Bagaimana Terjadinya Lesung Pipit?

Wednesday, October 14, 2020

www.shikinrazali.com

Assalamualaikum wbt...
Ada sesiapa kat sini ada lesung pipit tak..? Macam saya sendiri pun memang ada lesung pipit sejak dilahirkan lagi, menurut kata ummie saya la.. hihihi tapi awak tau tak, ummie saya cakap, kalu nak anak kita ada lesung pipit, masa dia berusia 2 bulan, lekapkan dan tekan kulit kayu manis pada pipi si anak pada setiap hari.. nanti akan ada lekuk pada pipi si anak.. 

Hihihi, yang tue tak tahu la, berkesan ke tak hasil lekukan tue.. Bagaimana sebenarnya terjadinya lesung pipit pada wajah seseorang..?

Lesung pipit terjadi akibat dari variasi otot muka yang dipanggil zygomaticus major. Kecacatan variasi berlaku pada otot ini yang sepatutnya hanya mempunyai struktur tunggal dari tulang zygomaticTulang ini membahagi kepada superior (bahagian atas tepi bibir) dan inferior (bahagian bawah tepi bibir). Selain itu, faktor terjadinya lesung pipit adalah kerana otot zygomaticus lebih pendek dari normal menyebabkan kulit tertarik dan terbentuklah lekuk pada pipi.

Lesung pipit atau lekuk kecil yang ada di pipi seseorang memang boleh menambah kecantikan atau ketampanan. Tapi tidak semua orang memiliki lesung pipit di wajahnya.

Kenapa ada orang yang memiliki lesung pipit dan ada juga yang tidak? Beberapa masyarakat ada yang percaya dengan mitos bahawa lesung pipit boleh terbentuk dengan cara menusukkan hujung cili ke pipi bayi. (Kan betul cakap ummie saya..)

Tapi ternyata mitos tersebut tidaklah benar kerana lesung pipit terjadi akibat kelainan dari otot pipi yang diturunkan. Lesung pipit boleh muncul di kedua pipi atau hanya di salah satu pipi saja dan biasanya akan terlihat dengan jelas di wajah seseorang ketika sedang tersenyum, bercakap atau tertawa.

Beberapa orang memiliki lesung pipi yang dalam dan sangat terlihat, sedangkan yang lainnya hanya samar-samar. Fenomena lesung pipit dipengaruhi oleh faktor genetik dan diperlukan gen lesung pipit yang dominan. Jika salah satu orang tua memiliki lesung pipit, maka ada kemungkinan lesung pipit ini akan diturunkan ke generasi berikutnya. Anak-anak yang terlahir dari salah satu ibu atau ayah dengan lesung pipit akan memiliki kesempatan sebesar 25-50%.

Seperti dipetik dari NCTimes Dr Joel Pessa, seorang ahli bedah plastik di University of Texas Health Science Center dalam majalah yang diterbitkan jurnal Clinical Anatomy tahun 1998, menuturkan lesung pipit disebabkan oleh kecacatan dari otot zygomaticus utama.

Ketika seseorang tersenyum atau bercakap, maka ada daya tarik dari kulit yang membuat lesung pipit muncul akibat efek penarikan kulit tersebut. Hal ini diketahui setelah peneliti membedah anatomi wajah 50 mayat yang memiliki lesung pipit.

Lesung pipit umumnya tidak nampak ketika seseorang sedang diam, kerana otot pipi tersebut tidak mengalami penarikan atau dalam posisi diam. Beberapa orang ada yang hanya memiliki lesung pipit ketika masih kanak-kanak atau remaja.

Hal ini kerana seiring waktu otot wajah ini secara perlahan akan meregang yang membuat lesung pipit memudar atau hilang.

So, walaupun lesung pipit dikategori cacat, tapi cantik pada pandangan mata orang.. hahahahaha angkat bakul sendiri...

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



14 comments

  1. ya betul tu , yang ada lesung pipit ne semuanya cantik dan comel saya tengok ☺️ jeles juga kadang2 tgok bila kawan ada lesung pipit tapi saya tak ada huhu

    ReplyDelete
  2. Berkesan kut petua Ummi awak sebab Shikin ada lesung pipit.
    Hehe nampak comel sahaja.

    ReplyDelete
  3. Rasanya betul kot tips ummi sis bagi tu...

    ReplyDelete
  4. heheh anak buah saya ada lesung pipit. padahal parents dia tiada 😂

    ReplyDelete
  5. bersyukurlah kpd sesiapa yg ada lesung pipit tu....

    ReplyDelete
  6. cantik, walau org ckp itu kecacatan tapi cantik ! jelessss

    ReplyDelete
  7. cantik siapa ada lesung pipit ni..org dia comel je ^_^

    ReplyDelete
  8. Cik Puan Blog pun ada lesung pipit..bertuah badan hehehe :)

    ReplyDelete
  9. kadang kadang jeles juga dengan orang yang ada lesung pipit ni.. comeeelll

    ReplyDelete
  10. Senyuman manis orang yang ada lesung pipit ni :)

    ReplyDelete
  11. suka tgk lesung pipit shikin.. dalam.. mama pun ada 2 lesung pipit tapi comel aje kat bahagian bawah pipi jenis tepi mulut tu

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧