas pandang dengan perkara yang dianggap remeh nie kan...
Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua..
Assalamualaikum wbt...
Awak tau tak kat dalam dunia nie terlalu banyak misteri yang belum terungkai oleh para pengkaji dan banyak benda yang yang boleh kita pelajari (kebaikan) daripada tamdun terdahulu... Sisa tinggalan kota lama Machu Piccu, kota purba Petra di Jordan, Tembok Besar China, Taj Mahal India, bandar Mayan di Chichen Itza di Mexico adalah keajaiban dunia berikutan keunikan yang terdapat padanya. Sampai sekarang, binaan tue masih menjadi tanda tanya kepada para pengkaji bagaimana manusia di zaman tue boleh buat binaan yang sampai sekarang masih kukuh lagi...
Tue cerita mengenai salah satu tujuh keajaiban dunia, mungkin ada antara kita yang tak tahu mengenai kawasan misteri di dunia nie.. Misteri yang dikatakan ini bukanlah kerana rupa bentuknya tapi sebaliknya ianya fenomena alam luar biasa di kawasan ini. Jom kita tengok keindahan ciptaan Allah ini... *Sumber gambar ini adalah daripada Google Images
Air Terjun Berdarah Antartika
Terletak di kawasan Taylor Glacier, Antartika, Blood Falls antara kawasan misteri yang mengeluarkan cairan berwarna merah. Pengkaji glasier atau glacoliogist serta mikrobiologist merumuskan bahawa punca air dari lapisan glasier disebabkan oleh kewujudan tasik bawah glasier yang kaya dengan sumber mineral jenis besi. Mineral besi berkenaan menyebabkan sumber air berkenaan bertukar menjadi warna merah. Kajian terbaru di kawasan berkenaan juga mendapati terdapat organisma mikro yang mendiami 396 meter di bawah lapisan glasier berkenaan.
Magnetic Hills, Moncton, Kanada
Dikenali sebagai bukit magnet, Magnetic Hills antara kawasan misteri yang menjadi tumpuan pelancongan di Kanada. Seperti namanya, fenomena alam luar biasa di kawasan ini dikesan pada 1930 apabila sebuah kereta yang berhenti di bawah bukit bergerak perlahan-lahan ke atas dalam keadaan mengundur. Pengkaji mendapati ia ada kena mengena dengan tarikan magnet kerana ia menarik kenderaan yang mempunyai kerangka besi atau objek daripada besi, tapi tidak objek lain yang diperbuat daripada kayu atau plastik. Namun bagaimana ia mampu menarik objek ke atas masih tidak diketahui sehingga kini Pengunjung yang datang boleh menguji kesahihan dengan meletakkan kenderaan di bahagian laluan paling bawah bukit dan membiarkan kenderaan tanpa kedudukan membrek dan enjin dimatikan.
Eternal Flame Falls, Orchard Park, New York USA
Terletak di kawasan Pemuliharaan Shale Creek pengunjung boleh melihat semburan api yang membakar di celah air terjun di Orchard Park. Kajian ahli geologi mendapati gas metana seberat 1 kilogram menghembus keluar dari bahagian bawah batuan berkenaan setiap hari tanpa henti. Sebelum abad ke-20, kawasan itu dikatakan tidak berapi. Tetapi kedatangan pengunjung yang menyalakan api menyebabkan kawasan itu sentiasa terbakar dan tidak pernah padam sehingga kini biarpun diliputi salji.
Relampago del catatumbo, Ologa, Venezuela
Kawasan di barat daya Tasik Maracaibo di Venezuela ini mempunyai aktiviti kilat paling banyak di dunia. Sepanjan Mei hingga Oktober setiap tahun, sebanyak 25 panahan kilat berlaku setiap minit pada waktu malam dalam kawasan sepanjang satu kilometer persegi. Cahaya dari panahan kilat yang sangat kerap ini menjadi panduan kepada masyarakat di Venezuela untuk mencari arah lokasi dan paling utama sebagai penyuluh di kala malam.
Old Faithful, Yellowstone National Park, USA
Kawasan paling banyak menghamburkan geiser di muka bumi. Geiser adalah kawasan mata air panas yang mempunyai tekanan. Ia menyebabkan kawasan ini menghasilkan letusan geiser sepanjang masa. Terdapat 300 kawasan lubang geiser di Yellowstone namun Old Faithful paling terkenal kerana ia meletus setiap 55 hingga 120 minit dan berlaku selama dua hingga lima minit. Kawasan ini saja menarik kedatangan pelancong sehingga 3.5 juta orang setiap tahun.
Racetrak Playa, Death Valley USA
Kawasan padang pasir ini terkenal dengan kewujudan batu yang mampu bergerak atau 'belayar' dengan sendirinya. Pengunjung ke kawasan ini akan dapat melihat kesan jejak tinggalan batu ini yang ada antaranya sepanjang beratus meter. Sehingga kini, ahli fizik merumuskan ia bergerak akibat kesan pembentukan ais di keliling batuan berkenaan yang menyebabkan ia bergerak akibat cair. Bagaimanapun, kebanyakan pengunjung berharap mereka menemui jawapan kepada persoalan berkenaan kerana bagi mereka mustahil ais terbentuk di keliling batuan yang terletak di kawasan padang pasir.
Uniknya Pamukkale terletak pada gugusan landskap air panas bertingkat yang terhasil sejak ribuan tahun lalu. Kawasan ini dikatakan menjadi destinasi kepada individu yang ingin mendapatkan terapi diri dari airnya yang kaya dengan pelbagai mineral untuk kesihatan tubuh badan. Sehingga hari ini juga, pelawat boleh melihat tinggalan kolam air masyarakat Hierapolis yang menggunakan sumber air dari lokasi ini untuk merawat tubuh badan.
Kawasan pesisir timur pantai ini cukup unik kerana dipenuhi dengan batu-batu bulat berdiameter 3.7 meter. Cukup berat dan kukuh, batu-batu bulat ini dipercayai terhasil sejak jutaan tahun lalu dan sebenarnya terletak di dasar lautan. Batu yang asalnya sama seperti cengkerang tiram ini kemudian bertukar menjadi seakan-akan bentuk sebuah fosil akibat kesan pengerasan mineral. Perubahan zaman yang menyaksikan perubahan rupa bentuk bumi merubah bentuk daratan serta lautan seterusnya menyebabkan ia kini terdedah pada penglihatan.
Surtsey, Iceland
Sebuah pulau yang hanya wujud di muka bumi selepas 1963. Bukan dibuat oleh manusia, tetapi pulau ini terbentuk daripada letusan gunung berapi dasar laut di Kepulauan Westman. Letusan selama lima tahun menyaksikan bertan-tan lava dimuntahkan keluar menghasilkan sebuah pulau bersaiz 1.4 kilometer persegi. Letusan itu hanya berakhir pada 1967 dan sehingga kini, sedikit demi sedikit pulau berkenaan sudah mula ditumbuhi dengan rumput hijau.
Longyearbyen, Svalbard, Norway
Kawasan ini cukup unik dan misteri kerana sepanjang tahun, bermula 20 April hingga 23 Ogos ia tidak disinari dengan cahaya matahari. Berada dalam kedudukan utara Greenland menghadap Lautan Artik, Longyearbyen akan bergelap kira-kira lima bulan membuatkan sukar untuk menentukan masa tanpa melihat pada jam. Sepanjang tempoh itu, juga kawasan ini berada dalam keadaan sejuk dan matahari memang tidak akan kelihatan. Sehingga kini terdapat kurang 3,000 penduduk di Longyearbyen dan apabila tiba 'musim gelap' mereka bergantung sepenuhnya kepada bekalan elektrik.
Misteri kan semua tempat-tempat nie..?
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Dah lama rasanya saya tak join giveaway.. So, inilah penyertaan saya sebagai tanda sokongan pada rakan-rakan blogger sekalian...
Jemputlah join giveaway dari rakan saya nie, syarat yang diberikan cukup mudah..
Tarikh giveaway ini bermula daripada 14 Ogos 2020 sehingga 07 September 2020..
Assalamualaikum wbt...
♩♪♫Happy birthday to me.. Happy birthday to me♫♪♩ Alhamdulillah, hari ini genap umur saya 38 tahun.. Syukur pada Allah kerana masih diberi peluang untuk menikmati alam semesta yang serba indah ini.. Terima kasih juga saya ucapkan pada ummie dan abah saya kerana melahirkan dan membesarkan saya sehingga kini...
Okey, seperti yang dijanjikan dalam entri yang lepas KLIK SINI, saya akan umumkan siapakah yang bertuah yang mendapat hadiah istimewa sempena dengan hari lahir saya...
Sebelum tue, saya nak ucapkan tahniah kepada 10 orang Top Commentator yang berjaya menduduki carta bulanan saya nie... Dan SELAMAT DATANG saya ucapkan kepada MAMBIN kerana awak berjaya memasuki carta bulanan saya untuk kali pertama..
TAHNIAH diucapkan kepada yang 3 orang yang tersenarai ini dan diharapkan awak dapat memberikan details awak seperti nama penuh, alamat penghantaran dan nombor telefon kepada saya [Pengeposan.wasap.my] untuk tujuan pengeposan hadiah.
Dan macam biasa, 10 orang Top Commentator ini akan dimasukkan dalam bloglist khas sehingga 31 Ogos 2020..
Tahniah diucapkan kepada awak semua...
You're the rock..
Terima kasih kerana selalu support saya dari awal hingga kini..
Assalamualaikum wbt..
Awak bayangkan awak berada di dalam bilik yang bercahaya malap, sunyi tapi ada muzik yang menenangkan dan bau aromaterapi yang begitu mengasyikkan. Urutan ternyata boleh membuatkan seseorang merasai lebih nyaman dan tenang.
Mengapa itu terjadi?
Apa sebenarnya yang berlaku pada badan dan minda yang menyebabkan terapi sentuhan ini dirasakan begitu menenangkan...? Jom kita rungkai..
Tahap kesedaran minda berubah - Ketika kita baring di tempat urutan, berdiam diri dan tanpa sedar kita mula memberikan nafas yang tersendiri, minda kita terasa lebih tenang dan membiarkan semua fikiran kita berlalu. Waktu ini kita berada dalam keadaan yang begitu tenang yang menyebabkan bahagian otak yang berkaitan dengan emosi - terutamanya bahagian insula dan korteks prefontal - menjadi kurang aktif sekaligus membuatkan kita menjadi kurang reaktif. Kita seakan-akan boleh menanggalkan perasaan daripada tubuh dan sekadar memerhatikannya berlegar-legar sewaktu badan kita menikmati sesi urutan.
Otak bebaskan bahan kimia gembira dan kesakitan semakin berkurangan - Sentuhan si terapi urutan akan memberikan reaksi serta merta pada otak kita. Sebaik saja sel-sel saraf kulit kita merasa tekanan, ia akan memberi isyarat kepada otak untuk melepaskan bahan kimia yang dikenali sebagai endorfin yang meningkatkan mood dan memberikan kelegaan pada tubuh secara semulajadi. Oleh itu, hormon stres kortisol dan adrenalin mula berkurangan menjadikan mood kita bertambah baik! Jika badan kita benar-benar mengalami kesakitan sebelum diurut, ini berita baiknya! Hormon endorfin yang mempunyai kesan sama seperti morfina akan membantu mengurangkannya dengan menyekat isyarat sakit daripada otak. Para penyelidik mendapati urutan mampu mengurangkan kesakitan atau radang yang disebabkan oleh senaman dan meningkatkan proses pembaikan sel.
Respons pada bau-bauan dan aroma - Ramai terapi urutan profesional menggunakan minyak aromaterapi sewaktu proses urutan berlaku. Aroma daripada minyak tersebut ditambah pula dengan sentuhan urutan yang menenangkan, mampu merangsang aktiviti otak. Minyak limau gedang mampu menggalakkan penghasilan enkephalins, sejenis neurotransmiter yang memberi kesan sama seperti ubat tahan sakit. Manakala minyak daripada sejenis herba yang dipanggil Marjoram mampu meningkatkan penghasilan serotonin sekaligus menjadikan perasaan kita lebih tenang. Begitu juga dengan bauan Lavender yang dikatakan bahan aromaterapi yang terbukti mampu membantu seseorang menjadi lebih tenang.
Membantu badan dan minda berfungsi dengan lebih baik - Tekanan yang diberikan oleh gerakan tangan pengamal urut mampu meningkatkan peredaran darah kita dengan melancarkan pengaliran darah dan juga membuang sel-sel mati (seperti sel protein) lebih cepat daripada apa yang mampu dilakukan tubuh secara semulajadi. Begitu juga dengan minda kita. Penyelidik mendapati bahawa hanya dengan menerima urutan selama 15 minit mampu membantu kita berfikir dengan lebih jelas dan dapat meningkatkan tahap kesedaran kita..
Jadi, awak dah tahu kan.. Nak berurut dengan saya..? Insha Allah, saya boleh membantu tapi Allah yang Maha Pemberi Kesembuhan segala-galanya..
Assalamualaikum wbt,....
Bila bangun tidur jea, badan rasa sakit-sakit, leher terasa tegang, pinggang terasa macam nak patah.. Pernah awak rasa camtu..? Jika pernah rasa, itulah petanda tilam awak perlu ditukar..
Menurut kata seorang pengarah Program Kajian Tidur dan Kesihatan Kolej Perubatan Universiti Arizona, Dr. Michael Grandner, tilam yang padat adalah lebih bagus untuk rasa sakit yang kronik kerana ianya akan memberi sokongan yang diperlukan.
Apakah ciri-ciri yang tilam kita tue perlu ditukar..? Jom kita semak...
- Bila kita bangun dari tidur, hidung kita akan terasa tersumbat.
- Libido akan menjadi rendah akibat tidak dapat cukup tidur.
- Kulit yang tidak cantik.
- Kita mengambil masa lebih sejam untuk dapatkan tidur yang nyenyak.
- Kita berasa pening-pening lalat walaupun mendapat waktu tidur yang mencukupi.
Haa.. Adakah ciri-ciri nie kita merasainya..? Jika ada, tilam tue perlu ditukar untuk kesihatan kita juga..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons