Lunar dalam kenangan

Tuesday, October 13, 2020

Lunar dalam kenangan


Assalamualaikum wbt...
Hingga ke saat saya menaip tulisan ini, airmata saya terus mengalir tanpa henti, kadang kala terpaksa menyeka airmata kerana berada di dalam pejabat.. Tapi airmata terus mengalir..

Lunar dah takde dalam dunia nie lagi.. Semalam berlaku kejadian yang memang saya takkan lupa untuk selama-lamanya..

Semalam, kami berdua suami isteri nak keluar ke Gombak kerana pengumuman MKN yang mengatakan akan berlaku PKPB di seluruh Selangor / Kuala Lumpur / Putrajaya. Ummie saya yang duduk di rumah adik bongsu terpaksa balik pada hari nie kerana dia ada appointment treatment dengan doktor pakar mata di Kuala Terengganu pada bulan depan.. Jadi jika PKPB dilanjutkan sehingga bulan depan, ummie saya tak dapat nak rentas negeri dan untuk dapatkan tarikh appointment treatment seterusnya, belum tahu lagi.. 

Usai selepas maghrib, kami berdua bersiap-siap untuk keluar dan macam biasa, waktu kami kelam kabut nak keluar, kucing-kucing kesayangan pun turut sibuk, keluar masuk dalam kawasan rumah.. Kebetulan semalam hujan mulai turun dengan lebat..

Sebelum hubby reverse kereta, saya akan pastikan kucing-kucing tak berada di bawah kereta kerana takut kena lenyek.. Nak dijadikan cerita, si Lunar mula lari ke belakang kereta, saya suruh hubby stop reverse dulu, bila saya yakin Lunar takde bawah kereta, saya suruh hubby reverse.. 

Tetiba...

Mata saya terpandang badan Lunar bawah kereta.. Kepalanya tertindih dek tayar... Hanya kepalanya saja yang tertindih.. Darah mula menyembur.. Saya menjerit kat hubby untuk stop reverse.. Bila dia ke depan, Lunar langsung tak bergerak.. Dalam keadaan cemas, saya angkat tubuh Lunar dan letak ke tepi, masa tue memang meraung-raung saya panggil nama Lunar.. Tapi dia langsung tak bersuara, hanya menggeletik sakit.. Allahu Akbar.. memang saya nak peluk tubuh Lunar masa tue, tapi hubby tak bagi peluk sebab darah menyembur-nyembur keluar dari telinga, hidung dan mulut Lunar.. Takde satu suara pun yang terkeluar dari mulut Lunar, akhirnya Lunar pun tinggalkan kami...

Lunar, ummie mintak maaf sebab ummie tak perasankan kamu kat bawah kereta tue.. Semoga kamu tenang di sana yea sayang.. Doakan ummie kuat tau!!! Walaupun kamu lah yang selalu bertekak mulut dengan ummie, tapi kamu lah yang ummie paling sayang sebab tak menyusahkan ummie.. Kamu tak pernah memancut dalam rumah dan kamu tak pernah pun berak merata-rata.. Bila ummie bersihkan pasir, kamu sanggup tunggu sehingga ummie selesai bersihkan barulah kamu masuk dalam box litter untuk kencing ataupun berak.. Bila ummie membebel, kamu la yang suka menyahut apa saja bebelan ummie.. Lepas nie, takde dah yang nak lawan mulut dengan ummie lagi.. 

Kelmarin ummie baru peluk dan cium kamu, kini kamu dah pergi untuk selama-lamanya.. 

Terima kasih Lunar kerana menceriakan hidup ummie dengan abi.. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



16 comments

  1. sedih sangat kucing kesayangan mati..lagi2 mati depan mata.. Shikin..lunar tau tuannya tak sengaja..Lunar selat masuk ke syurga..Semoga Shikin kuat yea

    ReplyDelete
  2. allahu sedihnya.. sudah ajal dia. shikin jgn salahkan diri ye. kucing ni mmg bahaya jenis yg suka lari ke kereta

    ReplyDelete
  3. Aaaaaa sedihhhh :(
    tabah ye shikin huhuhu..

    ReplyDelete
  4. yang disayang telah pergi memang meyedihkan...
    tabah ya kak

    ReplyDelete
  5. Semoga diberi ketabahan dan Dina faham sangat perasaan ini. My dad pernah terlanggar kucing Dina juga. Sebulan juga sedih.

    ReplyDelete
  6. kak shikin :( sedihnyaaa.... kak shikin be strong ok..this is so sad :(

    ReplyDelete
  7. memang sedih bila kucing kesayangan meninggalkan kita buat selamanya.
    Lebih2 lagi daripada kesilapan kita sendiri.

    ReplyDelete
  8. Sedihnya :( bertabah yaa kak Shikin ,

    ReplyDelete
  9. aduhai!
    sedih nya coretan shikin ni.
    sabar ye.

    ReplyDelete
  10. Sedihnya 😢 semoga Lunar tenang di sana

    ReplyDelete
  11. semoga tabah kak shikin. saya pun bulan lepas kehilangan 2 ekor kucing kesayangan. Bila da xda dorg. terasa sunyi

    ReplyDelete
  12. be strong ya kak... semoga lunar tenang di sana...

    ReplyDelete
  13. Alahaii sedihnya. sama dengan kucing sy tergelek tayar kereta juga. sedih!

    ReplyDelete
  14. terbaca balik post ni. alahai sedihnya

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧