Kenapa huruf pada keyboard tidak ikut abjad?

Friday, September 18, 2020


Assalamualaikum wbt...
Ada sesiapa perasan tak kenapa papan kekunci (keyboard) tidak disusun mengikut abjad...? Cuba perhatikan huruf pada papan kekunci di mana kita menaip segala patah perkataan. Dari kiri ke kanan di bahagian atas, mengapa ia bermula dengan huruf Q,W,E,R,T,Y dan seterusnya.

Pernahkah kita terfikir mengapa huruf-hurufnya bercelaru? Kenapa tidak disusun mengikut turutan abjad seperti A,B,C,D,E,F,G dan seterusnya? Awak tahu tak, ada sebab mengapa huruf-huruf pada keyboard itu disusun berselerak. 


Papan kekunci pertama kali digunakan untuk mesin taip pada tahun 1868 yang dicipta oleh Christopher Latham Sholes. Ketika itu, papan kekunci yang dicipta Christopher menggunakan abjad ABCDE... dan bukannya QWERTY... seperti hari ini. 

Dengan susunan abjad yang betul, ia memudahkan para pengguna untuk mengetuk papan kekunci pada mesin taip. Waktu itu, huruf-huruf pada papan kekunci itu menggunakan tangkai yang apabila ditekan, ia akan mencetak huruf tersebut pada kertas yang dimasukkan ke dalam mesin taip tersebut. Oleh sebab minda para pengguna mesin taip memang sudah hafal susunan abjad ABCDEFG.. maka kerja-kerja menaip menjadi lebih mudah dan cepat. Ia menjadikan orang menaip papan kekunci itu terlalu pantas hingga membuat tangkai-tangkai huruf pada mesin itu saling berhimpitan dan membuatnya selalu tersekat. Dan masalah ini yang selalu menyebabkan kerja menaip menjadi tergendala.


Kerana itu, seorang ilmuwan bernama E. Remington mencari idea dengan memperkenalkan kombinasi huruf QWERTY... Formula huruf ini pada papan kekunci dianggap sukar dan akan mengurangkan kelajuan tangan pengguna untuk menaip.

Ternyata formula Remington berjaya. Ia membuatkan pengguna agak lambat untuk menaip mengikut kombinasi baru itu, sekali gus mengurangkan kerosakan mesin taip ketika itu. Dan kombinasi itu terus kekal digunakan sehinggalah ke hari ini. 

Saya masih ingat lagi, masa kecik-kecik dulu, saya pernah guna mesin taip yang bertangkai sebab ummie saya dulu merupakan jurutaip kat Jabatan Kerja Raya.. Memang betul apa yang info ini bagitau, bila kita menaip dengan pantas, tangkai-tangkai tue akan saling berhimpitan dan ada masanya jari kita pun akan tersepit di tengah-tengah tangkai tue.. hihi masa tue menjerit jugaklah bila jari jemari tersepit.. Tapi ianya pengalaman yang berharga semasa kecik dulu.. 

Awak pernah guna mesin taip tak..? 

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



10 comments

  1. Baru tahu.
    Ada terfikir mengapa tidak susun ikut abjad.

    ReplyDelete
  2. Wow..baru kutahuuuu... Xpernah guna serious, setakat pegang..tekan sesaja...hoho...

    ReplyDelete
  3. Woww.. kerlas shikin.ade fakta disitu..pernah jugak terfikir masa kecik2 dlu kenapala xsusun abjadny..jehen..rupanya ada sebab die...

    ReplyDelete
  4. Pernah guna dulu mesin type, arwah tokwan punya. seronok sebab zaman tu pun computer tak ramai yang ada kan ,jadi kadang3 kerja skolah sajaaa nak type guna mesin tu.. sbb bunyi dia best

    ReplyDelete
  5. dulu mak ade mesin taip tu..shida org yg paling rajin pakai..
    buat lirik lagu kat situ hehee..

    perkongsian yg menarik..tq shikin!

    ReplyDelete
  6. selalu je tengok tapi tak pernah pakai.. huhu..

    ReplyDelete
  7. kreatif betul.. mmg memnudahkan kita dalam menaip apapun kan

    ReplyDelete
  8. dulu pernah juga terfikir pasal ini. ada sebab rupanya..nice sharing :)

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧