Peringatan Mengenai : Peraturan-Peraturan Semasa Bekerja Dari Rumah Termasuk Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (Pkpb); Dan Pematuhan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993]
Tuesday, October 27, 2020
Assalamualaikum wbt..
Peringatan ini dikhaskan untuk semua penjawat awam yang mengambil BDR, so jangan keluar rumah sewaktu awak BDR kerana kita masih tertakluk pada peraturan yang telah ditetapkan..
YANG PALING PENTING, SEKIRANYA AWAK BDR, SILA PASTIKAN HANDPHONE AWAK SENTIASA 'ON' DAN BOLEH DIHUBUNGI.. Even kita berada di rumah, tapi kita masih lagi dalam mood bekerja, okey..
Assalamualaikum wbt..
Sekali lagi Misya buat segmen.. Jom kita join ramai-ramai dengan klik pada banner kat atas nie dan ikutilah syarat-syarat yang diberikan...
Antara syarat utamanya adalah kita kena nyatakan apa saja yang berkaitan dengan diri kita dengan nombor angka 10..
Macam diri ini, saya mulakan perjalanan kerjaya sebagai pembantu pustakawan pada 1 Oktober 2002 dan itulah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur untuk memulakan kerjaya di Perpustakaan Negara Malaysia.. Masa itulah mulalah perjalanan hidup berdikari seorang diri di tengah bandaraya yang penuh dengan dugaan hidup.. Hingga kini, saya masih lagi suka dengan kerjaya yang diceburi kerana buku sememangnya menjadi teman hidup saya selama ini...
Tarikh tutup penyertaan segmen ini adalah pada 31 Oktober 2020..
So, masih ada masa lagi nak join..
Best of luck..
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt...
Sejak kenal dengan planner yang super duper cute, rasa macam dah jadi satu habit pulak nak beli..
And you know something, I've already bought it...
Bulan lepas, masa tengah baca status wassap rakan-rakan, saya tertarik dengan satu status daripada rakan blogger jugak, Noor Maizan yang ada buat pre-order planner yang cantik².. Lepas sembang dengan dia, saya pun beli la satu planner yang super duper cute pada pandangan mata saya.. hihihi
Cantik kan planner nie.. Nak tengok video planner nie.. Jom..
Harga planner nie adalah RM39.90 satu set.. Ada 4 cover pilihan yang kita boleh pilih...
Nak beli planner macam saya jugak..? Awak boleh hubungi Noor Maizan untuk keterangan lanjut mengenai cover planner yang lain²..
Blog - Noor Maizan
Facebook - Noor Maizan
Assalamualaikum wbt..
Terima kasih Shida kerana sudi beri hadiah yang amat bernilai pada masa sekarang..
Why..?
Ini kerana saya terpilih untuk menjadi salah sorang pemenang 'Geng Kuat Komen - Ogos 2020' dalam blog Shida.. Sebenarnya, saya tak perasan pun yang saya menjadi top commentator dalam blog Shida, memandangkan saya jarang nak drop down komen pada blog seseorang.. Mana yang saya sempat drop down komen, saya akan komen jea..
Apakah hadiahnya...? Ini dia..
Hadiah nie telah sampai kat destinasi postage pada hari Isnin 12hb Oktober lepas.. Tapi dek terlalu sibuk dengan kerja hakiki, saya terlupa nak bagitau Shida yang hadiah dah sampai... hihihi😝 sori banyak-banyak yea Shida.. Nasib baik awak wassap pada saya, tanya pasal hadiah tue, kalu tak sampai ke sudah saya tak bagitau.. sori sangat²..
Anyway, terima kasih sekali lagi kerana sudi bagi hadiah pada saya, macam tau² jea bulan tue adalah bulan kelahiran saya... hihihi
Assalamualaikum wbt..
Kulit kayu manis sememangnya sinonim dengan pelbagai masakan, tak kiralah masakan timur mahupun masakan barat.. Kulit kayu manis atau nama saintifiknya Cinnamomum dikenali sebagai bahan yang sangat berguna sejak zaman kuno Mesir lagi..
Ketika zaman kuno Mesir, kulit kayu maniis amat sukar didapati dan amat bernilai sehingga ianya dianggap sebagai hadiah yang hanya sesuai untuk seorang raja. Kini, kulit kayu manis mudah didapati dan harganya pun boleh dikatakan agak murah ketika ini...
Dalam dunia nie, ada dua jenis kulit kayu manis, iaitu kulit kayu manis Sri Lanka atau lebih dikenali sebagai kulit kayu manis 'sebenar' dan kulit kayu manis Cassia. Bau dan rasa pedar kulit kayu manis terjadi berikutan dengan bahagian minyaknya yang amat tinggi dengan sebatian cinnamaldehyde dan saintis percaya sebatian inilah yang bertanggungjawab bagi semua kesan hebat untuk kesihatan dan metabolisme.
Kebaikan kulit kayu manis tak disangkal lagi, selain daripada untuk menyedapkan masakan, ada banyak lagi kebaikan kulit kayu manis..
Melindungi tubuh - Kulit kayu manis kaya dengan antioksidan bagi melindungi tubuh daripada kerosakan oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas. Antioksidan yang terdapat dalam kulit kayu manis adalah polifenol.
Menentang jangkitan - Ia dikatakan membantu tubuh menentang jangkitan dan memperbaiki kerosakan tisu. Namun begitu, keradangan boleh menjadi masalah apabila menjadi kronik dan menyerang tisu tubuh. Dikatakan kulit kayu manis amat berguna untuk mengatasi masalah ini. Malah kajian telah mendapati bahawa kandungan antioksidan yang terdapat dalam kulit kyu manis mempunyai sifat-sifat antikeradangan yang kuat. Antioksidan yang mempunyai kesan anti keradangan ini dikatakan mampu merendahkan risiko penyakit.
Mengurangkan risiko penyakit jantung - Kulit kayu manis telah dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit jantung. Bagi mereka yang menghidap penyakit diabetes tahap 2, dikatakan satu gram atau setengah sudu teh serbuk kulit kayu manis setiap hari dikatakan mampu memberi kesan baik pada penanda darah. Ia dikatakan dapat mengurangkan tahap keseluruhan kolesterol, kolesterol jahat (LDL) dan trigliserid.
Sementara itu kolesterol baik (HDL) kekal stabil. Dalam kajian lain menunjukkan serbuk kulit kayu manis berdos lebih kurang 120 mg sehari dikatakan mempunyai kesan ini, dan dikatakan turut menunjukkan peningkatan tahap kolesterol baik (HDL). Dalam kajian pada haiwan pula telah menunjukkan ia mampu mengurangkan tekanan darah. Apabila digabungkan kesemua faktor ini berkemungkinan ia mampu mengurangkan risiko penyakit jantung.
Memperbaiki kepekaan terhadap hormon insulin - Insulin adalah salah satu kunci hormon yang mengatur metabolisme dan penggunaan tenaga. Ia juga diperlukan untuk menghantar gula dalam darah daripada aliran darah kepada sel-sel. Masalahnya ramai mengalami rintangan insulin. Berita baiknya, dikatakan kulit kayu manis mampu menurunkan rintangan insulin dan membantu hormon ini melakukan kerjanya dengan baik. Dikatakan dengan meningkatkan kepekaan insulin, kulit kayu manis mampu merendahkan tahap tekanan gula dalam darah.
Membantu menentang jangkitan bakteria dan kulat - Cinnamaldehyde salah satu bahan aktif yang utama dalam kulit kayu manis dikatakan mampu membantu menentang pelbagai jenis jangkitan. Minyak kulit kayu manis dikatakan telah menunjukkan amat berkesan merawat jangkitan saluran pernafasan yag disebabkan oleh kulat. Ia juga dikatakan mampu menghalang pertumbuhan bakteria tertentu termasuklah listeria dan salmonella. Namun begitu, bukti amat terhad dan setakat ini kulit kayu manis dikatakan tidak menunjukkan kesan mengurangkan jangkitan pada bahagian lain tubuh. Kesan antimikrob yang terdapat pada kulit kayu manis juga dikatakan mampu mencegah kerosakan gigi dan mengurangkan nafas berbau.
Banyak kan kebaikan kulit kayu manis nie.. Dulu, masa saya kecik-kecik, saya sering mengasah kulit kayu manis pada bahagian belakang pasu ataupun pada lesung batu, untuk mendapatkan cairan kulit kayu manis, dan cairan itu saya sapu pada jerawat.. Alhamdulillah, kesannya akan hilang dalam masa 2 minggu tanpa meninggalkan kesan parut..
Assalamualaikum wbt...
10 surah mujarab sebagai penerang hati menurut kekasih kita Nabi Muhammad S.A.W. yang disuruh kita mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita. Semoga ianya dapat menjadi peringatan dan saling berpesan-pesanan antara kita semua.
1. SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insha Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah SWT.. Untuk mencegah kemurkaan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.
2. SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah SAW., " Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. "
(Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)
Rasulullah SAW. juga bersabda, " Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya." (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).
Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, Insha Allah akan terselamatlah kita dari kehausan di hari kiamat.
3. SURAH AT-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
4. SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, Insha Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, Insha Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, Insha Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.
Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya."
5. SURAH AL-KAUSAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah SWT Insha Allah akan mengabulkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, Insha Allah dia dapat melihat Rasulullah SAW dalam tidurnya.
6. SURAH AL-KHAAFIRUUN
"Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan." (Riwayat At-Tarmizi).
Sebelum tidur, bacalah surah ini agar jika kita meninggal dunia, kita akan berada dalam husnul khatimah serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
7. SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur.
8. SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah SAW pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya :
“Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah SAW. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya.”
Dari Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Saidina Ali RA “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali." Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”
9. SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah RA menerangkan : “Bahawa Rasulullah SAW pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala."
Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.
10. SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.
Wallahualam.. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua..
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Ada sesiapa kat sini ada lesung pipit tak..? Macam saya sendiri pun memang ada lesung pipit sejak dilahirkan lagi, menurut kata ummie saya la.. hihihi tapi awak tau tak, ummie saya cakap, kalu nak anak kita ada lesung pipit, masa dia berusia 2 bulan, lekapkan dan tekan kulit kayu manis pada pipi si anak pada setiap hari.. nanti akan ada lekuk pada pipi si anak..
Hihihi, yang tue tak tahu la, berkesan ke tak hasil lekukan tue.. Bagaimana sebenarnya terjadinya lesung pipit pada wajah seseorang..?
Lesung pipit terjadi akibat dari variasi otot muka yang dipanggil zygomaticus major. Kecacatan variasi berlaku pada otot ini yang sepatutnya hanya mempunyai struktur tunggal dari tulang zygomatic. Tulang ini membahagi kepada superior (bahagian atas tepi bibir) dan inferior (bahagian bawah tepi bibir). Selain itu, faktor terjadinya lesung pipit adalah kerana otot zygomaticus lebih pendek dari normal menyebabkan kulit tertarik dan terbentuklah lekuk pada pipi.
Lesung pipit atau lekuk kecil yang ada di pipi seseorang memang boleh menambah kecantikan atau ketampanan. Tapi tidak semua orang memiliki lesung pipit di wajahnya.
Kenapa ada orang yang memiliki lesung pipit dan ada juga yang tidak? Beberapa masyarakat ada yang percaya dengan mitos bahawa lesung pipit boleh terbentuk dengan cara menusukkan hujung cili ke pipi bayi. (Kan betul cakap ummie saya..)
Tapi ternyata mitos tersebut tidaklah benar kerana lesung pipit terjadi akibat kelainan dari otot pipi yang diturunkan. Lesung pipit boleh muncul di kedua pipi atau hanya di salah satu pipi saja dan biasanya akan terlihat dengan jelas di wajah seseorang ketika sedang tersenyum, bercakap atau tertawa.
Beberapa orang memiliki lesung pipi yang dalam dan sangat terlihat, sedangkan yang lainnya hanya samar-samar. Fenomena lesung pipit dipengaruhi oleh faktor genetik dan diperlukan gen lesung pipit yang dominan. Jika salah satu orang tua memiliki lesung pipit, maka ada kemungkinan lesung pipit ini akan diturunkan ke generasi berikutnya. Anak-anak yang terlahir dari salah satu ibu atau ayah dengan lesung pipit akan memiliki kesempatan sebesar 25-50%.
Seperti dipetik dari NCTimes Dr Joel Pessa, seorang ahli bedah plastik di University of Texas Health Science Center dalam majalah yang diterbitkan jurnal Clinical Anatomy tahun 1998, menuturkan lesung pipit disebabkan oleh kecacatan dari otot zygomaticus utama.
Ketika seseorang tersenyum atau bercakap, maka ada daya tarik dari kulit yang membuat lesung pipit muncul akibat efek penarikan kulit tersebut. Hal ini diketahui setelah peneliti membedah anatomi wajah 50 mayat yang memiliki lesung pipit.
Lesung pipit umumnya tidak nampak ketika seseorang sedang diam, kerana otot pipi tersebut tidak mengalami penarikan atau dalam posisi diam. Beberapa orang ada yang hanya memiliki lesung pipit ketika masih kanak-kanak atau remaja.
Hal ini kerana seiring waktu otot wajah ini secara perlahan akan meregang yang membuat lesung pipit memudar atau hilang.
So, walaupun lesung pipit dikategori cacat, tapi cantik pada pandangan mata orang.. hahahahaha angkat bakul sendiri...
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt...
Awak tau, ada satu oasis padang pasir yang paling besar di dunia nie telah diiktiraf oleh Guinness Book Of World Records, dan oasis yang dimaksudkan adalah Al-Ahsa Oasis yang terletak di timur Arab Saudi.
Menurut laporan daripada Arab News, kawasan oasis yang seluas 85.4 kilometer persegi ini mempunyai 2.5 juta pokok kurma dan 280 sumber mata air.. Oasis ini bukan saja terkenal dengan kekayaan dengan warisan alam semula jadi malah kawasan itu juga dikatakan mempunyai sejarah dan ketamadunan tersendiri..
Di antaranya termasuklah tapak penempatan manusia paling tua yang berusia ribuan tahun, selain daripada oasis itu dikelilingi kawasan berpasir yang paling luas di dunia...
Dipercayai, selepas Suruhanjaya Warisan Arab Saudi menyenaraikan Oasis Al-Ahsa di dalam buku Ensiklopedia Dunia, oasis ini yang turut tersenarai sebagai tapak warisan dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains Dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), barulah pengiktirafan dalam Guinness Book Of World Records diperolehi..
Walaupun begitu, jadi benarlah daripada Nabi SAW bersabda bermaksud: "Tiada berlakunya kiamat sehingga harta melimpah-ruah, sehingga seseorang keluar dengan membawa zakat hartanya namun tidak menjumpai orang yang layak menerimanya. Tidak berlakunya kiamat sehingga Tanah Arab Kembali hijau dipenuhi sungai." (hadis Riwayat Muslim, no. 157)
Jadi, kita sentiasa beringat yang kiamat pasti akan berlaku, cuma masanya hanya Allah saja yang Maha Mengetahui..
Wallahualam..
Assalamualaikum wbt...
Hingga ke saat saya menaip tulisan ini, airmata saya terus mengalir tanpa henti, kadang kala terpaksa menyeka airmata kerana berada di dalam pejabat.. Tapi airmata terus mengalir..
Lunar dah takde dalam dunia nie lagi.. Semalam berlaku kejadian yang memang saya takkan lupa untuk selama-lamanya..
Semalam, kami berdua suami isteri nak keluar ke Gombak kerana pengumuman MKN yang mengatakan akan berlaku PKPB di seluruh Selangor / Kuala Lumpur / Putrajaya. Ummie saya yang duduk di rumah adik bongsu terpaksa balik pada hari nie kerana dia ada appointment treatment dengan doktor pakar mata di Kuala Terengganu pada bulan depan.. Jadi jika PKPB dilanjutkan sehingga bulan depan, ummie saya tak dapat nak rentas negeri dan untuk dapatkan tarikh appointment treatment seterusnya, belum tahu lagi..
Usai selepas maghrib, kami berdua bersiap-siap untuk keluar dan macam biasa, waktu kami kelam kabut nak keluar, kucing-kucing kesayangan pun turut sibuk, keluar masuk dalam kawasan rumah.. Kebetulan semalam hujan mulai turun dengan lebat..
Sebelum hubby reverse kereta, saya akan pastikan kucing-kucing tak berada di bawah kereta kerana takut kena lenyek.. Nak dijadikan cerita, si Lunar mula lari ke belakang kereta, saya suruh hubby stop reverse dulu, bila saya yakin Lunar takde bawah kereta, saya suruh hubby reverse..
Tetiba...
Mata saya terpandang badan Lunar bawah kereta.. Kepalanya tertindih dek tayar... Hanya kepalanya saja yang tertindih.. Darah mula menyembur.. Saya menjerit kat hubby untuk stop reverse.. Bila dia ke depan, Lunar langsung tak bergerak.. Dalam keadaan cemas, saya angkat tubuh Lunar dan letak ke tepi, masa tue memang meraung-raung saya panggil nama Lunar.. Tapi dia langsung tak bersuara, hanya menggeletik sakit.. Allahu Akbar.. memang saya nak peluk tubuh Lunar masa tue, tapi hubby tak bagi peluk sebab darah menyembur-nyembur keluar dari telinga, hidung dan mulut Lunar.. Takde satu suara pun yang terkeluar dari mulut Lunar, akhirnya Lunar pun tinggalkan kami...
Lunar, ummie mintak maaf sebab ummie tak perasankan kamu kat bawah kereta tue.. Semoga kamu tenang di sana yea sayang.. Doakan ummie kuat tau!!! Walaupun kamu lah yang selalu bertekak mulut dengan ummie, tapi kamu lah yang ummie paling sayang sebab tak menyusahkan ummie.. Kamu tak pernah memancut dalam rumah dan kamu tak pernah pun berak merata-rata.. Bila ummie bersihkan pasir, kamu sanggup tunggu sehingga ummie selesai bersihkan barulah kamu masuk dalam box litter untuk kencing ataupun berak.. Bila ummie membebel, kamu la yang suka menyahut apa saja bebelan ummie.. Lepas nie, takde dah yang nak lawan mulut dengan ummie lagi..
Kelmarin ummie baru peluk dan cium kamu, kini kamu dah pergi untuk selama-lamanya..
Terima kasih Lunar kerana menceriakan hidup ummie dengan abi..
Assalamualaikum wbt..
Hihi bulan nie rasanya bulan join segmen dan giveaway banyak-banyak.. just more for supporting all the fellows friends...
Kali nie, Cik Roxa kita pulak yang anjur segmen.. Follow the instructions and requirement from her...
Klik pada banner untuk join segmen nie... Jom kita sama-sama support Cik Roxa kita nie...
Best of luck...
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt...
Sakit kepala memang tidak selesa bila ianya datang menyerang kita yang tidak mengira waktu. Bila dah rasa sakit kepala, mulalah angin satu badan..
Sebenarnya sakit kepala yang kita alami ini ada kaitan dengan 6 tabiat yang saya senaraikan ini dan mungkin tabiat inilah yang menjadi penyebab kepada sakit kepala..
Jom kita selidiki apakah tabiat-tabiat itu..
Kopi
Sekiranya awak sakit kepala pada waktu pagi setelah tidur lewat malam, mungkin menandakan penarikan kafein. Jadi elakkan untuk minum kafein pada setiap hari, boleh minum selang sehari atau amalkan hanya 3 kali seminggu untuk minum kafein..
Komputer
Berhenti setiap 20 minit untuk meregangkan leher dan belakang awak. Bila menghadap komputer lama-lama itulah yang menjadi penyebab kepala kita menjadi sakit kerana kita beri tumpuan penuh pada skrin komputer.
Silau
Keletihan mata boleh membuat kita sakit kepala. Elakkan keletihan mata dengan meletakkan lapisan antireflektif pada cermin mata dan antisilau pada monitor awak.
Jarak yang panjang antara masa makan boleh menyebabkan sakit kepala. Pastikan awak minum air secukupnya dan makan pada waktu makan yang telah ditetapkan.
Tiada masa untuk berehat
Sakit kepala cenderung menjadi teruk dalam usia 30-an dan 40-an. Mungkin kerana stres, tekanan dan ini adalah masa yang sibuk dalam kehidupan. Jadi ambillah cuti rehat dan tenangkan fikiran sekejap dengan pergi bercuti ke mana-mana destinasi pilihan.
Ubat-ubatan
Sesetengah sakit kepala adalah kesan sampingan pengambilan ubat tertentu. Jangan berhenti makan ubat yang dinasihatkan oleh doktor tetapi awak sentiasa boleh bertanya pada doktor sekiranya ada pilihan ubat yang lain selain daripada ubat yang telah dimakan.
So, dah tahu kan tabiat yang menjadi penyebab sakit kepala.. Jom kita ubah semua tabiat ini demi menjaga kesihatan kita...
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt..
Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: “Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya.”
Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.
Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.
Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.
Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.
Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua. Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.
Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.
Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: “Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya.”
Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami. Jadi pada setiap malam sebelum tidur, bersalam-salam dan bermaaf-maafan lah antara suami dan isteri agar tiada ada dosa keduanya dan tidak ada rasa perasaan dendam serta marah antara keduanya..
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum....
Awak semua pernah dengar atau tidak tentang haiwan ini? Semut kayap atau lebih dikenali sebagai 'Charlie' yang sememangnya amat merbahaya sekali kalau kena pada bisanya.
Di kalangan masyarakat tempatan ia dikenali sebagai semut kayap atau semut semai. Hakikatnya, haiwan kecil ini bukanlah sejenis semut sebaliknya kumbang atau Paederus littoralis. Secara morfologi, serangga ini mempunyai badan yang sempit dengan kepala hitam dan sekurang-kurangnya dua segmen abdomen iaitu protaks dan lima segmen abdomen yang berwarna kemerah-merahan. Bersaiz dari 10 hingga 15 mm panjang, kumbang ini boleh terbang, tetapi lazimnya ia berjalan.
Awak semua pernah dengar atau tidak tentang haiwan ini? Semut kayap atau lebih dikenali sebagai 'Charlie' yang sememangnya amat merbahaya sekali kalau kena pada bisanya.
Di entri ini, saya mahu berkongsi info dengan awak semua agar kita semua lebih berhati-hati bila berhadapan dengan haiwan ini... Nampak sahaja kecil dan rupanya lebih kurang macam semut api, tapi bisanya hanya Allah sahaja yang tahu...
FAKTA SEMUT KAYAP
FAKTA SEMUT KAYAP
Di kalangan masyarakat tempatan ia dikenali sebagai semut kayap atau semut semai. Hakikatnya, haiwan kecil ini bukanlah sejenis semut sebaliknya kumbang atau Paederus littoralis. Secara morfologi, serangga ini mempunyai badan yang sempit dengan kepala hitam dan sekurang-kurangnya dua segmen abdomen iaitu protaks dan lima segmen abdomen yang berwarna kemerah-merahan. Bersaiz dari 10 hingga 15 mm panjang, kumbang ini boleh terbang, tetapi lazimnya ia berjalan.
Hasil penelitian dan kajian yang
dijalankan menunjukkan, kumbang ini amat tertarik kepada sumber
cahaya buatan seperti lampu neon. Aktiviti maksimum kumbang ini
adalah di antara bulan Mei dan September. Ia menggemari kawasan
lembap dengan iklim panas tropika dan banyak terdapat di kawasan
sawah padi dan berhampiran ladang kelapa sawit. Semut kayap atau
semut semai tidak menggigit atau menyengat, tetapi apabila
dihancurkan dan terkena kulit atau mata, cecair hemolimfa di dalam
badannya yang mengandungi pederin boleh mengakibatkan kerengsaan dan
kesan lepuh yang teruk pada kulit. Dalam tempoh 24 jam sahaja,
pederin boleh menyebabkan kerengsaan dermatitis akut, dicirikan oleh
rasa terbakar, yang boleh dikaitkan dengan kehadiran vesikel, bula
atau pustul pada kawasan yang terkena dengannya.
Luka ini biasanya sangat gatal dan
menyakitkan dengan pembentukan kuping mati yang akan tanggal dalam
tempoh sepuluh hingga dua belas hari selepas terkena pederin. Kawasan
kulit tersebut akan menjadi gelap, berpigmen yang mungkin berterusan
untuk beberapa minggu atau bulan
Tiada
rawatan khusus
Tiada rawatan khusus boleh diberikan
kepada pesakit yang terkena pederin daripada kumbang ini. Rawatan
adalah berdasarkan gejala dan bersifat sokongan sahaja. Penggunaan
ubat tahan sakit dan krim antihistamin dan steroid didapati tidak
begitu berguna dalam merawatnya. Walau bagaimanapun, luka-luka yang
disebabkan oleh cecair ini perlu dilindungi untuk mengelakkan luka
tersebut terkena jangkitan kuman yang boleh menyebabkan kompilasi
lain.
Kesan pederin hanyalah pada kawasan yang
bersentuhan dengannya sahaja dan sehingga ke hari ini, TIADA sebarang
kesan sistemik telah dilaporkan. Namun demikian, pernah dilaporkan
pederin boleh menyebabkan kebutaan setelah digosok pada mata. Oleh
itu, jika cecair ini terkena mata atau mana-mana bahagian badan,
mangsa hendaklah segera membilasnya dengan air yang banyak dan jangan
sesekali menggosoknya pada bahagian badan yang lain.
Bagi
mengurangkan kontak dengan serangga ini, jejaring kalis serangga
boleh diletakkan di bahagian tingkap dan pintu rumah. Penggunaan
racun serangga seperti 2-isopropoxyphenyl
N-methylcarbamate, malation
dan d-tetramethrin boleh
disembur di sekitar sawah padi untuk mengurangkan populasinya.
*Nota
: Pederin adalah sejenis
alkaloid dengan ketoksidan yang lebih tinggi daripada venom
Latrodectus (labah-labah) dan / atau parathion (pestisid paling
toksik yang didaftarkan di bawah Agensi Perlindungan Alam Sekitar
Amerika Syarikat (EPA)(Pavan, 1959)
Sumber
: Sazaroni Md Rashid, Pegawai Farmasi, Pusat Racun Negara,
Universiti Sains Malaysia
Assalamualaikum wbt..
Nak tahu karakter seseorang melalui cara dia tandatangan..? Ada 8 ciri-ciri seseorang yang boleh kita ketahui karakternya melalui tandatangan..
Jom kita selidik..
1. Satu Garis Di Bawah Tandatangan
Mempunyai keyakinan yang tinggi dan personaliti yang baik. Namun, bersifat kikir mereka juga percaya kepada kebahagiaan dalam kehidupan manusia.
2. Dua Titik Di Bawah Tanda Tangan
Mereka boleh dikatakan berjiwa romantis. Mudah ganti pasangan seperti menukar baju. Memilih orang yang memiliki kecantikan dan mereka sendiri berusaha untuk kelihatan menarik dan mereka ini juga mudah menarik perhatian orang lain.
3. Satu Titik Di Bawah Tanda Tangan
Lebih cenderung kepada seni klasik serta perkara yang mudah dan tenang. Jika orang lain yang telah hilang kepercayaan kepada
anda, anda tidak akan sesekali kembali kepada mereka dan ini menunjukkan mereka seorang yang tetap pendirian.
4. Tiada Garis atau Titik Di Bawah Tandatangan
Mereka ini selalu senang hidup dalam dunia sendiri dan mereka juga jarang mau mendengar pendapat orang lain.Mereka ini boleh di kategorikan sebagai pencinta alam tetapi mereka juga mempunyai sifat agak kikir.
5. Tiada Persamaan Antara Nama dan TandaTangan
Maksudnya tanda tangan mereka tidak menonjolkan nama mereka. Golongan ini mencoba untuk kelihatan bergaya, suka menyembunyikan sesuatu. Mereka jarang untuk berterus terang tetapi mereka merupakan pendengar yang baik dan senantiasa memberi perhatian tentang apa yang orang lain sedang katakan.
6. Ada Persamaan Antara Nama dan Tandatangan
Mereka ini berkeinginan untuk menjadi bijak tetapi mereka tidak pernah berpikir. Mereka ini tidak konsisten, dan selalu menukar idea atau pandangan sendiri seperti angin. Golongan ini tidak pernah berpikir baik buruk tentang sesuatu perkara. Biasanya, orang lain bisa mengambil hati mereka dengan hanya memuji.
7. Tanda Tangan dengan Huruf Yang Tidak Bersambung
Mereka ini sangat baik terhadap orang lain. Mempunyai hati yang baik, tidak mementingkan diri dan siap berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan orang yang di sayangi. Tapi apabila terlalu banyak perkara yang mereka pikirkan, ini menyebabkan mereka akan cepat tersinggung.
8. Tanda Tangan yang Lengkap Seperti Nama
Mereka sangat baik hati dan bisa menyesuaikan diri dengan suasana apa saja dan siapa saja yang mereka temui. Golongan ini juga sangat teguh pendirian serta pendapat dan memiliki keinginan yang sangat kuat dalam mendapatkan sesuatu.
Haa.. Dah tahu kan.. Awak mempunyai ciri-ciri yang mana..? Adakah ianya betul itu adalah karakter awak atau sebaliknya.. Boleh baca, percaya tapi jangan percaya bulat-bulat.. hihihi
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons