Dosa Gugur Apabila Suami Dan Isteri Bersalaman

Monday, October 12, 2020


Assalamualaikum wbt..
Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: “Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya.”

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.

Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua. Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: “Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya.”

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami. Jadi pada setiap malam sebelum tidur, bersalam-salam  dan bermaaf-maafan lah antara suami dan isteri agar tiada ada dosa keduanya dan tidak ada rasa perasaan dendam serta marah antara keduanya.. 

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



14 comments

  1. kalau penat...nak senyum pun tak larat

    ReplyDelete
  2. good sharing ni.. jealous nya dekat org yg dah berkahwin.. hahaha .... my jodoh still sesat :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha jodoh saya pun entah ke mana masih tak muncul-muncul

      Delete
    2. haha CIK TK, persoalan nyaa..ADAKAH KITA ADA JODOH HAHA? dah hampir give up ni

      Delete
  3. Alhamdulillah..semoga dijadikan amalan setiap hari.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. TQ atas perkongsian ini shikin..

    ReplyDelete
  5. Shida doakan moga shikin dan suami berbahagia ke akhir hayat :)
    tq atas perkongsian ini..kdg2 alpa kan..semoga terus istiqomah dlm mnjd isteri yg solehah...

    ReplyDelete
  6. Wah terima kasih kak Shikin atas perkongsiannya 😊

    ReplyDelete
  7. kekadang tu balik rumah, aida x sempat sambut asben.
    busy kat dapur ha ha ha ha... tau tau kereta dia dah ada, dia da naik mandi.
    aduhai :)

    ReplyDelete
  8. Belum jumpa lagi bakal suami..hopefully ada nanti >_<

    ReplyDelete
  9. Betul. Haha kena bermanis muka bila dengan suami. Kita muram, husband pun muram. InsyaAllah semoga Allah sentiasa meredhai hubungan perkahwinan kita semua.

    ReplyDelete
  10. InsyaAllah akan selalu bermanis muka bila dengan suami. HAHA. Tapi ada masa juga moody. Biasalah kehidupan. Hihi

    ReplyDelete
  11. Betul... semoga rumahtangga sentiasa harmoni dan bahagia

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧