Minyak wangi yang pelik bauan, tapi ada peminatnya

Thursday, September 24, 2020


Assalamualaikum wbt...
Mungkin bagi kita ianya tersangat lah pelik, tapi tak semestinya pelik bagi sesetengah orang. Masyarakat barat khususnya selalu buat sesuatu yang pelik-pelik, contohnya seperti penghasilan minyak wangi. 

Bagi mereka, minyak wangi yang berbau bunga-bungaan, buah-buahan, herba dan rempah tue dah dianggap seperti bauan biasa saja. Jadi, untuk kelainan bauan, mereka telah mencipta bauan haruman yang sukar diterima dek akal tapi inilah realitinya..

Apakah minyak wangi yang pelik tue..? 



Minyak wangi aroma keju - uikkks.. Keju dijadikan minyak wangi.? Seperti yang kita semua tahu yang keju sememangnya menjadi bahan masakan semata-mata.. Tapi orang barat nie mempunyai cara yang tersendiri untuk lebih menghargai keju tue dengan cara menghasilkan minyak wangi.. Pada tahun 2006, seorang pembuat keju yang bernama Stilton telah menghasilkan koleksi minyak wangi ciptaannya yang tersendiri. Nama minyak wangi ini dikenali sebagai 'Eau de Stilton' dan dengar ceritanya koleksi ini mempunyai aroma bau yang sangat unik. Keunikan minyak wangi ini diinspirasikan daripada aroma keju biru yang mempunyai bau yang sangat busuk, tapi masih mendapat sambutan di kalangan peminat keju. Hurmm, rasa-rasa nak beli ke tak minyak wangi nie..?



Minyak wangi aroma rumah mayat - errkkkkk... Rumah mayat..? Tapi itulah realitinya.. Jenama yang diberi nama Demeter Fragrance Library sering kali mengeluarkan produk minyak wangi yang mempunyai aroma pelik. Contohnya bauan Funeral Home ini, bauan ini digabungkan dengan ramuan daripada bunga lili, teluki, gladiol, bunga kekwa, aroma mahon dan oriental yang akhirnya menghasilkan aroma bau seperti dalam upacara pengebumian di sana. Walaupun pelik tapi sekurang-kurangnya bau minyak wangi ini seolah-olah memperingatkan kita tentang kematian yang pasti akan berlaku pada setiap manusia.. 


Minyak wangi aroma cat dinding - Ini pun kategori pelik jugak.. Tapi inilah yang berlaku, mungkin ianya dihasilkan untuk para pencinta hiasan dalaman. Wangian yang diberi nama Wode Paint adalah sejenis minyak wangi yang begitu unik baunya kerana apabila disemburkan ke tubuh ataupun baju, ianya akan mengeluarkan warna seperti cat. Walaupun ianya meninggalkan kesan pada baju, tapi lama kelamaan warna itu akan hilang dengan sendirinya, seperti pen magik tue.. Manakala, pada sesiapa yang rasa tak selesa dengan cat yang ditinggal kesan pada baju, jenama Wode Scent boleh dijadikan pilihan kedua.. 

So, awak nak cuba ke minyak wangi yang pelik nie..?


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



7 comments

  1. Antara 3 itu kalau terpaksa pilih, saya pilih keju biru.

    ReplyDelete
  2. uish mcm2...teringin nak bau..hahaha

    ReplyDelete
  3. yg keju tu mmg tak kan cuba bauuu...

    ReplyDelete
  4. Ada juga minyak wangi pelik, haishhh macam-macam..

    ReplyDelete
  5. peliknya..macam mana perasaan orang yg dok sebelah diorang terbau minyak wangi ni..

    ReplyDelete
  6. Hmmm..tengah fikir lagi la kak hehe

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧