Assalamualaikum wbt..
Awak bayangkan awak berada di dalam bilik yang bercahaya malap, sunyi tapi ada muzik yang menenangkan dan bau aromaterapi yang begitu mengasyikkan. Urutan ternyata boleh membuatkan seseorang merasai lebih nyaman dan tenang.
Mengapa itu terjadi?
Apa sebenarnya yang berlaku pada badan dan minda yang menyebabkan terapi sentuhan ini dirasakan begitu menenangkan...? Jom kita rungkai..
Tahap kesedaran minda berubah - Ketika kita baring di tempat urutan, berdiam diri dan tanpa sedar kita mula memberikan nafas yang tersendiri, minda kita terasa lebih tenang dan membiarkan semua fikiran kita berlalu. Waktu ini kita berada dalam keadaan yang begitu tenang yang menyebabkan bahagian otak yang berkaitan dengan emosi - terutamanya bahagian insula dan korteks prefontal - menjadi kurang aktif sekaligus membuatkan kita menjadi kurang reaktif. Kita seakan-akan boleh menanggalkan perasaan daripada tubuh dan sekadar memerhatikannya berlegar-legar sewaktu badan kita menikmati sesi urutan.
Otak bebaskan bahan kimia gembira dan kesakitan semakin berkurangan - Sentuhan si terapi urutan akan memberikan reaksi serta merta pada otak kita. Sebaik saja sel-sel saraf kulit kita merasa tekanan, ia akan memberi isyarat kepada otak untuk melepaskan bahan kimia yang dikenali sebagai endorfin yang meningkatkan mood dan memberikan kelegaan pada tubuh secara semulajadi. Oleh itu, hormon stres kortisol dan adrenalin mula berkurangan menjadikan mood kita bertambah baik! Jika badan kita benar-benar mengalami kesakitan sebelum diurut, ini berita baiknya! Hormon endorfin yang mempunyai kesan sama seperti morfina akan membantu mengurangkannya dengan menyekat isyarat sakit daripada otak. Para penyelidik mendapati urutan mampu mengurangkan kesakitan atau radang yang disebabkan oleh senaman dan meningkatkan proses pembaikan sel.
Respons pada bau-bauan dan aroma - Ramai terapi urutan profesional menggunakan minyak aromaterapi sewaktu proses urutan berlaku. Aroma daripada minyak tersebut ditambah pula dengan sentuhan urutan yang menenangkan, mampu merangsang aktiviti otak. Minyak limau gedang mampu menggalakkan penghasilan enkephalins, sejenis neurotransmiter yang memberi kesan sama seperti ubat tahan sakit. Manakala minyak daripada sejenis herba yang dipanggil Marjoram mampu meningkatkan penghasilan serotonin sekaligus menjadikan perasaan kita lebih tenang. Begitu juga dengan bauan Lavender yang dikatakan bahan aromaterapi yang terbukti mampu membantu seseorang menjadi lebih tenang.
Membantu badan dan minda berfungsi dengan lebih baik - Tekanan yang diberikan oleh gerakan tangan pengamal urut mampu meningkatkan peredaran darah kita dengan melancarkan pengaliran darah dan juga membuang sel-sel mati (seperti sel protein) lebih cepat daripada apa yang mampu dilakukan tubuh secara semulajadi. Begitu juga dengan minda kita. Penyelidik mendapati bahawa hanya dengan menerima urutan selama 15 minit mampu membantu kita berfikir dengan lebih jelas dan dapat meningkatkan tahap kesedaran kita..
Jadi, awak dah tahu kan.. Nak berurut dengan saya..? Insha Allah, saya boleh membantu tapi Allah yang Maha Pemberi Kesembuhan segala-galanya..
Hehe saya urut kaki sendiri setiap kali lenguh. Saya pun ada minyak aromaterapi seperti lavender.
ReplyDeleteRabia jarang sangat urut ni hehe.
ReplyDeletewhy are we far away from each other... klu tak..dah lamaaaa pegi sana
ReplyDeleteTerimakasih atas perkongsian :) semoga akak terus sukses ya keep fighting
ReplyDeleteRindunya nak kena urut2..huhu.. last urut yang betul2 punya, masa lepas bersalin 2 tahun lepas..nikmat
ReplyDeleteZumal kena urut, zumal menjerit ðŸ¤
ReplyDeletetengah rasa sengal2 kat tengkok. kalau urut sedap ni :)
ReplyDeleteTeringinnya nk mncuba urutan ni..blm pernah cuba lg..salu pi urut kat kerusi urut kat mall ja 😂😂
ReplyDeletebaca ni teringin nak berurut skrg gak hihi
ReplyDeletekena gi berurut la plak. dah dua thn x buat. semoga shikin maju dlm biz urutan ni.
ReplyDeleteYa Allah kak.. macam nikmat spa gitu... Aien pun tak urut lagi sejak keguguran ritu.. T^T
ReplyDeleteBaca nie terus rasa macam nak gi urut.. ketenangan dan keselesaaan yang lama dah tak dilalui..
ReplyDeleteDapat bayangkan bertapa nikmatnya masa tu kak..rilex sangat²
ReplyDeleteYa Allah..semenjak Covid melanda ni dah tak berurut. Badan, tengkuk, pinggang semua dah rasa sengal. Tapi jauh nau Shikin ni ngan Ammi...
ReplyDelete